Thursday 8 May 2014

KUNJUNGAN KE BAITUL MAQDIS siri 5.0 - SEJARAH PEMBINAAN MASJID AL-AQSA

1. Setelah lebih dari sejam kami berada di bawah Qubah ash Sakhrah,  kami bergerak menuju ke Masjid al Aqsa  yang terletak  lebih  kurang  80 meter  selatan dari Qubah as Sakhrah untuk menunaikan solat  fardhu Maghrib dan Isyak. Penulis dapat rasakan diri agak gementar  kerana begitu teruja ketika berdiri di hadapan Masjid al Aqsa yang penulis pernah dengar nama masjid tersebut ketika  seusia enam tahun bilamana surau tempat kediaman penulis di Jalan Day (Jalan Sultanah Bahiyah)  Alor Setar menganjur majlis memperingati Peristiwa Isra' dan Mikraj pada setiap bulan Rejab.


salah satu tempat wuzud di halaman masjid


Masjid al Aqsa pandangan sisi


terdapat hanya sebuah kubah berwarna hijau gelap dan satu menara

Masjid dan kubah
pintu hadapan (pintu utama) tidak ada pintu pada sisi kiri dan kanan masjid

2. Masjid al Aqsa bermaksud 'masjid yang jauh', kerana lokasinya yang jauh dari kota Mekah. Istimewanya Masjid al Aqsa kepada seluruh umat Islam ialah kerana :-

  • Ia adalah kiblat pertama sebelum turun wahyu mengarahkan umat Islam mengadap arah ke Kaabah. Peristiwa perubahan arah kiblat itu berlaku pada tahun ke-2 Hijrah pada suatu hari di  bulan Syaaban iaitu kira-kira 16 atau 17 bulan selepas baginda membentuk Negara Islam Madinah. Peristiwa berlaku ketika baginda s.a.w mendirikan solat Asar bersama-sama sahabat  di dalam Masjid Qiblatain dengan berkiblatkan Masjid al-Aqsa, tiba-tiba turun wahyu; "Sungguh kami (sering) melihat mukamu menengadah ke langit, maka sungguh kami akan memalingkan kamu ke kiblat yang kamu sukai, palingkanlah mukamu ke arah Masjidil Haram, dan di mana saja kamu berada palinglah mukamu ke arahnya dan sesungguhnya orang-orang (Yahudi dan Nasrani) memang mengetahui, bahwa berpaling ke Masjidil Haram itu adalah benar dari Tuhannya dan Allah sekali-kali tidak lengah dari apa yang mereka kerjakan."   (Surah Al-Baqarah :  ayat 144)
  • Walaupun selepas turunnya wahyu tersebut, baginda s.a.w tetap menganggap Masjid al Aqsa sebagai masjid utama. Baginda bersabda; "Menunaikan solat di Masjidil-Haram menyamai 100,000 ribu solat (di masjid yang lain). Solat di masjidku (Masjidil Nabawi di Madinah) menyamai 1,000 solat. Solat di Baitul Maqdis menyamai  500 solat.    (HR al-Baihaqi dari Jabir r.a).

  • Ketika peristiwa Isra' dan Mikraj, Nabi saw tidak terus naik ke langit dari Mekah, sebaliknya baginda di bawa terlebih dahulu ke Baitul Maqdis dan memasuki Masjidil-Aqsa. Perjalanan dari Mekah ke Masjid al Aqsa berdasarkan wahyu Allah dalam Surah al-Isra' ayat 1.

SEJARAH PEMBINAAN MASJID AL AQSA

1. Dipercayai , Masjid al Aqsa adalah masjid kedua di bumi. Ia dibina 40 tahun selepas Kaabah di Makkah.  Kebanyakan ulama berpendapat bahawa Masjid Al Aqsa pertama kali dibina oleh Nabi Adam a.s. Perlu difahami bahawa 'masjid' tidak semestinya satu binaan berupa bangunan yang berbumbung kubah dan ada menara. Dari segi bahasa masjid bermakna tempat sujud, iaitu 'sajada' yang bermaksud 'telah atau sedang sujud'. Di dalam kitab al-Qur'an terdapat tidak kurang 46 kali ayat yang berkaitan dengan Masjid al-Haram, Masjid al-Aqsa dan yang berkaitan dengannya, manakala Kitab Sahih Bukhori, Muslim dan lain-lain, perkataan masjid mencapai 1,686 kali.  Oleh itu, masjid boleh didefinasikan sebagai satu kawasan sama ada mempunyai bangunan batu atau kayu atau tiada bangunan, tetapi ianya dikhaskan dan diniatkan untuk dijadikan masjid.

2. Berbalik kepada Masjid al Aqsa, Nabi Ibrahim a.s telah  membina semula Masjid Al Aqsa di Baitul Maqdis setelah baginda  dan puteranya Nabi Ismail a.s  membina semula Kaabah di Makkah. Berikutnya Nabi Daud a.s telah membina semula Masjid Al Aqsa yang telah runtuh dipercayai dimamah usia, atau faktor alam seperti kejadian gempa bumi, banjir besar dan sebagainya. Pembinaan Masjid al-Aqsa dilakukan semula oleh Nabi Sulaiman a.s yang menyerupai bentuk binaan yang lebih sempurna dan ideal sebagai masjid. Baginda Nabi Sulaiman dikurnaikan mukjizat oleh Allah untuk menguasai makhluk jin dan haiwan. Oleh yang sedemikian, dipercayai dengan bantuan dari jin, masjid telah dibina begitu kukuh.  Sisa binaan Masjid Al-Aqsa di bawah pemerintahan Nabi Ibrahim masih kelihatan sehingga sekarang.  

teknologi binaan lebih dari 3000 tahun dahulu (Old al Aqsa)

Old al Aqsa (bawah tanah Masjid al Aqsa) dipercayai binaan zaman Nabi Sulaiman dengan bantuan jin

sisa runtuhan pillar yang disimpan di belakang masjid
3. Bagaimanapun, Masjid Al Aqsa yang dibina oleh Nabi Sulaiman a.s  sebahagiannya telah dimusnahkan dalam 587 SM oleh  Raja Nebukadnezar dari Babylon di negara Iraq. (Tamadun Kerajaan Mesapotamia di lembah Sungai Tiqris dan Euprathes sekitar tahun  605 SM - 582 SM)  Raja Nebukadnezar juga telah berjaya menumpaskan Fir'aun Namruz di Mesir. Nabi Sulaiman a.s adalah dari bangsa Yahudi. Orang Yahudi menganggap Nabi Sulaiman a.s (Solomon)  bukan sahaja nabi mereka malah manusia yang paling suci di muka bumi. Orang Yahudi memuliakan Nabi Sulaiman a.s kerana Nabi Sulaiman a.s adalah bapa kepada nabi-nabi lain termasuklah  Nabi Ibrahim a.s, Nabi Ishak  a.s,  Nabi Yaakub a.s, Nabi Daud a.s, Nabi Musa a.s dan Nabi Isa a.s. Bagimanapun, kemuliaan mereka terhadap para nabi dan rasul tidak 'sama' dengan kemulian dalam ajaran Islam. Hal tersebut disebabkan puak Yahudi ini telah memanipulasi dan merosakkan kandungan kitab suci At-Taurat. Misalnya di dalam kitab At-Taurat jelas memberi petunjukkan kelahiran Nabi Muhammad s.a.w sebagai nabi terakhir dan manusia yang menjadi kekasih Allah swt dan paling mulia serta pembawa rahmat  bagi sekalian alam. Orang-orang Yahudi  percaya di bawah runtuhan tapak Masjid Al Aqsa yang dibina oleh Nabi Sulaiman a.s itu terdapat satu tempat ibadat paling suci iaitu  kuil  'Haikal Sulaiman atau Temple of Solomon".

Haikal atau Kuiil Sulaiman  telah dibina di bawah tapak Masjid al-Aqsa (dongeng orang Yahudi - Pengarang)

(Dakwaan orang Yahudi bahawa mereka adalah penduduk asal di Baitul Maqdis adalah tidak tepat kerana penduduk asal di situ adalah orang Palestin iaitu bangsa pribumi Palestin sendiri yang berasal dari kaum Ka'nan yang telah mendiri petempatan di situ semenjak 4500 tahun dahulu. Bangsa Palestin itu terus tinggal di situ sehinggalah kedatangan ajaran Islam, majoriti mereka memeluk agama Islam dan menjadikan bahasa dan tulisan Arab sebagai bahasa dan tulisan utama).

4. Kebangkitan Kerajaan Parsi (Iran) dibawah pimpinan Cyrus II yang beragama Majusi, telah berjaya menumpaskan kerajaan Babylon dan menguasai Baitul Maqdis. Cyrus II tidak memusuhi orang Yahudi. Oleh itu, orang Yahudi kembali ke Baitul Maqdis. Kemudian, Baitul Maqdis pernah ditawan sebentar oleh tentera Iskandar Zulkarnain dari Macedonia,  tetapi dirampas kembali  oleh tentera Rom pada  Tahun 63 SM  di bawah pimpinan Maharaja Pompei. Untuk mentadbir Baitul Maqdis, Pompei melantik seorang Yahudi bernama Herod. Raja Herod mengambil kesempatan membina semula Kuil Haykal Sulaiman  ke atas mereka tapak yang sama. Perbuatan King Herod mengundang kemarahan Rom di bawah pimpinan Maharaja Kaisar Titus, lalu betindak memmusnah dan merobohkan kuil tersebut  kecuali satu bahagian dinding yng dinamakan Wailing Wall atau Dinding Ratapan.

Perhatikan Wailling Wall berkongsi dinding dengan Masjid al Aqsa dan  Masjid Buraq


Yahudi percaya wajah tuhan mereka berada disebalik dinding tersebut. Setelah selesai ritual, mereka meninggalkan Wailling Wall dengan cara bergerak undur ke arah belakang.
Foto google propaganda Yahudi yang mempamirkan wajah Qubah as Sakhrah sebagai Masjid al Aqsa. 

5.  Berikutan kelahiran Nabi Isa a.s dan munculnya agama Kristian, Maharaja Rom bernama Constantine telah memeluk agama Kristian  dan menyebarkan ajaran keseluruh Empayar Rom termasuklah di Baitul Maqdis. Orang Kristian yang benci kepada  puak Yahudi telah menghalau mereka keluar dan  menjadikan tapak kuil Yahudi tersebut sebagai tempat buangan sampah selama lebih 600 tahun, sehinggalah Baitul Maqdis di tawan oleh tentera Islam di zaman pemerintahan Khalifah Umar al Khattab pada Tahun 637M. Khalifah Umar Al- Khattab ketika memasuki kota Baitul Maqdis telah mencari semula sebahagian tapak Masjid al Aqsa dan menjumpainya di bawah timbunan sampah. Khalifah Umar al Khattab telah membersihkan semula longgokan sampah tersebut, lalu berkata "Demi Dia yang diriku ada ditangan-Nya, itulah tempat yang pernah digambarkan oleh Rasulullah saw (ketika Israk dan Mikraj) kepada kita. Marilah kita jadikan tempat ini sebuah masjid".

6. Kemerosotan pemerirntahan Islam telah menyebabkan Baitul Maqdis ditawan semula oleh tentera Kristian dan mereka menguasainya selama hampir seratus tahun.  Kristian telah menukar kembali fungsi masjid sebagai gereja dan ramai penganut agama Islam di bunuh. Bagaimanapun, apabila muncul Saladuddin al Ayubi berbangsa Kurdis, Baitul Maqdis ditawan semula oleh tentara Islam. Peristiwa bersejarah itu berlaku pada hari Jumaat 27 Rejab 583 H atau 1187M. Kekalahan tentera Kristian kepada Salahudin al Ayubi memaksa pasukan tentera Kristian melancar serangan balas untuk merampas semula Baitul Maqdis. Setelah berlaku tiga kali peperangan yang dinamakan Perang Salib, akhirnya Kristian yang tewas dalam Perang Salib Ke-3 minta berdamai dengan Salahuddin al Ayubi dan mengiktiraf Islam sebagai penguasa Bailtul Maqdis.

7. Selepas kejatuhan dan pembuburan Empayar Turki Uthmaniyyah pada tahun 1922 dan selepas Perang Dunia Pertama, Liga Bangsa (PBB dulu) telah meletakkan Baitul Maqdis dibawah Mandat British. Dalam Perang Dunia Ke-2,  Hitler yang memusuhi orang Yahudi bertindak kejam dengan membunuh dan menghalau keluar mereka dari Eropah. Selepas tamat Perang Dunia ke-2, British membawa mereka ke Palestin dan menempatkan mereka secara haram sehingga tertubuh Negara Israel pada tahun 1948. Israel terus menceroboh dan menghalau  lebih 800,000 penduduk, memusnahkan hampir 500 buah kampung asal Palestin dan membongkar tanah perkuburan mereka.  Dalam Perang Enam Hari, Israel dengan bantuan dari Amerika telah berjaya menduduki Masjid Al Aqsa pada tahun 1967. Semenjak dari tarikh tersebut, sehinggalah ke hari ini, mereka telah mula mencari gali tapak kuil  Haikal Sulaiman dan merancang untuk membina semula Haikal Sulaiman 3  ditapak Masjid al Aqsa sekarang ini. Bagi puak Zionis-Yahudi, membangun kembali Haikal Sulaiman 3 sebagai memenuhi tuntutan Kitab Torrah (At-Taurat). Haikal Sulaiman bukan sahaja sebuah kuil paling suci, malah menjadi pusat dunia. Dipercayai bakal bersemayamnya Messiah (Dajjal) Yahudi di situ.......


Tentera Yahudi malaoun berjaya menawan Masjid al Aqsa dalam Perang Enam Hari berlatar belakang Kubah as Sakhrah


Bukti : Yahudi melaoun telah meroboh sebahagian binaan  dinding Masjid al Aqsa




..................bersambung, teruskan bacaan anda SIRI 6  DI SINI   atau balik ke SIRI 4  DI SINI

5 comments:

  1. Salam saudara,

    Dokumentari masjid al aqsa dan haikal sulaiman memang menarik. Cuma saya ada sikit kemuskilan fakta.

    1) Kalau masjid al aqsa di bina oleh nabi adam, adakah statusnya sebagai masjid kedua ? Kerana setahu saya kaabah mula di bina pada zaman nabi ibrahim. Jarak di antara zaman nabi adam dan ibrahim pun sudah beribu tahun.

    2) Dalam kitab taurah, injil dan kitab sirah nabi2, diceritakan nabi sulaiman adalah anak kepada nabi daud. Jadi tak mungkin nabi sulaiman di anggap oleh orang yahudi bapa kepada kepada nabi daud.

    Sekian, sekadar berkongsi maklumat.

    Yang Ikhlas,
    Akhi

    ReplyDelete
  2. Salam saudara,

    Dokumentari masjid al aqsa dan haikal sulaiman memang menarik. Cuma saya ada sikit kemuskilan fakta.

    1) Kalau masjid al aqsa di bina oleh nabi adam, adakah statusnya sebagai masjid kedua ? Kerana setahu saya kaabah mula di bina pada zaman nabi ibrahim. Jarak di antara zaman nabi adam dan ibrahim pun sudah beribu tahun.

    2) Dalam kitab taurah, injil dan kitab sirah nabi2, diceritakan nabi sulaiman adalah anak kepada nabi daud. Jadi tak mungkin nabi sulaiman di anggap oleh orang yahudi bapa kepada kepada nabi daud.

    Sekian, sekadar berkongsi maklumat.

    Yang Ikhlas,
    Akhi

    ReplyDelete
  3. Hari baik untuk semua warga negara Indonesia dan juga semua ASIA, nama saya Ny. Nurliana Novi, tolong, saya ingin membagikan kesaksian hidup saya di sini di platform ini untuk semua warga negara Indonesia dan seluruh Asia untuk berhati-hati dengan pemberi pinjaman di internet, Allah telah sepenuhnya mendukung saya melalui ibu, Nyonya Elina yang baik

    Setelah beberapa periode mencoba untuk mendapatkan pinjaman dari lembaga keuangan, dan ditolak terus-menerus, jadi saya memutuskan untuk mendaftar melalui pinjaman online tetapi saya ditipu dan saya kehilangan Rp 15.000.000 dengan pemberi pinjaman pinjaman yang berbeda.

    Saya menjadi sangat putus asa dalam mendapatkan pinjaman, jadi saya berdiskusi dengan seorang teman saya yang kemudian memperkenalkan saya kepada Ny. Elina, yang adalah pemilik perusahaan pemberi pinjaman global, jadi teman saya meminta saya untuk melamar dari Ny. Elina, jadi saya mengumpulkan keberanian dan menghubungi Ny. Elina.

    Saya mengajukan pinjaman sejumlah Rp500.000.000 dengan tingkat bunga 2%, sehingga pinjaman itu disetujui dengan mudah tanpa tekanan dan semua pengaturan dilakukan pada transfer kredit, karena fakta bahwa itu tidak memerlukan jaminan dan jaminan untuk pinjaman transfer Saya hanya diberitahu untuk mendapatkan sertifikat perjanjian lisensi aplikasi. Mereka akan mentransfer kredit saya dan dalam waktu kurang dari dua jam uang pinjaman telah disetorkan ke rekening bank saya.

    Saya pikir itu lelucon sampai saya menerima telepon dari bank saya bahwa akun saya dikreditkan dengan jumlah Rp500.000.000. Saya sangat senang bahwa ALLAH akhirnya menjawab doa saya dengan memesan pinjaman saya dengan pinjaman asli saya, yang telah memberi saya keinginan hati saya.

    Mereka juga memiliki tim ahli di sana yang akan memberi tahu Anda tentang jenis bisnis yang ingin Anda investasikan dan cara menginvestasikan uang Anda, sehingga Anda tidak akan pernah mengalami kebangkrutan lagi dalam hidup Anda.

    Semoga ALLAH memberkati Bunda Elina karena membuat hidup saya mudah, jadi saya menyarankan siapa pun yang tertarik untuk mendapatkan pinjaman, silakan hubungi Mrs. Elina melalui email: elinajohnson22@gmail.com untuk pinjaman Anda

    Ada perusahaan palsu lain yang menggunakan kesaksian saya secara online untuk mencapai keinginan egois mereka, saya satu-satunya dengan kesaksian yang benar ini, ketika Anda menghubungi kemudian meminta mereka untuk bukti pembayaran di sana kepada ibu ,, harap berhati-hati terhadap orang-orang ini, oke

    Akhirnya saya ingin berterima kasih kepada Anda semua karena telah meluangkan waktu untuk membaca kesaksian hidup saya yang sebenarnya tentang kesuksesan saya dan saya berdoa Tuhan akan melakukan kehendak-Nya dalam hidup Anda. Satu lagi nama saya adalah mrs nurliana novi, Anda dapat menghubungi saya untuk informasi lebih lanjut via email saya: nurliananovi96@gmail.com

    ReplyDelete
  4. Ocean Credit menyediakan pinjaman Pribadi / Pinjaman bisnis / keuangan perdagangan / impor & ekspor / pinjaman proyek untuk perusahaan dan individu. Kami menyediakan layanan keuangan untuk pertumbuhan bisnis Anda dan untuk kebutuhan pribadi Anda.

    Tanpa jargon, tidak ada biaya tersembunyi
    Proses persetujuan sederhana dan cepat
    Bisnis cepat & pinjaman pribadi didanai hanya dalam 2-3 hari kerja
    Suku Bunga 2% rendah & terjangkau
    Perusahaan dapat menguntungkan atau memiliki laba bersih negatif
    Sebelum kebangkrutan diterima
    Diperlukan pemeriksaan kredit nol
    Individu dengan kredit buruk dapat berlaku
    Jadwal pembayaran yang fleksibel
    CIS & KYC diperlukan untuk semua pemohon pinjaman terlepas dari lokasi / negara
    Durasi Pinjaman dari maksimal 1 tahun - 20 tahun
    Masa tenggang 12 - 24 bulan untuk pinjaman usaha besar / modal kerja
    Pendanaan / Pendanaan Pinjaman tidak terbatas pada lokasi geografis atau negara apa pun

    Kami membangun pembiayaan yang tepat untuk setiap klien, dengan prosedur sederhana, bebas stres, dokumen sederhana, persetujuan cepat, dan jadwal pembayaran yang fleksibel. Untuk keterangan lebih lanjut, silakan hubungi kami melalui email. Dengan penuh keyakinan, kami akan bekerja sama untuk keuntungan semua pihak yang terlibat, Berharap untuk memberikan layanan keuangan terbaik kami kepada semua klien yang terhormat secara global.


    OCEAN CREDIT
    Email: oceancreditfinancial@gmail.com
    Whatsapp: +1-315-284-1764
    Instagram: @oceancreditfinancial
    Twitter: @oceancreditfnc

    ReplyDelete
  5. As-salamu alaikum

    Nama saya Kartika Fitri(kartikafitri74@gmail.com) dari Bogor (Indonesia), Saat Pandemi Covid19 ini usaha suami saya berhutang karena tidak bisa mengimbangi, jadi saya cari online bagaimana saya bisa mendapatkan pinjaman pribadi karena tidak punya agunan, saya menghubungi beberapa pinjaman perusahaan tetapi ternyata penipuan dan penipuan setelah mengirimi mereka uang, Anda tidak akan mendengar kabar dari mereka lagi

    Jadi saya melihat posting dari Mahammad Ismali (Mahammadismali234@gmail.com) tentang pinjaman dari Perusahaan Pinjaman Dangote Via email: Dangotegrouploandepartment@gmail.com dengan bunga pinjaman 2%, jadi saya menghubungi mereka mengikuti prosedur mereka dan saya mendapatkan pinjaman saya Rp500,000,000.00 (500 juta) disetujui dan ditransfer ke kami

    Saya ingin berterima kasih kepada Perusahaan Pinjaman Dangote dan juga Mahammad ismali dan saya ucapkan terima kasih selamanya, saran saya kepada siapa pun yang membaca ini jangan buang waktu Anda mencari pinjaman lagi dimana hubungi Perusahaan Pinjaman Dangote dan saya bersumpah dengan hidup saya bahwa mereka adalah nyata dan sah

    ReplyDelete