Friday 28 February 2014

HOMESTAY @ INAP DESA LAHAR YOOI


MUQADIMAH

SELAMAT DATANG...

HOMESTAY LAHAR YOOI  "SINKHOLE BUT THE NATURE & CULTURE REMAIN"



  • Pelancongan Homestay merupakan pelancongan berasaskan komuniti yang menawar kepada pelancong pengalaman alam semulajadi dan gaya hidup desa tempatan.
  • Pelancongan Homestay adalah salah satu strategi pelancongan luar bandar yang melibatkan pelancong menginap, menjamu selera dan dihiburkan dengan acara tradisional dan aktiviti bersama penduduk yang terlibat.  Justeru, pelancong dapat berinteraksi secara terus dengan keluarga yang menjadi tuan rumah (operator).
pelancong/pelawat dijadikan anak angkat dlm program homestay
  • Di Pulau Pinang, terdapat 11 buah homestay yang telah lama beroperasi iaitu Mengkuang Titi, Sungai Semilang. Sungai Setar, Sungai Duri, Sungai Chenaam, Pulau Aman, Kota Aur, Telok Bahang, Jalan Baharu  Balik Pulau, Pulau Betong dan yang baru ditubuhkan ialah Homestay Lahar Yooi. 
risalah homestay yang terdapat  di Negeri Pulau Pinang

CADANGAN MENYENARAIKAN KAMPUNG LAHAR YOOI SEBAGAI DESTINASI HOMESTAY TERBAHARU DI PULAU PINANG



ASAL USUL NAMA KAMPONG LAHAR YOOI

1. Lahar Yooi, adalah di antara beberapa nama kampung atau tempat di Malaysia yang bukan sahaja sukar disebut, malah bunyi sebutan 'yooi' agak kelakar. Lahar Yooi mengambil sempena satu lanskap berupa permukaaan tanah yang lembut dan jerlus (sinkholes) yang dikenali sebagai 'yooi'. Terbentuk hasil daripada sebatang anak sungai yang telah 'hilang' kesan dari proses pemendapan, dipenuhi lumpur dan ditumbuhi rumput.

Lahar @ lanar yang jerlus @ yooi

2. Terdapat tujuh buah kampung  di Lahar Yooi (Mukim 12)  iaitu Lahar Yooi Masjid, Lahar Yooi Tengah, Simpang Tiga Lahar Yooi, Lubuk Meriam (Luar, Tengah dan Dalam), Padang Ton Soon, Permatang Indah dan Tanah Lot.

LOKASI

3.   Kampung  Lahar Yooi, terletak di Tasik Gelugor, Seberang Perai Utara, Pulau Pinang. Boleh sampai melalui kordinat berikut : Latitude 5.47 North dan Longitude 100.46 East. Perjalanan Lebuhraya PLUS dari Selatan, selepas membayar tol di Plaza Tol Juru, anda terus memandu arah ke Utara, kira-kira 8 km anda keluar melalui EXIT 165 SUNGAI DUA-BAGAN AJAM, belok kanan terus pandu ke arah pekan Sungai Dua. Anda belok ke kiri dan nampak KFC dan Ayam Mas Sungai Dua, seterusnya pandu tanpa membelok kira-kira 5 km melalui kawasan sawah padi anda akan jumpa simpang 3 lampu isyarat  LAHAR YOOI. 

PROGRAM HOMESTAY @ INAP  DESA MOTAC






4. Kampung Lahar Yooi amat komited dalam menawar pelawat merasai sendiri pengalaman berada di kampung. 

5. Ciri-ciri fizikal dan budaya  yang kami pertengah untuk pertimbangkan oleh Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia:-
  • Kampung Lahar Yooi dan kawasan berdekatan dengannya mempunyai produk alam seperti lanskap sungai, hutan paya darat (paya nipah) flora dan fauna.

Sungai Kereh

pokok jejawi di Hutan Pelajaran Air Itam Dalam

Titi gantung di Hutan Pelajaran Air Itam Dalam
  • Di Kampung Lahar Yooi juga pelawat boleh merasai pengalaman dan berintraksi secara lansung dengan penduduk kampung dari segi 'lifestyle', adat dan budaya dan jenis dan corak ekonomi desa, dan berbagai citarasa makanan  tradisional.






masih kedapatan  rumah tradisional  Melayu di Kampung Lahar Yooi


  • 'Access' yang baik. Kampung Lahar Yooi boleh didatangi dengan mudah melalui jalan darat iaitu Lebuh Raya Utara-Selatan. Jarak dari Lapangan Terbang Antarabangsa Bayan Lepas cuma 30 kilometer. 
  • Sepanjang masa berada di Kampung Lahar Yooi, pelawat akan diraikan dalam aktiviti berikut :-
  • Persembahan seni silat dan tomoi siam.

  • Persembahan kebudayaan dari penduduk seperti tarian tradsional,boria, dikir barat dan alunan bait qasidah dan marhaban.
  • Demonstrasi membuat kuih tradisional seperti kuih bahulu, kuih kapit

  • Demonstrasi kerja menoreh pokok getah di kebun getah dan mencantas buah sawit.


  • Memerhati burung dan fauna di hutan paya darat Hutan Pelajaran Air Itam Dalam




  • Pengalaman bersama pesawah padi (bergantung kepada musim -  membajak, menyemai, menuai).

Sawah padi di Padang Ton Soon
  • Mengait buah-buah tempatan seperti rambutan, manggis (bergantung kepada musim)



  •  Mengambil bahagian di dalam sukan rakyat tradisional seperti sepak raga ratus, larian bendang




  • Menikmati panorama indah di Bukit Katak





Menikmati pengalaman river ctuise Sungai Perai.


Meninjau ke bengkel pertukangan besi tradisional dalam penghasilan pisau toreh, golok dan parang



6. Struktur pentadbiran komuniti adalah cemerlang di bawah Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Komuniti (JKKK). JKKK Lahar Yooi telah mengambil bahagian di dalam pertandingan JKKK terbaik di Negeri Pulau Pinang. Di antara pencapaian yang membanggakan :

  • Tahun 2009  : Tempat Ke-3 JKKK Terbaik Daerah Seberang Perai Utara
  • Tahun 2010  : Tempat Ke-2 JKKK Terbaik Daerah Seberang Perai Utara
  • Tahun 2011  : Johan JKKK Terbaik Daerah Seberang Perai Utara
  • Tahun 2011  : Naib Johan JKKK Terbaik peringkat Negeri Pulau Pinang
  • Tahun 2012  : Tempat Ke-3 JKKK Terbaik Daerah Seberang Perai Utara
  • Tahun 2015  : Johan JKKK Terbaik Daerah Seberang Perai Utara

ITINERARI PROGRAM
PAKEJ A  : 2D1N
Hari 1.0
Jam 17.00  : Peserta tiba di Dataran Pusat Petempatan Banjir
                  : Sambutan bunga manggar dan kompang
                  : Menikmati jamuan teh dan makanan ringan
                  : Persembahan Seni Silat Melayu Tradisional
                  : Demonstrasi masakan kuih tradisional - kuih  kapit, bahulu dan lain-lain
                  : Penyerahan keluarga angkat (pelawat di bawa naiki motorsikal
                    ke rumah kelaurga angkat)
Jam 20.00  : Makan malam di rumah keluarga angkat
Jam 21.00  : Persembahan Kebudayaan, seni silat Melayu dan Tomoi Siam
                    (boxing muay Thai).
Jam 23.00  : Aktiviti di rumah keluarga angkat


Jovanka (baju kurung oren dari Germany) dan Veena (baju kurung merah -Sepanyol)  pernah menjadi anak angkat penulis

Jovanka dan Veera teruja dengan anak kambing di Kampung Lahar  Yooi
Hari 2.0 
Jam 07.30  : Sarapan pagi di rumah keluarga angkat
       08.30  : Demonstrasi penorehan  pokok getah dan cantas buah sawit
       10.00  : Bertolak ke Hutan Pelajaran Air Itam Dalam - Program bersama
                    Jabatan Perhutanan Negeri
       13.00  : Makan nasi daging spesial atau nasi ulam
       14.00  : Aktiviti bersama keluarga angkat
       15.00  : Berkumpul  di Dataran Banjir dan Majlis Perpisahan

PAKEJ  B  : 3D2N
Hari 1.0
Jam 17.00  : Peserta tiba di Dataran Pusat Petempatan Banjir
                  : Sambutan bunga manggar dan kompang
                  : Menikmati jamuan teh dan makanan ringan
                  : Persembahan Seni Silat Melayu Tradisional
                  : Demonstrasi masakan kuih tradisional - kuih kapit, bahulu dan lain-lain
                  : Penyerahan keluarga angkat (pelawat bonceng motorsikal
                    ke rumah keluarga angkat)
Jam 20.00  : Makan malam di rumah keluarga angkat
Jam 21.00  : Persembahan Kebudayaan di Dewan JKKK Lubuk Meriam
Jam 23.00  : Aktiviti di rumah keluarga angkat

Hari 2.0 
Jam 07.30  : Sarapan pagi di rumah keluarga angkat
       08.30  : Demonstrasi penorehan  pokok getah dan cantas buah sawit
       10.00  : Bertolak ke Hutan Pelajaran Air Itam Dalam - program bersama
                    Jabatan Perhutanan Negeri 
       13.00  : Makan nasi daging spesial atau nasi ulam
       14.00  : Aktiviti bersama keluarga angkat
       17.00  : Lawatan bengkel bahulu dan kraftangan
       20.00  : Makan malam di rumah keluarga angkat
       21.00  : Persembahan Seni Silat Melayu, boxing tomoi siam dan
                    acara kebudayaan
       23.00  : Aktiviti di rumah keluarga angkat

Hari 3.0
Jam 07.30  : Sarapan pagi di rumah keluarga angkat
       08.30  : Melawat pasar tani  FAMA di Pekan Tasik Gelugor
       09.30  : Melawat sawah padi di Padang Ton Soon  
       10.00  : Demonstrasi Sepak Raga Ratus, mainan rakyat, mengayam
                     ketupat dan membuat rokok daun
       11.00  : Demonstrasi beruk panjat kelapa, minum air kelapa dan kait buah-buahan
       13.00  : Makan tengahari di rumah keluarga angkat
       14.00  : Aktiviti bersama keluarga angkat   
       15.00  : Berkumpul di Dataran Pusat Petempatan Banjir dan Majlis Perpisahan   

AKTIVITI LAIN YANG BOLEH DIPERTIMBANGKAN

1. Pakej  Ibadat Korban Lembu Eidul Adha atau kunjungan rumah ke rumah sempena Aidil  Fitri

2. Pakej Bersanding Adat Melayu
3. Majlis aqiqah, berendoi dan cukur jambul bayi, marhaban dan berzanji

7. PENGENDALI  HOMESTAY
  • Seramai 12 orang penduduk kampung telah menyatakan hasrat untuk menjadi pengendali. Sebagai permulaan, sebanyak tujuh buah rumah  telah dikenal pasti memenuhi kriteria dan spesifikasi yang telah ditetapkan oleh KPBM, iaitu setiap rumah mesti mempunyai sekurang-kurang dua bilik tidur dengan kemudahan bilik mandi berasingan.
setiap bilik tidur mesti mempunyai tingkap, ada pintu, cermin muka, bilik air di dalam , katil, bantal  dan selimut.

bilik untuk pelancong mesti bersih dan tidak ada barang peribadi tuan rumah

satu bilik akan menempatkan dua anak angkat/pelancong
Pegawai dari KBPM sedang  meninjau kamar tidur 

Tuan rumah boleh menyewa towel, pakaian dan sebagainya kepada  pelancong

8. MANFAAT PROGRAM HOMESTAY KEPADA OPERATOR

  • Kampung Lahar Yooi akan dikenali seantaro dunia melalui promosi internet, risalah,  poster dan ceramah yang dikendalikan  oleh Tourism Malaysia dan Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia (KPBM). Tourism Malaysia akan mengiklankan kampung Lahar Yooi di dalam bahan cetak dan journal pelancongan dan ditempatkan di kedutaan atau konsul Malaysia di seluruh dunia

  • Boleh menambah sumber pendapatan operator
  • Mendedahkan operator dan penduduk kampung kepada adat dan budaya pelawat
  • Boleh promosi produk keluaran tempatan seperti produk makanan (kuih bahulu, sos etc) dan hasil kraftangan.
  • Kemudahan insfratruktur kampung akan dipertingkatkan.

Penulis sebagai perancang utama projek homestay - satu projek pioneer  JKKK  PP


J/kuasa protem projek Homestay KPBM di Kampung Lahar Yooi bersama pegawai KPBM  berkursus di Hotel Sunway Seberang Jaya baru-baru ini.


9. PRE-ODIT
Untuk mempastikan pengendali homestay memenuhi kriteria dan spesifikasi yang ditetapkan oleh KPBM, beberapa siri odit telah dilakukan oleh wakil KPBM dan Pejabat Daerah SPU. Pada 21 Februari 2014 lawatan pre-odit dibuat pada enam buah rumah

Lawatan pre-odit diketuai oleh En Hasmizal - ADO SPU

Penulis sedang memberi taklimat kepada pasukan pre-odit di rumah penulis

foto kenangan di halaman rumah penulis - dari kanan - Hj. Saidin (JKKK), Penghulu Ahmad Rusdie, Hj. Arshad (Penyelaras Kadun Pmtg, Berangan),  Penulis,, En.Hasmizal (ADO)  dan Puan Noraini dan rakan dari KPBM


salah satu rumah yang mempunyai halaman yang cantik dan bersih

Hj. Arshad turut melihat bahagian dalam rumah operator






Monday 24 February 2014

KEBAKARAN BENGKEL MOTOR AZIBA - "BUKAN KHIANAT" - HJ.AZIZ


1. Sahabat FB yang pernah mendiami atau  menyewa Tingkat 15 dan 16 Flat PKNS 17 Tingkat Kampong Kerinchi Kuala Lumpur semasa belajar di Yayasan Anda Akademik mungkin mengenali bengkel motorsikal kepunyaan Tuan Haji Aziz atau dipanggil Bengkel  AZIBA. Beliau memiliki bengkel servis dan menjual motorsikal terpakai semenjak tahun 1980-an. Kini bengkel tersebut diurus sepenuhnya oleh anaknya bernama Fadzil. 

2. Sebagaimana yang saudara/i  sedia  maklum, bengkel tersebut telah musnah  dalam kebakaran yang berlaku  pada  hari Khamis13 Februari 2014 yang lalu. Kebakaran berlaku kira-kira jam 3.15 petang. Sebanyak lima buah jentera dari Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) dari Balai Bomba  Pantai dan Balai Bomba Hang Tuah  telah dikejar ke tempat kejadian sebaik sahaja menerima panggilan dari orang awam.

3. Api dapat dikawal sepenuhnya dalam masa satu jam. Kebakaran telah memusnahkan rumah kediaman Haji Aziz yang didiami oleh  beliau berserta enam ahli keluarga beliau dan  kira-kira 80 buah motorsikal yang sebahagiannya adalah milik Haji Aziz dan sebahagian lagi milik pelanggan yang hantar untuk diservis. Turut musnah ialah sebuah MPV milik anak beliau dan lima buah kereta yang terletak berhampiran bengkel tersebut. Sebuah gerai makanan yang terletak bersebelahan juga musnah dalam kejadian tersebut.

4. Walaupun tidak ada kemalangan jiwa, Tuan Haji Aziz amat bersedih kerana semua barangan seperti perabut, pakaian dan dokumen penting telah musnah.  Ketika kebakaran tersebut berlaku beliau dan isteri beliau berada di kampung halaman mereka di Melaka, manakala anak baliau iaitu Fadzil telah keluar membeli alat ganti  motorsikal di Kuala Lumpur.

5. Pihak JBPM masih menyiasat punca kebakaran. Sementara itu, menurut satu sumber, kebakaran dikatakan bermula dari bengkel kereta yang terletak di belakang bengkel motorsikal dan rumah kediaman Haji Aziz. Sebelum berlakunya kebakaran tersebut,   pasangan suami isteri pemilik bengkel kereta sedang  membersihkan kawasan semak yang terletak bersebelahan. Isteri pemilik bengkel tersebut dipercayai cuba menghalau koloni lebah yang bersarang di situ dengan kaedah asap.

6. Tuan Haji Aziz menafikan kebakaran tersebut ada unsur sabotaj walaupun  beberapa hari sebelum bencana berlaku, wakil dari Dewan Bandaraya Kuala Lumpur telah datang membuat ukuran bagi melebarkan jalanraya  berhadapan bengkel tersebut.

7. Kesemua mangsa kebakaran telah di tempatkan sementara di Dewan Orang Ramai yang terletak berhadapan dengan Surau Aliah  bahagian bawah Flat PKNS 17 Tingkat Kampong Kerinchi. Pada hari Khamis 20 Februari 2014 lalu, mereka telah dipindahkan ke pangsapuri Projek Perumahan Rakyat (PPR) Pantai Dalam Kuala Lumpur.  Pada sepanjang masa petempatan mereka di Dewan Orang Ramai tersebut, berbagai pihak telah menghulurkan bantuan termasuklah dari Jabatan Kebajikan Masyarakat, Pusat Zakat Wilayah Persekutuan, NGO Kebajikan dan YB Nurul Izzah Ahli Parlimen Lembah Pantai.

8 Dalam entri saya yang lalu, saya ada menulis berkaitan dengan kebakaran yang telah memusnahkan  enam deret rumah  di Tingkat 16 Flat PKNS 17 Tingkat di Kampong Kerinchi yang telah menjadi asrama Yayasan Anda Akademik pada suatu masa dahulu.

Kebakaran ini berlaku pada hari KHAMIS 31/10/2013


9.  Ketika penulis menghubungi Haji Aziz, beliau merakam ucapan terima kasih kepada semua pihak yang telah menghulurkan bantuan. Beliau berazam untuk membangunkan semula bengkel dan rumah kediamannya di tapak tersebut. Sama-sama kita doakan supaya Allah menzahirkan hasrat  Tuan Haji Aziz.  amin

10.FOTO PADA 13 FEBRUARI 2014

Kebakaran bengkel motorsikal AZIBA berlaku pada hari KHAMIS 13/02/2014









Team YB Nurul Izah diantara yang awal sampai ke tapak kebakaran



10. Foto pasca kebakaran - diambil dari UNIT 4Q Tingkat 15 Pangsapuri PKNS 17 Tkt Kpg Kerinchi (rumah Penulis) pada 22/02/2014



bengkel kereta




Kediaman dan bengkel Hj. Aziz musnah keseluruhannya






Bangsar South berjiran dengan Bengkel AZIBA