Saturday, 12 April 2014

KUNJUNGAN KE BAITUL MAQDIS - SIRI 3.0

1. Pada tahun 1967 selepas kemenangan Israel  dalam Perang 6 Hari (Six-Day War) menentang Mesir, Jordan dan Syria, tentera Israel telah menawan Tebing Barat yang dalamnya ada al-Haram al-Syarif,  Kota Al-Quds dan kawasan  Al-Aqsa (Temple Mount). Ini bermakna  Temple Mount jatuh semula ke tangan orang Yahudi selepas beribu tahun berada dalam kekuasaan Islam setelah  direbut oleh Salahudin Al-Ayubi dari tentera Kristian. Penawanan Al-Quds merupakan permulaan bagi orang Yahudi merobohkan Masjid Al-Aqsa dan membina semula kuil ibadat The Mount Temple atau Haykal Sulayman yang pernah dimusnahkan oleh Maharaja Titus dari Rom beribu tahun dahulu.

2. Pada tahun 1994 Negara Jordan mula berdamai dengan  Israel dalam perjanjian 'Washington Declaration'. Bagaimanapun, masyarakat Islam beranggapan perjanjian damai tersebut adalah haram dari segi syara' kerana jika  berdamai dengan Israel bererti mengiktiraf negara Israel. Bagi penulis, Negara Jordan dahulunya adalah sebuah negara yang 'miskin'. Kerajaan Jordan pernah berhutang dari negara sahabat bagi membiayai projek pembangunan dan kebajikan rakyat.  Jordan  di antara Negara Arab  yang tidak mempunyai sumber petroleum bagi  menjana pendapatan negara. Jordan juga menanggung kos pengurusan pelarian Palestin yang ramai di pusat pusat petempatan pelarian UHNCR bersempadan dengan Israel. Dengan menganjurkan perdamaian, membolehkan pemerintah Jordan meumpukan kepada agenda pembangunan ekonomi dan meningkatkan taraf hidup rakyat. Hari ini, ekonomi Jordan melimpah ruah dari kemasukan pelancong dan kemajuan yang pesat dalam sektor pertanian moden. Pemerintah bukan sahaja mampu menyediakan peluang pekerjaan kepada rakyat, malah  turut membangunkan infrastruktur yang baru dan moden seperti rangkaian lebuhraya (tanpa tol), lapangan terbang, pusat perindustrian, perdagangan dan memajukan  industri perkhidmatan seperti perhotelan dan perlancongan. Jordan juga turut maju di dalam bidang pendidikan. Ramai  pelajar Malaysia datang menuntut di universiti-universiti di Jordan. 
landskap gurun yang menghijau


Negara Jordan yang tiada sumber petroleum, tetapi lebuhraya tanpa tol. Malaysia ada petroleum dan gas kena tol.  Nilai bayaran  pampasan  sekiranya kerajaan Malaysia mahu mengambil alih kesemua lebuhraya  tol ialah RM 400 billion ? 
3. Melalui 'pengiktirafan' Jordan ke atas Israel inilah membuka laluan kepada rakyat Malaysia untuk memasuki Baitul Maqdis, meskipun Malaysia tidak mempunyai hubungan diplomatik dengan negara Israel. Hampir kesemua pelawat dari Malaysia mendapat visa masuk ke Baitul Maqdis (Negara Israel) melalui Amman.

4. Rombongan kami tiba di Queen Alia International Airport Amman (terletak pada 3000 kaki dari aras laut) jam 5.45 pagi hari Sabtu 15 Mac 2014. Jordan berada pada penghujung musim sejuk. Cuaca pada hari itu 'luar biasa' sejuk. Bacaan suhu turun 5 darjah C . Semua peserta teruja kerana bila bercakap keluar asap (wap) "macam orang menghembus asap rokok". Menurut berita  dari akhbar The Jordan Times, salji kelihatan  turun di pusat peranginan Lembah Petra pada hari Jumaat 14 Mac 2014.

Queen Alia International Airport Jordan

5. Setelah bersarapan 'ala arab' di Amman Airpot Hotel, bagasi kami di asing-asingkan, kami dibawa ke Baitul Maqdis Israel melalui Pusat Imigresen Allenby Bridge. Kami ditemani oleh dua orang pelajar Malaysia yang sedang menuntut di universiti Jordan  sebagai pemandu pelancong 'partime'.

Sarapan pagi kami - banyak jenis roti.

Tidak banyak kesulitan di pusat imigresen Jordan di sempadan sebelah negara Jordan. Semuanya lancar. Bas mula bergerak masuk ke sempadan Israel. Kami dipesan supaya 'matikan'  kamera, dan diminta memberi kerjasama sepenuhnya kepada petugas Israel sebaik-baik sahaja melintasi border Jordan - Israel di Allenby Bridge. Sebelum tiba pusat pemeriksaan utama, penulis lihat simbol jerangkap samar yang dipacakkan  di situ.

jalan menuju ke border Jordan-Israel melalui Jambatan Raja Hussein (Israel panggil Allenby Bridge)

Jerangkap samar  di tanam di sempadan  (foto google sama seperti penulis lihat)

Bas berhenti di satu sekatan. Kelihatan seorang tentera Israel memeriksa bahagian bawah bas dengan menggunakan cermin khas. Bas dibenarkan bergerak melintasi barisan pagar berduri yang tinggi kira-kita 8 kaki (macam pagar border Malaysia -Thai dekat Bukit Kayu Hitam, Kedah)

Tentera Israel lengkap bersenjata M16 dan baju kalis peluru ( foto google - sama seperti penulis lihat)

6. Kami akhirnya tiba di CIQ (Kastam, Imigresen dan Kuarantin)  di dalam wilayah Israel. Di situlah mulanya cabaran dan  'penyeksaan' terhadap pelawat/ pelancong; kecuali pelancong Yahudi. Malah sekumpulan jemaah Arab Palestin yang baru pulang mengerjakan ibadat umrah di Mekah turut mengalami 'deraan' tersebut untuk memasuki negara mereka sendiri. Terdapat ramai pelawat pada masa tersebut. Kelihatan juga beberapa kumpulan pelawat dari negara Indonesia yang kebanyakkannnya warga emas. Kami turun dari bas dan membawa bagasi masing. Berikut adalah prosuder pemeriksaan  di CIQ di Allenby Bridge:-

  • Proses Saringan - setiap pelawat akan disaring oleh seorang petugas (tidak memakai unifom) yang dilengkapi komputer/internet  yang mempunyai pangkalan data nama-nama pelawat yang tidak diingini oleh negara Israel. Pasport disemak dengan teliti. Satu sticker kuning dilekatkan dan ditanda dengan nomber. Jika nama anda SULAIMAN BIN DAUD mungkin anda tidak 'bahaya' (Nabi Sulaiman dan Nabi Daud adalah nabi paling suci bagi agama Yahdi)  dan ditanda dengan No.2. Tetapi jika nama anda OSMAN BIN LEBAI DIN, iaitu mirip kepada Osama ben Laden, mungkin anda  ditanda No. 3 atau 4  iaitu individu yang perlu diberi perhatian (contoh kedua-dua nama tadi hanyalah imajinasi penulis sahaja). Seterusnya  satu slip imbasan histogram Kod QR  iaitu visa sementara yang mempamirkan wajah anda akan dikeluarkan diselit dalam pasport anda. Ini kerana pihak Imigresen Israel tidak boleh cop 'masuk' (admitted)  pada mana-mana helaian di pasport anda. Jika ada cop tersebut, anda mungkin menghadapi kesukaran masuk ke negara Arab Saudi atau pulang ke Malaysia !! (imajinasi penulis sahaja). Alhamdulillah, semua ahli rombongan kami terlepas saringan tersebut.


Sticker kuning - saringan status anda. Kad imbasan histogram Kod QR sebagai  visa sementara ganti cop pasport.
  • Pemeriksaan imbasan pengesanan bahan logam pada badan. Anda dikehendaki membuka tali pinggang dan kasut bila melalui pintu gerbang mesin pengimbas logam, manakala henfon dan kamera dimasukkan dalam tray khas yang akan diimbas oleh mesin pengimbas.  Sesudah pakai kasut dan tali pinggang dan mengambil semula bagasi dan henfon/kamera , anda dikehendaki beratur untuk pemeriksaan imigresen. Pemeriksannya amat teliti dan mengambil masa yang agak lama. Imbasan  iris mata dilakukan untuk mempastikan identiti anda adalah benar seperti mana  yang terdapat pada slip histogram yang dikepilkan tadi.
pelawat dan bagasi diimbas mesin pengesan logam 
  • Anda sekali lagi akan di periksa oleh pegawai imigresen supaya pemeriksaan sebelum ini tidak berlaku apa-apa perkara  terlepas pandang.


Bas yang didaftarkan di Israel - plat nombor warna kuning membolehkan bas tersebut bergerak di wilayah Israel dan Palestin.
7. Setelah semua urusan di CIQ selesai (hampir tiga jam), kami melafazkan kesyukuran ke hadrat Allah swt kerana selamat memasuki dan menjejak kaki ke Tebing Barat. Selain CIQ di Alenby Bridge, tedapat dua lagi CIQ iaitu di border Jordan - Israel dekat Laut Mati dan di  Ben Gurion Tel Aviv  Israel.  Bas disediakan untuk membawa kami  makan tengahari ke sebuah restoren Arab Palestin di Jericho. Disepanjang perjalanan kami diberi taklimat mengenai destinasi yang ditujui oleh Mr Kassim (Selamat?) yang begitu fasih berbahasa Inggeris.  Mr. Kassim seorang Arab Palestin yang sememangnya membenci orang Yahudi dan Israel. Disepanjang taklimat yang disampai, beliau sering menyebut "malaoun yahudi". Malaoun bererti golongan yang dilaknatkan Allah SWT.


8. Jericho atau nama Arabnya Ariha  adalah kota tertua di dunia kerana telah dibuka pada tahun 9000 SM.  Didiami seramai kira-kira 25000 orang Arab Palestin. Kami singgah makan tengahari di Restoran Temptation. Ramai pelawat  kat situ yang terdiri dari pelawat Islam dan yang beragama Kristian. Bersebelahan restoran itu  terdapat Gunung Tentations.   Ada perkhidmatan kereta kabel untuk sampai ke puncak gunung tersebut. Penganut Kristian menaiki kereta kabel tersebut untuk ke puncak Gunung Temptation  kerana mereka percaya Jesus telah bertapa di situ selama 40 hari selepas dibabtiskan.

Ramai orang kristian ziarah Jericho dalam pakej 'haji' mereka


Kelihatan gondola kabel car dari Restoren Temptation


9. Setelah siap makan tengahari, kami dibenarkan bershopping di gerai-gerai di tingkat bawah restoran. Berbagai jualan produk dari Laut Mati seperti produk spa (sabun), bahan-bahan seramaik, tekstil, buah-buahan dan sebagainya dipamir untuk jualan. Seterusnya kami menaiki semula bas menuju ke Kota Baitul Maqdis, iaitu kira-kira satu jam perjalanan. Sebelum masuk ke border Kota Baitul Maqdis, sekali lagi peperiksaan tentera di check point di buat terhadap semua kenderaan yang menghala ke sana. Bas berikutnya memasuki sebuah terowong yang panjang. Mr. Kassim menyuruh kami pejam mata dan sebaik sahaja keluar dari terowong tersebut, kami diminta melihat arah kiri yang kelihatan Kubah as Shakrah dan melafazkan takbir ALLAHU AKBAR, ALLAHU AKBAR, ALLAHU AKBAR!

Bas menyusur masuk pusat bandar Kota Maqdis. Disebelah kiri kita dapat melihat kota/tembok yang dibina oleh kerajaan Islam pada masa lampau. Bas berhenti di hadapan hotel Metropole yang terletak di Jalan Salahudin al-Ayubi.




binaannya masih utuh meskipun proses hakisan luluhawa dan gempa bumi berlaku berulang kali

kedapatan banyak bas persiaran di sini kerana Baitul Maqdis adalah tanah suci untuk ketiga-tiga agama Samawi


Siri berikutnya  air mata penulis berlinang tanda  kesyukuran kerana dapat meletakkan dahi di lantai Masjidil Al-Aqsa.  Teruskan bacaan anda SIRI  4  DI SINI  atau balik ke SIRI 2 DI SINI

No comments:

Post a Comment