Monday 18 April 2016

BERKERETAPI KE KOTA BANGKOK - Part 1


HARUNGI 22 JAM PERJALANAN YANG TIDAK MEMENATKAN


1. Setelah dua kali berkunjung ke Krabi-Phuket dan beberapa kali ke Hatyai-Songkla, penulis merancang membuat perjalanan  ke Bangkok pula. Lagi pun anak bongsu kami sedang mengikuti latihan industri UTeM di Western Digital Thailand Ltd dengan kerjasama Phranakon Si Ayutthaya Technical College, Bangkok. Diharapkan si bongsu ni boleh jadi touris guide kami.    Pada awalnya penulis bercadang memandu kereta ke Bangkok secara bergilir-gilir di antara penulis dan anak-anak. Tetapi terpaksa ubah plan, sebab salah seorang anak kami bercadang naik Airasia dari KLIA ke Bangkok. Jadi, kami bertiga naik trenlah ke Bangkok. Untuk tujuan tersebut, tiket di booking dua minggu lebih awal kerana tarikh yang dipilih jatuh pada sambutan Perayaan Songkran iaitu cuti umum Negara Thai selama tiga hari. Harga tiket 2nd class air-cond Butterworth-Bangkok ialah MYR 118.90 untuk lower berth dan MYR 103.90  upper berth, berbaloi bagi perjalanan hampir 1000 km. Setelah tiba tarikh tersebut, kami berlepas dari Stesen KTMB Butterworth naik KTMB EMU ke Padang Besar. Dari sana, kami naik keretapi SRT (State Railway of Thai) No. 36 Special Express ke Bangkok. Adalah dimaklumkan  pihak SRT  telah berhentikan perkhidmatan tren dari Padang Besar-Butterworth-Padang Besar semenjak KTMB memperkenalkan perkhidmatan keretapi elektrik double track KL-Padang Besar pada awal Tahun 2016. Jadi penumpang dari stesen Butterworth akan menaiki tren KTM EMU free seat ke stesen Padang Besar.

Dalam KTMB EMU - penumpang tidak ramai sebab tren ini khusus untuk mereka yang nak ke Bangkok sahaja.


2. Tren KTM EMU sebanyak 3 koc berlepas dari stesen Butterworth tepat jam 1400. Tren berhenti sebentar di stesen Bukit Mertajam, Sungai Petani, Alor Setar, Arau dan stesen terakhir di Padang Besar. Dari situ semua penumpang turun membawa bagasi masing untuk  urusan imigresen di CIQ Malaysia-Thailand yang terletak dibangunan terminal keratapi Padang Besar. Pastikan anda mengisi white card (Arrival & Departure) sebelum cop pasport. Dan yang penting, pastikan anda membawa sebatang pen dakwat hitam untuk mengisi white card tersebut. Kami berhenti selama dua jam di stesen tersebut. Setelah selesai urusan imigresen, kami ke tingkat satu menjamu selera. Terdapat sebuah cafeteria yang luas, dikendalikan oleh orang Islam. Semua juadah makanan cafeteria dihidangkan di dalam kuali kecil yang di letakkan di dalam sebuah bakul. Barangan makanan dan minuman ringan juga ada di jual di situ.  Seusai makan dan minum serta membeli nasi goreng bungkus, kami menaiki tren SRT berwarna pink yang menunggu di platform No. 1. Jika perjalanan tidak delay, kami akan berada dalam tren tersebut selama 17 jam dan time arrival jam 10.30 pagi waktu tempatan. Menariknya pada koc itu ialah pada sebelah siang hari, ianya adalah seat yang menjadi tempat duduk seorang penumpang dan boleh ditukar  menjadi katil double decker pada sebelah malam.

Kafeteria Nasser di Tingkat Atas Kompleks CIQ Stesen Keretapi Padang Besar. Berbagai juadah makanan/minuman disediakan.

nasi goreng RM 5.00 dihidangkan dalam kuali kecil yang comel


koc SRT Butterworth-Bangkok-Butterworth
Pada sebelah siang, satu penumpang duduk satu seat

kira-kira jam 7.00 pm, petugas SRT mula memasang katil, di letakkan tilam, bantal dan  sebungkus selimut

selesakan. Ada tirai pada setiap tingkat

3. Sekadar kongsi pengalaman, mereka yang berhasrat menggunakan tren ke Bangkok dicadangkan mengambil kira info berikut :-

  • Membawa bekalan makanan tambahan seperti nasi goreng bungkus kerana  buffet car (restoren) SRT tidak menyediakan makanan halal. Anda boleh membeli air panas untuk memasak mee maggi cawan dengan bayaran THB 20. Tetapi anda dilarang makan atau minum di situ. Jika anda bernasib baik, ketika tren berhenti di Hatyai Junction, beberapa orang penjaja makanan dari Patani akan menjaja di dalam koc. Mereka menjual ayam goreng dan nasi pulut dengan harga THB35 sebungkus dan kemungkinan halal.
  • Bawa international socket adaptor yang mempunyai dua pin pipih. Sekurangnya terdapat dua tempat yang disediakan soket untuk membolehkan kita charge henfon atau power bank iaitu di bahagian tengah koc dan berhampiran basin cuci muka.

  • Bagasi boleh disimpan di bawah seat atau di ruang atas yang disediakan di bahagian laluan aisle  tengah koc. 
  • Koc berhawa dingin. Setiap katil disediakan bantal kekabu dan selimut tebal yang selesa.
  • Tandas bersih tetapi bukanlah baharu sebab koc buatan Korea (Deawoo) ni mungkin berusia lebih 5 tahun. Ada dua jenis tandas bagi setiap koc iaitu tandas duduk dan cangkung. Satu shower juga terdapat bagi penumpang yang ingin mandi. Dua basin basuh muka yang bercermin terdapat di ruang terbuka bersebelahan tandas. Anda boleh mengambil wuduk di situ.
  • Penulis cadangkan pelawat membeli wang  bath dari penjual perseorangan yang merayau-rayau disekitar platform atau di atas koc kerana kadar tukaran yang lebih baik. Misalnya penulis membeli 1000 BTH berharga MYR 129 di Money Changer,  sedangkan orang berkenaan  menjual cuma MYR113.00 Lagipun kita boleh mendapat note yang nilai kecil berbanding note BTH1000 dari kedai money changer.
  • Anda disaran membeli SIM card prepaid sama ada AIS atau DTAC. Biasanya pelawat memilih DTAC Happy Tourist SIM untuk seminggu dengan harga THB 299. Anda boleh membeli dari penjual yang merayau di dalam koc dan minta penjual tersebut setkan SIM card tersebut ke dalam henfon anda.  Pada sepanjang perjalanan, acces internet di bahagian Selatan Thai agak baik. 

  • Bawa selipar untuk memudahkan kita mengambil wuduk. Boleh solat (jamak dan qasar maghrib/isyak dan subuh) secara duduk di atas katil anda. Surau (untuk solat zohor/asar) yang selesa dan berhawa dingin terdapat di Stesen Keretapi Butterworth, Padang Besar dan Stesen Hua Lamphong Bangkok.
surau yang luas dan berhawa dingin di stesen Hua Lamphong (lokasi antara platform 4 dan 5)

  • In shaa Allah, anda akan tidur nyenyak. Cuma apabila anda baring di katil upper berth, terdapat sedikit gegaran yang mungkin anda tidak selesa pada peringkat awal, tetapi bila mata sudah lelap dan bermimpi indah, semua gegaran tersebut akan hilang.
  • Tren SRT akan berhenti sekurang-kurangnya 18 stesen termasuklah Hatyai Junction (selama 30 minit untuk tukar lokomotif dan tambah koc tempat tidur kelas 1), Phatthalung, Surat Thani, Petchaburi, Nakhon Pathom etc.
  • Tidak ada apa-apa aktiviti yang boleh anda lakukan pada sepanjang perjalanan. Pada sebelah siang, anda disajikan pemandangan deretan pokok getah, belukar, kolam ternak ikan/udang, sawah padi dan kawasan lapang yang ditumbuhi deretan pokok tai atau kelapa laut, perkampongan dan pekan atau bandar kecil. Jadi, anda boleh membaca atau melayani smartfon anda.

KTMB dan SRT dipuji kerana jadual perlepasan  dan ketibaan tren  yang agak tepat. 


Mr. Leslei - pengembara backpacker - seorang  tukang kayu berbangsa Germany merupakan penumpang seat di hadapan penulis - telah mengembara hampir seluruh Asia
deretan pokok tai atau kelapa laut - pemandangan tipikal di kawasan iklim tropika 


4. Tren SRT tiba tepat jam 10.30 pagi di Stesen Hua Lamphong iaitu stesen utama dan penghujung. Tidak kedapatan anggota keselamatan yang memegang raifle atau M16 berbanding dengan yang terdapat di Stesen Keretapi Padang Besar. Seni bina bahagian dalaman bangunan stesen mirip Stesen KTMB Kuala Lumpur. Ternyata ada suasana kemeriahan sambutan Perayaan Songkran di sekitar stesen. Ramai penduduk tempatan memakai pakaian yang bercorak flora berwarna warni terutama motif bunga raya sebagai pakaian rasmi Perayaan Songkran. Setelah anak bongsu kami Amin Ariff sampai, kami bergerak menuju ke stesen MRT Hua Lamphong yang terletak di underground. Kami dapatkan MRT ke stesen Sukhumvit. Dari situ kami tukar tren MRT ke BTS skytrain menuju ke stesen  Ratchathewi. Kami turun ke Jalan Petchaburi. Kira 6 minit berjalan kaki, kami sampai  ke hotel penginapan Samran Place Hotel. Hotel bertaraf 3 bintang itu agak selesa dan dilengkapi kemudahan WiFi.  Dari situ kami bertemu dengan anak sulung kami yang baharu  tiba dari airport Don Maung. Jadi, jumlah anggota kami menjadi lima orang semuanya. Dua orang anak lagi tidak ikut kerana mereka berfamili dan ada urusan lain. Ternyata si bongsu ni agak cekap dengan sistem MRT dan BTS skytrain di kota Bangkok. Amin Ariff memilih hotel tersebut kerana tidak jauh dari situ terdapat kawasan penempatan penduduk muslim di Bangkok. Ada beberapa restoran dan gerai makanan halal di situ. Diantaranya Restoren Madena, Farida Fartone dan Kak Yah.  Pada sebelah malam, ramai remaja muslim (pelajar kolej/universiti) yang lepak sambil makan murbabak dan makanan tempatan lainnya di tepi Jalan Petchaburi. Selesai lunch, kami solat jamak/qasar zohor/asar di Masjid Darul Aman yang terdapat di situ. Sekitar kawasan itu juga terkenal dengan shopping sightseeing.


dah sampai stesen Hua Lamphong Bangkok
Di stesen skytrain BTS tidak menjual tiket di kaunter, sebaliknya penumpang boleh menukar duit siling untuk dimasukkan ke dalam mesin tiket.

BTS skytrain macam LRT di KL
Amin Ariff - cekap menggunakan pengangkutan awam di kota Bangkok

Samran Place Hotel

bilik yang selesa di Hotel Samran Place

di antara restoran halal
Masjid Darul Aman yang dibina pada tahun 1882 boleh menempatkan lebih 1000 orang jemaah


pada sebelah malam, ramai remaja muslim mendapatkan makanan di situ


5. Kami kembali ke stesen  BTS skytrain Ratchatthewi untuk memulakan lawatan ke Sungai Chao Phraya. Kami turun di stesen BTS skytrain Saphan Taksin. Seterusnya berjalan kaki ke Central Pier. Nun di sana terbentang panorama Sungai Chao Phraya. Legenda Menam Chao Phraya dan beberapa terusan atau khlong di sebelah Thon Buri adalah cara yang paling menyenangkan untuk menerokai Kota Metropolitan Bangkok yang  sering digelar "Venice of the East" Keindahan megah Chao Phraya menambah perspektif untuk penerokaan anda.  tarikan utama di kota itu. Pelancong boleh menempah pakej lawatan melalui ejen pelancongan atau menyewa bot di Tha Chang, jeti berhampiran Grand Palace, atau Tha Si Phraya  berhampiran Kompleks River City Shopping. Kebijaksanaan Tourism Thailand telah  menjadikan Menam Chao Phraya sebagai river sightseeing yang paling popular di Bangkok. Berbagai jenis long tail boat disediakan kepada pelancong. Terdapat berpuluh-puluh buah jeti pendaratan dengan setiap satu jeti tersebut terdapat objek tarikan pelancong. Pada masa kini, walaupun Bangkok telah menjadi sebuah bandar moden, Phraya Sungai Chao serta terusan masih menarik untuk sesiapa yang ingin mencari suasana yang damai di tengah-tengah Bangkok yang sibuk.


ternyata kota Bangkok amat sebok dengan kenderaan. 

kesibukan trafik di Metropolitan Bangkok


Sungai atau Menam Chao Phraya masih gagah mengalir seiring dengan pembangunan pesat sosio-ekonomi dan politik Thailand




terdapat berbagai jenis boat untuk river cruise Sungai Chao Phraya




6. Selepas river cruise Menam Chao Phraya, kami bercadang melawat The Grand Palace. Kami ke sana dengan menaiki bot panjang (long tail boat). Penulis amat teruja kerana dapat juga menyaksi dan memudiki Menam Chao Phraya iaitu sungai yang terpanjang di Negara Thai. Kami membeli tiket untuk ke jeti Tha Maharaj Pier. Hampir 20 minit memudiki Menam Chao Phraya, kami sampai di Tha Maharaj.  Dari situ kami berjalan kaki ke Grand Palace - former royal residence & museum. Malang sekali, waktu lawatan  setakat jam 5 pm sahaja. Kami seterusnya melintasi padang awam Sanam Luang yang sedang bersiap untuk persembahan festival Perayaan Songkram. Diantara aturcara perayaan tersebut ialah perarakan kereta-kereta berhias pada sebelah malam. Kami lebih berhati-hati di dalam perayaan Songkran kerana mantan mufti Perlis Dr. Juanda Jaya telah mengeluarkan fatwa haram kepada orang Islam mengambil bahagian dalam Perayaan Songkran. Jadi, berpandukan fakwa tersebut, kami hanya pandang sepintas lalu dan tidak menyertai apa-apa jua aktiviti perayaan tersebut. Bagaimanapun, kami tidak dapat mengelak dari melalui jalanraya utama yang hampir kesemua penduduk Negara Thai berkumpul di tepi jalan sambil bersukaria memercikkan air diantara satu sama lain. Kami seterusnya dapatkan skytrain ke stesen Siam untuk ke Mah Boh Khrung @ MBK Shopping Center. Terdapat 1001 jenis perniagaan di mall 6 tingkat ini,  macam mall-mall di KL juga. Menariknya ada disediakan surau di aras 6. Ramai pelancong dari negara Timur Tengah bersolat di surau tersebut. Kami borong kira-kira 20 pasang kain thai silk untuk di sedekah dan dijual kepada rakan-rakan di Kampong Lahar Yooi apabila kembali ke tanah air kelak. 


sebahagian tembok the Grand Palace


sebahagian daripada kereta berhias siap siaga untuk program sambutan songkran pada sebelah malam


dijangkakan ramai yang akan berkumpul di padang Sanam Luang, Pihak berkuasa bandaraya menyediakan beberapa kemudahan. Apa yang menarik ialah kemudahan tandas awam untuk golongan OKU turut disediakan


penduduk negara Thai amat teruja dengan Perayaan Songkran







tak sah mai ke Bangkok kalau tak berkunjung ke MBK Center



tu dia kain thai silk murah-murah di tingkat 6 MBK

begitu baik peniaga - menyediakan bangku supaya dok lebih  lama lagi kami di stall dia









Part 2 - Ayutthaya & Pattaya. Baca PART2 DI SINI



























































5 comments:

  1. Terima kasih untuk informasi pasal solat dalam train tu Paklong...memang bermanafaat..Alhamdulillah

    ReplyDelete
  2. Hari baik untuk semua warga negara Indonesia dan juga semua ASIA, nama saya Ny. Nurliana Novi, tolong, saya ingin membagikan kesaksian hidup saya di sini di platform ini untuk semua warga negara Indonesia dan seluruh Asia untuk berhati-hati dengan pemberi pinjaman di internet, Allah telah sepenuhnya mendukung saya melalui ibu, Nyonya Elina yang baik

    Setelah beberapa periode mencoba untuk mendapatkan pinjaman dari lembaga keuangan, dan ditolak terus-menerus, jadi saya memutuskan untuk mendaftar melalui pinjaman online tetapi saya ditipu dan saya kehilangan Rp 15.000.000 dengan pemberi pinjaman pinjaman yang berbeda.

    Saya menjadi sangat putus asa dalam mendapatkan pinjaman, jadi saya berdiskusi dengan seorang teman saya yang kemudian memperkenalkan saya kepada Ny. Elina, yang adalah pemilik perusahaan pemberi pinjaman global, jadi teman saya meminta saya untuk melamar dari Ny. Elina, jadi saya mengumpulkan keberanian dan menghubungi Ny. Elina.

    Saya mengajukan pinjaman sejumlah Rp500.000.000 dengan tingkat bunga 2%, sehingga pinjaman itu disetujui dengan mudah tanpa tekanan dan semua pengaturan dilakukan pada transfer kredit, karena fakta bahwa itu tidak memerlukan jaminan dan jaminan untuk pinjaman transfer Saya hanya diberitahu untuk mendapatkan sertifikat perjanjian lisensi aplikasi. Mereka akan mentransfer kredit saya dan dalam waktu kurang dari dua jam uang pinjaman telah disetorkan ke rekening bank saya.

    Saya pikir itu lelucon sampai saya menerima telepon dari bank saya bahwa akun saya dikreditkan dengan jumlah Rp500.000.000. Saya sangat senang bahwa ALLAH akhirnya menjawab doa saya dengan memesan pinjaman saya dengan pinjaman asli saya, yang telah memberi saya keinginan hati saya.

    Mereka juga memiliki tim ahli di sana yang akan memberi tahu Anda tentang jenis bisnis yang ingin Anda investasikan dan cara menginvestasikan uang Anda, sehingga Anda tidak akan pernah mengalami kebangkrutan lagi dalam hidup Anda.

    Semoga ALLAH memberkati Bunda Elina karena membuat hidup saya mudah, jadi saya menyarankan siapa pun yang tertarik untuk mendapatkan pinjaman, silakan hubungi Mrs. Elina melalui email: elinajohnson22@gmail.com untuk pinjaman Anda

    Ada perusahaan palsu lain yang menggunakan kesaksian saya secara online untuk mencapai keinginan egois mereka, saya satu-satunya dengan kesaksian yang benar ini, ketika Anda menghubungi kemudian meminta mereka untuk bukti pembayaran di sana kepada ibu ,, harap berhati-hati terhadap orang-orang ini, oke

    Akhirnya saya ingin berterima kasih kepada Anda semua karena telah meluangkan waktu untuk membaca kesaksian hidup saya yang sebenarnya tentang kesuksesan saya dan saya berdoa Tuhan akan melakukan kehendak-Nya dalam hidup Anda. Satu lagi nama saya adalah mrs nurliana novi, Anda dapat menghubungi saya untuk informasi lebih lanjut via email saya: nurliananovi96@gmail.com

    ReplyDelete
  3. Nama saya Azmi, saya ingin menggunakan media ini untuk memperingatkan orang-orang yang mencari pinjaman, mereka banyak scammer dan peminjam pinjaman palsu di internet. Saya ingin membagikan kesaksian saya tentang bagaimana ALLAH membantu saya dengan Bunda Alicia Radu setelah saya tertipu oleh 6 pinjaman pemberi pinjaman. Saya hampir kehilangan harapan sampai ALLAH menggunakan ROBBI dari saya untuk mendapatkan pinjaman saya sebesar RM 10.000 dari ibu Alicia Radu dalam waktu kurang dari 24 jam tanpa tekanan dan hanya dengan suku bunga 2%.

    Saya sangat terkejut ketika memeriksa saldo rekening bank saya dan menemukan bahwa jumlah yang saya kirim dikirim langsung ke rekening saya tanpa penundaan. Jadi saya berjanji akan membagikan kabar baik sehingga orang bisa mendapatkan pinjaman mudah tanpa stres. Jadi jika Anda membutuhkan pinjaman, hubungi email ibu Alicia Radu: (aliciaradu260@gmail.com) dan dengan rahmat ALLAH Dia tidak akan mengecewakan Anda dalam mendapatkan pinjaman.

    dan Anda masih dapat menghubungi ROBBI yang memperkenalkan saya kepada ibu Alicia Radu melalui email: (robbi5868@gmail.com)

    Anda juga dapat menghubungi saya melalui email saya: (azmi88455@gmail.com) jika Anda memerlukan informasi tentang bagaimana saya mendapatkan pinjaman dari Ibu Alicia Radu,
    semoga ALLAH terus memberkati ibu Alicia Radu And is Family

    ReplyDelete
  4. Halo semuanya, saya Rika Nadia, saat ini tinggal orang Indonesia dan saya warga negara, saya tinggal di JL. Baru II Gg. Jaman Keb. Lama Utara RT.004 RW.002 No. 26. Saya ingin menggunakan media ini untuk memberikan saran nyata kepada semua warga negara Indonesia yang mencari pinjaman online untuk berhati-hati karena internet penuh dengan penipuan, kadang-kadang saya benar-benar membutuhkan pinjaman , karena keuangan saya buruk. statusnya tidak begitu baik dan saya sangat ingin mendapatkan pinjaman, jadi saya jatuh ke tangan pemberi pinjaman palsu, dari Nigeria dan Singapura dan Ghana. Saya hampir mati, sampai seorang teman saya bernama EWITA YUDA (ewitayuda1@gmail.com) memberi tahu saya tentang pemberi pinjaman yang sangat andal bernama Ny. ESTHER PATRICK Manajer cabang dari Access loan Firm, Dia adalah pemberi pinjaman global; yang saya hubungi dan dia meminjamkan saya pinjaman Rp600.000.000 dalam waktu kurang dari 12 jam dengan tingkat bunga 2% dan itu mengubah kehidupan seluruh keluarga saya.

    Saya menerima pinjaman saya di rekening bank saya setelah Nyonya. LADY ESTHER telah mentransfer pinjaman kepada saya, ketika saya memeriksa saldo rekening bank saya dan menemukan bahwa jumlah Rp600.000.000 yang saya terapkan telah dikreditkan ke rekening bank saya. dan saya punya buktinya dengan saya, karena saya masih terkejut, emailnya adalah (ESTHERPATRICK83@GMAIL.COM)

    Jadi untuk pekerjaan yang baik, LADY ESTHER telah melakukannya dalam hidup saya dan keluarga saya, saya memutuskan untuk memberi tahu dan membagikan kesaksian saya tentang LADY ESTHER, sehingga orang-orang dari negara saya dan kota saya dapat memperoleh pinjaman dengan mudah tanpa stres. Jadi, jika Anda memerlukan pinjaman, hubungi LADY ESTHER melalui email: (estherpatrick83@gmail.com) silakan hubungi LADY ESTHER Dia tidak tahu bahwa saya melakukan ini tetapi saya sangat senang sekarang dan saya memutuskan untuk memberi tahu orang lain tentang dia, Dia menawarkan semua jenis pinjaman baik untuk perorangan maupun perusahaan dan juga saya ingin Tuhan memberkati dia lebih banyak,

    Anda juga dapat menghubungi saya di email saya: (rikanadia6@gmail.com). Sekarang, saya adalah pemilik bangga seorang wanita bisnis yang baik dan besar di kota saya, Semoga Tuhan Yang Mahakuasa terus memberkati LADY ESTHER atas pekerjaannya yang baik dalam hidup dan keluarga saya.
    Tolong lakukan dengan baik untuk meminta saya untuk rincian lebih lanjut tentang Ibu dan saya akan menginstruksikan, dan ada bukti pinjaman, hubungi LADY ESTHER melalui email: (estherpatrick83@gmail.com) Terima kasih semua

    ReplyDelete