Sunday, 6 April 2014

KUNJUNGAN KE BAITUL MAQDIS - SIRI 2.0



1. Penulis berbelah bagi ketika merancang ziarah ke Masjid al-Aqsa di Baitul Maqdis.  Ada fatwa yang menyatakan hukum 'haram' ziarah ke masjid  tersebut buat masa ini. Bagaimanapun, niat penulis  adalah ingin sangat melakukan solat di masjid tersebut dan bepegangkan kenyakinan kepada hadis "janganlah mengembara (semata-mata untuk mendirikan solat di suatu masjid) melainkan ke tiga masjid sahaja,  Masjidil Haram, masjidku ini (Masjid Nabawi di Madinah) dan Masjid Aqsa (Baitul-Maqdis)".  HR Imam Bukhori dan Muslim.

2. Search penulis dari blog Ustazamin.com - Majlis Fatwa Ulama Jerusalem, "semua umat Islam perlu datang ke sini, ia selaras dengan hadis nabi (seperti disebut di di atas). "Umat Islam  (dari seluruh dunia) perlu datang untuk memakmurkan  Masjid Al-Aqsa kerana Yahudi mahu masjid ini kosong".  Memang BENAR, foto di bawah membuktikan jumlah jemaah yang bersolat fardhu maghrib di Masjid Al-Aqsa cuma kedapatan 2 - 3 saf sahaja!.  Berbanding tidak ada ruang  untuk jemaah bersolat fardhu maghrib di Masjid Nabawi di Madinah atau Masjidil Haram di Mekah.  Fatwa tersebut mungkin ditujukan kepada umat Islam, tetapi BUKAN pemimpin negara mereka. Kedatangan pemimpin lebih bermaksud mengiktiraf negara Israel. 
jemaah sedang menunggu  laungan azan masuknya waktu maghrib di dalam Masjid A-Aqsa (perhatikan jam di dinding)

3. Penulis  juga telah membuat search mengenai sejarah pembinaan Masjidil Aqsa, kemenangan tentera pimpinan Salahuddin al-Ayubi di dalam Peperangan Salib, kecekalan pemerintahan Kerajaan Islam bermula dari pemerintahan Khalifah Umar Al-Khattab r.a, khalifah Umaiyah dan Ottomaniyah dalam memulihara Masjid al-Aqsa dan kisah-kisah/sirah nabi dan rasul, para sahabat para  Anbiya' di bumi al-Quds ini. Apabila ilmu yang dipelajari secara teori (melalui bacaan internet/buku) dan dengan melihat sendiri tempat atau objek-objek yang berkaitan, boleh memantapkan lagi iman dan aqidah.

                                                Bismillah
                          Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

        A001
Maha suci Allah yang telah menjalankan hambaNya (Muhammad) pada malam hari dari Masjid Al-Haram (di Makkah) ke Masjid Al-Aqsa (di Palestin), yang Kami berkati sekelilingnya, untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda (kekuasaan dan kebesaran) Kami. Sesungguhnya Allah jualah yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.

Perkuburan Salman Al-Farisi (sahabat Rasulullah saw) di Jabal Zaitun memerlukan  dana untuk penyelenggaraan. 

4. Di sepanjang perjalanan ziarah di bumi Palestin  (Tebing Barat), kita boleh melihat dengan mata sendiri betapa azabnya umat Palestin menjalani hidupan harian di bumi mereka sendiri akibat penindasan Israel Laknatu'llah.
menara pemerhati  dan dilengkapi cctv yang di bina oleh Israel untuk mengawasi pergerakan harian penduduk Palestin


5. Lebih dua juta pelancong datang mengunjungi Baitul Maqdis setiap tahun, tetapi cuma kira-kira 300,000 sahaja umat Islam. (Majoriti pelawat adalah penganut agama Kristian dan Yahudi dari luar Israel).  Negara Israel tidak memerlu hasil pendapatan dari visa kemasukan (US50/pax) pelancong asing  (Islam) yang berkunjung ke Baitul Maqdis untuk membeli senjata bagi  menindas dan menzalimi umat Islam Palestin kerana Israel adalah negara pengeksport senjata kedua terbesar di dunia. Sebaliknya kemasukkan pelancong Islam ke situ boleh meningkatkan jumlah jemaah yang akan memakmurkan Masjidil-Aqsa, menambah jumlah kutipan tabung atau dana pengurusan masjid dan maqam-maqam nabi/rasul dan perkuburan para sahabat yang banyak terdapat di situ. Ekonomi rakyat Palestin boleh dipertingkatkan melalui sektor perkhidmatan seperti perhotelan dan restoran, pengangkutan (sewa bas persiaran), sektor peruncitan dan industri kraftangan. KLIK DI SINI


Old Al-Aqsa (dibawah tanah Masjid Al-Aqsa yang sedang diperbaiki dan perkukuhkan supaya tidak runtuh - melibatkan dana yang besar. 
bahagian dalam Kubah As-Shakhrah yang diperkuatkan struktur sebelah dalam kubahnya supaya tidak runtuh (eg, gempa bumi)


buah delima hasil pekebun tempatan dibeli oleh penulis


restoren dari pengusaha orang Palestin di Juricho

Orang arab Palestin mempunyai kemahiran dalam penghasilan  kaca, seramik, tekstil, kulit dan ukiran. dari tulang-tulang

Receptionist Palestin di Hotel Metropole di Baitul Maqdis - sumber pendapatannya dari pengungjung   ke situ
6.  Bertekad untuk mendirikan ibadat solat di Masjidil Al-Aqsa, penulis dan seramai 24 orang ahli rombongan di ketuai oleh Ustaz Abdullah Khairi bin Hj.Haroon (anak jati Kampong Lahar Yooi-Lubuk Meriam Tasik Gelugor - penceramah dan motivator kontemporari terkenal  dalam youtube), bersama dengan Ustaz Mohd. Zuki (CEO Al-Irfan.co Travel & Tours S/B) serta diperkuatkan dengan para imam (termasuk Tn. Haji Haroon - Imam 1 Masjid At-Taqwa Lahar Yooi), ustaz dan ustazah, kami berlepas ke Amman Jordan dan seterusnya ke Baitul Maqdis pada 15 Mac 2014 lalu.

Ustaz Abdullah Khairi di belakang sekali



Teruskan bacaan anda. Kunjungan Ke Baitul Maqdis Siri 3 DI SINI atau balik ke SIRI 1 DI SINI






No comments:

Post a Comment