Monday 9 June 2014

UDAY KOTAK - TOKOH USAHAWAN DUNIA TAHUN 2014



Tempat anugerah berprestij bagi para usahawan bertaraf dunia

1. MONTE CARLO : Firma Audit Ernst & Young  @ EY telah menamakan  Pengasas, Naib Pengerusi Eksekutif dan Pengarah Urusan  Kotak Mahindra Bank, Uday Kotak untuk  dianugerahkan sebagai  'Usahawan Dunia Tahun 2014 (World Entrepreneur of the Year 2014).  Uday Kotak  telah dipilih daripada 60 peserta akhir dari 51 negara, yang masing-masing telah dicalonkan oleh EY sebagai Usahawan Tahunan 2014 bagi negara-negara tersebut. Pemilihan di adakan di  Salle des Etoiles, Monaco pada hari Sabtu 7 Jun 2014. Untuk Anugerah Usahawan EY 2014,  Ernst and Young menerima lebih 10,000 pencalonan untuk anugerah usahawan terbaik di peringkat 51 negara.

Uday Kotak menerima oskar Anugerah Usahawan Dunia 2014

2. Uday Kotak menubuhkan Kotak Capital Management Finance Ltd pada tahun 1985. Pada tahun 2003 syarikat itu menjadi syarikat kewangan bukan perbankan yang pertama dalam sejarah korporat India untuk ditukar menjadi bank. Ia telah berkembang daripada modal permulaan yang kurang daripada AS $ 250,000 (RM 802,572) yang dipinjamkan dari ahli keluarga dan rakan-rakan, kepada kumpulan antarabangsa pendapatan sebanyak  AS$2.5 bilion (RM 8.03 bilion). Mempunyai 12.5 juta pelanggan, menggajikan 25,000 pekerja, dan memiliki aset bernilai AS $ 19 bilion.  Ia kini merupakan sebuah institusi kewangan global beribu pejabat di Mumbai. Bank itu mempunyai 605 cawangan lengkap meliputi 354 lokasi di seluruh India dan membuka pejabat perbankan antarabangsanya  di London, New York, Dubai, Abu Dhabi, Mauritius dan Singapura, terutamanya destinasi yang terdapat ramai  kaum India berkhidmat di luar negara, menjadikan  salah satu konglomerat perkhidmatan kewangan terkemuka di India pada masa kini.

3. Rebecca MacDonald, Pengasas dan Pengerusi Eksekutif Just Energy Group, selaku Pengerusi Panel Hakim berkata, pemilihan Uday Kotak  adalah berdasarkan kelestarian perniagaan dan profil India sebagai tempat yang mencabar untuk menubuhkan bank. "Ia adalah satu keputusan yang amat sukar, tetapi Uday bersinar melalui cara dia mencipta bank baru dalam persekitaran yang mencabar dan sangat dikawal selia yang mempunyai kesan positif dalam masyarakat. Kami kagum dengan fokus kuat pada pertumbuhan inklusif, menyediakan perkhidmatan kos rendah kepada pelanggan luar bandar yang mempunyai kesan ketara ke atas kehidupan orang ramai." Beliau menambah, "India bukan tempat yang mudah untuk memulakan sebuah bank. Ia pasaran yang sangat sukar dan sangat dikawal selia, dan ia memerlukan seorang lelaki berani untuk berbuat demikian." Paling penting, beliau berkata, dengan menyediakan perniagaan dan perkhidmatan kewangan menjadikan negara India  lebih berdaya saing, "Anda berpotensi mewujudkan ramai usahawan baru di India, dan itu adalah amat penting untuk panel hakim. "


4. Kotak, yang menjadi usahawan India kedua untuk memenangi anugerah ini - selepas pengasas Infosys NR Narayana Murthy pada tahun 2003 - berkata: "Saya menerimanya dengan rasa rendah diri bagi pihak 1.2 bilion rakyat India. Ia adalah pengiktirafan kemahiran dan dedikasi daripada 25,000 pekerja Kotak Mahindra Bank (KMB) , yang telah bekerja keras untuk menjadikan negara India sebagai pusat  perkhidmatan kewangan jenama bertaraf dunia ". KMB dikatakan menambah 2,000 ke 3,000 pekerja secara purata pada setiap tahun.

Kotak berkata: "Perkara yang paling penting tentang keusahawanan ialah mempunyai keyakinan. Sebaik sahaja anda yakin anda mempunyai model perniagaan dan anda mesti komited untuk melaksanakan keyakinan tersebut" Kotak percaya masa depan bank itu terletak di rumah. "Mengapa kita perlu melihat di tempat-tempat lain apabila dua pertiga daripada penduduk India masih tidak mempunyai akaun bank". Dua pertiga daripada pengguna India, atau 800 juta orang , yang pada masa ini tidak mempunyai akaun bank adalah potensi pasaran kepada perniagaan beliau. Beliau cuba mengekang pengaruh bank-bank lain termasuklah bank-bank kerajaan yang mengenakan kadar faedah yang tinggi dan dalam masa yang sama tidak banyak membantu mengurangkan kadar kemiskinan penduduk di luar bandar.

5. Meskipun Kotak  dilahirkan dalam sebuah keluarga yang besar dengan latar belakang pertanian (ladang kapas) serta mendapat pendidikan di India, beberapa keputusan beliau di dalam industri perkhidmatan perbankan mulai nampak positif serta melambangkan ciri-ciri kejayaan. Misalnya dalam sejarah penubuhan KMB ia menjalinkan hubungan rapat dengan beberapa institusi kewangan lain termasuk Ford Credit dan Goldman Sachs. Beliau mensasarkan kepada perkhidmatan penghantaran wang, perniagaan transnasional syarikat India dan pelaburan syarikat luar ke India. Kotak memberitahu sidang akhbar berikutnya bahawa beliau amat yakin mengenai prospek syarikat itu berikutan pilihan raya India bulan lepas, yang menyaksikan parti pro-perniagaan di bawah pemimpin nasionalis Hindu Narenda Modi membentuk kerajaan majoriti di India.

Muhammad Yunus turun ke padang bertemu dengan bakal usahawan 
6. Tentu kita masih ingat kepada seorang lagi tokoh akademik yang berasal dari Negara Bangladesh iaitu Professor Dr Muhammed Yunus. Kegigihan  Prof. Dr. Muhammad Yunus telah membantu mengurangkan kadar kemiskinan penduduk luar bandar di Negara Bangladesh membolehkan beliau di calon dan pemenang Hadiah Nobel Perdamaian (bersama dengan Grameen Bank) pada tahun 2006. Muhammad Yunus di lahir di Chittagong,  Bangladesh, 28 Jun 1940, berumur 73 tahun  adalah seorang tokoh akademik mencetus idea  mengembangkan konsep mikro kredit iaitu pengembangan pinjaman skala kecil untuk usahawan miskin yang tidak mampu meminjam dari bank-bank komersial atau bank kerajaan lain .Siapa pernah mendengar adanya bank yang sanggup meminjamkan lebih AS$10 bilion kepada golongan miskin tanpa cagaran, malahan kadar bayaran balik pula mencapai 98 peratus? Bagi mereka yang masih belum mendengar kisah Bank Grameen, pertubuhan kredit mikro pertama di dunia, ia sesuatu yang luar biasa.  Dr. Muhammad Yunus mengimplementasikan gagasan itu dengan mendirikan Grameen Bank. Baca di sini. Dr. Muhammad Yunus juga telah di anugerah  Hadiah Budaya Asia Fukuoka XII 2001.





7. Bagaimana pula dengan usahawan-usahawan yang terdapat di Malaysia, terutamanya dari kaum bumiputera ? Pelbagai insentif, program, polisi dan penubuhan  institusi kewangan, dari serendah  skim mikro kredit  hinggalah  bank-bank kerajaan seperti SME Bank, Agro Bank dan berbagai-bagai  lagi agensi finance serta  GLC ditubuhkan untuk melahirkan usahawan, nampaknya belum berjaya mencapai matlamat. Kita memerlukan tokoh-tokoh seperti Kotak dan Muhammad Yunus untuk mewujudkan seorang tokoh usahawan Melayu Malaysia pada peringkat global.

8. Apa yang menariknya, Ernst & Young  dalam kajian firma itu ‘Asia-Pacific Fraud Survey Report Series’, mendapati Malaysia adalah antara negara paling korup.  Hasil kajian itu boleh dilihat dalam website E&Y (www.ey.com/publication) yang melibatkan 681 pegawai eksekutif dari Negara China, Singapura, Australia, New Zealand, Indonesia, Vietnam, Korea Selatan dan Malaysia. Pendedahan keputusan kajian ini adalah sangat memalukan pentadbiran Kerajaan Malaysia  dan PEMANDU (Unit Penyampaian dan Pengurusan Prestasi di Jabatan Perdana Menteri). Dalam kajiselidik Ernst and Young itu, satu soalan yang ditanya: “Apakah anda bersedia melakukan rasuah dan mengambil jalan pintas?”
Jawapan yang diterima ialah jika suasana persekitaran perniagaan menekan,  sebanyak 54% eksekutif di Malaysia mengesahkan mereka bersedia, diikuti China 34%, Indonesia 29%, Vietnam 27%, New Zealand 13%, Singapura 11%, Australia 10% dan Korea Selatan 6%.
“Ternyata kita pada ranking teratas – juara,”.

No comments:

Post a Comment