Tuesday, 3 June 2014

FLORA, SAYURAN DAN BUAH-BUAHAN DI TANAH SUCI DAN DI BUMI ANBIYA


MUQADIMAH

 AZHAR dalam bahasa Arab bermaksud BUNGA-BUNGA. Juga bermaksud lebih berseri, yang gemilang dan lebih cerah.  Azhar juga huruf-huruf yang membentuk perkataan Amanah, Zuhud, Harum, Alim dan Ramah (mesra), iaitu semua sifat-sifat terpuji.  Oleh itu, manusia yang bernama AZHAR semestinya mempunyai sifat-sifat tersebut. In sha Allah.  Rakan-rakan yang bakal dikurniakan anak laki-laki, namakanlah putera anda tersayang  dengan nama AZHAR.....
Azhaar diberi penghormatan pada brand kertas tisu dhotel-hotel di Madinah

1. Kesempatan ziarah ke Tanah Suci Baitul Maqdis dan  Bumi Anbiya Jordan serta melakukan ibadat umrah baru-baru ni, penulis yang semenangnya gemar kepada keindahan  flora tidak melepaskan peluang untuk mengambil gambar beberapa kumtum bunga yang sangat cantik untuk tatapan kita.

2. Penulis amat tertarik dengan iklim Mediteranean di Baitul Maqdis dan Jordan berbanding dengan iklim tropika lembab yang di alami oleh negara kita. Keistimewaan iklim Mediteraean ialah musim panasnya panas dan kering tetapi singkat dengan bacaan suhu manimum 21'C dan maksimum 24'C. Musim sejuk pula berada di antara -3,C dan 10'C. Hujan tahunan sederhana antara 400 mm - 800 mm dan turun pada musim sejuk. Ciri iklim tersebut menghasilkan tumbuhan semula jadi berupa rerumput termasuk kumpulan gandum, pokok renek, semak samum, berdaun kecil dan akar menjalar ntuk mengurangkan sejatan tinggi di musim panas atau kemarau. Negara Jordan  dan Baitul Maqdis mengalami empat musim yang nyata iaitu musim panas, luruh, sejuk dan bunga.

3. Apa ygang menariknya, benih pokok atau rerumput ini mulai tumbuh sebaik sahaja musim sejuk berakhir. Oleh itu, tidak hairanlah petani dapat mengumpul keluaran madu lebah yang memuncak pada musim bunga. Iklim yang nyaman itu adalah syurga pengeluaran buah-buah dan sayuran seperti anggur,delima, pisang, zaitun limau. citrus, tomato dan kurma 

Bunga kertas di Juricho. Warnanya lebih garang berbanding dengan yang terdapat di rumah penulis.

Bunga kertas warna orange merah sukar kedapatan di tempat kita

Bunga kertas yang ditanam di laman  sebuah restoran pinggir Laut Mati

cantiknya- tumbuh berhampiran Makam Nabi Yusya' bin Nun a.s.

Subhanallah bunga aster putih yang ditemui di makam Nabi Yusya' bin Nun sangat cantik 
spesis lain macam aster putih tumbuh berhampiran Makam Nabi Musa

tumbuh liar dicelah dinding berhampiran Makam Nabi Musa (foto Yanni - tqvm)



tumbuh di tepi jalan raya. Kelopak bersaiz syiling 10 sen (foto google sama spt penulis lihat)
perhatikan lebah menghisap madu - tumbuh berhampiran Makam Nabi Yusya' bin Nun a.s (foto Yanni - tqvm)








pokok renek daun dua warna

bunga ros yang mekar di laman masjid ashabul kaffi Jordan


bunga ros bersaiz besar tetapi kurang wangi berbanding bunga ros di negara kita

sejenis rerumput yang berbunga kuning.

sejenis tumbuhan renik kecil yang tumbuh ditepi jalan. Kelopak bunganya berwarna merah menyala. Saiz sebesar syiling 20 sen.


(foto google sama spt penulis lihat)


cantik tapi berduri - sejenis tumbuhan renik kecil  liar ditepi jalan. Durinya sangat tajam dan boleh cucuk jari jika sentuh. Duri adalah salah satu ciri tumbuhan gurun untuk mengurang kadar sejatan matahari terik





macam bunga dahlia - tumbuh berhampiran Maqam Nabi Musa a.s


(foto google sama seperti penulis lihat)


macam alorverra tetapi tumbuh secara berangkai-rangkai panjang - ditemui dekat Bandar Nazareh tempat kelahiran Nabi Isa a.s. (foto Yanni - tqvm)


berbagai warna seakan-akan bunga angel's trumpet.

sebagai tanaman hiasan di laman Masjid Quba


macam bunga kekwa



halaman Masjid Quba Madinah

kebun pisang

ladang zaitun

penjualan anak pokok buah-buahan



strawberrinya lebih besar dari strawberri Cameron Highland 






gandum mulai tunbuh subur pada bulan Mac April










No comments:

Post a Comment