1. Perkhidmatan kereta kabel yang pertama di Negeri Pulau Pinang atau Penang Sky Cab dijangka beroperasi sepenuhnya pada tahun 2018 bakal menjadi satu tarikan pelancongan terbaharu di Negeri Pulau Pinang. Serentak dengan itu, perkhidmatan kereta kabel yang menghubungkan Seberang Perai dan bahagian pulau tersebut juga bakal menambah variasi mod pengangkutan awam di negeri 'Pulau Mutiara' iaitu pengangkutan air, kereta api, teksi, bas dan kereta kabel yang menarik kepada pengguna. Projek tersebut bakal menjadi alternatif kepada sistem pengangkutan awam sedia ada di Pulau Pinang. Projek yang masih pada peringkat eksplorasi akan menjadi mercu tanda baharu kelak. Selain dapat meningkatkan imej pelancongan negeri ini, Penang Sky Cab dapat memberi kemudahan dan berperanan sebagai alternatif mod pengangkutan ringan kepada orang ramai. Sekira segalanya berjalan lancar, projek dengan anggaran kos antara RM250 juta ke RM300 juta dijangka siap sepenuhnya pada tahun 2018. Kerja-kerja pembinaan dijangka bermula selewat-lewatnya penghujung tahun 2016. Projek Penang Sky Cap adalah projek usaha sama di antara Kerajaan Negeri Pulau Pinang dengan Penang Sentral Sdn. Bhd. Penang Sentral Sdn Bhd. adalah syarikat usaha sama antara Malaysian Resources Corp Bhd (MRCB) dan Pelaburan Hartanah Bhd di mana Pelaburan Hartanah Bhd. merupakan sebuah syarikat pegangan pelaburan hartanah dan anak syarikat milik penuh Yayasan Amanah Hartanah Bumiputera. Penang Sentral melibatkan sebuah projek pembangunan yang mengintegrasikan pembangunan komersial bercampur dengan hab pengangkutan bersepadu yang terbesar di kawasan utara Malaysia melibatkan pelaburan lebih RM 2 bilion. Dengan terbinanya Penang Sky Cab, di Negeri Pulau Pinang, akan dapat membangunkan hab baru bagi sistem pengangkutan awam bersepadu yang dapat mengintegrasikan perkhidmatan bas, teksi, feri, keretapi selain pembangunan komersial dan runcit di bawah Koridor Utara Hab Pengangkutan Awam. Projek tersebut diharapkan dapat mengurangkan pengerakan kenderaan dari tanah besar ke pulau. Sedikit sebanyak dapat mengurangkan masalah kesesakan lalulintas di bahagian pulau. Disamping itu, tumpuan utama bagi mengatasi kesesakan trafik di bahagian pulau melalui melalui projek Transit Aliran Ringan (LRT) dan Transit Laju Massa (MRT) iaitu sebahagian komponen Plan Induk Pengangkutan Negeri Pulau Pinang yang bernilai RM 27 bilion tetap diberi keutaman yang dilihat mampu menyelesaikan masalah kesesakan lalulintas di Pulau Pinang untuk jangka masa panjang.
|
projek bersepadu pengangkutan awam di Penang Sentral |
2. Penang Sky Cab adalah mod pengangkutan ringan yang boleh membawa 10 orang penumpang dalam satu gondola berdurasi selama 15 minit sehala. Ia akan merentasi Selat Melaka antara bahagian pulau dan Seberang Perai sejauh 3.66 kilometer. Untuk tujuan tersebut sebanyak sembilan buah menara akan dibina setinggi 90 meter dari aras laut dan lebar 50 meter (perlepasan pelayaran kapal-kapal yang memasuki Penang Port) yang menjadi tautan kabel dan gondola. Ia akan menghubungkan stesen utama di Butterworth iaitu bersebelahan jeti feri Pangkalan Sultan Abdul Halim (Kompleks Penang Sentral) dengan Gat Lebuh Nordin berdekatan Depoh Bas Rapid Penang di bahagian pulau. Pakej pembinaan termasuk sebuah menara pemerhatian atau menara tinjau yang terletak ditengah-tengah Selat Utara yang menjadi laluan kereta kabel tersebut, Penang Sky Cab dijangka dapat menampung sehingga 2,000 orang penumpang dalam tempoh satu jam sehala dengan penyediaan 40 gondola.
|
cadangan laluan Penang Sky Cap |
|
contoh cable car yang beroperasi di Gunung Mat Chinchang Langkawi |
|
Menara Tinjau yang akan dibina di tengah-tengah laluan cable car |
3. Bagaimana pula dengan projek Pembinaan Terowong Dasar Laut yang menghubungkan bahagian Bagan Ajam di Seberang Perai dengan Persiaran Gurney di Pulau Pinang. ? Untuk makluman pembaca projek tersebut masih belum mendapat kelulusan dari Kementerian Pengangkutan Malaysia. Berbanding dengan cadangan Projek Pembinaan Terowong Dasar Laut tersebut, projek Penang Sky Cap tidak perlu mendapat kelulusan dari Kementerian Pengangkutan kerana projek tersebut hanyalah sejenis pengangkutan ringan yang membawa kurang 10 seorang penumpang. Untuk makluman pembaca juga, pada 4 Oktober 2013 yang lalu, Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah meluluskan projek Terowong Dasar Laut
(PTDL) dengan kos keseluruhan projek ini yang dianggarkan bernilai RM6.3 bilion
dan dibiayai sepenuhnya oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang dengan pembayaran
tunai serta pembiayaan melalui pemindahan 110 ekar tanah pinggir laut yang ditebus-guna di Gurney
Drive dengan harga RM1,300 kaki persegi atau nilai keseluruhannya sebanyak
RM6.3 bilion kepada pemegang konsesi projek tersebut iaitu Consortium Zenith Sdn. Bhd. Untuk
melaksanakan projek mega tersebut, Consortium Zenith Sdn Bhd telah menjalin kerjasama
strategik dengan The China Railway Construction
Co. Ltd. (CRCC), bersama Beijing Urban Construction Group, Sri Tinggi Sdn. Bhd.
dan Juteras Sdn. Bhd. Projek yang dijangka mengambil masa 10 tahun untuk disiapkan
itu terdiri daripada 4.2 km jalan pintas dari Gurney Drive ke Lebuhraya Tun Dr
Lim Chong Eu, jalan pintas sepanjang 4.6 km antara Lebuhraya Tun Dr Lim Chong
Eu dan Bandar Baru Air Itam, laluan berkembar sepanjang 12 km dari jalan
Tanjung Bungah ke Teluk Bahang serta laluan sepanjang 6.5 kilometer dari Pulau
Pinang ke Butterworth melalui laluan terowong dasar laut.
|
tapak cadangan projek terowong bawah dasar laut antara Bagan Ajam ke Persiaran Gurney di pulau |
|
beginilah gambaran laluan kenderaan menerusi terowong bawah dasar laut apabila siap kelak |
No comments:
Post a Comment