Friday 4 April 2014

KUNJUNGAN KE BAITUL MAQDIS SIRI-1.0

Masjid Al-Aqsa (kubah warna hitam) dan Qubah as Sakhrah @ Dome of  The Rock (kubah warna emas) yang terletak dalam Al-Haram al-Sharif)  - foto dari Gunung  Zaiton @  Mount of Olives)


1. Penulis panjatkan kesyukuran yang amat sangat kehadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurnia dan rahmatNya  membolehkan penulis, abang  dan isteri berkunjung ke Baitul Maqdis dan dapat mendirikan solat fardhu dan solat sunat, berzikir dan wirid dan bertadarus kitab suci Al-Qur'an  di Masjid Al-Aqsa pada 15 Mac 2014.

2. Banyak kisah-kisah menarik yang boleh penulis berkongsi pengalaman dengan rakan-rakan fb (kecuali sdr. Nasir Joran - dia dah pi dalam siri  Jejak Rasul TV3 dulu). Penulis yakin, terdapat juga beberapa rakan fb yang telah 'terpilih' bagi menjejak kaki ke Baitul Maqdis al-Haram Al-Sharif ini dan tentu mempunyai beberapa kisah yang lebih menarik.

3. Saat yang paling teruja dan bersejarah di dalam hidup penulis ialah ketika terpandang Qubah as Sakhrah - salah satu seni bina Islam yang paling cantik di dunia, iaitu  sebaik-baik sahaja bas yang membawa kami keluar dari terowong panjang menghubungkan  lebuhraya dari bandar  Jericho ke Old Baitul Maqdis. Masya Allah !

4. Paling menarik dan mendebarkan  bagi penulis ialah pada hari ke-2  kami berada di kota Jeruselam, pada 16 Mac 2014, keadaan agak tegang. Pada sebelah malam, terdengar bunyi tembakan. Keesokan paginya setelah selesai solat Subuh dan ziarah di bahagian bawah Masjid Al-Aqsa (Old Al-Aqsa) rombongan kami terkepung, yakni tidak dapat keluar dari kawasan masjid untuk kembali ke hotel. Penulis akan papar dalam entri berikutnya mengenai askar Yahudi 'malaon'. Semasa berkunjung ke perkuburan Salman Al-Farisi (sahabat Rasulullah saw), ketika kami melalui sebuah bangunan - rupanya telah sedia ada keranda untuk diusung jenazah para syuhada yang bakal di tembak oleh askar Yahudi malaon pada hari tersebut.

keranda untuk syuhada Palestine.

5. Kepada anda yang berhasrat untuk menunaikan ibadat umrah buat kali pertama atau berikutnya, penulis sarankan tuan-puan ambillah pakej ziarah ke Baitul Maqdis. Cuma tambah lebih kurang RM 2000 dalam pakej umrah anda. Sebaik-baiknya, ziarah dahulu ke  Masjidil Al-Aqsa dan maqam rasul dan nabi, tempat-tempat suci agama samawi lain bagi kaum Yahudi dan Nasrani di Baitul Maqdis, kemudian ke beberapa tempat menarik di Jordan (seperti Gua Ashabul Kahfi, maqam-maqam nabi dan perkuburan para sahabat atau ke Laut Mati), seterusnya  ziarah perkuburan Rasullullah saw di Masjidil Nabawi  Kota Madinah dan berakhir dengan ibadat umrah di Masjil Haram di Mekah al-Mukarramah.

Teruskan bacaan anda Kunjungan Ke Baitul Maqdis Siri 2 DI SINI


No comments:

Post a Comment