MUQADIMAH
SELAMAT DATANG...
HOMESTAY LAHAR YOOI "SINKHOLE BUT THE NATURE & CULTURE REMAIN"
- Pelancongan Homestay merupakan pelancongan berasaskan komuniti yang menawar kepada pelancong pengalaman alam semulajadi dan gaya hidup desa tempatan.
- Pelancongan Homestay adalah salah satu strategi pelancongan luar bandar yang melibatkan pelancong menginap, menjamu selera dan dihiburkan dengan acara tradisional dan aktiviti bersama penduduk yang terlibat. Justeru, pelancong dapat berinteraksi secara terus dengan keluarga yang menjadi tuan rumah (operator).
- Di Pulau Pinang, terdapat 11 buah homestay yang telah lama beroperasi iaitu Mengkuang Titi, Sungai Semilang. Sungai Setar, Sungai Duri, Sungai Chenaam, Pulau Aman, Kota Aur, Telok Bahang, Jalan Baharu Balik Pulau, Pulau Betong dan yang baru ditubuhkan ialah Homestay Lahar Yooi.
risalah homestay yang terdapat di Negeri Pulau Pinang |
CADANGAN MENYENARAIKAN KAMPUNG LAHAR YOOI SEBAGAI DESTINASI HOMESTAY TERBAHARU DI PULAU PINANG
ASAL USUL NAMA KAMPONG LAHAR YOOI
1. Lahar Yooi, adalah di antara beberapa nama kampung atau tempat di Malaysia yang bukan sahaja sukar disebut, malah bunyi sebutan 'yooi' agak kelakar. Lahar Yooi mengambil sempena satu lanskap berupa permukaaan tanah yang lembut dan jerlus (sinkholes) yang dikenali sebagai 'yooi'. Terbentuk hasil daripada sebatang anak sungai yang telah 'hilang' kesan dari proses pemendapan, dipenuhi lumpur dan ditumbuhi rumput.
2. Terdapat tujuh buah kampung di Lahar Yooi (Mukim 12) iaitu Lahar Yooi Masjid, Lahar Yooi Tengah, Simpang Tiga Lahar Yooi, Lubuk Meriam (Luar, Tengah dan Dalam), Padang Ton Soon, Permatang Indah dan Tanah Lot.
LOKASI
3. Kampung Lahar Yooi, terletak di Tasik Gelugor, Seberang Perai Utara, Pulau Pinang. Boleh sampai melalui kordinat berikut : Latitude 5.47 North dan Longitude 100.46 East. Perjalanan Lebuhraya PLUS dari Selatan, selepas membayar tol di Plaza Tol Juru, anda terus memandu arah ke Utara, kira-kira 8 km anda keluar melalui EXIT 165 SUNGAI DUA-BAGAN AJAM, belok kanan terus pandu ke arah pekan Sungai Dua. Anda belok ke kiri dan nampak KFC dan Ayam Mas Sungai Dua, seterusnya pandu tanpa membelok kira-kira 5 km melalui kawasan sawah padi anda akan jumpa simpang 3 lampu isyarat LAHAR YOOI.
PROGRAM HOMESTAY @ INAP DESA MOTAC
4. Kampung Lahar Yooi amat komited dalam menawar pelawat merasai sendiri pengalaman berada di kampung.
5. Ciri-ciri fizikal dan budaya yang kami pertengah untuk pertimbangkan oleh Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia:-
- Kampung Lahar Yooi dan kawasan berdekatan dengannya mempunyai produk alam seperti lanskap sungai, hutan paya darat (paya nipah) flora dan fauna.
Sungai Kereh |
pokok jejawi di Hutan Pelajaran Air Itam Dalam |
Titi gantung di Hutan Pelajaran Air Itam Dalam |
- Di Kampung Lahar Yooi juga pelawat boleh merasai pengalaman dan berintraksi secara lansung dengan penduduk kampung dari segi 'lifestyle', adat dan budaya dan jenis dan corak ekonomi desa, dan berbagai citarasa makanan tradisional.
masih kedapatan rumah tradisional Melayu di Kampung Lahar Yooi |
- 'Access' yang baik. Kampung Lahar Yooi boleh didatangi dengan mudah melalui jalan darat iaitu Lebuh Raya Utara-Selatan. Jarak dari Lapangan Terbang Antarabangsa Bayan Lepas cuma 30 kilometer.
- Sepanjang masa berada di Kampung Lahar Yooi, pelawat akan diraikan dalam aktiviti berikut :-
- Persembahan seni silat dan tomoi siam.
- Persembahan kebudayaan dari penduduk seperti tarian tradsional,boria, dikir barat dan alunan bait qasidah dan marhaban.
- Demonstrasi membuat kuih tradisional seperti kuih bahulu, kuih kapit
- Memerhati burung dan fauna di hutan paya darat Hutan Pelajaran Air Itam Dalam
- Pengalaman bersama pesawah padi (bergantung kepada musim - membajak, menyemai, menuai).
Sawah padi di Padang Ton Soon |
- Mengambil bahagian di dalam sukan rakyat tradisional seperti sepak raga ratus, larian bendang
- Menikmati panorama indah di Bukit Katak
Menikmati pengalaman river ctuise Sungai Perai.
Meninjau ke bengkel pertukangan besi tradisional dalam penghasilan pisau toreh, golok dan parang
6. Struktur pentadbiran komuniti adalah cemerlang di bawah Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Komuniti (JKKK). JKKK Lahar Yooi telah mengambil bahagian di dalam pertandingan JKKK terbaik di Negeri Pulau Pinang. Di antara pencapaian yang membanggakan :
- Tahun 2009 : Tempat Ke-3 JKKK Terbaik Daerah Seberang Perai Utara
- Tahun 2010 : Tempat Ke-2 JKKK Terbaik Daerah Seberang Perai Utara
- Tahun 2011 : Johan JKKK Terbaik Daerah Seberang Perai Utara
- Tahun 2011 : Naib Johan JKKK Terbaik peringkat Negeri Pulau Pinang
- Tahun 2012 : Tempat Ke-3 JKKK Terbaik Daerah Seberang Perai Utara
- Tahun 2015 : Johan JKKK Terbaik Daerah Seberang Perai Utara
ITINERARI PROGRAM
PAKEJ A : 2D1N
Hari 1.0
Jam 17.00 : Peserta tiba di Dataran Pusat Petempatan Banjir
: Sambutan bunga manggar dan kompang
: Menikmati jamuan teh dan makanan ringan
: Persembahan Seni Silat Melayu Tradisional
: Demonstrasi masakan kuih tradisional - kuih kapit, bahulu dan lain-lain
: Penyerahan keluarga angkat (pelawat di bawa naiki motorsikal
ke rumah kelaurga angkat)
ke rumah kelaurga angkat)
Jam 21.00 : Persembahan Kebudayaan, seni silat Melayu dan Tomoi Siam
(boxing muay Thai).
(boxing muay Thai).
Jam 23.00 : Aktiviti di rumah keluarga angkat
Jovanka (baju kurung oren dari Germany) dan Veena (baju kurung merah -Sepanyol) pernah menjadi anak angkat penulis |
Jovanka dan Veera teruja dengan anak kambing di Kampung Lahar Yooi |
Hari 2.0
Jam 07.30 : Sarapan pagi di rumah keluarga angkat
08.30 : Demonstrasi penorehan pokok getah dan cantas buah sawit
10.00 : Bertolak ke Hutan Pelajaran Air Itam Dalam - Program bersama
Jabatan Perhutanan Negeri
Jabatan Perhutanan Negeri
13.00 : Makan nasi daging spesial atau nasi ulam
14.00 : Aktiviti bersama keluarga angkat
15.00 : Berkumpul di Dataran Banjir dan Majlis Perpisahan
PAKEJ B : 3D2N
Hari 1.0
Jam 17.00 : Peserta tiba di Dataran Pusat Petempatan Banjir
: Sambutan bunga manggar dan kompang
: Menikmati jamuan teh dan makanan ringan
: Persembahan Seni Silat Melayu Tradisional
: Demonstrasi masakan kuih tradisional - kuih kapit, bahulu dan lain-lain
: Penyerahan keluarga angkat (pelawat bonceng motorsikal
ke rumah keluarga angkat)
ke rumah keluarga angkat)
Jam 21.00 : Persembahan Kebudayaan di Dewan JKKK Lubuk Meriam
Jam 23.00 : Aktiviti di rumah keluarga angkat
Hari 2.0
Jam 07.30 : Sarapan pagi di rumah keluarga angkat
08.30 : Demonstrasi penorehan pokok getah dan cantas buah sawit
10.00 : Bertolak ke Hutan Pelajaran Air Itam Dalam - program bersama
Jabatan Perhutanan Negeri
Jabatan Perhutanan Negeri
13.00 : Makan nasi daging spesial atau nasi ulam
14.00 : Aktiviti bersama keluarga angkat
17.00 : Lawatan bengkel bahulu dan kraftangan
20.00 : Makan malam di rumah keluarga angkat
21.00 : Persembahan Seni Silat Melayu, boxing tomoi siam dan
acara kebudayaan
acara kebudayaan
23.00 : Aktiviti di rumah keluarga angkat
Hari 3.0
Jam 07.30 : Sarapan pagi di rumah keluarga angkat
08.30 : Melawat pasar tani FAMA di Pekan Tasik Gelugor
09.30 : Melawat sawah padi di Padang Ton Soon
09.30 : Melawat sawah padi di Padang Ton Soon
10.00 : Demonstrasi Sepak Raga Ratus, mainan rakyat, mengayam
ketupat dan membuat rokok daun
ketupat dan membuat rokok daun
11.00 : Demonstrasi beruk panjat kelapa, minum air kelapa dan kait buah-buahan
13.00 : Makan tengahari di rumah keluarga angkat
14.00 : Aktiviti bersama keluarga angkat
15.00 : Berkumpul di Dataran Pusat Petempatan Banjir dan Majlis Perpisahan
AKTIVITI LAIN YANG BOLEH DIPERTIMBANGKAN
1. Pakej Ibadat Korban Lembu Eidul Adha atau kunjungan rumah ke rumah sempena Aidil Fitri
2. Pakej Bersanding Adat Melayu
3. Majlis aqiqah, berendoi dan cukur jambul bayi, marhaban dan berzanji
7. PENGENDALI HOMESTAY
3. Majlis aqiqah, berendoi dan cukur jambul bayi, marhaban dan berzanji
7. PENGENDALI HOMESTAY
- Seramai 12 orang penduduk kampung telah menyatakan hasrat untuk menjadi pengendali. Sebagai permulaan, sebanyak tujuh buah rumah telah dikenal pasti memenuhi kriteria dan spesifikasi yang telah ditetapkan oleh KPBM, iaitu setiap rumah mesti mempunyai sekurang-kurang dua bilik tidur dengan kemudahan bilik mandi berasingan.
setiap bilik tidur mesti mempunyai tingkap, ada pintu, cermin muka, bilik air di dalam , katil, bantal dan selimut. |
bilik untuk pelancong mesti bersih dan tidak ada barang peribadi tuan rumah |
satu bilik akan menempatkan dua anak angkat/pelancong |
Pegawai dari KBPM sedang meninjau kamar tidur |
Tuan rumah boleh menyewa towel, pakaian dan sebagainya kepada pelancong |
8. MANFAAT PROGRAM HOMESTAY KEPADA OPERATOR
- Kampung Lahar Yooi akan dikenali seantaro dunia melalui promosi internet, risalah, poster dan ceramah yang dikendalikan oleh Tourism Malaysia dan Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia (KPBM). Tourism Malaysia akan mengiklankan kampung Lahar Yooi di dalam bahan cetak dan journal pelancongan dan ditempatkan di kedutaan atau konsul Malaysia di seluruh dunia
- Boleh menambah sumber pendapatan operator
- Mendedahkan operator dan penduduk kampung kepada adat dan budaya pelawat
- Boleh promosi produk keluaran tempatan seperti produk makanan (kuih bahulu, sos etc) dan hasil kraftangan.
- Kemudahan insfratruktur kampung akan dipertingkatkan.
Penulis sebagai perancang utama projek homestay - satu projek pioneer JKKK PP |
J/kuasa protem projek Homestay KPBM di Kampung Lahar Yooi bersama pegawai KPBM berkursus di Hotel Sunway Seberang Jaya baru-baru ini. |
9. PRE-ODIT
Untuk mempastikan pengendali homestay memenuhi kriteria dan spesifikasi yang ditetapkan oleh KPBM, beberapa siri odit telah dilakukan oleh wakil KPBM dan Pejabat Daerah SPU. Pada 21 Februari 2014 lawatan pre-odit dibuat pada enam buah rumah
Lawatan pre-odit diketuai oleh En Hasmizal - ADO SPU |
Penulis sedang memberi taklimat kepada pasukan pre-odit di rumah penulis |
salah satu rumah yang mempunyai halaman yang cantik dan bersih |
Hj. Arshad turut melihat bahagian dalam rumah operator |
Assalammualaikum.....ada lagi tak program homestay untuk tahun 2015? dan boleh saya tau berapa bayaran yang dikenakan untuk setiap peserta?
ReplyDeleteTerbaik..bangga kahwi dgn org Lahar yooi dn menjadi sebahagian anak kg Lahar yooi.
ReplyDeleteAs salam.
ReplyDeleteTuan puan yang mencari rumah untuk penginapan sementara menyambut perayaan aidil fitri, saya ada menyediakan sebuah apartment 4 bilik yang sesuai untuk keluarga besar.
Lokasi apartment tersebut ialah di bandar Butterworth. Cuma 100 meter dari Masjid Jamek Butterworth Jalan Telaga Air. Jarak dari perhentian bas/tren Penang Sentral cuma 1.3 km.
Kadar sewaan 1 unit rumah ialah RM 180.00 semalam.
Kekosongan dari 1 hb Jun - 30 Jun 2019.
Bermimat sila hubungi
019 - 4151682 : Hj Azhar
018 - 4002700 : Hjh Notliah