Friday 23 May 2014

RAHSIA DISEBALIK KENAIKAN TARIF ELEKTRIK



1. Pada 1 Januari 2014 lalu, Tenaga Nasional Berhad (TNB) menaikkan tarif elektrik sebanyak  14.8%, bersamaan 4.99 sen setiap kilowatt yang menjadikan harga tarif semasa daripada 33.54 sen sekilowat naik kepada 38.53 sen. Meskipun menurut Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air,  Datuk Seri Maximus Ongkili subsidi diberi kepada penggunaan dibawah 300kWJ sebulan, namun rata-rata pengguna mengeluh dengan kenaikan tarif  tersebut. Oleh yang sedemikian, kita dapati ramai pihak-pihak tertentu  telah mengambil kesempatan untuk memindah kenaikan harga elektrik kepada pengguna atau orang ramai,  misalnya sektor restoran dan makanan.

2. Pada awal bulan Mei 2014, sekali lagi orang ramai kecoh kerana kemungkinan TNB akan menaikkan lagi kadar tarif elektrik supaya TNB boleh menjana keuntungan yang lebih tinggi. Baru-baru ini TNB menggumumkan mencatat untung bersih yang lebih tinggi berjumlah RM  4.61 bilion bagi tahun kewangan berakhir 31/8/2013 daripada RM 4.41 bilion pada  tahun sebelumnya. Keuntungan TNB itu bukan sahaja telah menaikkan dividen sahamnya sebanyak 25 sen, malah menceriakan pemegang sahamnya  (majoriti kroni TNB/UMNO-BN). Manakala pihak Perbendaharaan Negara turut  lega kerana beban hutang Negara Malaysia yang kini mencecah  RM622.022,bilion boleh dibayai melalui cukai koperat TNB kepada kerajaan. Tak cukup dengan TNB, beberapa GLC lain seperti Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN)  telah dikerah memungut cukai pendapatan sebanyak mungkin. Misalnya pada  Tahun 2013 LHDN telah  berjaya memunggut hampir RM110 bilion. Jabatan Kastam pula pada tahun 2015 akan dikoperatkan dan boleh menjana hasil yang lebih banyak kepada negara, lebih-lebih lagi sistem percukaian baru  GST dilaksanakan pada tahun yang sama,  dapat meningkatkan tabung kewangan Negara. Begitulah cara Kerajaan Malaysia mencari wang untuk membayar hutang yang menggunung tinggi akibat dari kelemahan pengurusan dan pentadbiran kerajaan.

3. Anda, pengguna elektrik harus bersedia menghadapi kenaikan kadar tarif elektrik yang dijangka  pada tahun 2015 atau 2016. Analisis dari  Persatuan Penyelidikan Air dan Tenaga Malaysia (AWER), telah meramalkan berlaku kenaikkan tarif elektrik antara 24 % hingga 30 % dalam tempoh 18 bulan daripada sekarang. Hal tersebut disebabkan harga gas asli yang digunakan oleh penjanaan elektrik (Kuasa Eletrik Themal) akan berdasarkan harga pengguna pada tahun 2016.

4. Sebelum kewujudan TNB, penduduk di Semenanjung Malaysia mendapat bekalan elektrik dari agensi kerajaan yang dikenali sebagai Lembaga Lektrik Negara (LLN). Ketika tersebut, rakyat dapat menikmati tarif elektrik yang cukup rendah. Bagaimanapun, program pengswastaan idea Tun Dr. Mahathir Mohamad, beberapa agensi kerajaan dan badan berkanun telah di paksa untuk diswastakan, termasuklah LLN. LLN di swasta pada September 1990. Tun Dr. Mahathir percaya kepada konsep perkongsian pintar antara pihak kerajaan dan swasta. Memang pintar pun, kerajaan dan swasta untung manakala rakyat yang bengap, tiap-tiap bulan kena cari duit bayar bil elektrik. Tak bayar kena potong.

5. Pada tanggal 29/09/1992, kejadian petir dipercayai punca utama  merosakkan alat 'pelantik' yang mengawal masuk arus elektrik di sebuah Pencawang Masuk Utama (PMU). Kegagalan 'pelantik' tersebut menyebabkan kadar arus eletrik yang dijana oleh stesen-stesen kuasa elektrik telah menghantar  arus yang tinggi ke Grid Nasional. Kadar arus yang tinggi itu boleh merosakkan dan mendatangkan satu malapetaka keseluruhan sistem 'transmission dan distribution'. Pihak TNB bertindak pantas meng 'switch-off' semua stesen. Kesannya, hampir keseluruhan Semenanjung Malaysia mengalamai black-out selama lebih 48 jam. Natijahnya, TNB dan kerajaan menerima kritikan hebat dari pengguna (orang ramai) dan pihak perkilang, peniaga dan pedagangan. Perdana Menteri ketika itu Tun Dr. Mahathir telah menyalahkan TNB di atas insiden tersebut. Insiden tersebut memberi ruang untuk Tun Dr. Mahathir merangka pembentukkan IPP dan memecah monopoli TNB dalam penjanaan tenaga. Pengurus Besar TNB ketika itu Tan Sri Ani Arope membantah rancangan tersebut. Akhirnya Tan Sri Ani terpaksa di 'rehat'kan supaya plan Tun Dr. Mahathir berjaya.

6. Pada 31 Mac 1993, rasmilah TNB iaitu satu GLC tenaga terulung di Malaysia dipaksa untuk menandatangani Perjanjian Pembelian Tenaga (Power Purchase Agreement) dengan Pengeluar Tenaga Bebas (Independent Power Producer @ IPP) iaitu Yeoh Tiong Lay Corporation  Berhad (YTL). Stesen Penjana Tenaga Elektrik (Power Plant) YTL telah  didirikan di Pasir Gudang dan Paka. Termeterainya perjanjian tersebut telah membuka mata kepada syarikat gergasi  lain untuk membina stesen IPP mereka kerana keuntungan tinggi terjamin. Pelahap IPP tersebut berjaya mendapat lesen pada akhir tahun 1993. Monopoli tenaga oleh TNB telah terurai apabila tertubuh lima lagi IPP yang berperanan membekal 30.99 % bekalan elektrik kepada Grid Nasional. Mereka adalah;
  1. YTL Power Generation Sdn. Bhd. – Tan Sri Dato’ Seri Dr. Yeoh Tiong Lay (Pemain pertama yang menandatangani PPA dengan TNB)
  2. Segari Energy Ventures Sdn. Bhd – Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary
  3. Port Dickson Power Bhd – Tan Sri T. Ananda Krishnan
  4. Powertek Bhd - Tan Sri T. Ananda Krishnan
  5. Genting Sanyen Power Sdn. Bhd. – Tan Sri Lim Goh Tong
Kontrak IPP yang lumayan  diikat  selama  21 tahun dan keuntungan IPP tersebut dijamin pulangan oleh kerajaan sebanyak 20 % (minimun).

Ikutilah berita di bawah mengenai pendedahan salahlaku Tun Dr. Mahathir dalam 'permainan' disebalik penswastaan GLC TNB dan keghairahan beliau  mengeluarkan lesen penjana tenaga elektrik bebas  kepada IPP.  Pada hari ini kita sebagai pengguna  terpaksa menanggung kenaikan tarif elektrik.




KUALA LUMPUR Bekas Pengerusi Eksekutif Tenaga Nasional Bhd. (TNB), Tan Sri Ani Arope  mendedahkan perancangan ‘Black Out’ seluru h negara pada tahun 1992 yang bertujuan mewujudkan Penjana Tenaga Bebas (IPP) di negara ini.

Perkara itu dinyatakan dalam buku beliau ‘Memoir Tan Sri Ani Arope’ setebal 143 surat yang menceritakan permulaan IPP, di mana Unit Perancang Ekonomi (EPU) yang dikuasai Dr Mahathir Mohamad ketika itu memaksa TNB menyerahkan tanah di Paka, Terengganu dan Pasir Gudang, Johor kepada pihak ketiga bagi pembinaan loji janakuasa.

“TNB mempunyai rancangan untuk menghasilkan lebih banyak tenaga dengan membina loji di Pasir Gudang dan Paka. Pembiayaannya tidak ada masalah dan kredit kami adalah sangat tinggi. Kami mempunyai tanah dan bersedia untuk membina loji.

“Tetapi kami diberitahu oleh EPU bahawa ia mempunyai rancangan sendiri. Kami diberi amaran oleh EPU bahawa jika loji itu, yang mengambil masa dua bulan untuk disiapkan tidak dibina, Malaysia akan mengalami satu lagi ‘black out’,” katanya dalam temuramah oleh Starbiz baru-baru ini mengenai apa yang berlaku pada tahun 1992.

Katanya, TNB pada masa itu memiliki 250 jurutera dan adalah mustahil mengatakan kejadian black out  disebabkan perancangan lemah syarikat tanaga berkenaan.

Menurut Ani, selepas peristiwa itu, TNB menghasilkan elektrik pada 8 sen seunit (kwh) dan membekalkannya pada 17 sen seunit. Namun, IPP menghasilkan elektrik pada 23 sen seunit yang menyebabkan TNB perlu mengenakan caj dengan kadar tidak kurang daripada 30 sen seunit.

Katanya, tiada rundingan dilakukan dan perjanjian itu menyebabkan 20 juta pengguna pada tahun-tahun tersebut tiada pilihan dan terpaksa membayar kenaikan tarif elektrik.

“Selepas itu, pasukan saya kecewa. EPU hanya memberikan kami terma dan meminta kami bersetuju. Saya kata tidak mungkin,” katanya yang  terpaksa meletak jawatan sejurus selepas kejadian itu. Beliau berpendapat perjanjian itu adalah salah dari segi moral dan berat sebelah.

Berdasarkan laporan tahunan Petronas pada 2008, IPP mendapat subsidi gas berjumlah RM8.1 billion, manakala TNB pula memperoleh sebanyak RM5.7 billion.



Subsidi itu menyebabkan kontroversi kerana lebih 40% daripada lebihan kapasiti yang dijana setiap tahun adalah sia-sia kerana Malaysia tidak memiliki teknologi menyimpan bekalan.

 

“Dengan fasal ambil-atau-bayar dan dengan 40 peratus rizab berlebihan yang kita ada hari ini, seseorang hanya perlu menghasilkan setengah keupayaan seseorang dan dibayar 80 peratus daripada kapasiti yang dipersetujui. Syabas EPU – Unit merampas Ekonomi,” tambah Ani Arope dalam statusnya di Facebook.

PPA menyebabkan saham TNB jatuh menjunam daripada 20 sen pada tahun 1993 berkurangan kepada 10 sen pada tahun 1994. TNB terpaksa menaikkan tarif elektrik untuk mengekalkan keuntungan syarikat.

Syarikat pengeluar tenaga yang telah mendapat kadar keuntungan sehingga berbillion ringgit adalah Genting Sanyen Power Sdn. Bhd, Powertek Berhad, Segari Energy Ventures Sdn. Bhd SEV 2nd, YTL Power Generation Sdn. Bhd, ARL Tenaga Sdn. Bhd, TNB Janamanjung Sdn. Bhd, Teknologi Tenaga Perlis Konsortium Sdn. Bhd, Prai Power Sdn. Bhd, GB3 Sdn. Bhd dan Tanjung Bin Sdn. Bhd.



/sumber : Keadilan Daily
Ni dia tokey IPP






YTL Power di Paka Terenganu 


Genting Sanyen Power
Port Dickson Power Plant

Lagi di

No comments:

Post a Comment