Part 1 -Pandangan Berbeza Dalam Jenayah
1. SAYA telah melibatkan diri dalam Unit Pengurusan Prestasi
dan Pelaksanaan (Pemandu) (Bidang Keberhasilan Utama Negara - NKRA) bagi
menangani isu jenayah sejak setahun lalu. Isu tentang jenayah bukan sahaja
menarik, tetapi boleh mencetuskan kontroversi. Isu tersebut merupakan topik yang menarik apabila pihak
berkuasa dan masyarakat cenderung untuk memberi pandangan yang berbeza.
2. Saya mulakan artikel ini dengan mengupas tentang isu jenayah
dan ketakutan terhadap jenayah. Saya juga akan berkongsi beberapa artikel
tentang jenayah dan penulisan ini adalah yang pertama. Niat saya adalah untuk
berkongsi pengetahuan yang saya diperoleh sepanjang bersama NKRA dan
menterjemahkan pengalaman itu sebagai sudut perspektif kepada pembaca.
3. Saya percaya terdapat empat perkara yang sering kita
bincangkan di kedai kopi dan forum-forum tertentu. Empat perkara itu adalah
- Kadar jenayah,
- Kebimbangan terhadap jenayah,
- Perasaan terhadap keselamatan
- Keyakinan dalam sistem perundangan.
5. Sejak pembaharuan NKRA Jenayah bermula lima tahun lalu, kami
mencapai pengurangan sebanyak 40 peratus berbanding jumlah pada 2009. Kira-kira
80 peratus daripada kadar indeks itu merupakan kes kecurian harta (termasuk
kecurian kereta) dan 20 peratus kes jenayah keganasan. Pencapaian ini dilihat konsisten dengan negara-negara lain.
Pengurangan dalam indeks jenayah sejak lima tahun lalu boleh dilihat pada Rajah
1.
6. Secara keseluruhannya, kami berjaya mengurangkan kadar
jenayah daripada 580 kes sehari pada 2009 kepada 350 kes sehari pada 2014. Kes
kecurian kereta yang merupakan sebahagian indeks jenayah, menunjukkan penurunan
sebanyak 20 peratus buat kali pertama sejak 2009. Sehubungan ini, secara puratanya, sebuah kereta hilang dalam
setiap 30 minit, bermakna kira-kira 17,000 kereta setiap tahun. Di sebuah
negara maju di bahagia selatan negara kita, kadar kehilangan kereta adalah
sebuah kereta bagi setiap 10 minit. Pengurangan indeks jenayah sebanyak 40 peratus merupakan
pencapaian yang besar. Tetapi masalahnya, masyarakat umum tidak merasakan kadar
jenayah telah berkurangan dan kebimbangan kita terhadap jenayah masih lagi
tinggi.
7. Pusat kajian Frost & Sullivan melaksanakan satu tinjauan
pada tahun lalu untuk mendapatkan pandangan orang awam terhadap tahap jenayah
di negara ini sejak tiga tahun lepas. Hasil tinjauan menunjukkan sebanyak 50
peratus individu yang terlibat dalam tinjauan itu mendakwa kadar jenayah semakin
meningkat, manakala 40 peratus lagi merasakan tahap jenayah kekal. Hanya 10
peratus sahaja menyedari indeks jenayah telah berkurangan sejak tiga tahun
lalu.
8. Pada mulanya kami berasa bingung dengan keputusan tinjauan
itu. Tetapi kemudiannya kami menyedari ia merupakan corak yang sama (pandangan
sama) di kebanyakan negara-negara maju. Sebenarnya, terdapat jurang antara realiti indeks jenayah
dan persepsi masyarakat awam berhubung perkara itu. Kami menamakan situasi ini
sebagai jurang 'realiti-persepsi' (Rujuk Rajah 2) dan hal ini berlaku
disebabkan orang awam cenderung untuk terlalu menekankan risiko berhubung
jenayah.
9. Persepsi merupakan satu panduan yang digunakan oleh orang
awam untuk menilai kadar jenayah dalam persekitaran mereka. Terdapat dua komponen
yang dikaitkan dengan persepsi iaitu ketakutan terhadap jenayah dan perasaan
kurang selamat terhadap persekitaran.
10. Ketakutan terhadap jenayah merupakan kebimbangan menjadi
mangsa jenayah, sedangkan perasaan tidak selamat merupakan perasaan umum dan tidak
semestinya seseorang itu akan menjadi mangsa. Kajian itu menunjukkan bahawa
kita sebenarnya bimbang terhadap kedua-dua komponen terbabit.
11. Bagaimanapun, terdapat perbezaan ketara antara lelaki dan
wanita apabila dikaitkan dengan dua komponen itu. Golongan wanita memberi
perhatian lebih terhadap perasaan tidak selamat dan tahap kebimbangan terhadap
jenayah mereka lebih tinggi berbanding lelaki. Situasi itu bermaksud, golongan wanita lebih berisiko
menjadi mangsa jenayah apabila berada di persekitaran yang berisiko.Persekitara
sedemikian boleh diterjemahkan berdasarkan keadaan sekeliling iaitu jika
satu-satu tempat itu gelap pada waktu malam, maka berisiko tinggi untuk
berjalan di kawasan tersebut.
12. Saya sedar orang ramai secara umumnya tidak percaya tentang
kenyataan saya bahawa kadar jenayah telah menurun sejak beberapa tahun lepas.
Statistik yang diperolehi merupakan rekod jenayah yang telah dicatatkan. Kita boleh berdebat berhubung isu indeks jenayah tetapi ia
tidak akan mengubah fakta bahawa kadar jenayah telah menurun. Kita tidak wajar menghabiskan tenaga kita untuk berbahas
tentang indeks jenayah. Sebaliknya kita perlu menjadikan statistik itu sebagai
panduan bagi mengatasi perasaan takut masyarakat umum kepada jenayah dan
perasaan tidak selamat, dan kita perlu mencari jalan untuk mengurangkan
kedua-dua komponen itu. Kita perlu pandang ke hadapan dan membuat keputusan untuk
menggabungkan dua komponen itu menjadi 'ukuran persepsi jenayah' atau CPI.
Struktur CPI akan dijelaskan dalam artikel seterusnya.
13. Seperti yang digambarkan dalam filem The Croods, seorang
bapa cenderung untuk berasa bimbang terhadap persekitaran di luar gua dan mahu
mengekalkan keluarganya di dalam gua itu. Anak perempuan lelaki itu mahu
merasai cabaran di luar gua dan merasakan tertekan dengan kehidupan yang mereka
alami.
14. Bagi saya, sangat penting untuk kita menikmati kualiti hidup
yang lebih baik dan meminimumkan perasaan takut terhadap jenayah. Pihak
berkuasa tidak mampu menentang jenayah dan ketakutan itu secara bersendirian. Kita perlu memandang perkara ini sebagai tanggungjawab yang
dikongsi bersama. Kita, sebagai orang awam, anda dan saya, serta pihak polis
perlu bersatu dalam perjuangan dan mengatasi jenayah dan kebimbangan terhadap
jenayah. Indeks jenayah tidak akan menjadi sifar dan begitu juga
ketakutan terhadap jenayah. Sebagai rakyat, saya menggalakkan agar usaha
berterusan perlu diambil untuk menangani jenayah dan ketakutan terhadap
jenayah.. Usaha yang dilaksanakan setakat ini masih belum mencukupi
dan masih banyak perkara yang perlu dilakukan. Paling penting, usaha yang
berterusan dan lebih gigih perlu dilaksanakan. Mari sertai perjuangan menentang
jenayah dan bantulah kami melalui pandangan dan cadangan anda.
OLEH :
Datuk Dr Amin Khan - Pengarah Pemandu NKRA Membanteras Jenayah
Datuk Dr Amin Khan - Pengarah Pemandu NKRA Membanteras Jenayah
MSTAR
No comments:
Post a Comment