Thursday, 19 June 2014

ALZHEIMER - CABARAN BUAT ANAK MENANTU



1. Kisah sedih  yang tersebar dari laman sosial sejak empat hari lalu dan mendapat kritikan hebat yang meviralkan seorang mantan Timbalan Menteri yang kini mendapat rawatan dan terapi sebagai pesakit Alzhheimer kronik di Dementia Homecare Centre Sdn. Bhd. Teluk Panglima Garang, Klang iaitu pusat jagaan pesakit Alzheimer berbayar,  dikatakan beliau  telah diabaikan oleh ahli keluarga beliau..
Dementia Homecare Centre Teluk Panglima Garang, Klang.





2. Sumber dari portal mStar Online  yang menghubungi anak timbalan menteriri sebut, anak beliau menafikan berita tersebut dan mensifatkan sebagai satu tohmahan dan fitnah kepada mereka. Tambahnya lagi, "Emak saya sihat walafiat, terlindung dan dijaga dengan baik. Dia memang ada penyakit Alzheimer kronik tetapi dari segi perubatan dan doktor semuanya dalam keadaan baik". Menurut beliau lagi, beliau dan adik beradiknya memutuskan  untuk menempatkan ibu mereka di situ kerana bersetuju dengan saranan doktor kerana tempat itu terbaik untuk pesakit Alzheimer setelah dua tahun mereka adik beradik  menjaga ibu mereka di rumah. Menurutnya lagi ibunya bukan sahaja memerlu penjagaan, tetapi juga terapi dari doktor pakar supaya kesihatan ibunya bertambah baik "Dia perlukan terapi, bukan penjagaan orang tua-tua. Doktor kata di sana tempat yang baik kerana ada aktiviti, terapi dan interaksi". Setelah menjalani rawatan dan terapi Raha memaklumkan keadaan ibunya semakin baik dan menunjukkan perkembangan positif.
Pesakit Alzheimer sedang menjalani terapi di Dementia homecare Centre

3. Masyarakat kita, khusunya masyarakat Melayu dikatakan kurang memberi perhatian kepada penyakit dan pesakit Alzheimer. Ramai yang masih ada tanggapan negatif kerana mereka  tidak faham perkembangan biologi yang berlaku pada orang tua. Penyakit Alzheimer  salah satu dari penyakit Dementia (nyanyuk). Hampir 75 peratus pesakit dementia mengalami masalah Alzheimer yang kebanyakannya orang tua, terutama melebihi 65 tahun. Demensia adalah sejenis masalah penyakit yang berkaitan dengan daya ingatan yang disebabkan oleh kematian sel-sel otak secara abnormal. Alzheimer merupakan sejenis penyakit penurunan fungsi saraf otak yang kompleks dan progresif. Daya ingatan seseorang itu merosot dengan teruknya sehinggakan pengidapnya tidak mampu mengurus diri sendiri. Penyakit Alzheimer bukannya `nyanyuk' tetapi sekadar satu proses penuaan. Ia adalah sejenis masalah kesihatan yang amat menyeksakan dan perlu diberikan perhatian. Alzheimer  biasanya dicirikan dengan melemahkan pertuturan, kewarasan, ingatan, pertimbangan, perubahan personaliti dan tingkah laku yang tidak terkawal. Keadaan ini amat membebankan bukan saja kepada si penghidapnya, malah ahli keluarga yang menjaga. Penyakit Alzheimer yang menurunkan fungsi memori ini juga menjejaskan fungsi intelektual dan sosial penghidapnya. Biasanya, ahli keluarga hanya datang membawa pesakit berjumpa doktor apabila mereka sudah tidak tahan dengan gejala pesakit.

4. Hingga kini, punca sebenar penyakit ini tidak diketahui. Tetapi, ia bukanlah disebabkan penuaan semata-mata. Saintis berpendapat, ia dikaitkan dengan pembentukan dan perubahan pada sel-sel saraf yang normal menjadi serat. Risiko untuk menghidap Alzheimer, penyakit yang sinonim dengan warga tua ini, meningkat seiring dengan pertambahan usia. Bermula pada usia 65 tahun, seseorang mempunyai risiko lima peratus menghidap penyakit ini dan risiko ini meningkat dua kali ganda setiap lima tahun, kata Pakar Psikogeriatrik, Jabatan Perubatan Psikologi, Fakulti Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), Dr. Esther Ebeenezer. Penyakit yang julung kalinya, ditemui oleh Dr. Alois Alzheimer pada 1907 ini, dinamakan Alzheimer, bersempena nama beliau. Hasil bedah siasat Dr. Alois Alzheimer terhadap seorang pesakit wanita, beliau mendapati otak wanita tersebut bukan saja mengecut malah, dipenuhi dengan gumpalan protein yang luar biasa yang dipanggil plak amiloid dan serat yang berbelit-belit (neuro fibrillary). Amiloid protein yang membentuk sel-sel plak protein, dipercayai menyebabkan perubahan kimia otak. Kemusnahan sel-sel saraf ini menyebabkan neurotransmitter yang berfungsi menyampaikan mesej dari satu neuron pada neuron lain terjejas.


5. Individu yang berisiko mendapat Alzheimer termasuklah;
  • Menghidap hipertensi (tekanan darah tinggi) apabila mencecah usia 40 tahun ke atas
  • Penghidap penyakit kencing manis  @ diabetes
  • Kurang melakukan senaman
  • Paras kolesterol yang tinggi
  • Faktor keturunan - mempunyai ahli keluarga yang menghidap penyakit ini pada usia lingkungan 50-an.

6.  Terdapat beberapa keadaan yang boleh menyebabkan demensia :
  • Penyakit yang menyebabkan kemerosotan atau kehilangan sel-sel saraf di dalam otak seperti Alzheimer, Parkinson dan Huntington
  • Penyakit yang memberi kesan kepada saluran darah, seperti strok
  • Reaksi toksik , seperti alkohol yang berlebihan atau penggunaan dadah
  • Kekurangan pemakanan seperti vitamin B12
  • Jangkitan yang memberi kesan kepada otak dan saraf tunjang, seperti AIDS
  • Sesetengah jenis hydrocephalus, satu pengumpulan cecair dalam otak yang boleh menyebabkan keabnormalan perkembangan, jangkitan, kecederaan, atau tumor otak
  • Kecederaan kepala - sama ada kecederaan kepala yang teruk atau kecederaan kecil kronik yang sering berlaku dari sukan tinju atau kemalangan
  • Penyakit-penyakit lain daripada otak, seperti buah pinggang, hati, dan penyakit paru-paru, semua boleh membawa kepada demensia


7. Tanda-tanda Penyakit Nyanyuk (Demensia)
Demensia adalah progresif. Ini bermakna bahawa otak seseorang itu akan menjadi lebih rosak dan akan kurang bekerja dari semasa ke semasa, dan tanda-tanda itu akan cenderung untuk berubah dan menjadi lebih teruk. Atas sebab ini, ia adalah penting untuk berbincang dengan doktor  secepat mungkin jika anda bimbang bahawa anda mungkin mempunyai masalah dengan ingatan anda. Kepantasan tanda-tanda menjadi lebih buruk akan bergantung kepada punca demensia orang itu, kesihatan keseluruhan mereka dan keadaan mereka. Ini bermakna bahawa gejala dan pengalaman demensia boleh berbeza dari seorang ke seorang.
Gejala demensia berbeza-beza bergantung kepada punca, tetapi tanda-tanda dan gejala biasa termasuk:
  • Hilang ingatan
  • Kesukaran berkomunikasi
  • Kesukaran dengan tugas-tugas yang komplek
  • Masalah dengan merancang dan mengatur
  • Kesukaran dengan koordinasi dan fungsi motor
  • Masalah dengan kekeliruan, seperti sesat
  • Perubahan personaliti
  • Ketidakupayaan dan tingkah laku yang tidak sesuai

Manakala tanda-tanda lewat pula seperti
  • Tidak boleh mengawal pembuangan air kecil dan besar
  • Tidak boleh tidur malam tetapi tidur menjelang pagi
  • Halusinasi - perasan ada orang lain berada disampingnya
  • Perasaan marah dan cakap-cakap meracau
  • Murung

Rawatan moden
Kebanyakan jenis demensia adalah progresif dan tidak boleh diubati. Ubat-ubatan boleh ditetapkan yang boleh menghalang gejala semakin teruk untuk tempoh masa yang lama. Ini biasanya ditetapkan untuk pesakit-pesakit di peringkat awal dan pertengahan penyakit. 

 Walau bagaimanapun, terdapat beberapa pengecualian, 
  • Demensia disebabkan oleh vitamin dan hormon tiroid, yang boleh dirawat dengan makanan tambahan. 
  • Pembedahan, sebagai contoh, beberapa ketumbuhan otak, cecair berlebihan pada otak (hydrocephalus) atau kecederaan kepala.
  • Pengambilan ubat-ubatan - pesakit akan dirawat menggunakan beberapa ubatan seperti aricept, exelon dan raminyl. Bagaimanapun ubatan yang diberikan hanya untuk mengawal dan melambatkan proses dementia atau nyanyuk

  • merawat tekanan darah tinggi, kolesterol, diabetes, dan berhenti merokok.
  • Demensia yang membawa gejala kemurungan boleh dapat khidmat kaunseling dan berunding dengan pakar psikiatri dan terapi.
  • Mungkin yang paling penting dalam rawatan ialah sokongan dan penjagaan. Jika anda atau tersayang telah disahkan menghidap demensia, anda perlu merancang penjagaan yang diperlukan pada masa hadapan.

Biasanya pesakit yang datang ke hospital perlu melakukan ujian bagi memastikan mereka menghidap dementia seperti 
  •  Ujian memori
  •  Ujian darah kerana dementia berkaitan dengan tidak cukup garam, tiroid yang kurang aktif, kurang vitamin B12 atau kandungan kalsium yang tinggi
  •  Imbasan kepala bagi pesakit tumor atau strok.


Rawatan Alternatif
Rawatan Penyakit Nyanyuk (Dimentia) dengan menggunakan ayat-ayat Al-Quran
Islam  mengajar kita bahawa proses penuaan adalah sesuatu yang normal dan ia merupakan kitar hidup bagi manusia.
  • Amalan membaca kitab suci Al-Qur'an. Orang yang mengamalkan membaca Al-Quran akan sentiasa sihat akalnya walupun dia berumur 100. Jarang berlaku orang yang konsisten membaca Al-Quran pada setiap hari, menjadi nyanyuk apabila telah tua. Juga mereka tidak perlu mamakai cermin mata.

“Dan sesungguhnya kami telah mudahkan Al-Quran untuk diingati, maka tidakkah ada orang yang ingin mengingatinya?” - Al-Qamar:17

Amalan berdoa dengan ayat-ayat syifa dari surah-surah dan ayat-ayat berikut :-.  
Surah Az Zumar ayat 24 hingga 37
Surah Al-A’raaf ayat 43 hingga 56
Surah Al-Hajj ayat 73 hingga 78
Surah An-Naml ayat 71 hingga 93
Surah As-Soffat ayat 22 hingga 47
Surah Yassin ayat 72 hingga 83
(Cara amalan ayat-ayat Al-Quran tersebut ialah, pesakit hendaklah membaca surah pertama iaitu surah Az Zumar tiga kali pada waktu malam dan surah kedua iaitu surah Al-A’raaf tiga kali pada waktu siang. Pembacaan ini hendaklah diamalkan setiap hari selama tiga hingga empat minggu. Selepas membaca tiga kali, pesakit perlu memohon doa kepada Allah swt untuk penyembuhan. Selepas membaca dua surah pertama tadi, pesakit hendaklah mengulang amalan-amalan tersebut dengan surah-surah yang seterusnya.)

KESIMPULAN
Jika anda mempunyai ibu bapa yang mengalami Alzheimer, lakukan perkara berikut;

  • dapatkan rawatan berdasarkan kemampuan kewangan anda. Meskipun terdapat beberapa 'one stop centre' untuk rawatan dan terapi pesakit Alzheimer/Dementia, saranan dari penulis ialah tempat yang sebaik-baiknya adalah di rumah sendiri. Belaian dan pujuk rayu dengan penuh kasih sayang  seperti membasuh najis dan menukar pampers, memandi, membedak dan mensisir rambut ibubapa yang dilakukan oleh anak atau menantu tidak sama dengan belaian dari 'orang luar'. Anak atau menantu juga boleh menyuapkan makanan, membawa bersiar-siar atau sama-sama mendirikan solat atau membaca ayat-ayat suci Al-qur'an. Kerenah cucu-cicit juga sedikit sebanyak boleh menghiburkan mereka. Jadikan rumah sebagai 'baiti-jannati' buat mereka sebelum mereka menuju ke alam barzah....
  • sebaiknya, pelihara dan rawatlah  mereka  dengan penuh kasih sayang, ikhlas, penuh kesabaran dan mengharapkan keredhaan dari Allah swt. Susun jadual giliran menjaga ibubapa anda. Sementara hayat mereka masih ada, berkorbanlah untuk berbakti kepada mereka. Ingat - syurga itu di bawah telapak kaki ibu anda.

"Wahai Rasullullah, kepada siapakah aku harus berbakti pertama kali?"
Nabi s.a.w bersabda, "ibumu!".
Dan orang tersebut kembali bertanya, "kemudian siapa lagi ?".
Nabi Allah s.a.w menjawab, "ibumu!".
"Kemudian siapa lagi ?". Rasulullah menjawab, "ibumu!".
Orang tersebut kembali bertanya, "kemudian siapa lagi?"
Rasullullah menjawab, "kemudian ayahmu!". 



Dari Abi Hurairah  r.a, "Rasulullah s.a.w  ketika melangkah naik ke atas mimbar, baginda berkata...Amin.., kemudian baginda melangkah lagi, lalu baginda berkata ...Amin..., seterusnya baginda melangkah lagi dan berkata....Amin....."


Lalu sahabat bertanya kepada baginda selepas baginda turun dari mimbar;
"Wahai Rasulullah s.a.w , ketika Engkau naik ke atas mimbar, Engkau ada menyebut   Amin (3x) (ada apakah gerangan?)"

Kemudian Rasulullah s.a.w  menjelaskan;

1. "Jibril a.s telah datang kepadaku dengan mengatakan : "Barang siapa yang telah datang kepadanya bulan Ramadan (puasa) , kemudian dia tidak mendapatkan pengampuan (pada bulan Ramadan tersebut), maka ia dimasukkan kedalam api neraka, dan Allah jauh dari dirinya, maka katakanlah : Amin" Kemudian aku meng aminkannya.

2. "Dan barang siapa yang bersama  orang tuanya (ketika keduanya masih hidup), atau salah satu diantara kedua orang tuanya masih hidup, sementara (dia mampu berbuat baik untuk kedua atau salah satu diantara keduanya), kemudian dia tak mau berbuat baik kepada keduanya, atau salah satu diantara keduanya (yang masih hidup tadi), kemudian mati, maka Allah akan memasukkannya kedalam api neraka, dan Allah sangat jauh dari dirinya, maka aku katakan :Amin"

3. "Dan barang siapa yang dimana namaku disebutkan (didepannya) , kemudian dia tak memberikan solawat kepadaku, maka Allah akan memasukkannya kedalam api neraka dan Allah sangat jauh dari dirinya, maka katakanlah (wahai Muhammad s.aw) (amin), maka aku katakan "Amin"


7 comments:


  1. Saya sedang menjaga ibu yang dimentia kronik sudah setahun dan kini, sangat mencabar setiap hari siang dan malam menjerit, tolong bantu saya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tuan dh jumpa psychiatrist ke? nnti dr akan bg ubat paranoid..berkesan utk kawal emosi

      Delete
    2. Alhamdulillah sudah 6 tahun menjaga & pahit Manis lelah Usaha ikthiar telah lalui bersama. Ibu Masih sihat Dalam jagaan. Biarlah ibu bicara memecah keheningan kerinduan dari mereka sepi selamanya.

      Delete
  2. saya pun sedang jaga ibu yg dimentia. Ibu saya sangat kurang tidur dan tak tidur. Saya.. tidak tahu. apa tindakan perubatan yv patut dilakukan. bantulah sy

    ReplyDelete
    Replies
    1. bwk jmp psychiatrist secepat mgkin.
      insyallah ade jalannyer nnt.. mak sy pn baru nk start bg mkn ubt utk elakkan jd lg trok.

      Delete
  3. Saya pn tgh menjaga bapa mertua Yg tgh dimentia... Hanya mampu bersabar..

    ReplyDelete
  4. Hari baik untuk semua warga negara Indonesia dan juga semua ASIA, nama saya Ny. Nurliana Novi, tolong, saya ingin membagikan kesaksian hidup saya di sini di platform ini untuk semua warga negara Indonesia dan seluruh Asia untuk berhati-hati dengan pemberi pinjaman di internet, Allah telah sepenuhnya mendukung saya melalui ibu, Nyonya Elina yang baik

    Setelah beberapa periode mencoba untuk mendapatkan pinjaman dari lembaga keuangan, dan ditolak terus-menerus, jadi saya memutuskan untuk mendaftar melalui pinjaman online tetapi saya ditipu dan saya kehilangan Rp 15.000.000 dengan pemberi pinjaman pinjaman yang berbeda.

    Saya menjadi sangat putus asa dalam mendapatkan pinjaman, jadi saya berdiskusi dengan seorang teman saya yang kemudian memperkenalkan saya kepada Ny. Elina, yang adalah pemilik perusahaan pemberi pinjaman global, jadi teman saya meminta saya untuk melamar dari Ny. Elina, jadi saya mengumpulkan keberanian dan menghubungi Ny. Elina.

    Saya mengajukan pinjaman sejumlah Rp500.000.000 dengan tingkat bunga 2%, sehingga pinjaman itu disetujui dengan mudah tanpa tekanan dan semua pengaturan dilakukan pada transfer kredit, karena fakta bahwa itu tidak memerlukan jaminan dan jaminan untuk pinjaman transfer Saya hanya diberitahu untuk mendapatkan sertifikat perjanjian lisensi aplikasi. Mereka akan mentransfer kredit saya dan dalam waktu kurang dari dua jam uang pinjaman telah disetorkan ke rekening bank saya.

    Saya pikir itu lelucon sampai saya menerima telepon dari bank saya bahwa akun saya dikreditkan dengan jumlah Rp500.000.000. Saya sangat senang bahwa ALLAH akhirnya menjawab doa saya dengan memesan pinjaman saya dengan pinjaman asli saya, yang telah memberi saya keinginan hati saya.

    Mereka juga memiliki tim ahli di sana yang akan memberi tahu Anda tentang jenis bisnis yang ingin Anda investasikan dan cara menginvestasikan uang Anda, sehingga Anda tidak akan pernah mengalami kebangkrutan lagi dalam hidup Anda.

    Semoga ALLAH memberkati Bunda Elina karena membuat hidup saya mudah, jadi saya menyarankan siapa pun yang tertarik untuk mendapatkan pinjaman, silakan hubungi Mrs. Elina melalui email: elinajohnson22@gmail.com untuk pinjaman Anda

    Ada perusahaan palsu lain yang menggunakan kesaksian saya secara online untuk mencapai keinginan egois mereka, saya satu-satunya dengan kesaksian yang benar ini, ketika Anda menghubungi kemudian meminta mereka untuk bukti pembayaran di sana kepada ibu ,, harap berhati-hati terhadap orang-orang ini, oke

    Akhirnya saya ingin berterima kasih kepada Anda semua karena telah meluangkan waktu untuk membaca kesaksian hidup saya yang sebenarnya tentang kesuksesan saya dan saya berdoa Tuhan akan melakukan kehendak-Nya dalam hidup Anda. Satu lagi nama saya adalah mrs nurliana novi, Anda dapat menghubungi saya untuk informasi lebih lanjut via email saya: nurliananovi96@gmail.com

    ReplyDelete