Friday 12 September 2014

KUNJUNGAN KE BAITUL MAQDIS siri 8.0 ; MAQAM "TEMAN ALLAH YANG SETIA"


MAQAM NABI IBRAHIM a.s, NABI ISHAK a.s. & NABI YAAKUB a.s SERTA ISTERI-ISTERI

[BACA SIRI  9.0 DI  SINI]

1. Selesai  ziarah makam Nabi Daud a.s di Bukit Zion, rombongan kami menuju ke Hebron yang terletak di bahagian Tebing Barat dan lebih kurang 30 km menghala ke selatan Kota  Baitul Maqdis.  Di situlah  terletaknya  maqam tiga orang anbiya' berserta isteri mareka iaitu Nabi Ibrahim a.s, Nabi Ishak a.s dan Nabi Yaakub a.s. Sepanjang perjalanan (kira-kira satu jam)  'tour guide' kami Mr.  Kassim tidak henti-henti memberi taklimat mengenai sirah (riwayat) hidup ketiga-tiga rasul tersebut. Kami juga dipaparkan gambaran  masyarakat Palestin pasca Perang Arab-Israel dan sejarah ringkas Bandar Hebron. Ustaz Abdullah Khairi selaku penterjemah, membuat pencerahan dengan baik,  tetapi kelakar. Malang sekali, ramai jemaah kami terlelap pada sepanjang perjalanan itu kecuali penulis yang mengambil tempat duduk di sebelah driver bas tidak melepas peluang merakam detik-detik penting pada lensa kamera.  Pada sepanjang perjalanan, pemandangan   kiri dan kanan jalanraya amat menarik.  Kami dapat menyaksikan beberapa binaan tembok pemisah yang dibina oleh regim Yahudi, memisahkan kawasan penempatan Yahudi dan  Arab Palestin, seolah-olah penempatan orang Arab Palestin berada di kawasan penjara terbuka. Sedih, tetapi geram memikirkan perbuatan puak yahudi yang tak berperi kemanusian dan berhati perut. Terdapat juga beberapa  ladang anggur yang berselang seli dengan kawasan petempatan. Kita juga boleh lihat pokok-pokok gharqad  (baca pada siri 9.0 berkaitan penanaman pokok gharqad di negara Israel)  yang ditanam atau tumbuh di situ.



penempatan Yahudi serba moden, mewah dan tersusun di atas tanah Arab Palestin yang dirampas oleh mereka


terdapat banyak menara kawalan Isreal dan tembok pemisah

sebahagian dari petempatan penduduk Arab Palestin yang sesak dan serba kekurangan


ladang anngur di sepanjang jalan. Rugilah kami berkunjungan luar musim tidak dapat melihat gugusan anggur yang terjuntai turun.



pemandangan kiri kanan jalan menuju ke Hebron



2. Hebron merupakan bandar terbesar di Tebing Barat dengan kepadatan penduduk lebih kurang 167,000 orang Palestin dan sekitar 600 orang 'pati'  Yahudi malaoun. Bandar Hebron merupakan bandar suci kedua bagi orang Yahudi selepas Baitul Maqdis dan merupakan bandar suci keempat buat orang Islam selepas Mekah, Madinah dan al-Aqsa. Di situlah terdirinya  Masjid Ibrahim atau   Masjid Khalil ar- Rahman (bermaksud  "teman Allah yang setia", iaitu merujuk kepada   pengorbanan Nabi Ibrahim a.s. yang sanggup menyembelih anak baginda  atas perintah Allah s.w.t sehingga digantikan degan seekor qibas). Nabi Ibrahim a.s adalah bapa dari para nabi dan titik pertemuan agama-agama samawi. Nabi Ibrahim a.s adalah seorang rasul yang sangat penting dalam agama Islam. Kitab Al-quran ada menyebut nama Nabi Ibrahim lebih dari  60 kali. Nabi Ibrahim a.s. juga dianggap nabi yang penting dalam agama Yahudi dan Kristian.

inilah Masjid Khalil ar-Rahman @ Masjid Ibrahim (foto google)

3. Masjid Khalil ar Rahman terletak di atas sebuah bukit kecil. Dibawah bukit tersebut terdapat sebuah gua yang menempatkan kubur para rasul beserta isteri mereka.  Kami terpaksa berjalan kaki mendaki cerun disebabkan bas tidak dibenarkan masuk ke kawasan  tersebut. Walaupun Hebron terletak di bawah kawalan Palestin, namun, kawasan tersebut di kawal ketat oleh tentera dan polis Israel kerana   di anggap 'zon panas. Untuk masuk ke Masjid Khalil ar Rahman pengunjung mesti melalui  dua check-point dengan  alat pengimbas logam seperti di sempadan dan dilengkapi cctv. Kami terlebih dahulu berkumpul di kaki bukit sebelum menaiki beberapa anak tangga yang agak tinggi untuk masuk ke masjid. Kelihatan deretan kedai milik penduduk Palestin yang telah ditutup seolah-olah wujud 'pekan berhantu di situ. Hanya terdapat beberapa buah pintu kedai sahaja yang dibuka untuk memberi perkhidmatan kepada penduduk tempatan dan pengunjung. Kami di nasihatkan oleh Mr. Kassim supaya berhati-hati dengan kanak-kanak Palestin yang berkeliaran di situ kerana mereka akan melakukan apa sahaja untuk mendapatkan wang bagi membeli barang keperluan harian keluarga mereka. Penulis difahamkan sebahagian besar kedai-kedai di situ dikosongkan semenjak tahun 1994 kerana aktiviti penduduk di situ terhenti. Tentera Israel telah  menutup jalan keluar dan masuk ke bandar Hebron dan sekatan ketat dikenakan.  Yang peliknya  undang-undang zalim tersebut  dikenakan ke atas penduduk Palestin sahaja, sebaliknya  orang Yahudi  'pati' seramai 600 orang bebas bergerak ke sana-ke mari. Hal tersebut ada kaitan dengan peristiwa ganas seorang yahudi pelampau bernama Barach Goldstein  yang telah melepaskan tembakan  membuta tuli ke arah para jemaah yang sedang mendirikan solat subuh pada  hari Jumaat 15 Ramadhan 1414H bersamaan 25hb Febuari 1994. Seramai 60 orang telah gugur syahid dan 300 yang lain mendapat kecederaan.

kelihatan bendera Israel berkibar di bumbung masjid




foto panorama menunjukkn pergerakan kami (pada pertengahan jalan) dari bas ke masjid - jauh ya...!



jalan menuju ke petempatan orang Arab Palestin yang dipasang  pintu sekatan macam pintu  masuk ke dalam stadium 



kelihatan polis Yahudi mengawal laluan ke Masjid Ibrahim. Pegerakan pelawat sentiasa diperhatikan.


tangga menuju ke bahagian atas masjid (foto Pn Yani)



pintu masuk ke dalam masjid


 4. Makam (kubur) Nabi Ibrahim a.s, Nabi Ishak a.s  dan Nabi Yaakub a.s bersama sama dengan isteri mereka  dimakamkam di sebuah gua yang disebut dengan Gua Para Leluhur (Machpelah, Makfilah). Di atas gua itu  didirikan sebuah tempat yang menyerupai masjid dan disebut dengan nama Masjid Khalil ar- Rahman atau Majid Ibrahim  oleh Saidina Umar Al-Khattab r.a. Semasa pemerintahan Salahuddin al Ayubi, beliau telah memperelokkan pada bahagian sebelah dalam masjid dengan ukiran-ukiran senibina Parsi pada bahagian siling dan dinding masjid.

ukiran pada bahagian dinding dan siling masjid






inilah 'maqam' Nabi Ibrahim' yang disekat kepada dua bahagian. inilah bahagian orang Islam, manakala sebelah sana bahagian orang Yahudi. Orang Islam dilarang ziarah di bahagian satu lagi, tetapi Yahudi boleh ziarah di bahagian Islam
Maqam Saidina Sarah r.a zaujah Nabi Ibrahim a.s.


inilah 'kubur' Nabi Ibrahim a.s yang cuma boleh dilihat dari lantai Masjid  Ibrahim  menerusi celah/lubang  di mana ada cahaya lampu yang menerangi kubur tersebut.
di sinilah lokasi lubang-lubang  yang menembusi lantai masjid yang menampakkan kubur para ambiya tersebut.

5. Kini binaan asal bangunan masjid dikekalkan sehinggalah berlaku peristiwa pembunuhan beramai-ramai umat Islam oleh seorang yahudi gila pada  23/02/1994. Akibat dai peistiwa tesebut, Yahudi telah menutup Masjid Ibrahim dan memagar maqam Nabi Yaakub a.s dan isterinya seta mengistiharkan maqam Nabi Yakub a.s. da  isterinya untuk orang Yahudi sahaja. Bagaimana pun maqam itu hanya dibuka untuk orang Islam sepuuh hari sahaja dalam setahun iaitu Awal Muharram, hari Raya Aidil Fitri dan Aidi Adha dan hari-hari Tasriq dan empat kali hari Jumaat dalam bulan Ramadhan. Pembahagian telah dilakukan oleh tentera Yahudi terhadap masjid tersebut di mana  umat Islam diberikan ruang hadapan  termasuk bahagian yang menempatkan maqam Nabi Ishak a.s. dan isteri baginda Siti Rafiqah r.a , dan sebahagian daripada Maqam Nabi Ibrahim a.s dan isteri pertama baginda iaitu Siti Sarah r.a yang berada di dalam masjid. Manakala maqam Nabi Yaakub a.s dan isteri baginda Laiyah a.s  berada di ruang ibadat Yahudi atau dipanggil synagogue. Amat malang bagi kami kerana  tidak dapat melihat maqam Nabi Yaakub a.s dan isteri baginda  Laiyah  r.a. kerana kami dilarang masuk ke situ.








inilah mimbar yang terdapat dalam masjid. Sumbangan dari panglima hebat Salahuddin al-Ayubi. Negara asal  pembuatan dan bahan binaan serta saiz sama seperti spesifikasi mimbar yang terdapat dalam Masjid Al-Aqsa di Baitul Maqdis



Setiap maqam nabi nabi tersebut terdapat  bentuk yang berbeza diantara maqam lelaki dan maqam perempuan. Maqam lelaki berbentuk segi lapan - octogal  dan maqam perempuan berbentuk segi enam
Mr. Kassim, Ust. Abdullah khairi, Hj. Haroon (ayah Ust. Abdulah) dan Sdr Zamri (ipar Ust. Abdullah khari - mendapat jodoh dng adik Ustaz ketika ikuti rombongan kami.  Penulis pula dpt menantu ketika bersama  jemaah kami yg lain di Mekah).
6. Pembaca boleh memahami  riwayat hidup atau sirah   para nabi dan rasul di atas jika rajin search melalui google



MAQAM NABI YUNUS  a.s

1. Kira-kira dua jam kami berada di Masjid Ibrahim, kami bergerak menuju ke maqam Nabi Yunus, di Lembah Halhul, iaitu kira-kira 40 minit perjalanan dari Hebron. Pada pertengahan jalan  kami singgah sebentar di sebuah kedai penjual barang kaca. Orang Arab Palestin mempunyai kemahiran meniup,  membentuk dan mengukir kaca menjadi kraftangan yang cantik dan berkualiti. Bagaimanapun, kami cuma tengok-tengok saja kerana harga barangan agak mahal. Kadar tukaran mata wang dollar USD atau dollar Jordan dan sheqel Israel tinggi berbanding ringgit.


di antara barangan kaca dan seramaik yang dihasilkan oleh orang Arab Palestin


hampir semua signboard ditulis dalam tulisan hebrew, arab dan Inggeris




pintu utama ke Masjid  Nabi Yunus yang menempatkan Maqam Nabi Yunus a.s
2 Bas kami berhenti dan parkir tepat di hadapan pintu pagar Masjid Nabi Yunus a.s.  Ketika tersebut azan solat Zohor sedang berkumandang. Penulis dapati beberapa kumpulan pelajar lelaki dan perempuan Palestin sedang berdiri di hadapan Masjid kemungkinan menunggu kenderaan atau ibu bapa untuk membawa mereka pulang ke rumah. Penulis mendekati mereka. Ternyata mereka begitu mudah mesra dan teruja apabila dimaklumkan kami dari Malaysia. Penulis sempat bertanya khabar dengan sekumpulan pelajar wanita dan pria dan sempat bertukar akaun facebook dengan mereka.....! Penulis kemudiaan berjalan ke bahagian belakang masjid untuk mengambil wuzuk, tetapi penulis nampak sekumpulan pelajar sekolah rendah yang terdapat di situ sedang membuat satu persembahan dan cukup menarik. Penulis sempat merakam video nyanyian pelajar tersebut. Dari perbualan ringkas dengan guru yang terdapat di situ, mereka sedang berlatih untuk satu persembahan sekolah pada minggu hadapan.


pelajar Palestin yang cun-cun. Yang berbaju merah tu telah menyatakan hasrat untuk belajar ke Malaysia (IIUM) beliau sedang mencari keluarga angkat kat Malaysia - anda minat ?

penulis bersama remaja/pelajar Palestin - amat mesra macam dah lama kenal.



pelajar sekolah rendah sedang membuat satu persembahan seperti koir.



inilah sekolah atau madrasah Jiil al- Amal yang terletak bersebelahan Masjid Nabi Yunus a.s


2. Kita kenali Nabi Yunus a.s  kerana semasa kita 'mengaji' zaman kanak-kanak dulu, di mana cikgu atau ustaz/ustazah sering kaitkan kisah baginda yang pernah ditelan oleh  Ikan Nun iaitu sejenis paus.



inilah Maqam Nabi Yunus a.s
Yunus bin Matta adalah seorang nabi yang di utuskan oleh Allah SWT utnuk berdakwah di sebuah tempat bernama Niwana. Nabi Yunus  a.s seorang pendatang ke Niwana semata-mata atas perintah Allah SWT untuk berdakwah kepada penduduknya.

Nabi Yunus a.s mendapati penduduk Niwana merupakan manusia yang menyekutukan Allah dengan menyembah berhala. Nabi Yunus a.s mengajar mereka tentang ilmu tauhid dan keimanan serta memberi nasihat kepada mereka tentang kebodohan mereka menyembah berhala sedangkan berhala itu adalah hasil buatan manusia dan tidak dapat memberi apa-apa manfaat kerana berhala itu tidak boleh bergerak dan berkata-kata. Nabi Yunus a.s menyeru mereka supaya menyembah Allah SWT yang telah menciptakan manusia dan Allah sajalah yang wajib ditaati.

seusai solat zohor 
2.1. Oleh kerana ajaran yang di bawa oleh Nabi Yunus a.s itu ajaran baru, maka tidak ramai manusia yang mahu menerimanya. Setelah Nabi Yunus a.s melihat keadaan mereka yang tidak menerima peringatannya itu, maka baginda pun meninggalkan Niwana dengan rasa amat marah. Baginda naik bukit turun bulit, naik gunung turun gunung dan akhirnya ia sampai di pantai. Kebetulan pada masa itu dia melihat sebuah kapal hendak belayar, maka baginda turut serta belayar bersamanya. Dalam pelayaran itu, kapal yang ditumpangi Nabi Yunus telah dilanda ribut taufan yang kuat.

Oleh itu kapten kapal telah memutuskan supaya barang yang dibawa hendaklah dikurangkan. Ini termasuk penghuni kapal kapal tersebut. Satu pengundian telah dibuat dan dalam undian tersebut Nabi Yunus a.s dipilih sebagai orang yang harus dibuang ke laut. Allah SWT mengarahkan seekor ikan nun (paus) supaya menelan Nabi Yunus hidup-hidup, maka ikan nun yang muncul itu pun menelan Nabi Yunus a.s  dan menyimpannya dalam perut. Ketika berada dalam perut ikan nun baginda berdoa  maka Allah pun melemparkan Nabi Yunus a.s ke darat. Seterusnya baginda  kembali ke Niwana dan  terkejut kerana penduduk sedang menanti kepulangannya.  Penduduk tersebut meminta Nabi Yunus mengajar untuk menyempurnakan akidah dan iman mereka. 

3. Selepas selesai solat Zohor/Asar, kami diberi penerangan tentang maqam Nabi Yunus oleh pegawai/penjaga masjid. Jelas, mereka mengharapkan bantuan dari saudara muslim seluruh dunia membantu rakyat Palestin yang ditindas Yahudi. Rombongan kami seterusnya berangkat ke Baitullaham, ziarah tempat kelahiran Nabi Isa a.s dan balik semula ke Masjid Al-Aqsa untuk solat Maghrib/Isyak.


bersambung Siri 10
ritual agama samawi Nasrani @ tempat kelahiran  Nabi Isa a.s. di Baitullaham.
Baca  Siri  10 DI SINI













No comments:

Post a Comment