1. Dalam mana-mana epik sejarah, pihak raja dan pembesar di istana dikata hidup penuh dengan kemewahan, manakala rakyat dari golongan marhein, seperti nelayan, pesawah, pekebun, penarik beca dan tukang adalah dibelengu dengan kemiskinan. Rakyat menjalani hidup harian secara kais pagi makan pagi dan kais petang makan petang. Oleh yang sedemikian, apabila ada sahaja bahan buangan dari dapur istana, segelintir rakyat berebut-rebut memugut buangan tersebut untuk dijadikan makanan harian mereka. Bahan-bahan buangan yang kotor, busuk dan hanyir seperti usus, perut, lemak, cebisan daging pada kulit, tulang, kuku dan sebagainya dibawa balik ke rumah, dimasak sebagai masakan coto. Ketika tersebut coto menjadi masakan/makanan bagi golongan bawahan atau 'low-class' di Makassar (Ujung Pandang, Sulewasi Selatan)..
2 Kini, coto telah diangkat mertabat menjadi salah satu daripada makanan yang paling popular dikalangan penduduk tempatan dan pelancong. Coto Makassar dibuat dari isi perut lembu yang direbus dalam waktu yang lama. Rebusan ini bercampur daging lembu dan ditaruh bumbu yang sudah ditumis dan diracit secara khusus. Coto Makassar merupakan di antara menu/makanan yang dihidangkan di dalam pesawat Garuda , penerbangan domestik ke Makassar.
|
"Kunjungan anda tidak sempurna sekiranya anda tidak menikmati coto Makassar" di antara kata-kata yang terdapat pada papan iklan yang terbentang di Bandara Sultan Hasanudin. |
JELAJAH KE KOTA MAKASSAR SULEWASI SELATAN @ SULSEL
1. Internerari Flight : KUL-UPG-KUL berlepas jam 12.50 pm dan tiba jam 4.40 pm.
1.1 Tarikh lawatan : 11 Januari 2010
1.2 Tambang pergi - balik RM 20.00 (dua puluh ringgit shj)
1.3 Jumlah peserta - 2 (suami & isteri).
1. Penulis ada menyimpan hasrat berkunjung ke Pulau Sulewasi (Celebes) Indonesia, apabila diperkenalkan tempat tersebut oleh seorang sahabat iaitu Ustaz Mohamad Rais bin Rembawa pada tahun 1980. Ustaz Mohamad Rais, adalah salah seorang ustaz yang telah diminta oleh Pengarah Yayasan Anda Akademik (YAA) iaitu Cikgu Anwar bin Ibrahim ke Yayasan Masriyah, Bukit Mertajam. Ustaz-ustaz lain dalam kumpulan tersebut ialah Ustaz Abdullah bin Yassin dan Ustaz Ubaidullah bin Abu (arwah) mengajar di YAA, manakala Ustaz Rafie Batubara mengajar di Institut Sofar, Ipoh. Ustaz Mohamad Rais berasal dari Sulewasi Tengah. Menurut ustaz, untuk sampai ke kampung halamannya, berbagai kesukaran pengangkutan perlu di tempuhi dan mengambil masa hampir dua minggu untuk sampai ke sana. Kini, apabila Syarikat Tambang Murah Air Asia memperkenalkan laluan KUL-Ujung Pandang (Makassar), penulis cepat-cepat booking dua tiket pergi-balik tambang promasi..
2. Penerbangan KUL-UPG mengambil masa kira-kira tiga setengah jam. Pesawat mengunakan jajaran Sepang ke ruang udara Singapura-Batam, seterusnya melalui pesisir pantai Pulau Jawa dan akhirnya menyeberangai Laut Jawa -Laut Flores dan Selat Makassar dan mendarat di Unjung Pandang yang terletak di Selatan Sulewasi. Bandara Sultan Hassanudin adalah bandara baharu siap dibina untuk penerbangan domestik dan antarabangsa. Urusan imigresen dan bagasi berjalan lancar, kami terus ke luar terminal ketibaan untuk mendapatkan teksi.
|
Bandara (airport) Sultan Hasanudin yang moden di Makassar |
Perjalanan dari bandara ke Kota Makassar memakan masa 30 minit. Dalam perjalanan tersebut, beberapa info-info semasa penulis dapat dari pak supir. Kota Makassar adalah bandar ke-4 terbesar di Indonesia. Terdapat beberapa bangunan kerajaan dan gedung serta mall baharu siap di bina. Menurut pak supir lagi, orang Malaysia kurang berkunjung ke Makassar. Jika ada pun mereka adalah mahasiswa universiti UNHAS (Fakulti Perubatan UNHAS amat popular dikalangan pelajar Malaysia). Kami di bawa ke Hotel Anging Mammiri - hotel tiga bintang yang lokasinya amat strategik, Menariknya hotel ini ialah ditingkat teratas terdapat cafe dengan anjung menghadap Pantai Losari dan Laut Selat Makassar.
|
Hotel yang dicadangkan oleh pak supir berdekatan Pantai Losari |
|
Inilah kamar Hotel Anging Mammiri - selesa dengan kamar mandi yang bersih |
|
Dari roaftop hotel, nampak awan gelap, sah musim tengkujuh masih melanda Makassar |
|
Ikon utama menjadi tumpuan warga kota siang dan malam (footo google) |
3. Setelah check-in, kami bersiar di sekitar Jalan Somba Opu. Kawasan ini menjadi tumpuan ramai kerana adanya Pantai Losari. Bangunan lain yang berdekatan ialah Hotel Quality, d'Bugis Ocean dan Hospital Stella Maris. Penulis berbincang lebar dengan salah seorang pekerja reception di hotel tersebut mengenai plan pergerakan kami ke daerah Tana Taroja pada besok hari. Malangnya, petugas yang berasal dari Menado telah menasihatkan agar kami tidak ke sana kerana Sulsel masih mengalami musim tengkujuh. Hujan lebat telah menyebabkan beberapa kejadian cerun bukit gelonggor turun menutupi jalan raya. Risiko bencana amatlah tinggi. Jadi, kami mengambil keputusan untuk guna pakai 'Plan B' iaitu berkunjung ke beberapa okjek/tempat wisata yang berdekatan dengan Kota Makassar. Petang tersebut, hujan turun dengan lebat. Kami tidak dapat ke mana-mana, hanya memerap di kamar hotel sahaja.
|
Hospital Stella Maris - Jalan Somba Opu , rumah sakit dibiayai sepenuhnya oleh pihak gereja |
|
Plan asal (Plan A) nak ke sini - Tana Taroja |
4. Daerah Tana Taroja menjadi tarikan pelawat dari seluruh dunia. Perjalanan bas dari Kota Makassar mengambil masa tujuh jam iaitu ke Kota Makale. Daerah Tana Taroja dianggap wilayah paling mistri kerana kedapatan kawasan masyarakat tempatan merayakan 'pesta kematian'. Pada pesta tersebut, mayat simati akan disimpan di dalam lubang batu di lereng bukit. Krew National Geographic Explorer pernah membuat pengembaraan filem dokumentari di situ.
|
perkampongan kaum Taroja di Tana Taroja - seni bina rumah yang menarik |
|
pepatong ini mewakili simati yang mayatnya tertanam dalam lubang di lereng batuan bukit |
5. Selepas sarapan, kami mula keluar ronda di dalam keadaan hujan renyai-renyai. Berpandu kepada map yang ada, kami bergerak arah ke Utara menuju ke Fort Rotterdam iaitu satu okjek wisata sejarah. Di kenali juga Benteng Ujung Pandang merupakan benteng peninggalan Kerajan Gowa-Tallo. Setelah membeli karcis (tiket) masuk, penulis mula melawat setiap sudut yang terdapat di kota tersebut. Fort Rotterdam dibina pada Tahun 1545 oleh Raja Gowa IX. Apabila Belanda menawan Makassar, kota tersebut djadikan pusat perdagangan Belanda.
|
Pintu utama masuk ke Fort Rotterdam |
|
Sebahagian dari bangunan yang terdapat di situ dijadikan muzium sejarah dan budaya masyarakat Sulsel
|
|
Monumen Sultan Hassanudin (foto terkini google)
Inilah sel tahanan anak Raja Jawa Pangeran Diponegoro - Wira Perang Jawa - sewaktu penjajahan Belanda |
6 Kami menghabiskan masa kira-kira 60 minit di Fort Rotterdam. Di luar sana hujan masih turun dengan lebat. Sementara menunggu hujan berhenti, penulis sempat berbual dengan sekumpulan penuntut dari universiti perguruan tempatan. Mereka amat mesra bila disapa oleh penulis.
|
Sebahagian dari penuntut universiti perguruan tempatan yang teruja apabila mengetahui kami adalah pelawat dari Malaysia |
7. Di luar bangunan, penulis didatangi seorang 'tour-guide' yang diberi tauliah oleh pihak berkuasa untuk memberi khidmat penerangan bahan sejarah yang terdapat di situ. Namanya Siswanto, berasal dari Surabaya. Pak Siswanto menawarkan khidmat pengkisahan sejarah kerajaan Gowa dan Bone dari 'A to Z 'dengan bayaran kira-kira Rp300k. Penulis menolak tawaran tersebut dengan penuh sopan. Pak Siswanto tidak berputus asa, sebaliknya membuat tawaran baru pengkisahan asal usul Dato' Seri Mohd. Najib bin Tun Abdul Razak, yang dikatakan seorang darah Bangsawan Makassar susun galur daripada keturunan Sultan Hasanuddin, Sultan Makassar terakhir di Gowa, Sulsel. Sekali lagi penulis menolak dengan penuh sopan. Pak Siswanto tidak berputus asa. Sebaliknya menawarkan khidmat pengkisahan rumah tangga model selebriti Indonesia yang top pada masa tersebut iaitu Manohara Odelia Pinot @ Mano, isteri kepada Tengku Muhammad Fakhry - kerabat Raja Kelantan. Penulis menggerakkan kening dan kepala tanda 'setuju'. Kisah rumah tangga pasangan tersebut sememangnya panas dimedia arus perdana Malaysia, Indonesia dan Singapura. Pak Siswanto memberi maklumat secara professional, yakni tidak memihak kepada Mano atau Tengku Fakhry, sebaliknya menyalahkan ibu Mano iaitu Daisy Fadjarina seorang bangsawan Bugis Makassar. Hampir dua puluh minit, penulis menggangkat tangan tunjuk 'tumbs up' bermaksud 'good' dan kagum dengan pengkisahan tersebut. (penulis tidak berhasrat untuk menulis mengenai kisah rumah tangga kerabat pasangan diraja tersebut di dalam entri ini). Penulis layangkan Rp50k kepada Pak Siswanto di atas 'perkhidmatannya' lalu beredar keluar dari Fort Rotterdam setelah hujan mulai renyai.
|
Manohara sicantik jelita bersama suaminya Tengku Muhammad Fakhry |
5 Kami seterusnya mendapatkan sebuah becak untuk ke pelabuhan tradisional Bugis iaitu Paotere Port. Kami bernasib baik kerana keadaan laut yang agak bergelora menyebabkan banyak kapal-kapal tradisional tersebut masih ikat di tambatan. Kedapatan banyak kapal layar tradisional yang diperbuat dari kayu dengan tiang layar yang tinggi dan cantik. Hebat sungguh sejarah pelayaran orang Bugis yang pernah menjelajah lautan sehingga ke Afrika Selatan seketika dahulu.
|
masih kedapatan model lori sebegini di Paotere Port |
7. Kami singgah solat di masjid yang begitu banyak kedapatan di Paotere Port. Seterusnya kami ambil becak ke pusat bandar Makassar. Jalan punya jalan, kami sudah jauh tersasar dari hotel penginapan. Kami makan bakso yang sangat sedap. Dari gerai bakso, kami terus ke perkuburan Diponegaro.
|
Isteri penulis gemar bakso |
|
Maqam/kubur Diponegaro - Pahlawan Indonesia semasa Perang Jawa |
|
Anak Raja yang meninggalkan istana menentang Penjajahan Belanda di Pulau Jawa - kematiannya amat trajis |
|
becak - simple dan kalis hujan |
|
angkutan kota @ angkut - pengangkutan awam yang paling murah dan mudah diperolehi |
8. Pada hari ke-3, kami ziarah ke Benteng Somba Opu - kota/benteng pertahanan yang di dirikan oleh Sultan Hasanudin mempertahankan kota Makassar dari serangan Belanda. Benteng peninggalan Kesultanan Gowa yang dibina pada abad ke-16 menjadi pusat perdagangan dan pelabuhan rempah. Belanda (VOC) yang datang ke timur untuk memonopoli perdagangan rempah berhempas pulas memusnahkan benteng ini dan berjaya di hancurkan pada tahun 1669. Kini benteng Somba Opu telah dibangun semula dan dibaik-pulih. Ia adalah simbol sejarah kegigihan Sultan Hasunuddin dan rakyatnya mempertahankan kedaulatan dari Belanda. Di dalam kawasan benteng ini di dirikan model rumah adat untuk tontonan generasi Sulsel. Sebuah muzium yang mempamirkan bahan sejarah kesultanan Gowa turut didirikan.
|
sebahagian dari benteng yang runtuh di bangunkan semula |
|
binaannya amat kukuh. |
|
model rumah orang Bugis |
|
rumah adat kaum Taroja |
|
model rumah orang Makassar |
|
seorang petani yang tinggal berhampiran Benteng Somba Opu |
9.Kami dapatkan angkut untuk bersiar-siar ke pusat Bandar Makassar. Pada sebelah petang, kami ke Trans Studio, yang terletak di Tanjung Bunga dengan keluasan 12.7 hektar. Merupakan bekas kawasan hutan paya yang telah ditebusguna dan kos pembinaan hampir 1 trillion rupiah. Dikatakan pemiliknya ialah jutawan Makassar dari ethnik Bugis iaitu Jusuf Kalla yang juga bekas Naib Presiden Indonesia. Trans Studio terbahagi kepada dua bahagian iaitu Trans Studio Theme Park - yang merupakan ke-2 terbesar di Indonesia selepas Trans Studio Theme Park Bandong. Manakala satu lagi ialah Trans Studio Mall iaitu pusat berbeli belah bertaraf dunia.
|
Di sini kedapatan kedai menjual ole-ole Makassar. |
|
masih kedapatan penggunaan buluh bamboo sebagai skaf folding |
|
salah sebuah mall yang popular di Makassar |
|
LayakkahTun Dr. M berbicara mengenai "Demokrasi Untuk Kesejahteraan Rakyat"di UNHAS ? |
|
poster/iklan 'along' lebih cantik berbanding iklan along di Malaysia |
|
jangan silap faham |
|
Perkarangan Trans Studio Themes Park sebelah luar |
|
interior design yang amat menarik di Trans Studio Mall |
Siri berikutnya penulis akan membawa anda jelajah ke Negara Suriname yang terdapat ethnik Jawa terbesar di Benua Amerika Selatan yang kedapatan masjid dua qiblat. Teruskan bacaan anda. SIRI 5 DI SINI atau balik ke
SIRI 3 DI SINI
No comments:
Post a Comment