Tuesday 4 February 2014

BESTNYA BAS BEST DI PULAU PINANG

Kerajaan PR Pulau Pinang yang prihatin masalah rakyat telah menyediakan kemudahan pengangkutan percuma untuk pekerja  berulang alik ke tempat kerja, sekaligus mengurangkan masalah kesesakan lalulintas bandar dan  pencemaran udara
KOMTAR nadi pembangunan sosioekonomi,  politik dan budaya negeri

Penang FTZ diberi gelaran Silicon Valley di Timur
Sunway Carnival Mall di Seberang Jaya
Kiosk @ Bertam satu landmark baharu di Bertam, Kepala Batas Seberang Perai Utara.
PROGRAM PELANCARAN PERKHIDMATAN BRIDGE EXPRESS SHUTTLE TRANSIT (BEST) BERTAM – KOMTAR

Perkhidmatan BEST  (Bridge Express Shuttle Transit) ini telah dimulakan oleh Kerajaan Negeri semenjak Mac 2011 lagi. Kerajaan Negeri juga merupakan negeri pertama yang memberikan perkhidmatan bas percuma kepada rakyat Pulau Pinang untuk pergi dan balik ke tempat kerja. Pada masa itu telah diperkenalkan BEST  FTZ di kawasan Bayan Lepas. Sehingga kini, perkhidmatan BEST FTZ masih berjalan dengan menggunakan sebanyak 13 buah bas main line dan 4 buah bas feeder. Perkhidmatan ini telah dijalankan oleh Rapid Penang. Tujuan utama perkhidmatan ini adalah untuk mengurangkan kenderaan persendirian masuk ke dalam kawasan Pulau dan mengurangkan kadar kesesakan jalan raya di Pulau Pinang. Program ini mendapat sambutan yang menggalakkan dan masih berjalan sehingga ke hari ini.


Sedikit maklumat berkaitan kos perkhidmatan BEST FTZ
Main line = RM10,000.00 X 13 Buah bas = RM 130,000.00 sebulan
Feeder = RM6,200 X 4 Buah Bas = RM24,800.00 sebulan
Total BEST FTZ sebulan = RM154,800.00
Total BEST FTZ setahun = RM1,857,600.00

Parking = RM1 (tempat letak kereta Sunway Carnival)

Jadual perjalanan BEST A, B dan C = Pagi bermula dari 6.30 pagi sehingga 7.50 pagi
= Petang 4.30 petang – 7.10 malam

Kerajaan Negeri telah memperkenalkan perkhidmatan BEST KOMTAR bermula pada 3 Disember 2012 atas permintaan daripada penjawat awam yang bekerja di KOMTAR. Pekerja di dalam kumpulan pelaksana telah diberi keutamaan untuk menikmati perkhidmatan ini. Rata-rata sangat berpuas hati dan berterima kasih kepada Kerajaan Negeri mengenai perkhidmatan ini. Mereka dapat menjimatkan kos pengangkutan mereka dan keselamatan di jalan raya juga lebih terjamin. Perkhidmatan yang pertama ini menggunakan 2 buah bas Plusliner daripada syarikat Konsortium Nasional Berhad (KTB). Sehingga kini, perkhidmatan ini masih berjalan dan mendapat sambutan yang sangat memberansangkan dengan calon yang menunggu untuk diserap masuk


Jadual perjalanan = 6.50 pagi bertolak dari Sunway Carnival, Seberang Jaya
= 5.20 petang bertolak pulang dari KOMTAR
Kos perkhidmatan = RM9,000.00 X 2 Buah Bas = RM18,000.00 sebulan
Total setahun = RM216,000.00 

Parking = RM1 (tempat letak kereta Sunway Carnival)

Pada hari yang bersejarah ini, Kerajaan Negeri sekali lagi telah meluluskan permintaan daripada penjawat awam yang bekerja di KOMTAR dengan memperkenalkan hub baru iaitu dari KIOSK@ BERTAM ke KOMTAR. Permintaan yang sangat tinggi telah diberikan untuk hub ini. Bagi permulaan sebuah bas akan dilancarkan untuk perkhidmatan ini. Tetapi permintaan atau calon yang menunggu sekarang mencecah 40 orang yang sedia untuk naik bila-bila masa. Perkhidmatan ini juga akan diberikan oleh Plusliner.

Jadual Perjalanan = 6.40 pagi bertolak dari KIOSK@ BERTAM
= 5.20 petang bertolak dari KOMTAR

Kos Perkhidmatan = RM11,000.00 sebuah bas sebulan
Parking = percuma dikecualikan oleh MPSP

Hasil dari kajian/survey secara rambang yang telah dijalankan oleh Unit Pengurusan Lalulintas, Bahagian Kerajaan Tempatan, semua pengguna BEST amat berpuas hati dengan perkhidmatan yang diberikan dan harap dapat dikekalkan perkhidmatan ini. Ramai yang berharap perkhidmatan BEST ini terutama BEST KOMTAR akan dikembangkan ke daerah lain termasuk di kawasan Pulau seperti :

Jawi / Nibong Tebal
Sempadan Penanti / Kulim
Air Hitam
Balik Pulau
Bayan Lepas
Menambah bilangan bas di Bertam dan Seberang Jaya
Juru

Ini dapat meringankan perbelanjaan kos pengangkutan pekerja di KOMTAR dan dapat mengurangkan kadar kesesakan jalan raya. Permintaan juga agar perkhidmatan ini juga dibuka kepada golongan pengurusan dan profesional agar diberi peluang menikmati perkhidmatan yang disediakan oleh Kerajaan Negeri ini.

Kos Keseluruhan Sebulan = RM 183, 800
Kos Keseluruhan Setahun = RM 2, 205, 600

No comments:

Post a Comment