Friday 31 January 2014

SELAMAT PAGI CIKGU - KISAH 1.0



1. Penulis amat bersyukur kehadrat Allah SWT kerana sempat membeli sebuah 'rumah kampung' di Lahar Yooi, Tasik Gelugor Seberang Perai Utara, Pulau Pinang semasa penulis mengajar di Yayasan al-Masriyah Bukit Mertajam (1980 - 1988). Pada tahun 1988   penulis berhijrah ke Kuala Lumpur mengajar di Yayasan Anda Akademik (YAA). Pada pertengahan tahun 1998  penulis berhenti dari YAA dan  kembali menetap di Lahar Yooi. Kini penulis sudah tidak lagi mengajar dan  telah membuka sebuah syarikat kontraktor elektrikal dan sivil bersama seorang rakan kongsi di Permatang Rawa Bukit Mertajam. Sebenarnya penulis dan isteri bukanlah berasal dari Negeri Pulau Pinang. Tetapi apabila kami menetap di Lahar Yooi, kami diterima baik oleh penduduk kampung di situ meskipun mereka kebanyakannya mempunyai pertalian persaudaraan di antara satu sama lain.

landmark Kampong Lahar Yooi.
2. Penulis dapat merasai penduduk kampung menghormati kami.  Maklumlah, penulis adalah bertitle seorang 'guru'. Oeh itu, hampir kesemua penduduk kampung lebih kenali penulis sebagai 'cikgu' berbanding dengan nama sebenar (Azhar). Hanya segelintir sahaja yang tahu penulis adalah bekas guru YAA, manakala yang lain beranggapan penulis dan isteri masih bekerja sebagai guru. Itulah kelebihan guru atau  cikgu. Jika "harimau mati meninggal belang, guru pula 'mati' meninggalkan 'cikgu' ".

3. Sebelum pergi ke tempat kerja, hampir setiap pagi penulis melakukan aktiviti fizikal ringan di halaman rumah seperti merumput, menyapu sampah atau menyiram pokok bunga.

4. Kira-kira dua minggu setelah penulis  menetap di kampung Lahar Yooi, ada seorang 'orang dewasa' lingkungan umur 50-an yang dikenali sebagai Pak Non oleh orang kampung ( penulis tidak begitu kenali latar belakangnya)  sedang menunggang basikal ke arah   jalan besar (jalanraya utama). Untuk ke situ, Pak Non mesti melalui hadapan rumah penulis. Kebetulan pada pagi tersebut, penulis sedang merumput. Pak Non tiba-tiba turun dari basikal, berjalan sambil tuntun basikalnya dan berhenti di hadapan penulis lalu terus berkata "selamat pagi cikgu". Penulis agak terperanjat, tetapi secara spontan menjawab  "selamat pagi". Kemudian Pak Non 'naik' semula basikalnya mengayuh ke arah jalan besar.

5. Untuk beberapa hari berikut, setiap kali Pak Non melintasi hadapan rumah penulis dan penulis berada di situ, Pak Non akan melakukan perkara yang sama, iaitu turun dari basikal, berjalan beberapa langkah sambil tuntun  basikal dan apabila tiba depan penulis,  terus ucap "selamat pagi cikgu', kemudian naik basikal semula  kayuh ke destinasinya.

6. Penulis agak terharu di atas sikap "hormat yang berlebihan"  diberikan oleh seseorang yang lebih  tua dari penulis. Kalau sekadar ucapan "selamat pagi" atau ucapan salam, itu adalah perkara biasa. Tetapi apabila turun dari basikal lalu memberi ucapan, itu dianggap sebagai luar biasa.   Penulis memaklumkan peristiwa tersebut kepada jiran Pak Non. Menurut jirannya, Pak Non dikatakan 'tak beberapa betui' semenjak berpisah dengan  isterinya.

7. Semasa penulis belajar di sekolah rendah dan menengah, pihak sekolah di dalam usaha mendidik murid-murid menghormati guru, telah memberi arahan supaya murid-murid yang menunggang basikal  jika melintasi di hadapan guru dikehendaki turun dari basikal  dan mengucap "selamat pagi cikgu", sebelum parkir basikal di kawasan parkir yang disediakan.

8. Keesokan pagi,  Pak Non menunggang basikal dan melintasi penulis yang sedang menyiram pokok bunga. Seperti kebiasaanya Pak Non akan berhenti, turun berjalan kaki sambil  tuntun  basikal dan mengucap "selamat pagi cikgu'. Penulis menjawab "selamat pagi". Belum sempat Pak Non naik semula basikalnya penulis menegur, "Pak Non, tunggu  sebentar.!... Dengar sini, mulai pagi besok Pak Non tak perlu turun dari basikal, tetapi boleh ucap selamat pagi  kepada saya sambil kayuh basikal." Pak Non diam dan terus menunggang basikalnya.

9. Keesokannya, penulis siap tunggu  di hadapan rumah. Tiba-tiba Pak Non lalu sambil mengayuh basikal dan menyebut "selamat pagi cikgu" bila melintasi hadapan penulis. Penulis menjawab  "selamat pagi" sambil tersenyum. Sehingga hari  ini  (Tahun 2014), Pak Non masih  mengucap "selamat pagi cikgu" bila bersua muka dengan penulis.

Pagi tadi (1/2/14) Pak Non terus kayuh basikalnya selepas membuat ucapan "selamat pagi cikgu" kepada penulis

10. Pada pandangan penulis dalam kes ini,   Pak Non bukanlah seorang yang "tak beberapa betui". Sebenarnya proses tarbiyah guru mendisplinkan murid telah sebati kepada sesetengah murid,  meskipun mereka telah lama meninggalkan alam persekolahan. Murid-murid ditanam sifat-sifat terpuji di dalam diri mereka supaya menghormati guru. Oleh kerana itulah,  masalah disiplin murid-murid  bukanlah merupakan masalah primer di dalam sistem pendidikan pada masa dahulu.

Semoga Allah swt memberkati dan merahmati sisa -sisa usia Pak Non. Amin.

11. Dewasa  ini, pelajar yang berulang-alik ke sekolah bukan sahaja menunggang  motorsikal, malah ada yang memandu kereta. Bila melintasi atau memotong guru  (lebih-lebih lagi guru yang menunggang motor kapcai ke sekolah), bukan nak ucap salam,  malah bunyi hon pula supaya guru tersebut ke tepi.

Renung-renungkanlah......



Sedutan SELAMAT PAGI CIKGU - KISAH 2.0

Kira-kira jam10.30 malam, ayah Anis berkata  "malam ni cikgu boleh  tidur di bilik   tu". Penulis pun bangun, berjalan menuju ke pintu bilik tersebut. Sebaik sahaja  pintu bilik dibuka,  penulis terkejut kerana bilik itu adalah 'kamar pengantin'   Apakah yang akan berlaku selepas itu, ikutilah  kisah seterusnya dan teruskan bacaan anda....


Thursday 30 January 2014

FENOMENA 'SALJI' DI LABAN RATA vs KEMARAU DI LAHAR YOOI


1. Berita Buletin Utama TV3 sebentar tadi melaporkan fenomena embun beku berlaku  di Laban Rata, Gunung Kinabalu, Sabah. Menurut berita tersebut, seorang pekerja yang bertugas di Laban Rata, Mestianna Eil Indas,  melapor pembentukan embun beku yang menyeliputi lapisan tumbuh-tumbuhan pagi tadi. 




lapisan embun beku yang menutupi tumbuh-tumbuhan di Lanar Laban
2. Fenomena tesebut berlaku pada pagi tadi. Bacaan suhu awal pagi di Laban Rata adalah 0 darjah Celcius manakala pada sebelah malamnya bacaan suhu  turun di bawah paras sifar. Petugas dan pemandu pelancong yang berada Rumah Rehat di sekitar kawasan tersebut menyedari fenomena embun beku tersebut telah berlaku tiga atau hari yang lalu. Raban Rata terletak pada ketingggian 3,372.2 meter dari aras laut.

3. The Star Online pula memetik laporan menyatakan lapisan fros yang meliputi tanah dan tumbuh-tumbuhan  juga berlaku di Panar Laban. Menurut Than Yau Kong seorang pemandu pelancong tempatan menjelaskan "ia seperti kristal ais kecil di udara yang cair apabila ianya bersentuhan dengan  kulit anda".

Lapisan fros yang wujud pagi tadi. (foto insan Mestianna Eil Indas)
4. Pada bulan lepas, dunia dikejut dengan pembentukan salji di negara Mesir dan Vietnam. Fenomena ini di anggap sebagai satu sejarah iklim yang luar biasa.
Salji yang tebal turun di Kaherah pada 17 Disember 2013. Salji juga turun di Semenanjung Sinai dan Kota Alexandria di Mesir dan di Juruselam, Pelastin
salji turun di Baitul Maqdis

Foto Al Jazeera : Saji turun di kawasan hutan pergunungan Provinsi Loa Cai dan Ha Giang di Vietnam Utara pada 18 Disember 2013
Tidak ketinggalan, salji juga turun di negara jiran kita iaitu Indonesia. Pembaca berita Chems Ford News yang memuat naik di You Tube melapor tentang kejadian yang luarbiasa apabila bahagian Utara Kepulauan Indonesia dikatakan dihujani salji buat kali pertama. Bagaimanapun, berita tersebut disahkan palsu.

Chelms Ford News melaporkan 'berita palsu' penurunan salji di Indonesia
5. Jabatan Meteorologi Malaysia pada Kenyataan Akhbar di bawah tajuk Keadaan Cuaca Sejuk di Malaysia yang disiar pada jam 7.30 malam bertarikh 23 Januari 2014 yang lalu mensifatkan berita salji turun di Indonesia adalah tidak benar. Menurut kenyataan tersebut "adalah mustahil untuk negara-negara iklim tropika seperti Malaysia dan Indonesia untuk mengalami salji kerana suhu udara dikedua-dua negara tersebut adalah tinggi sepanjang tahun."

Imej Satelite sebahagian Asia Tenggara pada hari ini
Imej dari radar Jabatan Meteorologi Malaysia pada hari ini.

6.  Keadaan cuaca yang tidak menentu juga  dilaporkan berlaku di negeri-negeri Pantai Timur Semenanjung. Baru-baru ini bacaan cuaca di Kampung Beris Pak Abu, Besut, Terengganu mencatat paras terendah iaitu 19 darjah celcius. Bagitu juga bacaan suhu di daerah Kuala Kerai, Kelantan turut merekodkan suhu sejuk terendah sehingga 17 darjah Celcius. Menurut jurucakap Jabatan Meteorologi Wilayah Kelantan dan Terangganu, penurunan suhu di kedua-dua daerah tersebut adalah 'satu rekod', kerana kedua-dua daerah tersebut kebiasaanya mencatat suhu minimum sekitar 23 darjah Celcius pada sebelah malam. Oleh itu, penduduk di kawasan tersebut terpaksa memakai pakaian tebal dan tidak mandi pada waktu pagi kecuali rumah yang ada shower air panas. Ramai penduduk mengadu mengalami demam dan  sakit kepala.

Nur Husna Najian 13, adiknya  Nur Husna Najihan 8 dan sepupunya Nur Sara berkelumbung kerana kesejukan di Besut (foto Metro Online)
7. Fenomena yang sama juga berlaku di Chuping Perlis, rekod Jabatan Mateorologi mencatatkan bacaan suhu  adalah 19.8 darjah  Celcius pada awal bulan Januari 2014. Mereka yang pernah mengerjakan ibadat haji atau umrah di Mekah tentulah dapat mengenang kembali  rasa tiupan angin sejuk yang menyapa ke muka, kini ciri-ciri tersebut terdapat di tanah air sendiri terutama pada waktu malam atau awal pagi.

8. Untuk pengetahuan anda, fenomena suhu sejuk pada waktu malam adalah berpunca dari corak tiupan angin yang lebih kuat yang bergerak dari Siberia dan Negara China yang mengalami winter menuju ke khatulistiwa. Negara China dan Siberia yang sejuk berada dalam tekanan udara tinggi, manakala kawasan doldrum khatulistiwa pula sentiada mengalami tekanan udara rendah. Oleh itu, aliran angin bergerak dari kawasan tekanan udara tinggi ke kawasan tekanan udara rendah. Cuma, pada kali ini, dipercayai pergerakan angin tersebut lebih laju dan dapat mengekalkan sebahagian suhu rendah yang dibawa dari Negeri China dan Siberia. Disamping itu, pembentukan kepulan awan adalah  nipis pada waktu malam. Awan biasanya menjadi 'selimut' pada waktu malam. Selimut yang 'nipis' membolehkan kita merasa sejuk dan tidak selesa.

9. Keadaan cuaca di bahagian lain terutama di Pantai Barat Semenanjung,  Angin Monsun Barat Daya yang bertiup dari Lautan Hindi dijangka  sampai pada bulan Mac nanti. Untuk sementara waktu,  kawasan tersebut mengalami keadaan cuaca yang agak panas.  Malaysia yang terletak di kawasan doldrum khatulistiwa amat jarang sekali mempunyai keadaan langit yang tidak berawan lansung meskipun pada musim kemarau yang teruk. Oleh itu, suhu panas di kawasan Pantai Barat Semenanjung tidaklah  mencapai keparas yang boleh merbahayakan nyawa dan kesihatan penduduk yang terdedah kepada pancaran cahaya matahari. Bagaimanapun pembentukan awam kumulonimbus adalah jarang terbentuk dan potensi untuk pembentukan hujan lebat adalah rendah.  Sebaliknya  pada waktu malam bacaan suhu di  setengah-setengah kawasan adalah relatif rendah.

10. Di Kampung Lahar Yooi, Tasik Gelugor Seberang Perai,  penduduk tidak menganggap keadaan cuaca yang tidak menentu ini sebagai sesuatu yang ganjil. Kebanyakkan penduduk adalah pesawah padi. Kebiasaanya bulan Januari adalah musim kemarau. Pada sesetengah sawah, kedapatan  pokok padi yang sedang menguning dan sesetengahnya sedang dituai . Kedapatan tanah sawah  telah  dibajak kering.

padi menguning siap untuk dituai

jentera penuai digunakan dengan meluas kerana menjimat kos tenaga buruh dan masa



taliair kering
sesetengah jerami dibakar

burung bangau mencari sisa padi di dalam petak bendang
kelihatan daun pokok getah dipinggir sawah yang telah gugur
11. Kebanyakan tumbuhan rumput rumpai menjadi kering kerana hujan tidak turun atau turun tidak lebat semanjak bulan Disember 2013. Penternak lembu terpaksa mendapatkan bekalan rumput yang tumbuh menghijau di tebing sungai


Pak Lah mensabit rumput di tebing sungai yang masih hijau untuk dijadikan  makanan lembunya.


Pak Salleh menjala dari atas  botnya di  Sungai Kereh yang cetek pada musim kemarau

Sekawan biri-biri mencari rumput hijau
12. Suhu panas dan pancaran matahari yang terik menyebabkan pokok bunga kertas menghasilkan 'bunga. yang kembang mekar dan tidak gugur kerana hujan tidak turun

pokok bunga kertas yang ditanam di rumah penulis




Pokok bunga kertas yang ditanam disekitar rumah penulis

13. Keadaan cuaca kering tetapi berangin amat sesuai untuk aktiviti sukan dan rekriasi.

Rutin setiap pagi - penulis berjoging dalam bendang

Masjid At-Taqwa Kampong Lahar Yooi  menganjukan futsal sempena Sambutan Maulid ur Rasul

Wednesday 8 January 2014

JELAJAH INDONESIA SIRI 3 :TOK GURU NIK AZIZ SUMBER INSPIRASI DAULAH ISLAM DI ACHEH


1. Kami sekali lagi ke Masjid Baitul Rahman untuk menunaikan solat maghrib/isyak. Ketika kami sampai, masjid sesak dengan jemaah kerana ada kuliah maghrib. Penulis difahamkan kuliah tersebut disampaikan oleh Pemimpin Majlis Permasyuaratan Ulama (MPU) Acheh Besar.
Suasana Masjid Agong Baitul Rahman tempat kuliah maghrib pada malam tersebut
Selepas solat, kami beredar ke halaman masjid sambil mendengar ceramah. Tiba-tiba terdengar penceramah mengulas mengenai kunjungan beliau ke Negeri Kelantan, di mana beliau menyamakan Gabenor Kelantan (Tuan Guru Nik Aziz - Menteri Besar Kelantan) sebagai 'keajaiban dunia ke-8'. "Menurut penceramah Datuk Nik Aziz seorang pemimpin rakyat mungkin sekali tak ada di daerah lain, apa lagi di Acheh. Lebih akrab disapa sebagai Nik Aziz atau Tok Guru Nik Aziz, juga seorang tuan guru atau ulama. Seandainya ulama ini Gabenor Acheh, maka majulah Acheh. Tok Guru juga  digelar Umar bin Khattab Kelantan."
Tokoh ini dikenali sebagai  'Gabunur Kelantan'


Menurut penceramah "Kami berdialog dengan Datuk Nik Aziz mengenai pembangunan, Tok Guru berkata nak jaga dan bangun Kelantan tak sulit bagi saya. Yang sulit adalah nak jaga diri saya dari godaan duniawi."
Setiap malam Tok Guru bermunajat dan menbentang catatan amalannya  kepada Allah swt. Beliau bimbang kunci kira-kira amalannya ditolak oleh Allah swt" ujar penceramah lagi.
Sambung penceramah  " Bila Tok Guru dilantik menjadi Gabenor, Dinas Pembangunan Umum (JKR - penulis) hendak membaiki dan mengaspal jalan sekitar rumah dan pasentran miliknya, tetapi Tok Guru menghalang kerana kenapa sebelum saya jadi Gabenor tak diperbaiki".

Ternyata hadirin yang berada di luar masjid memberi perhatian kepada info yang dikemukakan. Menurut penceramah lagi, "Nik Aziz tinggal di rumah kayu. Gabenor ini juga  tidak pernah tidur di pendodo (kediaman rasmi MB - penulis). Kalau tidur di pendodo harus menyewa guard dan tukang kebun. Pekerja digaji dengan wang negara di mana wang itu seharusnya diguna untuk mensejahterakan rakyat." tambah penceramah.

2. Sebenarnya terdapat beberapa perkara persamaan di antara Kelantan dan Acheh.

2.1 Kedua-duanya digelar'Serambi Mekah" dan berhasat  melaksanakan sistem pentadbiran serta perundangan Islam sebagaimana diperintah  Allah SWT.
2.2 Unsur-unsur Islam diterap ke dalam pentadbiran Negeri dan pihak berkuasa tempatan, misalnya tulisan jawi dimertabat pada bunting dan papan iklan dan larangan pendedahan aurat.
2.3 Aktiviti muamalat dikendali sepenuhnya oleh orang Islam. Kedua-duanya  mempamirkan gender wanita lebih menonjol dalam sektor perniagaan
2.4 Kedua-duanya  mempunyi jumlah pondok atau pasentren yang paling banyak  berbanding daerah atau negeri lain.
2.5. Tradisi orang Acheh dan Kelantan yang suka merantau dan buka perkampungan mereka. Di Malaysia,   perkampungan orang  Acheh terdapat di  Kampong Acheh, Yan, Kedah, Setiawan Perak Pantai Acheh Nibong Tebal dan  Lebuh Acheh di Geogretown, Manakala Kampong Kelantan di Pantai Dalam KL, Kampong Kelantan di Johor dan sebagainya.
2.6 Orang Acheh dan Kelantan mempunyai  semangat juang yang tinggi. Orang Acheh melalui Gerakan Acheh Merdeka (GAM) pernah berjuang menuntut kemerdekaan dari Jakarta, manakala orang Kelantan melalui ROYALTI berjuang menuntut dikembalikan royalti hasil petroleum dan gas dari Putrajaya.


JELAJAH BANDA ACHEH  DI NANGGROE ACEH DARULSALAM - BUMI KORBAN TSUNAMI


1. Internerari Flight  : KUL-BTJ-KUL
1.1 Tarikh lawatan :  16 SEPT. 2011
1.2 Jam berlepas dari KUL 10.25 am dan tiba di BTJ jam 10.50 am (waktu tempatan)
1.3 Tambang pergi - balik RM 10.00 (sepuluh ringgit shj.) seorang tidak termasuk airport tax, fuel surchage, insuran dan daftar bagasi.
1.4 Jumlah peserta - 5 orang anak beranak kami.


HARI 1

1. Ketika pesawat mulai terbang rendah, kami dapat melihat panorama bumi Acheh Besar yang cantik. Terdapat kelompok deretan rumah berbumbung biru/kelabu bersusun atur macam perumahan peneroka Felda di Malaysia - mungkin petempatan semula penduduk pasca tsunami 2004 dulu

2. Urusan imigresen dan bagasi tidak ada masalah. Semua kakitangan/petugas wanita di Bandara Internasional Sultan Iskandar Muda menutup aurat - Alhamdulillah. Jajaran pergerakan di sekitar Banda Acheh tidak menjadi masalah kerana kami sudah ada kenalan yang akan membawa kami berkunjung ke tempat-tempat menarik.

Bandara baharu dibuka untuk penerbangan domestik dan internasional.
3. Kami terus mendapatkan sebuah kereta sewa ke Banda Acheh. Jalanraya agak lengang kerana waktu solat Jumaat. Kami behenti ke destinasi pertama iaitu ziarah perkuburan korban bencana tsunami di Siron. Sejumlah 50 ribu mayat telah dikebumikan di situ. Semoga roh mereka aman dan tenang. Amin.  Satu monumen didirikan bagi menperingati mangsa tragedi.

Monumen Mangsa Korban Tsunami di tanah perkuburan massal.

Kelihatan beberapa  waris sedang membaca surah Yasin di bawah riimbunan pokok, sebagai hadiah kepada roh kaum keluarga dan sahabat handai yang terkorban dalam tragedi tersebut

4. Kami menerus perjalanan ke restoran makanan istemewa Acheh di Rumah Makan Acheh Reuyuk. Menurut supir, di antara masakan  istimewa Acheh adalah  'Ayam Tangkap'. Masakan ini berupa daging ayam kampung (dara) yang digoreng dan disorok ke dalam daun-daun kari dan berbagai daun herba lain. Aroma daun kari menaikkan selera makan kami.

Alhamdulillah, syukur dapat makan dengan selera

Masakan Ayam Tangkap. Cuba cari potongan daging ayam yang disorokkan dalam daun kari

5. Kami memilih Hotel Rasamala (Rp320k/bilik/ semalam) kerana berdekatan dengan Masjid Teuku Umar. Unik masjid ini  kerana kubahnya berbentuk seperti  topi pahlawan Acheh.
Hotel Rasamala Jln. Teuku Umar, Banda Acheh

Selesa, hawa dingin, ada shower, tv dan mini fridge

 6. Selepas solat zohor/asar,  Iman Masjid Teuku Umar Bapa Has Ghazali Cut Nie atau di panggil Tok Chik datang ziarah.  Kami berasa amat terharu di atas sifat besar hati beliau  berkunjung kami di hotel  - mejalinkan ikatan silatur-rahim. Tok Chik mempunyai ramai kenalan di Malaysia termasuk di Kampong Lahar Yooi,  Tasik Gelugor.   Tok Chik menceritakan  detik-detik peristiwa tsunami 12/04. Masjid Teuku Umar adalah di antara kawasan penempatan mangsa tsunami.  Berbulan-bulan kawasan masjid dipenuhi dengan ribuan mangsa sebagai penginapan sementara.

Bersama Imam Besar. Perhatikan kubah masjid berbentuk topi pahlawan Acheh.

7. Tok Chik membawa  kami berkunjung ke beberapa kawasan kesan daripada bencana tsunami. Destinasi pertama ialah ke tongkang  Penjana kuasa Penggerak Listrik Tenaga Disel  @ PLTD Apong 1 yang berat 2600 tan telah hanyut  sejauh lima kilometer dari kawasan berlabuh berhampiran Pantai Ulee Lhee ke Desa Punge Blangkut. Tongkang penjana kuasa elektrik  ini adalah 'hadiah' dari penduduk Kalimantan kepada rakyat Acheh kerana  Banda Acheh mengalami kekurangan bekalan kuasa elektrik. Kini PLTD Apong 1 sudah tidak berfungsi lagi, sebaliknya menjadi satu monumen yang menjadi tarikan pelancong. Bersebelahan dengannya terdapat sebuah pusat seni yang mempamirkan ratusan foto mangsa tsunami.
PLTD Apong  1 lebih panjang, lebih lebar dan lebih tinggi dari feri Pulau pinang

Bahagian belakang 

Pandangan dari tingkat atas 

Replika   PLTD Apong 1 ketika dihanyut oleh tsunami (ditempatkan di dalam Muzium Tsunami Acheh 




8. Kami dibawa pula ke pantai Ulee Lhee.  Terdapat jeti pendaratan ikan dan bot-bot nelayan di tambatan. Terdapat gerai makanan dan minuman didirikan di situ. Seterusnya kami ke Desa Lampulo  melihat bot ikan tuna yang dihanyut dan terdampar di atas bumbung rumah.

Foto awal sebelum kerja-kerja naik taraf sebagai destinasi tarikan pelancong ke Desa Lampulo.

Tiang penyangga konkrit dibina untuk penyokong rumah supaya tidak ranap.

Kerja-kerja pembinaan kanopi mula dijalankan


Model bot ikan ketika saat-saat kecemasan dihanyut ombak besar di Muzium Tsunami
9. Kami pulang semula ke hotel. Pada sebelah malam kami dirai dan makan malam di rumah  Tok Chik yang terletak di Jalan Teuku Umar.  Pelbagai masakan Acheh dihidangkan  kepada kami. Kira-kira sejam kami di situ, kami balik ke hotel. Sambil berjalan kami meninjau kegiatan malam yang juga meriah.

Pasca tsunami - ramai warga Banda Acheh keluar makan/lepak di cafe pada waktu malam.

HARI KE-2

1. Pembantu Tok Chik iaitu Saudara Akbar membawa kami ziarah Muzium Tsunmami. Bangunan moden dan canggih baharu siap dibina pada Disember  2008 berbentuk seperti kapal, mempunyai empat aras lantai. Di hadapan pintu utama dipamir sebuah helikopter polis yang telah rosak dihempas ombak tsunami. Laluan masuknya sempit, suasana hampir gelap dan dihujani tempias air yang mengalir dari sisi kanan dan kiri dinding bangunan. Sebuah panggung mini disedia bagi membolehkan  kira-kira 50 penonton untuk menyaksi video tragedi tersebut.  Di lantai bahagian atas dibina sebuah model rumah dan  motor penggegar dengan inkator sehingga 9 skala ritcher dipasang di bahagian bawahnya  bagi membolehkan pengunjung merasai bagaimana kuatnya gegaran gempa bumi.  Muzium dengan  kelengkapan serba canggih dan moden ini tidak mengenakan sebarang bayaran untuk masuk ke situ.

Air mengalir turun dari  dinding laluan masuk ke dalam muzium

Helikopter  polis yang rosak dirempuh ombak tsunami


Senarai nama sebahagian mangsa korban dipamirkan di dinding sebelahdalam muzium 

Model Moforlogi Banda Acheh sebelum tsunami 2004



 Sebahagian Banda Acheh kesan selepas  tsunami

Model gambaran ombak besar menerjah pantai


2 Dari muzium kami berjalan kaki ke perkuburan tentera Belanda yang tumpas dalam Perang Acheh Belanda (1873-1904). Seramai 2,200 tentera Belanda termasuk salah seorang jeneralnya iatu Kerkholf dikebumikan di situ.

Senarai nama tentera Belanda yang tewas ditikam rencong aceh
 3, Kami seterusnya berjalan kaki ke Lapangan Blang Padang. Di situ terdapat replika pesawat Dakota RI-001 yang merupakan   kapal terbang pertama   dibeli oleh Republik Indonesia hasil sumbangan wang dan emas dari rakyat Acheh.  Di situ juga terdapat monumen 'Thanks to the World - tanda ucapan terima kasih dari rakyat Acheh pada negara-negara yang terlibat di dalam kegiatan pembangunan semula Acheh pasca tsunami


Kerajaan UAE turut menyumbang

4. Kami singgah di Masjid Raya Baiturahman untuk solat. Terpegun  melihat senibinanya seakan-akan Masjid Zahir di Alor Setar. Di antara ciri yang menarik, terdapat satu parit yan aliran airnya bersih dan mengalir mengelilingi masjid bagi membolehkan jemaah yang membasuh kaki sebelum melangkah masuk ke dalam masjid. Strukturnya kukuh menahan gempa bumi pada bacaan 8.5 SR yang meragut 100,000 nyawa pada 26/12/2004.

Perhatikan ketinggian  jam yang dipasang dihadapan bangunan masjid - tanda aras  tertinggi capaian ombak tsunami
Inilah jam asal Masjid Baitul Rahman yang disimpan di Muzium Tsunami. Lihat detik disaster.


Ruang solat dalam masjid



Model masjid selepas air laut surut yang dipenuhi sampah sarap

5. Kami seterusnya dibawa ke kedai jualan souvenir. Penulis sempat membeli sebuah replika rencong aceh dan  topi pahlawan yang dipakai ketika rakyat Acheh menentang tentera Belanda.


Topi pahlawan acheh dan replika rencong

6. Destinasi kami seterusnya adalah ke 'Gunongan' a.k.a 'Taj Mahal  Acheh'. Gunongan bukanlah makam, sebaliknya sebuah binaan berbentuk seperti 'bukit atau gunung', dibina oleh Sri Sultan Iskandar Muda yang berkahwin dengan seorang puteri dari Kesultanan Pahang yang dikenali Putroe Phang. Cintanya baginda kepada puteri yang selalu bersedih kerana memendam rindu yang amat sangat terhadap kampung halamannya yang berbukit-bukit. Oleh kerana itu, sultan membina 'Pergunongan' untuk mengubati rindu isterinya. Kami bernasib kerana pengawal 'Gunongan' membenarkan kami masuk dan memanjat hingga ke'puncak'.


Binaan berbentuk seperti gunung, ada laluan mendaki untuk sampai ke puncak

Laluan ke puncak Gunongan

Di sini agaknya Putroe Phang duduk merenung dan merindui kampong halamannya  Negeri Pahang. 
7. Dari Gunongan di Taman Istana, kami ke Masjid Agung Baitul Rahman sekali lagi untuk tunaikan solat maghrib. Ramai jemaah bersolat di situ kerana ada ceramah agama. Kami terpegun kerana penceramah mengaitkan Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat (ketika tersebut masih Menteri Besar Negeri Kelantan DN) sebagai 'keajaiban dunia ke-8'. Selain dari jemaah masjid, terdapat beberapa selebriti tempatan yang sangat cun berperaga jubah yang dihiasi labuci dan sulaman yang sangat cantik

HARI KE-3

1. Selepas sarapan kami berkumpul di lobi hotel. Tok Chik dan Sdr. Akbar tiba untuk membawa kami ke bandara. Kesuntukan masa hanya mengizinkan kami singgah sebentar untuk membeli buah salak dan jeruk (limau) di pasar. Seterusnya ke bandara. Ucapan terima kasih kepada Tok Chik, keluarga dan Sdr. Akbar kerana sudi menjadi pemandu pelancong kami ketika di Banda Acheh. Penulis berazam untuk berkunjung semula ke Acheh pada masa hadapan kerana masih banyak tempat yang perlu dilawati, di antaranya daerah Samalanga yang terletak makam Tun Seri Lanang, pengarang Kitab Sejarah Melayu iaitu suatu dokumen persejarahan kesultanana Melayu di Malaysia

2. Banyak kisah yang menarik yang mengusik hati bila kita mendengar cerita-cerita disebaik tragedi tsunami. Penulis cadangkan kepada rakan-rakan fb supaya jadikan Banda Aceh sebagai salah satu kunjungan anda untuk melihat sendiri  Kebesaran dan Keagungan Allah di bumi tersebut
                    .

HIKMAH DI SEBALIK TRAGEDI TSUNAMI 2004

1. Wujud keamanan yang berkekalan di Acheh apabila tentera Gerakan Acheh Merdeka (GAM) dan Tentera Republik Indonesia (TNI) bersetuju mengadakan  genjatan senjata dan memeteri perjanjian perdamaian. Kini, penduduk Acheh terutama di sekitar Banda Acheh tidak bimbang untuk keluar bersantai pada sebelah malam.

Gerai roti canai dan teh tarik milik pengusaha dari Malaysia menjadi tumpuan warga kota Acheh pada waktu malam
2. Bantuan kemanusian dan pembangunan semula infrastruktur yang rosak dari berbagai negara telah merancakkan semula ekonomi Acheh yang suram sekian lama.
3. Perancangan semula sebahagian dari guna tanah Banda Aceh dengan mennyusun semula kawasan petempatan, kawasan hijau (green belt), komplek perniagaan dan pentadbiran dan pusat pelancongan.
4. Beberapa jentera dan kenderaan berat serta mesin yang dibawa untuk bantuan logistik dan pembangunan semula insrastruktur yang rosak ditinggal atau  dihadiahkan kepada pihak berkuasa Acheh,  telah dapat meringan kewangan pihak berkuasa tempatan bagi membiayai pembelian peralatan dan jentera tersebut.
Sebahagian dari trak Pertubuhan Palang Merah Antarabangsa diubahsuai oleh Wali Kota Banda Acheh menjadi lori angkut sampah.

5. Berapa tarikan pelancong baharu diperkenalkan. Kegiatan ekonomi beraaskan ekotourisam berkembang pesat.
6. Pembinaan airport baharu bertaraf antarabangsa dan sistem pengangkutan darat telah dinaik taraf. Syarikat penerbangan tempatan telah menambah jadual kekerapan penerbangan ke Banda Acheh. Syarikat Air Asia dan Firefly dari Malaysia menghubungkan destinasi KL - Acheh dan Penang - Acheh.
Laluan Firefly Penang-Acheh



SEDUTAN JELAJAH INDONESIA SIRI 4

Rakyat jelata berkumpul di kawsan lapang  belakang dapur istana semenjak awal pagi. Itulah rutin harian rakyat marhaen yang tinggal berdekatan istana raja Sebentar lagi tingkap dapur akan dibuka. Mereka bersiap sedia. Detik yang ditunggu kini tiba.  Tukang masak istana mula mencurahkan bekas-bekas berisi perut, urat, usus, lemak, tulang, sisa daging yang melekat pada kulit dan berbagai organan dalaman dari ayam, lembu atau bebek  kehadapan rakyat yang siap sedia berebut-rebut mendapatkan bahan-bahan buangan tersebut. Apa lagi, suasana hingar bingar dengan  pekikan orang dewasa dan kanak-kanak yang berebut-rebut dan tolak menolak mengutip sisa tersebut.

Kenapa rakyat  berebut-rebut untuk memungut 'sisa kotor' tersebut?  Teruskan bacaan anda dalam siri Jelajah Indonesia ke Ujung Pandang,  Sulsel. SIRI 4 DI SINI atau balik ke SIRI 2  DI SINI