1. Hampir kesemua penduduk di negeri-negeri Utara Semenanjung Malaysia telah mengenali lima wilayah di Selatan Negara Thai iaitu Satun, Songkhla, Pattani, Yala dan Naratiwat. Sebahagian dari penduduk di kedua-dua negara berjiran itu sudah lama menjalin hubungan dalam bentuk institusi kekeluargaan, sosial dan keagamaan, kegiatan ekonomi dan perniagaan, malah ada dari segi politik. Apabila rakan sekampung Lahar Yooi mengajak penulis bermusafir ke Daerah Pattani dan Yala, penulis tidak melepaskan peluang ikut serta kerana hasrat untuk ke destinasi tersebut sudah lama terpendam. Pakej lawatan 3 Hari 2 Malam dengan seramai 47 orang, dipimpin oleh Ustaz Roslan dan isteri Ustazah Ummi Aishah. Ustaz Mujahid, seorang anak tempatan Pattani bertindak sebagai tourist guided. Selesai urusan imigresen di Kompleks CIQ Bukit Kayu Hitam dan Dannok, bas terus meluncur laju melalui lebuhraya dual-carriageway bebas tol. Sepanjang masa di dalam bas, peserta di beri tazkirah, bacaan doa dan ayat-ayat suci Al-Qur'an dan qasidah. Kami juga bersama-sama melakukan solat sunat dhuha di dalam bas. Pemandangan deretan kebun-kebun getah, kelapa sawit, semak samun dan bendang/padang kering yang diselang seli dengan kampung dan pekan-pekan kecil adalah panorama tipikal yang dapat dilihat pada sepanjang perjalanan. Juga menarik, terdapat begitu banyak pos-pos kawalan merentangi jalan yang lengkap dengan bunker, kawat berduri dan kamera CCTV dipasang - dengan pasukan keselamatan Thailand memegang rifle M-16, bertugas 24 jam, membuktikan wilayah yang kami masuki itu masih belum aman. Sedikit Info........Wilayah Pattani berasal dari Kerajaan Melayu Patani Raya, (bermula dari Daerah Phang Gha hinggalah ke sempadan Semenanjung Tanah Melayu), yang telah dipecahkan kepada tujuh buah
negeri bertujuan melemahkan orang Melayu Patani. Pada setiap buah
negeri itu, telah dilantik seorang raja atau chao muang di bawah pengawasan pemerintah Kerajaan Siam di Songkhla (Singgora). Semenjak dari tempoh tersebut, telah wujud penentangan dari penduduk untuk membebaskan wilayah mereka dari Siam. Penentangan semakin memuncak apabila Perjanjian antara British - Siam ditandatangani pada 10 Mac 1909. Dampak dari Perjanjian itu menyaksikan British mengiktiraf Wilayah Patani, Narathiwat, Yala, Songkhla dan Satun sebagai wilayah Siam. Manakala Kedah, Kelantan, Perlis dan Terengganu
diletak di bawah Malaya. Semenjak abad ke-14 lagi , keinginan muslim Melayu untuk bebas dari kekuasaan Thailand
sudah berlangsung sangat lama. Bahkan Permusuhan antara Muslim Pattani di
Selatan dengan masyarakat Buddha-Siam sudah berlangsung ratusan tahun, atau
sejak terbentuknya masyarakat Islam Pattani yang disebar melalui pedagang Arab dan China. Jika anda berhasrat melawat ke
Wilayah Pattani, anda perlu fokuskan kepada empat segmen yang sinonim dengan Pattani iaitu :-
- tempat kelahiran para ulamak tersohor,
- tempat tertulis, tercetak dan tersebarnya kitab-kitab Jawi-Arab yang unggul.
- tempat kelahiran institusi pengajian pondok yang terbilang.
- tempat bersemadinya jasad para syuhada yang syahid ketika menentang penjajahan Siam/Buddha dan pemerintah yang korup, penindas, penzalim dan penjarah harta negara.
|
Hanya Daerah Yala sahaja tidak mempunyai pantai |
|
Lebuhraya empat lorong bebas tol dibina oleh Kerajaan Negara Thai menghubungkan dengan hampir kesemua wilayah di bahagian selatan negara tersebut dengan ibu kota Bangkok. |
|
pantai yang cantik |
|
masjid baharu mulai tumbuh bagai cendawan di musim hujan - kebanyakkan hasil sumbangan/wakaf |
|
Lebuhraya 42 menghubungkan Hatyai - Pattani. |
|
salah satu dari berpuluh buah pusat pemeriksaan atau pos kawalan yang dikawal oleh tentera atau polis Thai di Wilayah Pattani |
2. Setelah hampir dua jam perjalanan, bas menyusuri kawasan pinggir pantai. Kami berhenti untuk melihat industri memproses air laut menjadi garam di Kampong Lamdok yang diusahakan secara
tradisional semenjak 100 tahun yang lalu. Sekurang-kurangnya 10 buah kampung di Pattani yang mempunyai tanah liat dengan kadar kemasinan yang tinggi diusahakan sebagai sawah garam dengan keluasan kira-kira 400 hektar. Tanah hak milik kerajaan itu disewa kepada pengusaha dengan kadar sewaan THB 400 setahun untuk dua petak yang berluasan 10 m x 20 m.
|
kolam takungan air laut berperingkat-peringkat |
Garam diproses melalui penyejatan air laut. Air laut perlu terlebih dahulu dijernihkan hampir
sebulan di dalam satu kawasan petak sawah yang lain tetapi berdekatan dengan
petak yang bakal menghasilkan garam. Setelah sebulan air laut dijernihkan, barulah
dilepaskan ke petak sawah secara berperingkat-peringkat. Pada petak sawah yang terakhir, air laut yang terdedah kepada cahaya matahari terik selama lima hari mula membentuk lapisan garam. Alat
penarik seakan-akan cangkul lebar yang diperbuat daripada papan untuk
mengumpulkan garam yang masih terendam air di dalam kawasan petak sawah. Dijangkakan pengusaha akan memperolehi kira-kira 50 kg sekali 'tuai'. Selain untuk kegunaan memasak, garam yang dihasilkan dijual secara komersial pada skala besar sebagai sabun mandi, produk spa. komestik dan produk kecantikan atau ubat penyakit kulit. Begitulah gigihnya bangsa Pattani dalam mencari nafkah menyara keluarga.
|
pintu air dibuka untuk aliran air laut keluar/masuk |
|
Hj. Latif menggunakan cangkul khas untuk menarik garam ke tepi diperhatikan oleh Cikgu Ishak |
|
Ustaz Roslan dan Ust. Mujahid sedang memerhati lapisan garam mula terbentuk petak sawah yang telah matang |
|
garam ditarik ke tepi membentuk timbunan garam |
|
bukit garam yang siap untuk dipasarkan |
|
garam kasar yang siap untuk dimasuk dalam karung. |
|
sebahagian daripada peserta yang meninjau bendang garam. |
|
garam dijual digerai-gerai tepi jalan dengan harga THB 2 untuk 1 bungkus 1kg. |
|
sebuah stesen janakuasa elektrik menggunakan tenaga angin didirikan berdekatan kampung industri garam di Lamdok. |
3. Destinasi kami seterusnya ialah ke Masjid Kerisek yang terletak di Tanyong Luloh, iaitu 6 km dari pusat bandar Pattani. Masjid Krue Se dalam bahasa Siam adalah masjid pertama di dirikan di Pattani. Dibina pada Tahun 1514M oleh Raja Pattani iaitu Sultan Ismail Shah (Raja Indira) dan siap semasa pemerintahan Sultan Muzaffar Shah. Semasa Permaisuri Hijau menjadi Raja Perempuan Pattani, baginda telah membawa masuk tukang dari Negara China iaitu Lim Tho Kiam untuk memperindahkan masjid tersebut. Bagaimanapun, masjid tersebut telah dibinasakan dan dibakar beberapa kali oleh tentera Palembang dan Ayuthaya yang menyerang Pattani. Berikutnya, disebabkan keadaannya terlalu uzur dan usang, ditambah pula ekonomi Pattani lumpuh akibat peperangan, sultan mengambil keputusan membina masjid baru di Kampung Bana. Kesannya, Masjid Krisek ditinggal terbiar sehingga bersemak-samun. My first impression, masjid itu nampak uzur dan terbengkalai. Tetapi jangan salah sangka, Masjid Kerisek telah beberapa kali dibuat pembaikan, menjadikannya salah satu ikon pelancongan Muslim di Pattani. Untuk menarik pelancong bukan muslim pula, terutama kaum Cina dari Malaysia dan Singapura, pihak berkuasa pelancongan turut membina beberapa replika dan monumen berciri budaya Cina yang dibina di tanah kuburan Lim Tho Kiam kira-kira 300 meter dari masjid. Senibina Masjid Kerisek mirip masjid-masjid yang dibina di Timer Tengah. Pintu dan tingkap berbentuk gerbang menggunakan rekabentuk yang berkonsepkan Moor Sepanyol atau Moghul India. Tiang atau pilar ada persamaan dengan "gothic style column Europe" Binaan utama terdiri dari satu dewan solat yang berdinding dengan keluasan 7 m x 10 m dan dewan atau dataran solat terbuka tanpa dinding yang menganjur ke bahagian belakang masjid. Sememangnya cantik kalau terdapat kubah. Tetapi kata-kata ahli sejarah "the most important, part of the dome's roof which has never finished" Bagaimanapun, oleh kerana nilai sejarahnya, maka pada Tahun 1935, Jabatan Arkeologi dan Antikuiti Thailand mengisytiharkannya sebagai tapak sejarah sekali gus memungkinkan kerja pemuliharaan serta pemeliharaan bangunan dilakukan pada 1957, 1982 dan 2004. Foto-foto Masjid Kerisek juga boleh dilihat dengan cara klik
DI SINI
|
Masjid Kerisek (Krue Se Mosque) yang tiada berkubah dan menara azan. |
|
Dikenali juga sebagai Masjid Sultan Muzaffar Shah Pintu Gerbang Kerisek di bina pada Tahun 877H |
|
bahagian bucu segiempat dinding masjid |
|
pintu masuk utama dari kolah wuzuk lelaki |
|
corak geometri ukiran kayu merentangi siling masjid |
4. Penulis beranggapan Masjid Kerisek terkenal bukan kerana ia
sebagai satu binaan "masjid tidak siap". Tetapi lebih jauh dari itu
iaitu sebagai satu simbol penentangan saudara Muslimin dan Muslimat kita
terhadap penjajahan dan kezaliman Kerajaan Thailand terhadap ethnik Melayu
Muslim. Kerajaan Buddha Thailand sangat agresif melakukan
"Siamization" terhadap warga Islam di lima wilayah di Selatan Negara
Thai, terutama di Pattani. Di antaranya:-
- Bahasa Melayu tidak dibenarkan dijadikan sebagai lingua
franca di Selatan Thailand. Nama-nama tempat pun ditukar atau ubah supaya hilang
unsur sebutan Melayu. Contohnya, Daerah Menara (Narathiwat), Tebing (Taling
Can), Pulau Panji (Ko Pan Yee) Krue Sae (Kerisek) dan sebagainya. Majoriti
penduduk di wilayah ini adalah berbangsa Melayu yang beragama Islam. Secara
ethnik atau budaya, warga dikelima-lima buah negeri ini lebih dekat kepada
Melayu daripada Siam (Thailand). Oleh sebab itu mereka lebih selesa berbahasa
Melayu. Proses Siamization bahasa ini
hampir berjaya di Wilayah Songkla dan Sadoa, tetapi tidak di Pattani, Yala dan
Naratiwat.
- Mata pelajaran Sejarah Pattani dan Sejarah Kedatangan Islam
ke Pattani tidak dibenarkan diajar
disekolah-sekolah kebangsaan milik pemerintah dan sekolah-sekolah swasta. Ia
bertujuan agar anak-anak ini tidak tahu sejarah sebenar Pattani. Bagi
pemerintah, Pattani bukan negeri Melayu, tetapi sebahagian daripada Thailand.
Proses Siamization sejarah juga gagal dipraktikkan di Pattani dan Yala
kerana sejarah Pattani ada diajar di
sekolah-sekolah pondok dan pasentran.
- Orang Melayu di kelima-lima wilayah tersebut dipaksa belajar
menggunakan bahasa Thai sebagai medium bahasa dalam sistem pendidikan. Tetapi
proses itu juga gagal dipraktikkan di Pattani dan Yala kerana sistem sokolah
pondok menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa pembelajaran dan pengajaran.
- Nama mereka terpaksa ditukar menjadi nama Siam jika ingin
bekerja di pejabat-pejabat kerajaan termasuk di Selatan Thailand sendiri. Nama
seperti Muhammad, Yusuf, Abdul Kadir dan yang berunsur Islam dilarang jika
ingin bekerja dengan kerajaan.
- Siam bukan sahaja menjajah, tetapi mereka juga berusaha
mem"buddha"kan orang-orang Melayu di wilayah-wilayah tersebut.
5. Usaha Siamization oleh Kerajaan Bangkok terhadap penduduk
Muslim di Wilayah Selatan telah menyebabkan tertubuhnya Pertubuhan Pembebasan
Bersatu Pattani atau PULO pada 1968 di tanah Arab dan menjadi kumpulan
pemberontak terbesar di selatan Thailand sejak dua dekad. Apabila Thaksin
Shinawatra menjadi Perdana Menteri Thailand pada Tahun 2001, beliau mengambil
jalan mudah dengan mengamalkan dasar kekerasan terhadap golongan 'pemisah' ini
dengan mengarahkan mereka ditangkap dan ditembak. Antara yang menjadi mangsa
ialah para alim ulama, pemimpin, ustaz di sekolah pondok dan lain-lain. Tidak
ada perancangan rapi terhadap sekolah-sekolah pondok yang terdapat di sana.
Akibatnya ada yang cenderung ke arah militan. Beberapa pemimpin militan
Indonesia bersembunyi di sini. Hampir 1500 orang terbunuh akibat dasar keras
Thaksin Shinawatra. Kemuncaknya pada 4 Januari 2004, Thailand dikejutkan dengan
serbuan mengejut kumpulan pemisah ke atas stor simpanan senjata di Narathiwat.
Dalam serbuan mengejut ini, sebanyak 413 laras senjata api M-16 dilaporkan hilang. Peristiwa tersebut
menjadikan konflik di Selatan Thailand memasuki episod yang lebih teruk
daripada sebelumnya. Antaranya Tragedi
Masjid Kerisik di Pattani pada 28 April 2004 tercetus peristiwa pembunuhan
kejam beramai-ramai di dalam dan di halaman Masjid Kerisik oleh tentera elite Thai yang mengepung
umat Islam yang baru selesai menunaikan Solat Subuh selama 8 jam. Seramai 34 anak-anak muda yang
berumur dari 16 hingga 34 tahun telah terkorban selepas solat Asar. Alasan yang dikemukakan adalah di masjid
itu adalah tempat pejuang Islam menyimpan senjata mereka dan menjadi lokasi
perjumpaan bagi pejuang PULO. Selepas peristiwa serangan ganas di Masjid
Kerisek, tercetus pula tragedi Tak Bai pada 24 Oktober 2004 dimana 78 orang
pemuda Muslim Thai telah terbunuh.
Saksikan tragedi pembunuhan beramai-ramai di Masjid Kerisek Pattani
DI SINI
|
Foto Google - kesan tembakan masih kelihatan |
|
Foto google :Tentera Thai lagak macam tentera zionis Israel, tembak membuta tuli ke arah orang awam yang berlindung dalam Masjid Kerisek |
|
Foto Google :umat Islam yang sedang berlindung di dalam Masjid Kerisek - gugur syahid kerana menegak Agama Allah di Pattani Darul Salam
|
|
foto google - kesan tembakan masih terlihat pada dinding masjid - bahagian pintu masuk ruang solat muslimat. |
|
kitab terjemahan Al-Quran dalam bahasa Thai |
|
rombongan kami selesai menunaikan solat fardhu dalam Masjid Kerisek |
|
tiga orang puteri remaja ni mungkin masih ingat tragedi berdarah 28/04/04 |
|
caption kenangan di hadapan Masjid Kerisek. |
|
masjid tanpa bumbung, menara dan dinding yang tidak diplaster pada bahagian luar dan dalam KINI BERUSIA 502 TAHUN |
6. Seusai solat jamak dan qasar Zohor Asar, rombongan kami bergerak menuju ke Kampung Parit Marhum berdekatan anak Sungai Kerisek. Tujuan kami ke situ ialah untuk melihat sebuah sumur
yang dikatakan pernah digali oleh Sheikh Daud al-Fathoni @ Sheikh Wan Daud bin Wan Abdullah atau Tok Sheikh Daud diputerakan di Kerisek Pattani pada Tahun 1769M dan wafat pada tahun 1847M. Sheikh Daud mendapat pendidikan awal di Pattani selama lima tahun, seterusnya menyambung pengajian di Acheh Darul Salam selama dua tahun. Dari Acheh, Tok Sheikh berhijrah ke Tanah Suci Mekah dan menuntut ilmu dan mengajar di situ selama 30 tahun. Tok Sheikh Daud kembali ke Pattani untuk mengajar dan mengarang kitab bahasa Melayu dan Arab. Tetapi apabila berlaku pergolakan politik di mana kerajaan Siam bertindak bermusuh dengan penduduk Islam di Selatan Thai, terutama di Pattani Tok Sheikh telah menyertai kumpulan jihad menentang kezaliman kerajaan Siam. Disebabkan situasi tidak aman di situ, Tok Sheikh balik semula ke Mekah dan seterusnya wafat di Ta'if, dikebumikan bersebelahan jasad Saidina Abdullah bin Abbas r.a iaitu sepupu Rasulullah SWT. Disebabkan tingginya ilmu pengetahuan Islam yang dimiliki, Tok Sheikh diberi gelaran al-Alim Allamah al Arif ar-Rabbani. Tok Sheikh adalah seorang ulamak dan pengarang kitab-kitab pelbagai ilmu Islam yang tersohor di Nusantara. Banyak kitab-kitab karangan Tok Sheikh terutama kitab Melayu - jawi menjadi rujukan umat Islam hingga kini. Tok Sheikh bersifat terbuka dan tegas dalam membicara sesuatu hukum hakam. Misalnya dalam sebuah kitab kitab fekah tulisan Tok Sheikh berkaitan hukum berkumpul dan mengadakan kenduri arwah yang telah menjadi amalan masyarakat Melayu Islam apabila berlaku kematian orang Islam. Tonton DI SINI. Tok Sheikh Daud juga tergolong sebagai seorang 'karamah'. Pernah suatu ketika sedang Tok Sheikh menyampaikan kuliah, Tok Sheikh menggerak-gerakkan tangan, mengapai-apai sehingga lengan baju basah dan menitis air. Selang beberapa hari kemudian, Tok Sheikh didatangi beberapa orang penduduk yang ingin mengucapkan terima kasih kerana telah menolong mereka dari mati lemas di laut. Kini, tapak rumah kelahiran Tok Sheikh Daud dikunjungi para pelancung dan musafir. Berhampiran dengan tapak tersebut terdapat Kompleks Jamiyyah Fatani iaitu tempat pengajian lanjutan ilmu Islam khusus para tuan guru untuk memperdalami ajaran Islam. Tonton Yayasan Jamiyah Ulama Fathoni
DI SINI Dikatakan Maulana Malik bin Ibrahim iaitu salah seorang Wali Songo pernah tinggal dan mengajar di Kampung Kerisek sebelum berhijrah ke Surabaya Jawa Timur.
|
al-Alim Allamah al Arif ar-Rabbani Almarhum Tuan Guru Sheikh Wan Daud bin Wan Abdullah |
|
Antara kitab hasil penulisan Sheikh Daud |
|
Telaga Sheikh Daud Parit Al Fathoni yang terletak di Kampung Parit Marhum, anak Sungai Kerisek |
|
Telaga air payau yang cuma kira-kira 2 meter dalam terdapat paras air. |
|
Tn. Hj. Arifin sedang mengambil wudhu menggunakan air telaga. |
|
ada yang mengisi dalam botol untuk dibawa pulang ke rumah. |
|
pondok wakaf di bina untuk keselesaan pengunjung |
|
anggota rombongan kami sedang berzikir tahlil kepada arwah Tuan-Tuan Guru dan syuhada Patani. |
|
sebahagian dari petempatan pondok pasentran di kompleks Jamiyyah Fatani yang berdekatan dengan Telaga Sheikh Daud. |
Hampir sejam kami di Perigi Sheikh Daud, kami bertolak ke pusat bandar Pattani untuk ke hotel penginapan.
|
menara jam yang menarik |
|
Pejabat Daerah Pattani |
|
Dewan Perbandaran Pattani |
|
Sungai Pattani yang amat bersejarah pada suatu ketika |
|
kesibukan bandar Pattani |
|
Ni lah hotel penginapan kami |
|
kamar tidur yang moden dan fully carpet |
|
hiasan air pancut dihadapan dewan makan/cafeteria |
|
mesti kita tidak menyangka seni bina bangunan seperti ini terdapat di Pattani. |
|
dalam bilik ada peti tv dengan perkhidmatan TV Kabel 24 jam. Salah satu channel ialah HBHD Spot yang menyiarkan rancangan sukan menyabung ayam dan laga lembu. Minta ulamak Pattani buat bantahan supaya channel ini di tiadakan. |
BERSAMBUNG PART 2 :
DI SINI
Maaf tuan..sedikit pembetulan terhadap foto diatas,foto tersebut Pak Da Eil Mekah bukan foto sheikh Daud..sekian
ReplyDeleteAssalamualaikum tuan. Boleh saya dapatkan contact number Ustaz Roslan? Kerana saya bercadang ingin mengadakan kembara amal ke selatan thai. Harap tuan sudi membantu saya. Boleh saya dapatkan number telefon tuan juga?
ReplyDeleteHari baik untuk semua warga negara Indonesia dan juga semua ASIA, nama saya Ny. Nurliana Novi, tolong, saya ingin membagikan kesaksian hidup saya di sini di platform ini untuk semua warga negara Indonesia dan seluruh Asia untuk berhati-hati dengan pemberi pinjaman di internet, Allah telah sepenuhnya mendukung saya melalui ibu, Nyonya Elina yang baik
ReplyDeleteSetelah beberapa periode mencoba untuk mendapatkan pinjaman dari lembaga keuangan, dan ditolak terus-menerus, jadi saya memutuskan untuk mendaftar melalui pinjaman online tetapi saya ditipu dan saya kehilangan Rp 15.000.000 dengan pemberi pinjaman pinjaman yang berbeda.
Saya menjadi sangat putus asa dalam mendapatkan pinjaman, jadi saya berdiskusi dengan seorang teman saya yang kemudian memperkenalkan saya kepada Ny. Elina, yang adalah pemilik perusahaan pemberi pinjaman global, jadi teman saya meminta saya untuk melamar dari Ny. Elina, jadi saya mengumpulkan keberanian dan menghubungi Ny. Elina.
Saya mengajukan pinjaman sejumlah Rp500.000.000 dengan tingkat bunga 2%, sehingga pinjaman itu disetujui dengan mudah tanpa tekanan dan semua pengaturan dilakukan pada transfer kredit, karena fakta bahwa itu tidak memerlukan jaminan dan jaminan untuk pinjaman transfer Saya hanya diberitahu untuk mendapatkan sertifikat perjanjian lisensi aplikasi. Mereka akan mentransfer kredit saya dan dalam waktu kurang dari dua jam uang pinjaman telah disetorkan ke rekening bank saya.
Saya pikir itu lelucon sampai saya menerima telepon dari bank saya bahwa akun saya dikreditkan dengan jumlah Rp500.000.000. Saya sangat senang bahwa ALLAH akhirnya menjawab doa saya dengan memesan pinjaman saya dengan pinjaman asli saya, yang telah memberi saya keinginan hati saya.
Mereka juga memiliki tim ahli di sana yang akan memberi tahu Anda tentang jenis bisnis yang ingin Anda investasikan dan cara menginvestasikan uang Anda, sehingga Anda tidak akan pernah mengalami kebangkrutan lagi dalam hidup Anda.
Semoga ALLAH memberkati Bunda Elina karena membuat hidup saya mudah, jadi saya menyarankan siapa pun yang tertarik untuk mendapatkan pinjaman, silakan hubungi Mrs. Elina melalui email: elinajohnson22@gmail.com untuk pinjaman Anda
Ada perusahaan palsu lain yang menggunakan kesaksian saya secara online untuk mencapai keinginan egois mereka, saya satu-satunya dengan kesaksian yang benar ini, ketika Anda menghubungi kemudian meminta mereka untuk bukti pembayaran di sana kepada ibu ,, harap berhati-hati terhadap orang-orang ini, oke
Akhirnya saya ingin berterima kasih kepada Anda semua karena telah meluangkan waktu untuk membaca kesaksian hidup saya yang sebenarnya tentang kesuksesan saya dan saya berdoa Tuhan akan melakukan kehendak-Nya dalam hidup Anda. Satu lagi nama saya adalah mrs nurliana novi, Anda dapat menghubungi saya untuk informasi lebih lanjut via email saya: nurliananovi96@gmail.com
Negara: Indonesia
ReplyDeleteWhatsApp: +62 838-3669-4853
Alamat: Surabaya
email saya: nurbrayani750@gmail.com
nama saya Nurbrayani, saya ingin bersaksi tentang pekerjaan ALLAH yang baik dalam hidup saya, karena ekonomi yang buruk di beberapa negara. Apakah mereka mencari pinjaman di antara Anda? Jadi Anda harus sangat berhati-hati karena banyak pemberi pinjaman palsu ada di internet, tetapi mereka sangat asli dalam pemberi pinjaman palsu. Saya telah menjadi korban dari pemberi pinjaman 2 kredit yang curang, saya kehilangan banyak uang karena saya sedang mencari pinjaman dari perusahaan mereka. Saya hampir mati dalam proses karena saya ditangkap oleh orang-orang dari hutang saya sendiri, sebelum saya dibebaskan dari penjara dan teman saya menjelaskan situasi saya kemudian memperkenalkan saya kepada pemberi pinjaman pinjaman yang andal. Ny. Alicia Radu Saya mendapatkan pinjaman saya sebesar Rp350.000.000 dari Ny. Alicia Radu dengan sangat mudah dalam 24 jam yang saya lamar, jadi saya memutuskan untuk membagikan pekerjaan yang baik dari ALLAH melalui Bunda Alicia Radu dalam kehidupan keluarga saya.
Jadi, jika Anda membutuhkan pinjaman, hubungi ibu Alicia Radu melalui email: (aliciaradu260@gmail.com)
Anda juga dapat menghubungi saya melalui email saya di (nurbrayani750@gmail.com)
Nomor WhatsApp saya: +62 838-3669-4853
jika Anda memerlukan informasi tentang bagaimana saya mendapat pinjaman dari Ibu Alicia Radu
Situs Judi Casino Online | Profile | FBCasino.com 온카지노 온카지노 matchpoint matchpoint bk8 bk8 44All games tested
ReplyDelete