Monday 30 June 2014

KUNJUNGAN KE BAITUL MAQDIS siri 6.0 : MALAM PERTAMA YANG PENUH SYAHDU DI MASJID AL-AQSA


[baca SIRI  7.0 DI SINI]


1. Kami menunaikan solat qasar dan  jamak Isyak kepada Maghrib di dalam Masjid Al-Aqsa. Selesai solat, kami beramah mesra dengan beberapa orang jemaah lain dari Malaysia yang turut berada di situ. Kesempatan yang ada membolehkan penulis merakam sebanyak mungkin foto di bahagian dalam  masjid. Apa yang menarik, senibina, senirupa (dekorasi) dan hiasan dalaman Masjid al-Aqsa adalah berbagai corak, yakni mempamirkan bentuk senirupa, ukiran dan  senihias berbagai-bagai. Hal tersebut berdasarkan keinginan pentadbir atau pemerintah kota Baitul Maqdis ketika memerintah. Misalnya Khalifah Abdul Malik Marwan dan Khalifah Abdul Malik adalah di antara pemerintah yang sangat gemar kepada senirupa dekorasi dalaman masjid. Kehalusan senihias, senirupa dan  kaligrafi memjadikan Masjid al-Aqsa tersebut sangat istimewa.  Jadi, tidak hairanlah sekiranya jika Masjid al-Aqsa dan Qubah as-Sakhrah kaya dengan seni rupa Islam. Sekiranya anda berminat untuk menatap foto-foto yang mempamirkan keindahan pada bahagian dalam Masjid Al- Aqsa dari fotografer profesional anda boleh kunjungi ke sini atau youtube di sini

hiasan siling jaluran sebelah kiri masjid



hiasan siling jaluran disebelah kanan masjid
2. Mimbar Masjid Al- Aqsa  juga mempunyai kisah tersendiri. Dipercayai usia  mimbar ini hampir seribu tahun manakala tingkap dan marmar di dindingnya berusia ratusan tahun. Semasa zaman pemerintahan Salahuddin Al-Ayubi, baginda  telah memerintahkan tukang kayu di zamannya membina 2 mimbar yang serupa. Setiap satu mimbar ini diperbuat daripada 16,000 kepingan kayu kayan yang dicantum-cantum membentuk mimbar. Sebuah mimbar berada di dalam Masjid al Aqsa manakala sebuah lagi berada di Masjid Khalil  di Hebron. Masjid  Al-Aqsa dibakar pelampau Yahudi pada 21 Ogos 1969, dilakukan oleh Michael Dennis Rohan yang berasal dari Australia. Pada peristiwa tersebut, Michael Rohan telah menyalakan api di dalam Masjid Al-Aqsa untuk membakar hangus masjid dan sekaligus memusnahkannya. Api yang marak membakar hampir-hampir sahaja memusnahkan keseluruhan bangunan Masjid Al-Aqsa. Namun hasil usaha gigih dan tangkas oleh penduduk Islam di Baitul Maqdis selama sehari suntuk, akhirnya mereka berjaya memadamkan api tersebut. Turut musnah ialah mimbar masjid


Mimbar baru hasil sumbangan King Hussein Jordan
mimbar yang musnah angkara yahudi lanatullah.

mimbar asal yang dibina oleh Panglima Salahudin al-Ayubi 
3. Apabila masuk waktu Isyak, kami bersiar di luar masjid sambil menikmati keindahan Qubah ash Sakhrah. Kami tidak terus balik ke hotel kerana kami dijemput oleh Imam Besar Masjid al-Aqsa Sheikh Yusuf Abu Sneina (sebutan Sunainah) ke sebuah madrasah yang terletak bersebelahan dengan Masjid Al-Aqsa. Di dalam madrasah tersebut juga terdapat sebuah makam seorang sahabat Rasulullah saw. Di madrasah, kami disambut dengan penuh mesra oleh beberapa jemaah Palestin yang terdapat di situ . Dalam ucapan alu-aluan Tuan Imam menzahirkan rasa kesyukuran di atas kunjungan jemaah dari Malaysia ke Bailtul Maqdis dan bersolat di Masjid al-Aqsa. Beliau mengimbas semula detik-detik kejatuhan Baitul Maqdis ketangan tentera Israel. Beliau menginggatkan jemaah betapa perlunya ada kesatuan di kalangan umat Islam untuk merampas kembali bumi Palestin dari cengkaman yahudi malaon. Dengan kehadiran umat Islam ke Baitul Maqdis dan memakmurkan Masjid al-Aqsa sebagai simbol perpaduan umat Islam. Memetik ayat al-Qur'an, beliau menambah lagi  "hanya yang memakmurkan masjid-masjid Allah ialah orang-orang yang  beriman kepada Allah dan  Hari kemudian, serta tetap mendirikan solat, menunaikan zakat dan  tidak takut (kepada  sseiapa pun) selain kepada Allah, maka merekalah orang-orang yang diharapkan termasuk golongan orang-orang  yg mendapat petunjuk". Beberapa orang rombongan kami telah menghulurkan sumbangan untuk pembangunan madrasah tersebut.Majlis berakhir dengan ucapan balas dari Ustaz Abdullah Khairi yang antara lain meminta semua umat Islam mendoakan keselamatan umat Islam Palestin dan kemenangan Islam dalam menawan kembali bumi Palestin. 

Dari Kubah Qubah ash Sakhrah kami sampai keperkarangan Masjid Al-Aqsa


Realiti - bilangan jemaah yang sedang menunggu laungan azan maghrib
beberapa orang jemaah  (uzur) sedang bertadarus dihadapan mehrab  



Selepas solat maghrib bersama jemaah lain, kami terus solat jamak Isyak di sah belakang masjid di imamkan oleh Ustaz Abdullah Khairi





mehrab kecil (penulis yakin ada sesuatu simbol/tanda  sejarah lampau yang terletak di situ)




tingkap masjid 


hiasan dibawah kubah masjid
di antara chandelier kristal terdapat di dalam masjid

sebahagian tiang pillar  asal yang terdapat lubang dan dan ditutup dengan lapisan cermin - ada sesuatu tanda/simbol disitu berkaitan dengan sejarah silam Masjid Al-Aqsa 

tiang pillar masjid yang dibina dari batu yang kukuh
masjid sebagai tempat merapatkan silaturahim

tidak ada sekatan bagi jemaah wanita untuk meninjau bahagian-bahagian di dalam masjid


sebahagian dari jemaah wanita sedang mendirikan solat maghrib
sebahagian dari jemaah wanita rombangan kam


Puan Yani - fotografer yang kreatif

kami bersiar-siarkan di halaman masjid menyaksikan keindahan malam di situ


Imam Masjid Al-Aqsa - Sheikh Yusuf Abu Sunainah  tabah menghadapi provakasi dari puak yahudi ekstrim dan orthodoks

beginilah keadaan madrasah yang serba serbi kekurangan yang memerlukan sumbangan  dari saudara Islam di tanah air

perpustakaan dalam madrasah

penulis berjabat salam dengan Tuan Imam
4. Ternyata, sekiranya pada sebelah pagi kami terasa berdebar-debar  dan 'tension' dengan karenah pegawai imigresen dan polis serta tentera Israel semasa berurusan di sempadan, namun kedamaian, ketenangan  dan keindahan yang terserlah pada Qubah ash Sakhrah serta Masjid al-Aqsa cukup untuk menyediakan suasana yang sungguh syahadu buat kami pada malam pertama kami di situ. Kami berjalan kaki dalam kedinginan malam (suhu 15'C)   ke hotel untuk makan malam dan berehat.  Pergerakan pada hari ke-2 iaitu berkunjung ke makam Nabi Daud as, Nabi Ibrahim as dan Nabi Isa as pasti lebih menarik......



Teruskan bacaan anda pada SIRI 7  DI SINI  atau balik ke SIRI 5 DI SINI

No comments:

Post a Comment