Monday 28 April 2014

AWAS JANGKITAN VIRUS MERS-CoV KEPADA JEMAAH UMRAH/HAJI


1.   Pada 13 April 2014 umat Islam di Malaysia  dikejutkan dengan kematian seorang lelaki bernama Muhammad (54 tahun) berasal dari Batu Pahat, Johor. Muhammad meninggal dunia di Hospital Sultanah Nora Ismail Batu Pahat, Johor  setelah tiga hari dimasukkan ke hospital tersebut. Kematian arwah dipercayai ada kaitan dengan jangkitan sindrom pernafasan “Middle East Respiratory Syndrome Coronavirus @ MERS-CoV. Hasil dari bedah siasat mayat (post mortem), mendapati punca kematian adalah akibat ‘pneumonia secondary to MER-CoV' yang teruk. 

2.      Berdasarkan rekod  Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), kes tersebut merupakan kes kematian pertama bagi penduduk dari Negara ASEAN. Manakala menurut pihak berkuasa Kementerian Kesihatan Filipina, seorang warganegaranya  bekerja sebagai pembantu rumah yang baru pulang dari Negara Abu Dhabi UAE juga telah dikenalpasti menerima jangkitan virus tersebut dan  sedang dikuarantinkan di hospital.

3.    Berbalik kepada kes  Muhammad,  arwah dipercayai mendapat jangkitan tersebut setelah kembali  ke tanah air dari mengerjakan ibadat umrah dan ziarah di Tanah Suci Mekah. Arwah bersama 15 ahli rombongan lain dari Batu Pahat. Mereka kembali  ke tanah air pada 29 Mac 2014 menerusi syarikat penerbangan Turkish Airline. Arwah mengadu tidak sihat, iaitu demam, batuk dan kesukaran bernafas selama 10 hari. Arwah di bawa ke hospital pada 10 April 2014 untuk mendapat rawatan lanjut. Bagi masyarakat Islam yang baru pulang mengerjakan ibadat umrah dan ziarah dikedua-dua  tanah suci tersebut, gejala batuk-batuk,demam dan terasa senggal-sengal badan adalah lumrah dan biasanya berlanjutan sehingga dua minggu, makan dan minum ubat, in sha Allah sembuh.

4.      Ekoran dari kejadian tersebut,  pihak Kementerian  Kesihatan Malaysia (KKM)  pada 17 April 2014 telah menyaring seramai 100 orang penduduk di kampong  tersebut. Hasilnya, seramai 79 orang telah diletakkan di bawah pemantauan rapi oleh Kementerian Kesihatan di rumah masing-masing. Kesemua mereka terdiri dari 15 orang ahli rombongan umrah dan ziarah tersebut, manakala bakinya  64 orang adalah jiran atau saudara mara yang datang menziarahi dan telah memeluk atau bersalam dengan 15 orang tadi. Jurucakap kementerian mengesahkan dua dari 15 orang Jemaah umrah tersebut yang berasal dari Johor Baharu  ada menunjukkan tanda-tanda awal.

5.    Kesemua mereka yang dipantau telah diambil sampel lendir dari hidung dan mulut untuk dianalisis. Pihak Kementerian Kesihatan memandang serious jangkitan MER-CoV tersebut kerana belum ada vaksin untuk menyembuhkan penyakit tersebut.  Dalam masa yang sama, pihak Kementerian Kesihatan juga sedang meniliti dan mengenal pasti penumpang pesawat Turkish Airline penerbangan Jeddah-Istanbul-KLIA (TK93 dan TK60)  yang tiba pada 29 Mac 2014. Pihak kementerian meminta penumpang pesawat tersebut supaya membuat pemeriksaan saringan dimana-mana pusat kesihatan atau hospital.

7.       Berikut adalah beberapa maklumat yang berkaitan dengan jangkitan MERS-CoV

·     
  Virus ini pertama kali dilaporkan pada 24 September 2012 oleh pakar virus Mesir iaitu Dr. Ali Mohamed  Zaki di Jeddah, Arab Saudi.

virus MERS-CoV)
·      
virus baru ditemui

Lagi jenis virus MERS-CoV dipercayai lebih virulence dari virus SARS

Simptom biasa yang kerap berlaku apabila terkena jangkitan adalah kesukaran bernafas, diikuti dengan demam, batuk dan penafasan pendek. Pada setengah kes, pesakit juga dikaitkan dengan Pneumonia (jangkitan kuman pada paru-paru atau paru-paru berair), cirit birit dan kegagalan buah pinggang.

foto tahun 2009 da!
·       
      Analisis awal makmal menunjukkan virus tersebut  berasal dari haiwan unta. Dipercayai unggas kelawar gua juga mempunyai virus yang sama.  Menurut Menteri Kesihatan Malaysia Datuk Seri  Dr. S. Subramaniam, pemeriksaan terhadap darah unta di Negara Arab Saudi mendapati tahap antibody haiwan berkenaan sama dengan virus itu. Ada kemungkinan virus itu ada pada unta dan menular kepada manusia apabila seseorang itu berada terlalu dekat atau bersentuhan dengan unta.

·       Menurut  analisis dari  makmal lagi, asas biologi MERS-CoV sangat serupa dan sama dengan SARS-CoV yang pernah menggemparkan masyarakat dunia pada tahun 2008. Bagaimanapun dikatakan MERS-CoV lebih merbahaya. Virus SARS  tersebar melalui titisan cecair apabila pesakit SARS tersebut  bersin atau batuk yang boleh menyebabkan titisan cecair dari mata, hidung dan mulut ke udara yang akhirnya berjangkit kepada individu berkaitan. Berbeza dengan virus MERS-Cov, pakar kesihatan dan perubatan belum mengenal pasti cara penyebaran dengan tepat, tetapi dikatakan pesakit boleh dijangkiti virus tersebut meskipun pesakit berada jauh dari pembawa virus. Dengan kata lain tahap kebolehan atau mudah atau 'virulence'  jangkitan kepada orang sihat adalah TINGGI.

·       Pihak WHO dalam satu kenyataan di Geneva mengeluarkan amaran berjaga-jaga kepada petugas kesihatan di seluruh dunia supaya lebih peka dengan symptom MERS-CoV kerana  berpotensi menjadi pandemik yang boleh berjangkit dengan mudah.

·     Virus MERS-CoV mula dikesan di Timur Tengah pada tahun 2012 yang mencatatkan 238 kes dengan 92 kematian. Negara-negara Timur Tengah termasuklah  negara Arab Saudi, Emiriah Arab Bersatu, Jordan, Qatar dan Tunisia. Manakala di Eropah setakat 17 April 2014 kes-kes MERS-CoV telah dilaporkan berlaku di Denmark, Jerman, Peranchis dan United Kingdom. Berdasarkan kepada jumlah kes adalah sebanyak 238, manakala kematian sebanyak 92, ini bermakna mortality rate bagi penyakit ini melebihi 40% iaitu  10 orang dijangkiti, 4 orang mati


·     Setakat ini pihak WHO belum mengeluarkan arahan sekatan perjalanan pelancong antarabangsa kemana-mana negara. Mengenai pergerakan besar-besaran penduduk dunia yang beragama Islam ke Tanah Suci Mekah untuk menunaikan ibadat umrah pada bulan Ramadhan (Jun/Julai 2014) dan kemasukan sejumlah empat juta Jemaah Haji pada bulan September 2014, pihak berkuasa Kementerian Kesihatan Arab Saudi iaitu Khaled al-Mirghalni sepertimana yang dilaporkan oleh agensi berita AFP di Riyadh  berkata pihak berkuasa Saudi belum mengeluarkan apa-apa perubahan kepada syarat kemasukan  ke atas pas Jemaah haji tahun 2014.

·     Bagi menghadapi situasi yang boleh mendatangkan masalah kepada Jemaah umrah atau haji Malaysia, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom merancang mewujudkan pusat sehenti bertujuan  memantau Jemaah umrah daripada penyakit disamping menangani penipuan syarikat pakej umrah

Langkah-langkah pengawalan/pencegahan semasa di Tanah Suci
Amalan kebersihan seperti membasuh  tangan
Jangan makan makanan mentah seperti buah-buahan dan sayuran yang tidak dibasuh.
Jangan minum susu unta mentah
Jauhi atau jangan melawat ladang unta dekat Hudaibiah
Jangan memegang  atau sentuh hidung, mata atau mulut anda
Selalu pakai tutup hidung
Kerap mandi

.

No comments:

Post a Comment