Wednesday 27 May 2015

JENAYAH DAN CURI KERETA - Part 2



Part 2 : Mem'berek' Kes Curi Kereta

TIDAK semudah dijangka.

1. Dalam artikel saya yang lalu “Throwing light on crime statistics”, saya menyatakan bahawa indeks jenayah mengandungi dua komponen – jenayah keganasan dan jenayah harta benda. Jenayah harta benda membabitkan 80% daripada jumlah keseluruhan jenayah di Malaysia.  Dalam artikel ini, saya akan menumpukan jumlah jenayah harta benda. Saya percaya bahawa banyak lagi perkara yang kita boleh lakukan bagi menghalang berlakunya jenayah harta benda.

2. Jenayah harta benda boleh dibahagikan kepada dua kategori utama – kecurian harta benda peribadi dan jenayah seisi rumah. Kategori pertama merujuk kepada kecurian ragut, dompet, kad kredit, tefefon dan sebagainya tanpa membabitkan kecederaan tubuh. Penjenayah mencuri harta kepunyaan anda ketika anda berada di kawasan awam. Jumlah jenayah ini kira-kira 20% daripada keseluruhan jenayah harta benda. Jenayah ini, walaupun semulajadinya kecil, mengakibatkan rasa tidak selamat berada di kawasan awam.

3. Kategori kedua (jenayah seisi rumah) merangkumi memecah masuk, vandalisme, mencuri kenderaan atau bahagian kenderaan dan kecurian harta benda seisi rumah. Ini membabitkan kira-kira 80% daripada keseluruhan jenayah harta benda di Malaysia.  Dalam kategori ini, 75% membabitkan kecurian kenderaan bermotor dan 25% pecah rumah. Sama seperti jenayah kecil di atas, jenayah pecah rumah mewujudkan kesan jangka panjang rasa tidak selamat dalam minda kita.

4. Dalam artikel ini, saya akan membincangkan secara khusus kecurian kereta iaitu membabitkan kira-kira 20% daripada kes membabitkan kenderaan bermotor. Ada dua sebab saya membincangkan kes kecurian kereta.

5. Saya ingin menunjukkan bahawa statistik jenayah kecurian kereta daripada polis boleh diguna pakai - bermakna jumlah itu memang betul dan boleh dipercayai. Jumlah kecurian kereta merosot 20% tahun lalu sejak NKRA dimulakan lima tahun lalu. Saya ingin berkongsi apa yang kami sudah lakukan dalam perjalanan transformasi itu.

6. Ada kira-kira 10.5 juta kenderaan bermotor di Malaysia dengan kira-kira 25% bawah 5 tahun, 25% antara 5 ke 10 tahun dan 50% atas 10 tahun. Ada dua jenis kes kecurian kereta utama yang cuba ditangani sejak awal tahun lalu.
  • Penyeludupan transnasional – iaitu kereta mewah baru atau popular dicuri dan dihantar ke luar negara

  • Peleraian (cannibalization) bahagian kereta – iaitu kereta dicuri dan dileraikan untuk dijadikan alat ganti kenderaan lain (kemungkinan kereta lama)
7. Kes kecurian kereta di atas selalunya bersifat jenayah terancang yang membabitkan pelbagai peringkat dan pihak. Kereta dicuri bagi tujuan jenayah iaitu untuk dijual atau menghapuskan bahagian-bahagian kereta di pasaran gelap. Satu lagi sebab di sebalik kes kecurian kereta adalah bagi alasan mengambil kesempatan seperti untuk dibawa dengan tujuan keseronokan  (‘joyride’) dan untuk digunakan sebagai pengangkutan jangka pendek - yang mana jumlahnya kecil dan tidak meliputi skop kita.

8. Seperti yang disebutkan dalam artikel pertama saya, rekod menunjukkan kehilangan satu kereta setiap 30 minit di Malaysia pada 2013, namun kita berjaya mengurangkan kadar kecurian kereta sehingga 20% pada 2014. Hari ini, kita kehilangan satu kereta setiap 45 minit. Ini pertama kalinya menunjukkan penurunan sejak kami memulakan transformasi pada akhir 2009 (Rajah 1).


9. Berdasarkan statistik semasa, kira-kira 53,000 pertubuhan-pertubuhan beroperasi dalam sektor kenderaan bermotor. Tanpa melihat kepada segmen motosikal, dianggarkan 40,300 pertubuhan-pertubuhan yang menyokong segmen motokar. Ada tiga kategori dalam sektor ini (% dalam kurungan menunjukkan % pertubuhan berkenaan):
  • Jualan kenderaan motor (10%)

  • Jualan bahagian & aksesori (30%)

  • Penyelenggaraan & baik pulih  (60%)

10 Kenyataan di atas menunjukkan bahawa kira-kira 90% pertubuhan-pertubuhan menyokong pasaran baik pulih dan aksesori. Nilai perniagaan pasaran ini adalah kira-kira 50% daripada nilai belian kereta baru setahun. Ketika kami memulakan NKRA, nilai belian baru adalah sekitar RM60B setahun.

11. Semakin banyak kereta meningkat usia, pasaran alat ganti terpakai akan meningkat. Bekalan alat ganti terpakai mungkin datang dari kereta-kereta curi yang dileraikan kepada alat ganti. Nampaknya, ini adalah perniagaan menguntungkan. Tuntutan insurans bagi alat ganti pada 2012 adalah sekitar RM5.4b. Bayaran pampasan bagi jumlah kehilangan kereta kira-kira RM762 juta pada 2013 – peningkatan 27% berbanding 2012.

12. Apabila dibandingkan antara bilangan kecurian kereta yang dilaporkan kepada polis dan syarikat insurans, kita dapat melihat jurang besar iaitu kira-kira 40%.  Jumlah kereta curi dilaporkan kepada polis masing-masing meningkat 36% dan 47% lebih tinggi berbanding jumlah dilaporkan kepada syarikat insurans pada 2012 dan 2013 (Rajah 2). Adalah tidak logik untuk mengatakan polis menurunkan statistik apabila jumlah mereka lebih tinggi daripada yang dilaporkan persatuan insurans.

Tajuk : Rekod PDRM vs Insurans


13. Sebab bagi perbezaan itu sudah pasti kerana insurans kereta pihak ketiga bagi kenderaan curi yang dilaporkan oleh mangsa kepada polis tetapi bukan  kepada syarikat insurans. Ini turut menyokong teori bahawa banyak kereta lama dicuri untuk diniagakan alat gantinya.

14. Senarai 10 kenderaan utama yang menjadi sasaran sindiket curi disiarkan dalam The Star pada 2012.  Daripada analisis kami, Proton mencatatkan jumlah tertinggi kereta dicuri, diikuti Toyota dan Perodua pada 2012, 2013 dan 2014 (Rajah 3).



15. Saya kongsikan pendekatan yang kami gunakan untuk mengurangkan kecurian kereta pada 2014.  Pertama, kami mempunyai kerjasama baik dengan kebanyakan pihak dalam perniagaan kenderaan bermotor. Seperti saya katakan, kebanyakan kecuiran kereta adalah jenayah terancang. Maka, bagi mengatasi masalah ini, polis tidak mampu melakukannya sendirian. Kami membawakan beberapa pihak bagi tiga perbincangan:
  • Perbincangan pertama – kami MENGENAL PASTI dan MENGUKUR masalah dihadapi.  Tujuan kami adalah untuk memahami sejauh besar masalah itu dan melihat aliran perniagaan kecurian kereta Malaysia

  • Perbincangan kedua – kami MENGANLISIS masalah. Di sini, kami membawa banyak pakar dari industri ini bagi mengesahkan apa yang dilihat rakan pasukan berdasarkan data
  • Perbincangan ketiga – kami MEMPERBAIKI situasi dengan membincangkan kelompongan di peringkat bawahan dan polisi. Ini masih menjadi latihan berterusan bagi kedua-dua jenis penyeludupan - transnasional dan peleraian (cannibalization) bahagian komponen.

16. Berikut adalah petikan diambil daripada Laporan Tahunan 2014 yang disiarkan baru-baru ini.

MENGIKUT MOHD YUSUF IDRIS, PENYELARAS BAGI MAJLIS PENGURANGAN KECURIAN KENDERAAN (VTREC) MALAYSIA, ORGANISASI BUKAN BERASASKAN KEUNTUNGAN YANG DITUBUHKAN OLEH INDUSTRI INSURANS

“Pada tahun ini, dengan kerjasama PEMANDU, kita menyaksikan peningkatan dan daya usaha yang lebih teratur diambil oleh semua pihak berkepentingan (termasuk PDRM, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Kastam dan industri insurans) dalam pendekatan kami untuk menangani kecurian kenderaan," kata Mohd Yusof.

"Dari Mac hingga Jun tahun ini, VTREC dan  PEMANDU menganjurkan tiga bengkel  untuk mengenal pasti kelemahan pentadbiran dalam ekosistem industri permotoran  yang mungkin mempengaruhi kecurian kereta. Setelah mengenal pasti kelemahan ini, kami menyarankan 24 inisiatif untuk jangka panjang dan pendek yang pada pendapat kami akan mengurangkan dengan ketara peluang berlakunya kecurian kereta."

17. Meskipun kejayaan yang dicatat pada 2014 memberangsangkan, Mohd Yusof menambah bahawa lebih banyak usaha akan dijalankan pada 2015 dan seterusnya. Bengkel yang diadakan pada tahun lalu mengenal pasti dua perkara penting yang memerlukan perhatian tambahan, iaitu peleraian (cannibalization)  bahagian kenderaan dan penyeludupan kenderaan curi melalui pelabuhan dan sempadan.
18. Berdasarkan kajian yang dibuat di Amerika Syarikat, satu kereta dicuri setiap 44 saat. Kita kehilangan satu kereta setiap 45 minit. Ada beberapa perkara menarik yang kita boleh fikirkan. Lebih sebahagian kecurian berlaku di kawasan letak kereta tanpa penjaga. Hampir separuh kecurian disebabkan kesilapan pemandu seperti meninggalkan kunci pada pencucuh atau membiarkan pintu tidak berkunci.

19. Berdasarkan kajian itu, pengajarannya adalah untuk  bersama mengingatkan diri sendiri supaya mengambil beberapa langkah berjaga-jaga sewajarnya seperti tidak meninggalkan kunci anda di dalam kereta, menutup semua tingkap dan pintu apabila meletak kenderaan serta jangan sesekali meninggalkan barang berharga di tempat yang mudah dilihat di dalam kereta.

20. Bak kata orang, polis tidak boleh melindungi kita sepanjang masa. Kita harus lebih peka mengenai kecurian, lebih bijak, lebih pintar dan selalu lebih berhati-hati. Jika kita menjadikannya mudah untuk seseorang itu mencuri daripada kita, mereka akan melakukannya. Marilah kita bersatu menentang jenayah dan bekerjasama menghapuskan pelbagai peringkat kecurian kereta bagi memastikan harta benda kita selamat seterusnya memberikan ketenagan fikiran untuk kita semua.


OLEH :- Datuk Dr Amin Khan - Pengarah Pengurangan Jenayah Pemandu NKRA

>MSTAR


JENAYAH DAN CURI KERETA - Part 1


Part  1 -Pandangan Berbeza Dalam Jenayah

1. SAYA telah melibatkan diri dalam Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (Pemandu) (Bidang Keberhasilan Utama Negara - NKRA) bagi menangani isu jenayah sejak setahun lalu. Isu tentang jenayah bukan sahaja menarik, tetapi boleh mencetuskan kontroversi. Isu tersebut merupakan topik yang menarik apabila pihak berkuasa dan masyarakat cenderung untuk memberi pandangan yang berbeza.

2. Saya mulakan artikel ini dengan mengupas tentang isu jenayah dan ketakutan terhadap jenayah. Saya juga akan berkongsi beberapa artikel tentang jenayah dan penulisan ini adalah yang pertama. Niat saya adalah untuk berkongsi pengetahuan yang saya diperoleh sepanjang bersama NKRA dan menterjemahkan pengalaman itu sebagai sudut perspektif kepada pembaca.

3. Saya percaya terdapat empat perkara yang sering kita bincangkan di kedai kopi dan forum-forum tertentu. Empat perkara itu adalah 
  • Kadar jenayah, 
  • Kebimbangan terhadap jenayah, 
  • Perasaan terhadap keselamatan 
  • Keyakinan dalam sistem perundangan.
 4. Jenayah kebiasaannya diukur sebagai kadar jenayah di kawasan tertentu. Melalui NKRA Jenayah, kami menilai kadar jenayah menggunakan indeks jenayah. Indeks jenayah melibatkan jenayah ganas dan kecurian harta. Ia tidak membabitkan jenayah komersial, jenayah berkaitan dadah dan jenayah siber. Kami menetapkan sasaran untuk mengurangkan kadar indeks jenayah sebanyak 5 peratus pada setiap tahun sejak lima tahun lalu. Tahun lepas, kami mencapai pengurangan sebanyak 12.6 peratus, sekali gus jauh melepasi sasaran yang ditetapkan.

5. Sejak pembaharuan NKRA Jenayah bermula lima tahun lalu, kami mencapai pengurangan sebanyak 40 peratus berbanding jumlah pada 2009. Kira-kira 80 peratus daripada kadar indeks itu merupakan kes kecurian harta (termasuk kecurian kereta) dan 20 peratus kes jenayah keganasan. Pencapaian ini dilihat konsisten dengan negara-negara lain. Pengurangan dalam indeks jenayah sejak lima tahun lalu boleh dilihat pada Rajah 1.


6. Secara keseluruhannya, kami berjaya mengurangkan kadar jenayah daripada 580 kes sehari pada 2009 kepada 350 kes sehari pada 2014. Kes kecurian kereta yang merupakan sebahagian indeks jenayah, menunjukkan penurunan sebanyak 20 peratus buat kali pertama sejak 2009. Sehubungan ini, secara puratanya, sebuah kereta hilang dalam setiap 30 minit, bermakna kira-kira 17,000 kereta setiap tahun. Di sebuah negara maju di bahagia selatan negara kita, kadar kehilangan kereta adalah sebuah kereta bagi setiap 10 minit. Pengurangan indeks jenayah sebanyak 40 peratus merupakan pencapaian yang besar. Tetapi masalahnya, masyarakat umum tidak merasakan kadar jenayah telah berkurangan dan kebimbangan kita terhadap jenayah masih lagi tinggi.

7. Pusat kajian Frost & Sullivan melaksanakan satu tinjauan pada tahun lalu untuk mendapatkan pandangan orang awam terhadap tahap jenayah di negara ini sejak tiga tahun lepas. Hasil tinjauan menunjukkan sebanyak 50 peratus individu yang terlibat dalam tinjauan itu mendakwa kadar jenayah semakin meningkat, manakala 40 peratus lagi merasakan tahap jenayah kekal. Hanya 10 peratus sahaja menyedari indeks jenayah telah berkurangan sejak tiga tahun lalu.

8. Pada mulanya kami berasa bingung dengan keputusan tinjauan itu. Tetapi kemudiannya kami menyedari ia merupakan corak yang sama (pandangan sama) di kebanyakan negara-negara maju. Sebenarnya, terdapat jurang antara realiti indeks jenayah dan persepsi masyarakat awam berhubung perkara itu. Kami menamakan situasi ini sebagai jurang 'realiti-persepsi' (Rujuk Rajah 2) dan hal ini berlaku disebabkan orang awam cenderung untuk terlalu menekankan risiko berhubung jenayah.

9. Persepsi merupakan satu panduan yang digunakan oleh orang awam untuk menilai kadar jenayah dalam persekitaran mereka. Terdapat dua komponen yang dikaitkan dengan persepsi iaitu ketakutan terhadap jenayah dan perasaan kurang selamat terhadap persekitaran.

10. Ketakutan terhadap jenayah merupakan kebimbangan menjadi mangsa jenayah, sedangkan perasaan tidak selamat merupakan perasaan umum dan tidak semestinya seseorang itu akan menjadi mangsa. Kajian itu menunjukkan bahawa kita sebenarnya bimbang terhadap kedua-dua komponen terbabit.

11. Bagaimanapun, terdapat perbezaan ketara antara lelaki dan wanita apabila dikaitkan dengan dua komponen itu. Golongan wanita memberi perhatian lebih terhadap perasaan tidak selamat dan tahap kebimbangan terhadap jenayah mereka lebih tinggi berbanding lelaki. Situasi itu bermaksud, golongan wanita lebih berisiko menjadi mangsa jenayah apabila berada di persekitaran yang berisiko.Persekitara sedemikian boleh diterjemahkan berdasarkan keadaan sekeliling iaitu jika satu-satu tempat itu gelap pada waktu malam, maka berisiko tinggi untuk berjalan di kawasan tersebut.

12. Saya sedar orang ramai secara umumnya tidak percaya tentang kenyataan saya bahawa kadar jenayah telah menurun sejak beberapa tahun lepas. Statistik yang diperolehi merupakan rekod jenayah yang telah dicatatkan. Kita boleh berdebat berhubung isu indeks jenayah tetapi ia tidak akan mengubah fakta bahawa kadar jenayah telah menurun. Kita tidak wajar menghabiskan tenaga kita untuk berbahas tentang indeks jenayah. Sebaliknya kita perlu menjadikan statistik itu sebagai panduan bagi mengatasi perasaan takut masyarakat umum kepada jenayah dan perasaan tidak selamat, dan kita perlu mencari jalan untuk mengurangkan kedua-dua komponen itu. Kita perlu pandang ke hadapan dan membuat keputusan untuk menggabungkan dua komponen itu menjadi 'ukuran persepsi jenayah' atau CPI. Struktur CPI akan dijelaskan dalam artikel seterusnya.

13. Seperti yang digambarkan dalam filem The Croods, seorang bapa cenderung untuk berasa bimbang terhadap persekitaran di luar gua dan mahu mengekalkan keluarganya di dalam gua itu. Anak perempuan lelaki itu mahu merasai cabaran di luar gua dan merasakan tertekan dengan kehidupan yang mereka alami.

14. Bagi saya, sangat penting untuk kita menikmati kualiti hidup yang lebih baik dan meminimumkan perasaan takut terhadap jenayah. Pihak berkuasa tidak mampu menentang jenayah dan ketakutan itu secara bersendirian. Kita perlu memandang perkara ini sebagai tanggungjawab yang dikongsi bersama. Kita, sebagai orang awam, anda dan saya, serta pihak polis perlu bersatu dalam perjuangan dan mengatasi jenayah dan kebimbangan terhadap jenayah. Indeks jenayah tidak akan menjadi sifar dan begitu juga ketakutan terhadap jenayah. Sebagai rakyat, saya menggalakkan agar usaha berterusan perlu diambil untuk menangani jenayah dan ketakutan terhadap jenayah.. Usaha yang dilaksanakan setakat ini masih belum mencukupi dan masih banyak perkara yang perlu dilakukan. Paling penting, usaha yang berterusan dan lebih gigih perlu dilaksanakan. Mari sertai perjuangan menentang jenayah dan bantulah kami melalui pandangan dan cadangan anda.




OLEH :
Datuk Dr Amin Khan - Pengarah Pemandu NKRA Membanteras  Jenayah


MSTAR








Monday 25 May 2015

LONDON - MENYUSURI SUNGAI THAMES (DARI LAHAR YOOI KE ALEXANDRIA-MANCHESTER) Part 18








LONDON - PENGALAMAN  MENYUSURI  SUNGAI  THAMES 



Baca Part   19     DI SINI




1. Hari ke-2 di London. Selepas solat subuh, penulis bersiar-siar di sekitar kediaman Tya di Fairfoot Road. Pada awal pagi hari minggu, kawasan kejiranan perumahan pangsapuri tiga dan empat tingkat itu masih lengang dengan aktiviti penduduk. Tya dan rakan-rakan telah menyediakan sarapan pagi berupa kueh pancake.  Setelah berbual seketika dengan mereka yang peramah dan baik hati tu, kami meminta diri untuk meneruskan perjalanan hari ke-2 ke Kota London. Mereka sudi menemani kami hingga ke stesen tren yang berdekatan iaitu Stesen Bow Road. Sekali lagi kami ucapkan jutaan terima kasih kepada Tya dan housemate di atas layanan yang baik diberikan kepada kami. Semoga Allah swt membalas budi baik mereka. In shaa Allah, panjang umur kita dapat berjumpa lagi di UK atau di Malaysia. Amin. Hari yang ceria buat kami kerana cuaca baik dan pancaran matahari cerah. Kami bercadang melakukan aktiviti menyusuri Sungai Thames dengan menaiki bot pesiaran hop on hop off,  kemudian lunch di Malaysia Hall sebelum balik ke Sheffield.

ni dia English Pancake yang sangat  sedap  jika dicincah dengan maple syrup - thanks Tya & Housemate

ni lah penghuni Fairfoot Road -  Raihan, Tya yang posisi kiri sekali


2. Dari Stesen Bow Road kami turun di Stesen Trafalgar Square. Kami sempat menyaksikan upacara changging guard yang di adakan di hadapan sebuah bangunan di Raja. Ramai pelancong berkumpul menyaksikan peristiwa tersebut. Dari situ kami ke Downing Street melihat kediaman PM Britain dan seterusnya menuju ke jeti bot river cruise bertentangan dengan London Eye.

changging guard baru tamat
pengawal berkuda dengan unifrom istiadat yang dipakai pada musim sejuk
Kediaman Rasmi PM Britain  di No. 10 Downing Street- kini dipasang pagar kerana meningkatnya acaman dan serangan dari  kumpulan pengganas di UK
lagenda Sherlock Homes pada salah sebuah restoran
dua ikon kota London - pondok telefon dan bas dua tingkat berwarna merah
kena rajin bertanya supaya tidak sesat disamping menjimatkan masa pencarian sesuatu tempat/destinasi
Tesco Express terdapat banyak di sekitar Kota London - dari Tescolah kami membeli  makanan dan minuman dengan harga murah.

The amphibia - salah satu bentuk transport awam yang digunakan  menyusuri Sungai Thames.
terdapat banyak syarikat yang kendalikan bot river cruise ni. Foto : salah sesuah bot river cruise milik London Eye
deck atas (roof top) yang terdapat di bahagian belakang cruise. Narration  dalam bahasa Inggeris mengenai ikon dan tempat menarik diberi oleh touris guide
dalam salah sebuah kapal persisir yang ada deck terbuka dan tertutup. Pada deck tertutup mempunyai panorama jendela

3. Pengalaman menyusuri Sungai Thames amatlah  mempersonakan  dan boleh memukau mata memandang apabila kita disajikan satu persatu dengan ikon-ikon yang menjadi lagenda kepada pengunjung Kota London.  Malah kesemua ikon-ikon lagenda tersebut  dapat mengingatkan kita kembali tentang sejarah gemilang orang-orang Inggeris sebagai pedagang, peneroka (penjajah ?) benua-benua baru, ahli pelayaran dan mubaligh Kristian. 



  • Big Ben dan The Parliament House  - menara jam yang berusia hampir 200 tahun dengan ketinggian hampir 100 meter. Bukan sekadar ikon malah menjadi lagenda Kota London sekian lama.
ruang udara Kota London juga kelihatan sesak dengan beberapa buah pesawat yang berlegar menunggu giliran  turun mendarat di Heathrow. Kelihatan  B747 Syarikat Penerbangan El Al dari Negara Israel menunggu giliran mendarat
  • London Eye - dikenali juga Millennium Wheel. Giant Ferris Wheel itu dibina pada Tahun 1998 dengan ketinggian 135 meter, dibuka dengan rasmi pada Mac Tahun 2000 senpena masuk era millennium. Terletak di tebing selatan Sungai Thames melibatkkan kos pembinaan sebanyak GBP 70 juta. 
kini The London Eye dikenali sebagai Coca-Cola London Eye adalah ferris wheel yang tertinggi di dunia
dilengkapkan dengan 32 buah kapsul/penumpang  yang boleh muat sehingga 25 pelawat bagi setiap kapsul
macam roda basikal pula
perkhidmatan speed boat juga disediakan bagi pelancong yang mampu
TheTower of London

  • Sebelum dan semasa Revolusi Industri di Britain, Sungai Thames mengalami pencemaran air dan bau yang amat kronik sehingga membawa ancaman penyakit kolera. Tetapi pada tahun 1970-an menerusi program "Thames River Clean Up" telah berjaya menghasilkan sungai yang bersih. Kebersihan sungai telah menarik beribu-ribu ekor burung terutama seagull terbang di permukaan sungai
Sungai Thames yang bersih telah menarik ribuan burung terutama seagull mencari makan di permukaan sungai tersebut

tongkang angkut sampah dari sungai/perangkap sampah
terdapat banyak jeti yang membolehkan penumpang river cruise naik-turun
tidak kurang dari 10 buah jambatan merentangi Sg. Thames berhampiran Kota London. Salah satu jambatan dikenali Love Bridge dimana para pelawat diminta cium isteri ketika bot menyusuri bawah jambatan tersebut...tapi pelawat cuma senyum sahaja..

ni lah jambatan  London Bridge yang popular sebagai lirik lagu budak-budak tadika tu

Kapal perang HMS Belfast yang telah dilucutkan sebagai frigate dan dijadikan muzium 
London Hall
London Tower Bridge - salah satu landmark yang paling terkenal di dunia -  mempunyai dua menara klasik
pencakar langit di kawasan pusat kewangan London - terdapat menara Ibu pejaabt HSBC, Credit Suisse,  J.P Morgon dan Citi Bank

pada sebelah belakang bangunan-bangunan  ini terdapat dermaga kapal yang asal, tetapi  kini jadi marina
sebahagian daripada perumahan, resort dan hotel baharu di bina di tebing Sungai Thames
salah satu tarikan pelancong - replika kapal-kapal layar yang gagah membelah lautan

4. Hampir 40 minit kami memudiki Sungai Thames menggunakan bot river cruise, kami tiba di jeti Greenwich yang terletak pada sebelah tenggara Kota London.  Hampir keseluruhan kawasan atau daerah Greenwich tersebut telah diwartakan sebagai UNESCO World Haritage Site. Menariknya Greenwich ialah di situlah terletak GMT atau Greenwich Mean Time, yang menjadi rujukan waktu di dunia. So, Greenwich telah di beri jolokan 'where the time begins'. Pakar geografi telah menggariskan garisan longitute /meridian 0' betul-betul merentasi Greenwich. Bukan sahaja waktu piawai dunia yang dipusatkan di situ, malah turut dipamir ukuran jarak piawai dan pusat pemerhati bintang atau planet yang terletak di Kompleks Royal Observatory. Untuk makluman, Greenwich pada asalnya sebuah pelabuhan dan di situ juga terletaknya istana raja England. Kini istana raja telah diubahsuaikan menjadi sebahagian dari Old Royal Naval College yang juga sebahagian dari kampus University of Greenwich. Universiti Greenwich yang terletak dalam Greenwich Park adalah di antara universiti mempunyai kampus dan laman tercantik di UK





di sini tersimpan pelbagai artifak dan dokumen berkaitan dengan penjelajahan/explorer lautan dan benua yang di lakukan oleh pejelajah England kira-kira dua abad yang lalu.
sebahagian kampus University of Greenwich
5. National Maritime Museum di mana tersimpannya catatan  kejayaan maritim Inggris di masa lalu. Ada beberapa tempat menarik di museum tersebut, antara lain : Maritime London, Atlantic World, Oceans of Discovery. Di Maritime London terdapat koleksi pakaian kebesaran (uniform ) yang dipakai para pembesar. Sudut Atlantic World mengkisahkan  gerakan manusia dan barang yang menyeberangi Lautan Atlantik dari abad XVII sampai abad XIX terutama sekali oleh Christoper Columbus. Manakala ruang Oceans of Discovery mrnceritakan sejarah manusia dalam menjelajah dunia dan lautan. Penulis cadangkan para guru dan pelajar Geografi dan Sejarah jika berkesempatan ke UK,  susunlah lawatan ke Greenwich London kerana ilmu pengetahuan yang dipamirkan di situ sangat banyak dan berfaedah.

penulis sedang memperagakan satu dari berpuluh pakaian yang pernah dipakai oleh para explorer

Muzium Maritime Kebangsaan
cantik kan - laluan menuju ke Royal Observatory
ni dia Royal Observatory yang dikenakan bayaran masuk GBP 8 seorang. Di situ para pelawat boleh merakam kenangan meletakkan sebelah kaki di  di Zon Timur (0' -180') dan  sebelah kaki lagi di Zon Barat (0' - 180'B)
The time ball at Greenwich Observatory
The Large Talescope- model awal teleskop
panorama Kota London dari atas bukit Royal Observatory

inilah ukuran jarak piawai yang asal di pahatkan di Greenwich - perhatikan ukuran dalam unit ela (yard), kaki (feet), dan inci
ni lah Jam Greenwich Mean Time (GMT) 

Garisan Meridiam Greenwich 0' - cuba perhatikan garisan di atas permukaan jalan


ciptaan garisan latitute dan longitute pada globe



ni dia bandar Grenwich
replika kapal layar explorer The Cutty Shark yang sangat terkenal membelah lautan utama di dunia

6. Setelah penat merayau-rayau di sekitar Greenwich, kami dapatkan semula bot river cruise pulang ke Kota London. Kami merancang ke Malaysia Hall pulak untuk makan tengahari. Kami dapatkan perkhidmatan tube ke stesen Bayswater. Dari situ kami berjalan kaki ke Queensbrough Terrace di mana terdapat 'rumah Malaysia' yang dikenali sebagai Malaysia Hall. Kami terus ke paras bawah ke yang terdapat cafeteria - makan nasi. Ramai warga Malaysia terutama orang Melayu sedang menjamu selera di situ. Semuanya buat 'dek' je kat kami, so, kami pun buat dek juga kat depa, sehinggalah munculnya seorang anak muda yang hensem, berambut panjang, menegur kami dengan "assalamualaikum pak cik, makcik, apa khabar, baru sampai......" Itulah Abbasi Madani bin Dr. Mazlan (Dr Mazlan - Pengerusi SKM @ mantan calon BN lawan Datuk Seri Anwar Ibrahim di Parlimen Permatang Pauh dalam PRU Ke-12 dulu). Abbasi seorang yang peramah. Berborak sakan dengan kami mengenai isu-isu semasa masyarakat Malaysia di London. Beliau sudah setahun berada di London, kini sedang menuntut pada sebuah universiti dalam bidang fisiotrapi. Kami seterusnya bersolat zohor/asar di surau yang disediakan pada sebelah cafe. Kami berehat sehingga masuk waktu solat maghrib pula. Selepas solat qasar dan jamak, kami bergerak menuju ke Victoria Coach Station untuk balik ke Sheffield. Saudara Abbasi Madani sempat membawa kami ke kedai menjual souvenir dengan harga yang murah kerana beliau kenal dengan salesman dan tokey kedai tersebut. Thanks Abassi Madani. Sebenarnya terdapat banyak tempat atau destinasi yang perlu kami dilawati ketika berkunjung ke Kota London. Tetapi penulis dan isteri berpuas hati dengan intenerari yang Dayah susunkan. Apa yang penting, kami dapat bersama dengan puteri kesayangan kami di London.. In shaa Allah, panjang umur atau murah rezeki kami datang lagi ke London.
Thsanks !!  Sdr. Abbasi Madani bin Dr. Mazlan


BACA PART 17 DI SINI

Bersambung - PART 19 - KE LIVERPOOL PULA