Monday, 9 December 2013

KEHADIRAN ASMA DALAM HIDUPKU - SIRI 2.0


Baca Siri 1.0 DI SINI


1. Sekiranya kita ditimpa musibah seperti  penyakit, itu adalah tanda  ujian kecil dari Allah kepada hambaNya. Kisah Nabi Ayub a.s. yang pernah mengalami penyakit kulit yang amat kronik  selama 7 tahun  adalah kisah klasik sekiranya kita mengkaji sirah para Nabi dan Rasul.   Kesabaran Nabi Ayub a.s. dengan sifat redha terhadap ujian-ujian dari Allah, telah mengangkat martabatnya dan menjadikan beliau paling mulia di sisi Allah SWT. Sekiranya kita diuji dengan penyakit, yang penting  adalah kesabaran. Berpeganglah kepada falsafah bahawa setiap penyakit ada penawarnya. Berusahalah untuk berubat. Kemudian bertawakal kepada Allah. Jangan ada kekecewaan ketika berhadapan dengan situasi penyakit, termasuklah penghidap penyakit asma.



2.  Asma berasal dari perkataan bahasa Yunani 'asthma' yang bermaksud 'sukar bernafas'. Masyarakat Melayu menyebutnya sebagai lelah atau semput. Ia adalah penyakit kronik yang diakibatkan oleh radang saluran pernafasan, iaitu keadaan di mana saluran pernafasan menjadi sempit secara tiba-tiba dan menyebabkan kesukaran bernafas pada paru-paru. Hal ini berlaku kerana saluran pernafasan tersebut amat sensitif kepada bahan-bahan alahan tertentu. 



3. Keadaan menjadi lebih teruk apabila kahak (mukus) pekat menutup saluran pernafasan dengan menghalang kemasukan oksigen ke dalam paru-paru. Asma bukan jangkitan kuman. Jika paru-paru dijangkiti kuman, pesakit dikatakan menghidap penyakit radang paru-paru atau pneumonia. Kematian pejuang apartheid Nelson Mandela baru-baru ini adalah berkait dengan penyakit radang paru-paru.

4. Faktor- faktor penyebab :-

Terdapat beberapa faktor penyebab yang membolehkan terjadinya asma tahap ringan, sederhana dan teruk (kronik). Di antaranya:-
  •  Faktor genetik iaitu seseorang yang mempunyai saluran pernafasan yang sempit secara  semulajadi.
  •  Jangkitan pada saluran pernafasan
  •  Tekanan emosi dan fizikal
  •  Kesan sampingan dari pengambilan sesetengah ubat seperti aspirin.




  • Pergerakan fizikal seperti senaman atau bersukan yang berlebihan, berkebun etc.
  • Pendedahan kepada udara tercemar dan asap  (rokok ?), wasap bau/aroma bahan kimia seperti cat.
  • Alergi kepada makanan seperti pulut, buah nangka. rambutan dan pulasan yang berair serta makanan laut seperti udang dan kerang.


  • Alergi kepada habuk, debu, kutu hama (house dust mite), debu debunga (spora) bulu binatang terutama kucing dan keadaan udara persekitaran yang terlalu sejuk atau terlalu panas.


  •  Keturunan
5. Symptom:-

  •  Batuk berpanjangan terutama waktu pagi dan malam
  •  Nafas berbunyi (wheezing sound).
  •  Rasa sesak nafas ketika berjalan,  mendaki  cerun atau menaiki  tangga.


6. Pemantauan
Pemantauan tahap seriusnya asma boleh dibuat dengan menggunakan alat yang dipanggil peak flow meter (PFM). PFM boleh digunakan untuk memeriksa fungsi paru-paru. Ia boleh memberi tahu samaada saluran udara tersebut sempit atau tidak. Juga boleh memberitahu samaada pesakit boleh mengambil ubat asma atau tidak berpandukan kepada gejala asma pada ketika tersebut. Alat ini dapat mengukur kelajuan udara yang dihembus keluar dari paru-paru. Terdapat beberapa jenis PFM di pasaran. Di klinik pesakit diminta menghembus nafas keluar melalui PMF  berbentuk tiub yang ada penunjuk indikator. Pesakit perlu menarik nafas sedalam yang mungkin dan hembuskan ke dalam tiub tersebut sekuat mungkin. Bacaan 80 % hingga 100 % menunjukkan paru-paru anda adalah baik. Bacaan 50 % - 80 % anda ada asma dan perlu sedia ubat atau inhaler, jika serangan mengejut berlaku. Jika bacaan di bawah 50 % anda perlu jumpa doktor.




Bagi penghidap yang sering mengembara, disyorkan anda membawa bersama-sama PFM jenis spiro flow meter (dewasa/kanak-kanak). Spiro flow meter berbentuk kompek dan bacaanya berpandukan kepada kedudukan indikator sama ada terletak di zon merah, kuning atau hijau setelah hembusan udara dari paru-paru melaluinya. Harga dijual di farmasi ialah RM 80.00 seunit. Ambil bacaan pada sebelah pagi. Jika anda masih batuk, tunggu hingga batuk berkurangan dulu sebelum menghembus.



7. Rawatan
Ubat rawatan asma ada dua iaitu ubat sedutan penahan (reliever) dan ubat sedutan pencegah (preventor).
Ubat penahan biasanya mengandungi ubat yang bertindak bagi mengembangkan saluran penafasan ketika pesakit mengalami serangan akut. Ubat pencegah pula mengandungi dos steroid kuantiti rendah (microgram) dan berfungsi sebagai anti-inflamasi bagi mencegah serangan akut asma. Para doktor mengesyorkan pesakit mengambil  kedua-dua jenis ubat tersebut untuk mengurangkan risiko kematiann. Pesakit yang mendapat serangan asma pada sebelah malam dikategorikan sebagai kes rawatan kecemasan semasa mendapat rawatan di hospital kerajaan.


8. Kaedah Rawatan


8.1 Penggunaan inhaler.
  • Kelebihan - ubat dari sedutan inhaler terus masuk ke dalam saluran pernafasan berbanding ubat tablet yang ditelan melalui perut yang akan menyerap masuk ke saluran darah dan barulah ke saluran pernafasan bahagian kecil dalam paru-paru. Oleh itu organ-organ lain di dalam badan tidak mengalami kesan dari ubat tersebut.



  • Jadi, inhaler bertindak dengan lebih berkesan. Lagipun hanya dos yang kecil sahaja disedut dan kesan sampingan ubat  minimum jika pengambilan dibuat dalam jangka masa panjang. Misalnya Ventolin mengandungi 100 microgram salbutamol sulphate.





  • Klinik kesihatan, hospital atau farmasi akan membekalkan inhaler jenis salbutamol, inhaler terbuline, inhaler ipratropium atau inhaler budesonide. Penulis yang biasa menggunakan inhaler merasakan kaedah rawatan ini hanya untuk melegakan keradangan tersebut, tetapi bukan untuk rawatan hingga sembuh.


8.2 Penggunaan Symbicort Turbuhaler



  • Dipekkan dalam bentuk debu atau inhalation powder. Satu dos mengandungi 100 microgram formoterol fumarate dan 730 microgram lactose. Untuk makluman, hanya sesetengah hospital kerajaan sahaja yang membekalkan symbicort turbuhaler kerana harganya agak mahal (RM 130/ pek) yang mengandungi 120 dos - bagi kegunaan sehari 4 kali sedutan iaitu dua kali sebelah pagi dan dua kali sebelah petang untuk selama 30 hari bagi pesakit asma yang agak kronik (rujuk kepada presripsi doktor atau farmasis atau risalah panduan penggunaan yang dibekalkan bersama)
  • Untuk rawatan yang lebih berkesan penggunaan Symbicort Turbuhelar secara konsisten dipercayai boleh mengurangkan kekerapan serangan penyakit asma. Satu  atau dua kali sedutan  pada sebelah pagi dan pada sebelah petang (walaupun tidak ada serangan asma) In sha Allah boleh menyembuhkan penyakit ini.


  • Sekiranya Symbicort Turbuheler tidak dibekalkan oleh klinik kerajaan, pesakit atau ahli keluarga pesakit yang bekerja dengan kerajaan boleh beli dari farmasi atau klinik swasta dan boleh tuntut semula duit ubat tersebut dari kerajaan dengan mengisi borang tuntutan yang boleh didapati dari pejabat jabatan berkenaan.

8.3 Pengambilan tablet. 
  • Pesakit akan makan/telan tablet ini berdasar arahan dari doktor atau farmasis. Jenis yang dibekalkan ialah tablet salbutamol 2mg, tablet theophyline 125 mg, tablet prednisolone5 mg atau tablet terbutalin 2.5mg.


8.4 Kaedah suntikan

  • Di dalam kes-kes tertentu, pesakit akan terus dicucuk dengan menggunakan ubat hydrocortisone 100 mg. atau aminophyline 250 mg.




8.5 Sedutan wasap
  • Sedutan gas oksigen yang dilarutkan menjadi wasap atau aerosol dengan bantuan mesin nebulizer. Kaedah ini digunakan di hospital, klinik kerajaan dan swasta sebaik sahaja pesakit tiba untuk mendapatkan rawatan. Kaedah ini berkesan menangani gangguan pada sistem respiratorius.


  • Mesin ini berfungsi sebagai alat  mengubah cairan (ubat) menjadi wasap (aerosol) yang sangat halus dan mudah dihisap/sedut ke dalam saluran pernafasan dan paru-paru. Wasap ini dapat membantu mengeluarkan lendir kahak dari tenggorokan dan membersihkan saluran pernafasan.



  • Di hospital ,biasanya rawatan dibuat di satu ruangan khas yang terdapat beberapa buah kerusi empuk dan boleh merawat seramai empat atau lima pesakit sekali gus. Setelah 20 minit hinnga 30 minit wasap disedut, doktor akan memeriksa semula tahap asma anda. Jika masih belum sembuh, pesakit akan diminta ulang sedut lagi untuk beberapa minit. Tetapi jika paru-paru anda masih terdapat bunyi ketika bernafas, besar kemungkinan anda akan ditahan dan dimasukkan ke dalam wad untuk rawatan susulan. Semasa dalam rawatan sample kahak pesakit akan diperiksa. Pesakit diberi rawatan secara sedutan wasap dan telan tablet.


9. Rawatan Alternatif
  • Terdapat berbagai pihak yang mengendalikan rawatan asma secara Islam. di antaranya rawatan di Darul Syifa (Ustaz Dr. Harun Din). Terdapat beberapa kaedah rawatan di situ, di antaranya ialah dengan meminum campuran  madu lebah dengan empat atau lima   titik getah buah betik. (pesakit kanak-kanak cuma 2 titik getah buah betik). Minum pada waktu malam bersama-sama dengan air penawar doa syifa.




Rawatan Ustaz Sharhan
Ustaz sedang memberi ceramah perawatan perubatan secara Islam di Masjid At-Taqwa Lahar Yooi
Orang dewasa : 
1. Minum/makan lendir belut. Untuk membuka selera, belut disalutkan dengan roti gardenia. Makan lendir yang lekat pada roti tersebut.
2. Makan sup daging dan tulang anak burung pipit rumah.
Kanak-kanak :
Minum satu sudu madu lebah asli yang dititis dengan 2 atau 3 titik madu lebah.

  •  Rawatan secara tradisional. Penulis pernah mendapatkan rawatan dari Pak Teh Rawatan Perubatan Tradisional di Raja Kedah. (Sila lihat youtube dibawah tajuk Pak Teh Perubatan Tradisional)  Rawatan dibuat di rumahnya di Jenari, Jeniang Kedah. Sediakan lima helai daun sireh yang siap disapu kapur, kepingan pinang dan sebotol air mineral.(boleh dibeli di situ).
    Pak Teh akan mengeluarkan sejenis 'pisau' dan ditorehkan ke atas dada pesakit kira-kira 10 saat. Sireh dan pinang dikunyah, air sireh tersebut disapukan pada bekas 'parut' di bahagian dada yang kena toreh tersebut selama tiga hari berturut-turut. Air penawar hendaklah diminum.  Bayaran perubatan sebanyak RM 35.50.
    Foto : Kaedah rawatan Pak Teh ke atas pesakit tiroid - akan ditoreh pada bahagian tepi telinga
  • Jika anda gemar makan makanan eksotik, cuba makan anak tikus atau ulat daun pisang secara mentah untuk mengubat penyakit asma anda ("hear say ?"). Cubalah  try....






10. Kesimpulan - jagalah paru-paru anda kerana ia adalah salah satu organ penting dalam kelansungan hidup. Penyakit asma boleh dirawat tetapi tidak boleh sembuh sepenuhnya. Artikel di dalam blog ini bukanlah satu risalah perubatan. Sila dapatkan rawatan dari pegawai perubatan bertauliah jika anda diserang penyakit atau untuk mendapat apa-apa jua rawatan.




KEHADIRAN ASMA DALAM HIDUPKU   SIRI  1  DI SINI

MyHEALTH
To Me


Terima kasih kerana menggunakan Portal MyHEALTH.
Salam 1Malaysia

Anda telah menghidap Bronchial Asthma sejak 20 tahun dahulu dan merupakan bekas guru. Dari maklumat yang diberikan, berdasarkan umur anda, jangkaan bacaan Peak Flow Meter adalah  520 l/min dan target yang harus dicapai (70% dari jangkaan) adalah 364 l/min. Namun, anda menyatakan bahawa bacaan anda kurang dari 270 l/min . (Manakala Body Mass Index, BMI anda adalah 23.9)

Dari sudut yang lain, untuk mengetahui kawalan asma yang baik, bacaan Peak Expiratory Flow, PEF anda hendaklah 80% dari dari hembusan yang terbaik yang anda rekodkan semasa kawalan asma anda adalah optimum (sihat & tidak alami serangan asma ketika itu). Adakah anda mengetahui bacaan terbaik PEF anda (iaitu bacaan PEF semasa kawalan asma adalah baik) ?

Berkenaan dengan Peak Flow Meter:
  • Matlamat penggunaan Peak Flow Meter adalah untuk membangunkan satu pelan pengurusan asma peribadi bagi mencapai kawalan yang berkesan dan agar dapat memudahkan pemantauan penjagaan kawalan asma dari semasa ke semasa (e.g. semasa temujanji dan semasa pemeriksaan klinikal).
  • Adalah penting bagi pesakit diajar dengan betul dan menjadi mahir dalam penggunaan alat ini.
  • Peak Flow Meter adalah  alat untuk mengukur kekuatan (kepantasan) paru-paru seseorang untuk meniup udara keluar dari paru-paru apabila terdapat penghembusan secara paksa, selepas penyedutan nafas maksimum. Bacaan pengukuran ini dipanggil Peak Expiratory Flow atau 'aliran hembusan nafas maksima ' (PEF). Peak Flow Meter membolehkan doktor menilai kekuatan paru-paru seseorang pesakit asma dengan merekodkan aliran udara melalui alat ini semasa menghembus nafas dan seterusnya membantu untuk menentukan tahap kawalan / serangan asma seseorang ketika itu.
  • Bacaan peak flow (hembusan optimum) biasa atau terbaik adalah peak flow tertinggi konsisten membaca sepanjang tempoh 2-3 minggu semasa pesakit tidak mempunyai sebarang gejala asma.
  • Apakah kadar PEF yang normal? PEF yang normal adalah berbeza-beza mengikut umur dan jantina. (PEF adalah bersandarkan bacaan normal  bagi individu yang tidak menghidap asma.
  • Adalah penting untuk doktor menetapkan jenis Peak Flow Meter  yang sesuai untuk setiap pesakit 
  • Ia berfungsi sebagai standard terhadap bacaan-bacaan PEF susulan yang direkodkan. Dengan memeriksa bacaan PEF peribadi pesakit yang terbaik (iaitu semasa beliau tidak mempunyai sebarang gejala asma), bacaan PEF boleh dipantau pada temujanji susulan dan dapat digunakan untuk menilai apabila bacaan PEF pesakit itu tidak berada di tahap optima.
  • Di samping itu, apabila PEF berada pada paras yang optimum, ia membantu untuk memberi jaminan kepada pesakit (reassurance) bahawa kawalan asma pesakit adalah baik. Adalah penting bagi pesakit mengetahui bahawa bacaan PEF peribadi  terbaik bagi setiap pesakit asma terbaik (bacaan normal) adalah unik kepada mereka
  • Doktor akan  membantu pesakit dalam penjagaan dan kawalan asma pesakit. Oleh itu, adalah penting bagi pesakit untuk hadir pada temujanji susulan yang telah dijadualkan bagi membolehkan pemantauan berkala terhadap kawalan asma.
Untuk menangani  persoalan saudara (untuk meningkatkan kawalan asma), banyak faktor lain perlu diambil kira, iaitu amalan cara hidup yang sihat seperti pemakanan yang seimbang, aktiviti senaman / riadah, tidak merokok, persekitaran rumah / tempat kerja yang sesuai dan pengurusan stres (kesihatan minda). Sebaik-baiknya, datanglah ke klinik kesihatan yang berdekatan (atau klinik yang merawat masalah asma anda) dan dapatkan kepastian tentang perkara yang telah dinyatakan. Sekiranya perlu, ujian tambahan (seperti X-Ray dan sebagainya) akan dilakukan dan rujukan akan dilakukan ke pakar yang berkenaan (contohnya Pakar Kesihatan Keluarga atau Chest Physician) untuk tindakan lanjut.
Selain dari itu, pemeriksaan lain juga boleh dilakukan di klinik kesihatan seperti pemeriksaaan  tahap gula dan kolesterol dalam darah, penilaian fungsi jantung, Electrocardiogram (ECG) dan lain-lain.
Maklumat tentang pemakanan yang sihat, sila lihat: Portal MyHEALTH > Pemakanan yang sihat

Checklist (Senarai Semak) Kawalan Asma:
1.Bagaimanakah untuk mengetahui bahawa asma adalah terkawal?
  • Tiada batuk, sesak nafas atau pernafasan berbunyi (wheeze)
  • boleh melakukan aktiviti seharian
  • dapat tidur lena
  • tidak memerlukan penggunaan bronchodilator (inhaler) lebih dari sekali dalam sehari
  • Bacaan PEF anda  adalah melebihi 80% dari bacaan terbaik (normal) anda
Tindakan: Teruskan ubat-ubatan (inhaler) sedia ada (preventer dan reliever) dan ikuti temujanji susulan yang dijadualkan
2.Bilakah asma tidak dikawal dengan baik?
  • Pernafasan berbunyi dan sesakan nafas melebihi kebiasaan (hari yang normal / sihat)
  • Aktiviti seharian terjejas
  • Terbangun dari tidur pada waktu malam sekali atau dua kali pada hari tersebut
  • Bacaan PEF anda adalah kurang dari 80% dari bacaan terbaik (normal) anda
Tindakan: Tambahkan sukatan (dose) ubat-ubatan anda dan dapatkan rawatan secepat mungkin
3.Bagaimana untuk mengetahui apabila kawalan asma anda adalah teruk ?
  • Pernafasan berbunyi dan sesak nafas hampir sepanjang hari
  • tidak dapat lakukan aktiviti seharian seperti bercakap atau berjalan
  • Terjaga (tidak dapat tidur) sepanjang malam 
  • Bacaan PEF anda adalah kurang dari 60% dari bacaan terbaik (normal) anda
Tindakan: Gunakan ubat-ubatan sedia ada; reliever (inhaler)  2 hingga 4 sedutan (puffs) dan sekiranya ada dibekalkan ubat (pil) prednisolone, ikuti arahan dosej ubat seperti yang diarahkan dalam label. Dapatkan rawatan serta-merta.

Nota: Pastikan Buku Rekod (catatan) Pelan Rawatan Asma berada dalam simpanan dan gunakan untuk rujukan apabila perlu.
Maklumat-maklumat penting untuk direkodkan: Nama, alamat, No. Telefon, Nama klinik dan doktor yang merawat, No telefon ambulan / klinik yang merawat), Senarai ubat-ubatan untuk asma (& penyakit lain jika ada) dan Bacaan Best Peak Flow Reading (PEF).




MyHEALTH



2012/3/13 MyHealth <askmyhealth@moh.gov.my>
Nama (Name)AZHAR BIN AHMAD
E-mel (E-mail)azharahmad_upee@yahoo.com
Nombor Telefon (Phone Number)0194151682
Tajuk (Title)KESIHATAN PARU-PARU
Pertanyaan (Question[s])Saya berumur 55 thn. berat badan 69kg. tinggi 170 cm, lelaki - melayu. Saya mengalami astma semenjak usia 35 tahun dan masih menggunakan inhaler astalin. Pernah jadi guru (selama 25 thn) dan banyak menggunakan kapur tulis ketika mengajar (lakaran geografi). Pemeriksaan kesihatan paru-paru menggunakan Peak Flow Rate Meter menunjukkan bacaan bawah 230 PEF(l/min). Adakah saya telah mengalami apa-apa penyakit berkaitan dengan paru-paru. Bagaimana nak tingkatkan bacaan PEF & permakanan yang sesuai.

13 comments:

  1. Saye juge ade memiliki mesin nebulizer dirumah since baby saye yg sebulan berkahak teruk after kene prolonged jaundice. Kos ulangalik ke klinik adalah lebih tinggi dr memiliki mesin nebulizer di rumah.

    So sesiapa yang berminat untuk mendapatkan mesin nebulizer brand medel, saye ade buat promosi RM200 FREE POSTAGE! boleh hubungi saye utk sebarang pertanyaan ye! 013-3333062 (sms/whatsapp/wechat). Tq :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mcm mana kita nk minta cecair yg d letakkn dlm nebulizer mesin tu. Blh beli d farmasi ka?

      Delete
  2. xkan kena makan anak tikus kot??? hahhaha....

    ReplyDelete
  3. Saya berkongsi maklumat jika ini dapat membantu kesihatan anda dan semua..

    Salam Malaysia Sihat Sejahtera...
    Terbaru Di Pasaran!!!
    Dr Arras Oxygen Concentrator . SATU-SATUNYA Mesin Oxygen Concentrator Di Malaysia.

    Membekalkan sehingga 90% Oxygen ke bahagian OTAK, JANTUNG , BUAH PINGGANG serta MEMBANTU SISTEM PENAFASAN.

    Khidmat Nasihat PERCUMA!
    Hubungi Dr Arras Consultant
    👔En Azmi 014-225 7628 Whatsapp @ Call
    .
    💉 Membantu Merawat Masalah Kesihatan Berikut:
    ✔ Paru-paru
    ✔ Kanser
    ✔ Migrain
    ✔ Kencing Manis
    ✔ Darah tinggi
    ✔ Asma
    ✔ Saraf
    ✔ Buah Pinggang
    ✔ Masalah Penafasan (Semput/ Lelah)

    Ingin Tahu berkenaan Dr Arrass Oksigen Concentrator?
    Sila whatsapp @ SMS @Reply Message ini:
    Nama:
    Lokasi@Alamat:
    No telefon:
    Masalah Kesihatan:

    Khidmat Nasihat PERCUMA!
    Hubungi Dr Arras Consultant
    👔En Azmi 014-225 7628 Whatsapp / Call

    Sila SHARE untuk berkongsi dengan rakan-rakan atau keluarga anda yang mungkin hadapi masalah kesihatan di atas. Perkongsian bermanfaat untuk kesihatan bersama.
    Terima kasih dari kami untuk anda semua.
    ----------Sharing is Caring
    Arrakasta MO Sdn Bhd

    ReplyDelete
  4. Saya berkongsi maklumat jika ini dapat membantu kesihatan anda dan semua..

    Salam Malaysia Sihat Sejahtera...
    Terbaru Di Pasaran!!!
    Dr Arras Oxygen Concentrator . SATU-SATUNYA Mesin Oxygen Concentrator Di Malaysia.

    Membekalkan sehingga 90% Oxygen ke bahagian OTAK, JANTUNG , BUAH PINGGANG serta MEMBANTU SISTEM PENAFASAN.

    Khidmat Nasihat PERCUMA!
    Hubungi Dr Arras Consultant
    👔En Azmi 014-225 7628 Whatsapp @ Call
    .
    💉 Membantu Merawat Masalah Kesihatan Berikut:
    ✔ Paru-paru
    ✔ Kanser
    ✔ Migrain
    ✔ Kencing Manis
    ✔ Darah tinggi
    ✔ Asma
    ✔ Saraf
    ✔ Buah Pinggang
    ✔ Masalah Penafasan (Semput/ Lelah)

    Ingin Tahu berkenaan Dr Arrass Oksigen Concentrator?
    Sila whatsapp @ SMS @Reply Message ini:
    Nama:
    Lokasi@Alamat:
    No telefon:
    Masalah Kesihatan:

    Khidmat Nasihat PERCUMA!
    Hubungi Dr Arras Consultant
    👔En Azmi 014-225 7628 Whatsapp / Call

    Sila SHARE untuk berkongsi dengan rakan-rakan atau keluarga anda yang mungkin hadapi masalah kesihatan di atas. Perkongsian bermanfaat untuk kesihatan bersama.
    Terima kasih dari kami untuk anda semua.
    ----------Sharing is Caring
    Arrakasta MO Sdn Bhd

    ReplyDelete
  5. Assalam Wahh . .Memang betul , asma ni kalau kita tak atasi sekarang dia akan melarat .Sebenarnya adaTips Mengatasi Masalah Semput Dan Lelah Dengan Berkesan
    yang boleh anda cuba buat , atau untuk sesiapa yang ada masalah lelah dan semput ini , boleh juga hubungi saya di Whatsapp +60107096284 Aini .Saya akan membantu anda mengatasi masalah anda :)

    ReplyDelete
  6. Assalam Wahh . .Memang betul , asma ni kalau kita tak atasi sekarang dia akan melarat .Sebenarnya adaTips Mengatasi Masalah Semput Dan Lelah Dengan Berkesan
    yang boleh anda cuba buat , atau untuk sesiapa yang ada masalah lelah dan semput ini , boleh juga hubungi saya di Whatsapp +60107096284 Aini .Saya akan membantu anda mengatasi masalah anda :)

    ReplyDelete
  7. Assalamualaikum slm sejahtera warga group📢
    💐 Jom viralkan berita baik ni 📢

    1) Ni tentang hidup pesakit kanser stage 1-stage 4 ambik penawar yang harga berpatutan tapi kesannya setanding ubat harga mahal ribuan ringgit.Sebelum tu nak pesan,jangan abaikan temujanji doktor kalau ada.

    2)Dah ramai yg sembuh dengan asbab penawar ni yg berunsurkan ubatan bahan semulajadi yg selamat diambil. Walaupon bahan semulajadi tapi amat berkesan sambil merawat bukan sekadar melegakan untuk sementara waktu.

    3)Saya rasa xlengkap kalau saya explain satu persatu setiap jenis ubat ni.Lebih baik tanya sendiri pengasasnya sebab tiap penyakit ade ubt yang khusus. Baik bertanya sendiri pada pengasasnya dan beritahu anda sakit apa.Dia akan explain semuanya. Dia pon byk berdepan dgn pesakit knser sdri.

    4) Selain kanser pon blh jugak cuba dan dah terbukti pon dengan testimoni. Contohnya
    *-Denggi, Kencing Tikus, Batu Karang, Gastrik, Gout , Asthma*Kerosakan paru2 akibat merokok,kerosakan hati dan hepatitis   (berperanan menambahkan zat2 tubuh badan, menguatkan pertahanan badan melawan penyakit.
    memperlahankn pertumbuhan penyakit)

    5) Bagi yang ada sakit KENCING MANIS pon boleh mendapatkan rawatan alternatif ini , contohnya
    kencing manis seperti *kaki berlubang dan bernanah

    Ini perkongsian dari pengalaman sy sdri yg mengikuti perkembangan pejuang2 kanser ni,sy sdri pon guna produk die dh 3thn.

    Sy nak share ubat ni pd org lain jugak, tiada penyakit yang tiada ubat selain daripada mati, cubalah sebab setiap penyakit ada harapan sembuh.Kelemahan hati + putus asa akan lebih memudarat kan penyakit.TAPI JANGAN ABAIKAN APOINTMENT DOKTOR kalau ada.

    Nanti kalau nak ikhtiar dgn ubatan dia,blh la join group whatsApp pejuang2 kanser,pengasas ada dalam group tu jugak, boleh la kenal2 pesakit die yg dh sembuh mcm yg sy knl,contohnye:
    ~~~~~~~~
    ▪ Pn. Hayati abd Hamid- Pensyarah Kanan UITM,  kanser payudara stage 4.
    Skg dia dh sembuh walaupon doktor bgtau dia boleh hidup 1tahun je lagi.
    Dia mengarang sebuah buku berkenaan pengalaman sendiri melawan kanser dengan mengambil penawar jus ini sebagai rawatan alternatif selari dengan rawatan doktor (nk buku nti blh  order)
    ~~~~~~~~
    ▪Adik Luqman -kanser GIST-Anoerectal Tumor
    Skg dah sembuh dr kanser jus ni diambil selari dgn rawatan hospital.Apoinment x miss
    ~~~~~~~~
    ▪Adik Izzat b.muhd Ariffin ,kanser Burkit Lymphoma stage 4 sekarang dh sembuh
    Gurunya beritahu dia tak pernah nampak macam pesakit kanser tahap 4, sebab selalu nampak cergas.Asbab jus yang beri tenaga dan merawat.Dia minum jus ni dari kanser tahap 4 sehingga sembuh.
    ~~~~~~~~
    ▪Nani Faiza - kanser Usus Tahap 4 dan ketulan kanser 10cm telah merebak ke hati, bersabar dan setia merawat dengan jus herba ni,sekarang dah sembuh sepenuh nye. sel kanser dah tak ada.
    ~~~~~~~~
    ▪Pn. Rugayah Jilani -
    Pesakit kanser payudara tahap 3B  ketulan 10×10cm- dah sembuh .
    ~~~~~~~~
    ▪Pn. Noridah Md Dom - Pesakit kanser ovari tahap 3 merebak ke tyroid dan lymph- Dah dapat kesan positif ,makin pulih.
    ~~~~~~~~

    ▪Puan Nor Sabariah
    - Ada asthma sejak 11tahun dulu
    -Selalu jatuh sakit sebab sesak nafas dan semput ,adakalanya kalau semput sampai tak mampu berdiri dan kena merangkak untuk bergerak
    -Sering bergantung pada inhaler setiap pagi
    -Setiap kali batuk teruk akan sesak nafas dan akan ke klinik untuk sedut gas
    -Lepas minum jus herba, dia xsemput lagi bila batuk. Dah xpergi klinik lagi sedut gas, setiap waktu pagi xperlu guna inhaler macam dulu.
    ~~~~~~~~
    9) Pesakit yang dah sembuh dari kanser menjalani kimo dan wajib minum jus kalau tak nanti effect dari kimo sangat ketara lemah nya jika tak ambil langsung.

     NOTE :
    Ia BUKAN HERBA YG MEMANASKAN BADAN macam produk2 lain yang masukkan herba2 biasa. Ia boleh diambil sebagai suplement.

    Call order wasap@call
    En mohd zuhairi 0174687570
    0174687570

    #sharing is caring

    ReplyDelete
  8. Halo,
    nama saya Siti Aminah dari Indonesia, tolong saya sarankan semua orang di sini harus sangat berhati-hati, karena ada begitu banyak pemberi pinjaman pinjaman palsu di internet, tetapi mereka masih yang asli di perusahaan pinjaman palsu. Saya telah ditipu oleh 4 pemberi pinjaman yang berbeda, saya kehilangan banyak uang karena saya sedang mencari pinjaman dari perusahaan mereka. Saya hampir mati dalam proses karena saya ditangkap oleh orang-orang karena hutang.

    Saya hampir menyerah sampai saya meminta saran dari seorang teman yang memperkenalkan saya kepada pemberi pinjaman asli dan perusahaan yang sangat andal yaitu Bunda Alicia Radu yang mendapatkan pinjaman saya dari 800 juta rupiah Indonesia dalam waktu kurang dari 24 jam Tanpa tekanan dan tekanan suku bunga rendah 2%. Saya sangat terkejut ketika memeriksa rekening bank saya dan menemukan jumlah pinjaman yang saya minta telah ditransfer ke rekening bank saya tanpa penundaan atau kekecewaan sehingga saya berjanji bahwa saya akan membagikan kabar baik sehingga orang bisa mendapatkan pinjaman dengan mudah tanpa tekanan dari Bunda Alicia Radu

    Saya ingin Anda mempercayai Bunda Alicia Radu dengan sepenuh hati karena ia sangat membantu dalam hidup saya dan kehidupan finansial saya. Anda harus menganggap diri Anda sangat beruntung memiliki kesempatan untuk membaca kesaksian ini hari ini. Jadi, jika Anda membutuhkan pinjaman, hubungi ibu Alicia Radu melalui email: (aliciaradu260@gmail.com)
    Anda juga dapat menghubungi saya melalui email saya: (sitiaminah6749@gmail.com) jika Anda memerlukan informasi tentang bagaimana saya mendapatkan pinjaman dari Ibu Alicia Radu, Anda sangat bebas untuk menghubungi saya dan saya akan dengan senang hati menjawab Anda karena Anda juga dapat membantu orang lain setelah Anda menerima pinjaman Anda.

    ReplyDelete
  9. Hari baik untuk semua warga negara Indonesia dan juga semua ASIA, nama saya Ny. Nurliana Novi, tolong, saya ingin membagikan kesaksian hidup saya di sini di platform ini untuk semua warga negara Indonesia dan seluruh Asia untuk berhati-hati dengan pemberi pinjaman di internet, Allah telah sepenuhnya mendukung saya melalui ibu, Nyonya Elina yang baik

    Setelah beberapa periode mencoba untuk mendapatkan pinjaman dari lembaga keuangan, dan ditolak terus-menerus, jadi saya memutuskan untuk mendaftar melalui pinjaman online tetapi saya ditipu dan saya kehilangan Rp 15.000.000 dengan pemberi pinjaman pinjaman yang berbeda.

    Saya menjadi sangat putus asa dalam mendapatkan pinjaman, jadi saya berdiskusi dengan seorang teman saya yang kemudian memperkenalkan saya kepada Ny. Elina, yang adalah pemilik perusahaan pemberi pinjaman global, jadi teman saya meminta saya untuk melamar dari Ny. Elina, jadi saya mengumpulkan keberanian dan menghubungi Ny. Elina.

    Saya mengajukan pinjaman sejumlah Rp500.000.000 dengan tingkat bunga 2%, sehingga pinjaman itu disetujui dengan mudah tanpa tekanan dan semua pengaturan dilakukan pada transfer kredit, karena fakta bahwa itu tidak memerlukan jaminan dan jaminan untuk pinjaman transfer Saya hanya diberitahu untuk mendapatkan sertifikat perjanjian lisensi aplikasi. Mereka akan mentransfer kredit saya dan dalam waktu kurang dari dua jam uang pinjaman telah disetorkan ke rekening bank saya.

    Saya pikir itu lelucon sampai saya menerima telepon dari bank saya bahwa akun saya dikreditkan dengan jumlah Rp500.000.000. Saya sangat senang bahwa ALLAH akhirnya menjawab doa saya dengan memesan pinjaman saya dengan pinjaman asli saya, yang telah memberi saya keinginan hati saya.

    Mereka juga memiliki tim ahli di sana yang akan memberi tahu Anda tentang jenis bisnis yang ingin Anda investasikan dan cara menginvestasikan uang Anda, sehingga Anda tidak akan pernah mengalami kebangkrutan lagi dalam hidup Anda.

    Semoga ALLAH memberkati Bunda Elina karena membuat hidup saya mudah, jadi saya menyarankan siapa pun yang tertarik untuk mendapatkan pinjaman, silakan hubungi Mrs. Elina melalui email: elinajohnson22@gmail.com untuk pinjaman Anda

    Ada perusahaan palsu lain yang menggunakan kesaksian saya secara online untuk mencapai keinginan egois mereka, saya satu-satunya dengan kesaksian yang benar ini, ketika Anda menghubungi kemudian meminta mereka untuk bukti pembayaran di sana kepada ibu ,, harap berhati-hati terhadap orang-orang ini, oke

    Akhirnya saya ingin berterima kasih kepada Anda semua karena telah meluangkan waktu untuk membaca kesaksian hidup saya yang sebenarnya tentang kesuksesan saya dan saya berdoa Tuhan akan melakukan kehendak-Nya dalam hidup Anda. Satu lagi nama saya adalah mrs nurliana novi, Anda dapat menghubungi saya untuk informasi lebih lanjut via email saya: nurliananovi96@gmail.com

    ReplyDelete
  10. smoga sihat slalu ya....kat umah dah ade ke pasang cuckoo ?kalau belum sy bole bantu..hehe..nak pasang yg C model penapis udara tu bole sgt...sy uruskan pemasangan seluruh malaysia ...sabah srwak pun bole sbb order online je..dlm 48 jam ready dh utk staff dtg pasang.... penapis udara sgt bagus utk org ade asma tau..tapis kuman dn habuk tu....
    Bila2 senang bolehlah layari fb sy https://www.facebook.com/pg/sue01116930576/posts/?ref=page_internal


    semua promo cuckoo ade dlm tu...dan skrg cuckoo jugak offer sanitasi service tauu...boleh wsp sy 011-16930576..

    Reply

    ReplyDelete
  11. Nama Perusahaan::"":":":"ONE BILLION RISING FUND
    Gmail Perusahaan:":":":":"::"onebillionrisingfund@gmail.com                       
    Selamat siang
    Namaku Nyonya Ahmed Neni dan saya berbicara sebagai salah satu orang paling bahagia di dunia saat ini dan saya mengatakan kepada diri sendiri bahwa pemberi pinjaman yang menyelamatkan keluarga saya dari situasi buruk kami, saya akan menceritakan namanya kepada dunia dan saya sangat bahagia dengan katakan bahwa keluarga saya kembali untuk selamanya karena saya membutuhkan pinjaman sebesar Rp150.000.000.00 untuk memulai hidup saya sejak saya adalah satu ibu dengan 3 anak dan dunia sepertinya sedang bergantung pada saya saat saya mencoba untuk mendapatkan pinjaman Dari bank dan online bank menolak saya pinjaman mereka mengatakan bahwa penghasilan saya rendah dan saya tidak memiliki jaminan untuk pinjaman jadi saya pergi online dan hal-hal menjadi lebih sulit karena mereka merobek uang saya dari saya dengan janji manis untuk membantu saya sampai saya bertemu dengan ALLAH mengirim pinjaman pinjaman yang mengubah hidup saya dan keluarga saya, ONE BILLION RISING FUND dimana Juruselamat ALLAH dikirim untuk menyelamatkan keluarga saya dan pada awalnya saya pikir ini tidak akan mungkin terjadi karena pengalaman masa lalu saya dan janji palsu tapi untuk mengejutkan saya, saya menerima pinjaman saya sebesar Rp150.000.000.00 dan saya akan menyarankan siapa saja yang benar-benar membutuhkan pinjaman untuk menghubungi perusahaan tersebut, melalui email di: """""""onebillionrisingfund@gmail.com"""""""karena mereka adalah pemberi pinjaman yang paling pengertian dan baik hati. Jika Anda melihat bagaimana memastikan pinjaman atau bagaimana mendapatkan pinjaman asli, perusahaan dapat membantu Anda. "

    BBM: D8E814FC 


    Sebagai penerima manfaat dari perusahaan saya adalah bukti hidup dari kerja baik perusahaan dan saya meyakinkan Anda bahwa Anda akan mendapatkan formulir pinjaman ONE BILLION RISING FUND. cukup hubungi mereka dan ikuti proses pemberian pinjaman yang mudah

    Anda dapat menghubungi saya Ahmed Neni pada informasi lebih lanjut ((ahmedneni48@gmail.com))

    Allahu akbar

    ReplyDelete
  12. Assalamualaikum salam sejahtera warga group📢
    💐 Sy nk mintak tolong viralkan berita baik ni ye📢😉

    1) Ni berkenaan kisah hidup pesakit lutut kronik dan masalah saraf sendi2 dan juga kisah hidup pesakit kanser stage 1 sampai stage 4, pesakit asma kronik dan juga pesakit gastrik kronik (gerd)yang pulih dengan hanya produk yg berpatutan harga nya tapi kesannya setanding ubat harga mahal ribuan ringgit.



    2) Puan Rasmani Binti Md Noh psakit lutut kronik yg terpaksa jalan mengesot esot atas lantai dan klau cuba berjalan secara berdiri boleh dengar lutut berbunyi bunyi tulang yg sangat sakit. Hendak masak terpaksa gunakan kerusi sebab xmampu berdiri lama2 dan lepas 6 hari minum dah mampu berjalan lancar dan saraf kaki dah tak tegang dah. Mampu masak berdiri semula. Kesan sangat cepat baru 6 hari minum.

    Sy share melalui pengalaman sy sendiri yg mengikuti perkembangan pejuang2 kanser ni....sy sendiri pun guna produk die (jus herba) dah 5tahun setia walaupun sembuh terus juga minum sebagai supplement.

    Jadi skg ni sy rsa perlu share berita ni buat semua supaya masih ade harapan bg mereka yg tercari2 penawar kanser yg tepat .💪🏼

    ▪Adik Luqman -kanser GIST-Anoerectal Tumor
    Skg sudah sembuh dari kanser.
    ..........................................................................
    ▪️Pn. Hayati Abd Hamid- Pensyarah Kanan UITM, kanser payudara stage 4.
    Skg dh sembuh dn shat walau pon pernah diberitahu oleh doktor yang beliau hanya mampu bertahan 1 tahun saja untuk hidup. Beliau setia dengan jus herba ini selama lebih 6tahun.
    Beliau mengarang sebuah naskah/buku yg mengisahkn pengalaman beliau sepanjang perjuangannya melawan kanser dengan mengambil jus herba ini sebagai salah satu rawatan alternatif (nk buku nti blh order)
    Terkini (2020): Beliau pernah ditemuramah dlm rancangan Selamat Pagi Malaysia di Tv1 menceritakan tentang perjuangan beliau menempuh kanser dari tahap 4 hinggalah sembuh.
    ………………………………………………………………………....
    ▪️ Puan Musriharni pesakit asma kronik sejak kecil yang terpaksa gunakan healer setiap hari dan juga pesakit gastrik kronik(GERD). Sekarang kesihatan Alhamdulilah semakin baik, gastrik dah takde dan asma pun tak perlu guna healer lagi. Paru2 dah elok semula.
    ..........................................................................
    ▪Puan Rohana Binti Ismail seorang yang cergas dan aktif dalam mendaki gunung termasuk gunung Kinabalu tpi sjak sakit bengkak lutut, sgala aktiviti lasak terpaksa dilupakan sehingga nk turun tangga di ofis pun terpaksa turun bagaikan ketam turun tangga sbab lutut bengkak. Setelah minum jus ini, dalam masa 1 minggu saja kaki beliau dah sembuh semula. Bengkak dh surut dan dlm msa 2 mingu sja mmpu berjoging kembali, naik bukit dlm 8km jauh nya dah tak sakit2 dah lutut.
    ..........................................................................

    Muhammad Iman Nashriq, berumur 2tahun mengidap penyakit lelah atau asma sejak berumur 5bulan. Adik ni berulang alik ke hospital sejak umur 5bulan sebanyak 3minggu sekali untuk buat rawatan sehinggalah dia berumur 2tahun., Iman tak perlu lagi dah pergi hospital buat rawatan. ketaranya Iman dah tak ada semput-semput dan sesak nafas macam dulu lagi. Kalau dulu 3kali sebulan kena pergi sedut gas, sekarang tak perlu lagi. Alhamdulillah.

    Dan ramai lg psakit2 yg gunakan produk ni sembuh dari masalah lutut kronik,kanser dan lain2 yg guna produk jutawan herbs ni. Ini kenyataan bkn rekaan untuk melariskan produk semata2. Benda elok harus dikongsi agar sama2 dapat manfaat,okay.

    9)Jadi saya mintak pd sape2 yg ada sakit Call atau terus wasap Pengasasnya sendiri okay👇🏻
    En. Mohd Zuhairi - 017468 7570


    💐Yg penting ubat nya MAMPU DIBELI dan mujarab..mudah mudahan aaminn..🤲🏼


    Call order wasap@call- En mohd zuhairi- 0174687570

    😁kalau wasap lambat balas(biasa nya sebab ramai yg wasap dia.)
    Tp nanti dia akn blas jugak yer..
    #sharepadayangmemerlukan
    #sharing is caring

    ReplyDelete