Saturday 22 February 2014

LEGASI REFORMASI ANWAR IBRAHIM SIRI 2.0

ANWAR BIN IBRAHIM - 'THE GIFTED PERSON'

1. Datuk Seri Anwar bin Datuk Hj. Ibrahim diputerakan pada  10 Ogos 1947 hasil perkongsian hidup di antara pasangan Datuk  Haji Ibrahim bin Haji Abdul Rahman dan Datin Hajah  Che Yan binti Hussein (arwah). Menurut sumber terdekat, beliau dilahirkan di Sungai Bakap seterusnya membesar di kampung beliau Cherok Tok Kun, Bukit Mertajam, Seberang Perai. Beliau dibentuk sahsiah  dengan penuh kasih sayang bersama dengan adik beradik beliau.

Sebahagian dari famili DSAI dan sepupunya. Anwar berdiri di barisan belakang  sekali sebelah kanan memegang buku

Datuk Seri Anwar bin Ibrahim (DSAI) adalah anak ke-4 daripada lapan adik beradik. Abang-abang beliau bernama Rani (arwah), Idrus dan Mokhtar (arwah), manakala adik-adik beliau bernama Rosli, Raihan, Marzuki dan Khairul. Perkahwinan Datuk Hj. Ibrahim  dengan Puan Mariam iaitu isteri kedua,  beliau dikurniakan seorang cahaya mata yang bernama Farizun.

Pak Ibrahim bersama DSAI  ketika perbicaraan di mahkamah
2. DSAI mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Stowell Bukit Mertajam. Disebabkan beliau seorang pelajar yang pintar dan cemerlang, beliau sentiasa berada di dalam kelas A, sehinggalah ke darjah 5, beliau dimasukkan ke 'Special Malay Class' di High School Bukit Mertajam juga di dalam kelas A. Pada tahun 1962, beliau telah berpeluang  melanjutkan pelajaran ke sekolah elit iaitu Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK) sehingga tamat Tingkatan 6 Atas (Peperiksaan HSC) pada tahun 1966. Beliau seterusnya ditawarkan tempat menyambung pengajian di Fakulti Sastera Universiti Malaya dalam bidang Pengajian Melayu.

Logo Sekolah Stowell Bukit Mertajam
HSBM turut melahirkan tokoh pemimpin di antaranya Tun Abdullah b. Ahmad Badawi

 Di antara bekas pelajar - Tan Sri Hishamuddin Tun Husein, Tan Sri Hassan Merican (x CEO Pet), Tan Sri Halim Saad, Datuk Shahrir Abdul Samad, Datuk Dr. Fadzilah Kamsah, Dr. Hatta Ramli- PAS


Pelajar MCKK Tahun 1965
kad matrik Anwar Ibrahim No. daftar pelajar UM 6782
3. Datuk Hj.  Ibrahim pernah bertugas sebagai HA di Hospital Sungai Bakap. Turut bertugas di situ ialah Encik Ghouse, iaitu ayah kepada Dr. Rahim Ghouse (mantan Ketua Pemuda UMNO Negeri Pulau Pinang). Datuk Ibrahim seterusnya bertukar ke Hospital Bukit Mertajam dan tinggal di kuarters di belakang hospital. Datuk Ibrahim aktif di dalam UMNO. Beliau pernah memegang jawatan Ketua UMNO Bahagian Seberang Perai dan pernah menjadi calon Parti Perikatan bertanding di Parlimen Seberang Perai Tengah. Beliau menang dan ditawarkan jawatan sebagai Setiausaha Parlimen kepada  Menteri Kesihatan  Malaysia dari tahun 1954  sehingga tahun 1969 dalam Kabinet Tunku Abdul Rahman. Hajah Che Yan pula adalah suri rumah tetapi turut aktif dalam UMNO dan pernah memegang jawatan Ketua Wanita UMNO Bahagian Bukit Mertajam.

DSAI dan bondanya Hajah Mak Yan ketika upacara kebumian Rani 

4. Anwar amat dikagumi oleh masyarakt di kampung Cherok Tok Kun kerana :-
  • Anak kampung yang cerdik dan pintar
  • Anak kampung yang pertama mendapat tempat belajar di Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK).
  • Anak kampung yang pertama dapat melanjutkan pelajaran ke Universiti Malaya.
  • Beliau banyak membantu anak-anak tempatan menerusi kelas tuisyen yang dianjurkan oleh beliau  di Sekolah Agama  Jalan Kolam Air setiap kali beliau pulang ke kampung semasa cuti penggal persekolahan MCKK. Untuk tujuan tersebut, DSAI bersama dengan belia-beliawanis tempatan menubuhkan  BETERA (Belia Teraju Negara)  iaitu yang ditubuh khas mengendali kelas tuisyen untuk pelajar Tingkatan 3. 
  • Beliau dianggap seorang budak yang baik, 'clean' dan 'warak'. Oleh itu beliau amat berhati-hati memilih kawan.
  • Beliau fasih berbahasa Inggeris. Ketika beliau menuntut di MCKK, semua urusan surat menyurat yang ditulis kepada ayahnya Pak Ibrahim, adalah dalam bahasa Inggeris. Begitulah sebaliknya. Sekiranya mana-mana pihak melakukan kesilapan dalam grammar atau vocabulary pihak tersebut ditegur secara hormat. Beliau gemar membaca karya William Shakespeare. Apabila beliau membuka sekolah menengah swasta Yayasan Anda Akademik di Kampung Baru Kuala Lumpur, beliau telah mengubal kurikulum  'English Usage' sebagai subjek yang wajib dipelajari di tingkatan 6. 
5. Hobi beliau adalah membaca.  Kadang-kadang beliau leka membaca di hujung padang ketika rakan sebayanya teruja bermain. Beliau memiliki kemahiran membaca dengan pantas. Hal tersebut diakui sendiri oleh rakan-rakan rapat dan warder penjara ketika beliau ditahan di bawah ISA di  Kem Tahanan Kemunting dulu. Beliau gemar bermain badminton dan ragbi ketika di MCKK.  Kadang-kadang turun mandi di kolam Pak Sab dekat Jalan Kolam Air bersama rakan-rakan. Makanan kegemaran beliau ialah cucur udang, pasembor dan mi dari kedai mi milik tokwan beliau iaitu Abdul Rahman. Dalam pergaulan seharian, beliau tidak pernah menggunakan perkataan 'kasar', 'maki-hamun' atau lucah ketika bertutur dengan rakan-rakan. Sebaik sahaja azan maghrib berkumandang dari masjid, beliau cepat-cepat balik ke rumah untuk bersiap ke masjid.

Kediaman Pak Ibrahim di Jalan Kilang Ubi  CTK - dikenali  sebgai 'rumah putih' oleh penduduk kampung. 

6. DSAI  mendapat didikan agama dari seorang guru kampung iaitu Ustaz Wan Mohamad. Ustaz Wan Mohamad telah memperkenalkan satu kaedah pengajaran dan pembelajaran yang menarik.  Beliau telah mengumpul pelajar beliau, termasuklah DSAI mempraktik latihan syarahan. Setiap pelajar disediakan topik tertentu. Mereka dikehendaki bersyarah di hadapan khalayak ramai berkaitan Sejarah Islam dan sebagainya (macam program Astro Pencetus Ummah).  Pidato tersebut diadakan pada setiap malam Rabu di balai lintang Masjid Cherok Tok Kun. Adalah dipercayai, DSAI mengasah bakat  berpidato hasil dari asuhan guru agama tersebut. DSAI belajar mengaji Qur'an dari Pak Jang Leh dan Pak Su Saleh

Bangunan baharu Masjid Cherok Tok Kun dibina sejurus selepas DSAI memegang jawatan menteri 
7. Kepimpinan DSAI mula terserlah semasa beliau berada di MCKK. Di antara rakan-rakan beliau  ialah Yahaya bin Ahmad (Tan Sri- Pengerusi DRB-HICOM - arwah) dan Kamaruddin bin Jaafar (Dato' - PAS). DSAI telah dilantik sebagai Setiausaha Persatuan Islam MCKK manakala Sanusi bin Junid  (Tan Sri) selaku Pengerusi. Pelajar MCKK ketika tersebut kebanyakan adalah dari anak golongan bangsawan, anak-anak orang ternama dan elit yang berorentasi barat. Oleh yang sedemikian, fikrah kebanyakan pelajar di situ berfahaman Islam secara 'kulit' sahaja. Dari situlah DSAI telah berusaha melakukan  penjenamaan semula Persatuan Pelajar Islam ke Badan Revolusi Agama dengan menerbitkan Majalah Revolusi Islam di MCKK. Presiden Badan Revolusi  Islam  tersebut ialah Sanusi bin Junid (Tan Sri).

DSAI pelajar yang aktif, cemerlang  dan pintar di MCKK - pernah di lantik sebagai Ketua Pengawas MCKK


8. Sepanjang lima tahun di MCKK, DSAI bersama rakan-rakan sefikrah dengan beliau telah menganggotai satu organisasi pelajar yang diberi nama MARAMUJANGAN (Mara Mundur Jangan) di mana Sanusi bin Junid menjadi pengerusinya (Sanusi bin Junid juga adalah  pemberi idea penubuhan SHAMELIN @ Syarikat Melayu Insaf dan GORPIS @ goreng pisang). MARAMUJANGAN ditubuhkan untuk membela anak bangsa yang mundur dan tercicir di dalam pelajaran. Setiap anggota MARAMUJANGAN dikehendaki mengendalikan kelas tuisyen dan motivasi kepada anak bangsa sepanjang cuti penggal persekolahan. Setiap anggota mesti menyediakan report aktiviti mereka yang akan dipantau oleh Sanusi bin Junid. Apabila Sanusi bin Junid tamat persekolahan di MCKK, beliau telah menulis surat kepada DSAI agar menerajui MARAMUJANGAN. Antara lain kandungan surat tersebut berbunyi "saya percaya saudara layak mengambil alih pertubuhan ini untuk melihat sepenuhnya perjuangan membantu anak Melayu".
DSAI pernah dilantik sebagai Presiden Persatuan Bahasa Melayu di MCKK.  Beliau juga seorang tokoh pemidato dan pernah mewakili MCKK dalam pertandingan pidato di antara sekolah-sekolah.

9. Penulis boleh buat satu kesimpulan - kemahiran beliau berpidato adalah gabungan dari  kecerdikan dan kepintaran yang tinggi serta bakat berpidato yang digilap ketika berguru dengan Ustaz Wan Mohammad. Sifat beliau ingin melihat anak bangsa maju di dalam akademik terbukti dari kesungguhan beliau menggalas badan MARAMUJANGAN dan BETERA. Oleh yang demikian, apabila beliau memegang ijazah BA (Hons) UM, beliau tidak berminat memasuki   sektor perkhidmatan awam, sebaliknya beliau memilih untuk membuka sebuah sekolah  menengah swasta (Yayasan Anda Akademik @ YAA) dan menjadi Pengarah serta  tenaga pengajar di YAA dengan gaji  permulaan RM100.00 sebulan.

10. Apabila  kita mengimbas kembali sejarah hidup dan perjuangan Anwar bin Ibrahim, kita bersetuju dengan apa yang diperkatakan oleh Dr Muhammad Nur Manuti (mantan Presiden ABIM)  "Anwar sebagai insan dianugerah Allah swt  kepada  rakyat negara ini" dan ungkapan Presiden PKR,  Dato' Seri Dr Wan Azizah binti Wan Ismail  "Anwar adalah anugerah Allah swt  tidak ternilai untuk rakyat Malaysia".



Ikutilah kisah lebih menarik mengenai DSAI - jiwa remaja yang ingin memertabatkan bangsa Melayu dan agama Islam - 'WE'LL  NEVER  SURRENDER" 
Teruskan bacaan anda pada SIRI 3 DI SINI  atau balik ke SIRI  1 DI SINI
                             



2 comments: