1. Ops 6P jam 2 pagi
oleh Jabatan Imigresen Negeri Sembilan pada Sabtu minggu lepas untuk menangkap pendatang tanpa izin (PATI) yang mendiami di kawasan operasi, secara tidak
sengaja telah menemui seorang remaja lelaki orang kelainan upaya (OKU) yang dikurung dalam keadaan yang amat
menyedihkan oleh ibunya di sebuah rumah pangsa di Taman Semarak Fasa 2 , Nilai, Negeri Sembilan.
Menurut Pengarah jabatan berkenaan Encik Faizal Fazri bin Othman yang mengetuai operasi tersebut, remaja berumur
15 tahun itu ditemui kurus kering di dalam persekitaran bilik di rumahnya yang
dipenuhi dengan tanah dan najis. Remaja tersebut telah dihantar ke Hospital
Tunku Jaafar Seremban untuk pemeriksaan kesihatan, manakala ibunya yang dikatakan bekerja
dengan sebuah syarikat katering di KLIA telah ditahan reman untuk siasatan
lanjut. Remaja tersebut telah dikenalpasti sebagai Muhamad Firdaus bin Dullah
yang dikatakan mengalami OKU 'celebtral palsy' @ CP (cerebtral = otak, palsy =
kurang atau tidak upaya mengawal pergerakan otot). Maklumat lanjut celebtral
palsy baca di sini
Alangkah terkejutnya petugas dari Jabatan Imigresen kerana PATI yang dicari, tetapi Firdaus yang dijumpai |
Muhamad Firdaus yang dikatakan diabaikan oleh ibunya |
Gambar remaja lelaki ini dijumpai dalam facebook wanita yang ditahan dan disyaki sebagai ibu kepada remaja OKU |
2. Pada 22 Jun 2014 yang lalu penulis sempat berkunjung ke
rumah seorang 'sahabat', iaitu Awaludin bin Mohd. Yusuf (68 Tahun) di kediamannya di Rumah Murah
Batu 30 Ulu Yam Lama, Selangor yang juga mengalami ' celebtral palsy' semenjak 60 tahun dahulu. Penulis bersyukur kehadrat Allah swt kerana Awaludin tidaklah seteruk rakannya Muhammad Firdaus bin Dullah kerana Awaludin masih sihat dan masih ada keluarga yang sanggup untuk menjaganya. Awaludin adalah anak sulung dari empat adik hasil perkongsian hidup pasangan Mohd. Yusuf dan Rahimah (kedua-dua ibu dan bapa beliau telah meninggal dunia, dimana Mohd. Yusof telah kembali ke alam barzah kira-kira 16 tahun yang lalu, diikuti pula ibu beliau kira-kira 8 tahun berikut). Adik beliau Encik Tamam bertanggung jawab menyara Awaludin sehingga hari ini. Tamam yang tidak mempunyai pekerjaan tetap terpaksa meminta bantuan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat, Pusat Urus Zakat Selangor dan sumbangan dari beberapa NGO untuk membeli barangan keperluan Awaludin.
3. Penulis mengenali Awaludin kerana ibu bapa beliau berjiran dengan rumah mertua penulis. Bagaimana pun, apabila keluarga isteri penulis telah berpindah rumah baru mereka di Taman Sri Kamin, Ulu Yam Bharu selepas tujuh tahun kami mendirikan rumah tangga, hubungan penulis sekeluarga dengan Awaludin tetap kukuh. Semasa berjiran dengan keluarga Awaludin, adik beradik sebelah isteri dan anak-anak penulis yang masih kecil ketika itu amat rapat dengan Awaludin. Adik beradik sebelah isteri dan anak penulis sering mengusik dan menyakat Awaludin supaya beliau melatah. Tingkah laku spontan yang ditunjukkan oleh Awaluddin telah menghiburkan mereka. Bagaimanapun, bukanlah tujuan mereka membuli Awaludin, tetapi lebih kepada untuk berhibur dan menggembirakan dengan beliau. Kini, ketika masuk usia emas, Awaludin masih mengenali keluarga penulis. Saban tahun kami mesti ziarah beliau terutama di hari lebaran untuk menghulurkan duit raya. Pada asasnya tidak banyak perubahan dari segi zahir dari semenjak penulis mengenali beliau, sehinggalah ke hari ini. Beliau masih suka bercerita kisah silam beliau dengan menggunakan pergerakan tangan dan kepala.
4. Menurut Tamam, Awaludin dilahirkan cukup sempurna sifat sama seperti bayi dan kanak-kanak lain. Beliau sempat bersekolah di Sekolah Kebangsaan Ulu Yam. Ayahnya Encik Yusuf seorang pesara polis, manakala ibunya suri rumah. Bagaimanapun, ketika usia Awaludin lapan tahun, beliau diserang demam panas kekejangan dan sawan yang agak kronik. Akibat dari demam tersebut, badan beliau telah menunjukkan beberapa sifat ganjil. Di antaranya, kaki beliau mulai membengkok dan berlipat kerana pertumbuhan tulang pada anggota badan tidak seimbang, menyebabkan beliau tidak boleh berjalan, sebaliknya hanya mampu mengesot dan beliau juga menghadapi masalah pertuturan. Semenjak dari peristiwa tersebut, beliau sudah tidak boleh menguruskan diri sendiri dan berhenti dari sekolah. Kemiskinan hidup menghalang keluarga beliau untuk mendapatkan rawatan moden, sebaliknya beliau banyak menghabiskan masa di dalam rumah. Sekali sekala beliau akan 'naik' basikal roda tiga untuk bersiar-siar sekitar taman perumahan.
Awaludin @ Amat, penulis anggap sebagai sebahagian dari keluarga kami |
3. Penulis mengenali Awaludin kerana ibu bapa beliau berjiran dengan rumah mertua penulis. Bagaimana pun, apabila keluarga isteri penulis telah berpindah rumah baru mereka di Taman Sri Kamin, Ulu Yam Bharu selepas tujuh tahun kami mendirikan rumah tangga, hubungan penulis sekeluarga dengan Awaludin tetap kukuh. Semasa berjiran dengan keluarga Awaludin, adik beradik sebelah isteri dan anak-anak penulis yang masih kecil ketika itu amat rapat dengan Awaludin. Adik beradik sebelah isteri dan anak penulis sering mengusik dan menyakat Awaludin supaya beliau melatah. Tingkah laku spontan yang ditunjukkan oleh Awaluddin telah menghiburkan mereka. Bagaimanapun, bukanlah tujuan mereka membuli Awaludin, tetapi lebih kepada untuk berhibur dan menggembirakan dengan beliau. Kini, ketika masuk usia emas, Awaludin masih mengenali keluarga penulis. Saban tahun kami mesti ziarah beliau terutama di hari lebaran untuk menghulurkan duit raya. Pada asasnya tidak banyak perubahan dari segi zahir dari semenjak penulis mengenali beliau, sehinggalah ke hari ini. Beliau masih suka bercerita kisah silam beliau dengan menggunakan pergerakan tangan dan kepala.
Awaludin dilatih kendiri soal makan-minum, berpakaian dan buang air besar dan kecil |
basikal roda tiga yang sekarang sudah tidak digunakan lagi kerana keluarga bimbang keselamatan Awaludin |
5. Pada setiap kali penulis bertemu dengan penjaga Awaludin, penulis sering mengingati mereka supaya istiqamah dan bersabar dengan ketentuan Allah swt. Ajaran Islam amat menyanjung tinggi golongan tersebut. Layanan yang saksama juga mesti diberikan kepada mereka. Ada kisah meriwayatkan Allah swt pernah menegur Rasulullah SAW tatkala Baginda didatangi oleh Abdullah bin Ummi
Maktum seorang sahabat yang cacat penglihatan bertanyakan sesuatu hal berkaitan
agama kepada Nabi Muhammad SAW tatkala Baginda sedang menjalankan misi
dakwahnya kepada golongan elit Makkah dan bangsawan Quraisy. Pada saat itu, Nabi s.a.w
memalingkan mukanya dari Abdullah bin Ummi Maktum dan memberi tumpuan kepada
dakwahnya terhadap bangsawan Quraisy. Justeru, teguran ALLAH ini sebagai satu isyarat golongan OKU
ini perlu dilayani dengan saksama dan tidak boleh dinafikan hak mereka dalam
urusan agama, ilmu dan seumpamanya. Apatah lagi jika berkaitan dengan
urusan-urusan menyambung kehidupan kerana mereka juga berhak hidup sebagaimana
mereka berhak dilahirkan dan dibesarkan dengan adil.
"Namun ku punya hati,
Juga gayaku perasaan,
Hidupku yang sebegini,
Kadar waktu diizin Tuhan.
|
Ibu bapa atau penjaga hendaklah reda dengan apa yang berlaku kepada anak atau kaum keluarga mereka yang 'istimewa' itu. “Sesiapa yang tidak reda dengan Qada-Ku dan Qadar-Ku serta
tidak tabah terhadap ujian yang aku berikan, maka carilah Tuhan selain Aku”.(Dilaporkan daripada Tabrani).
6. Terdapat beberapa hikmah daripada kelahiran anak cacat atau anak yang mengalami kecacatan setelah dilahirkan. Antaranya ialah:
- Allah menguji ibu bapa tersebut sebab hidup merupakan ujian seperti mana yang diterangkan dalam maksud ayat “...Tetapi Allah SWT hendak menguji kamu terhadap pemberian-Nya kepadamu, maka berlumba-lumbalah berbuat kebajikan. Hanya kepada Allah SWT kembali kamu semuanya…”(Surah al-Maidah, ayat: 48).Jika ibu bapa tersebut dapat bersabar dalam membesarkan anak tersebut maka Allah akan memberikan kejayaan kepada anak tersebut sebagai balasan atas kesabaran tersebut.
- Perkara yang kita anggap baik belum tentu baik pada pandangan Allah SWT. Ia dapat dibuktikan dalam marfumNya “Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia baik bagi kamu dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal ia buruk bagi kamu. Allah SWT mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.” (Surah al-Baqarah, ayat: 216) Allah mempunyai rancangan terhadap kelahiran bayi cacat tersebut sungguhpun ibu bapa merasa sial atas kelahiran tersebut tetapi ramai orang kurang upaya yang berjaya.
- Allah SWT telah memilih ibu bapa tersebut supaya menjadi hamba-Nya yang sabar. Semua perkara tersebut hanya ujian daripada Allah SWT untuk melihat tahap kesabaran ibu bapa tersebut kerana anak yang cacat memerlukan perhatian yang lebih besar berbanding anak yang normal.
- Allah SWT memberi peluang kepada orang lain untuk berbuat baik kepada anak cacat tersebut.
- Allah SWT memberikan pengajaran dan keinsafan kepada orang lain supaya menghargai kesempurnaan yang diberikan oleh Allah SWT.
Segala hikmah Allah yang kita ketahui dari Rabb kita harus
kita imani. Dan yang tidak mampu kita ketahui, kita serahkan kepada Rabb kita.
Allah lebih mengetahui dan lebih bijaksana. Kita hanya memiliki ilmu yang Allah
ajarkan kepada kita, dan Dia-lah Yang Maha Mengetahui dan Maha Bijaksana.
Maafkan wahai teman,
Ku menumpang di sudut dunia,
Mencari ketenangan,
Sampai masa ku pergi jua
No comments:
Post a Comment