Saturday, 4 January 2014

CERITA DISEBALIK PUNCA KEBAKARAN FLAT PKNS 17 TKT KPG. KERINCI

FOTO YANG DIAMBIL PADA HARI KEDUA KEBAKARAN

1. Berikut adalah beberapa keping foto yang tak sempat diuploadkan dalam entri Flat PKNS 17 Tingkat Kampong Kerinchi Dalam Kenangan yang disiarkan pada 01/11/2013

Pada hari ke-2, masih terdapat sebuah jentera bomba di letak di kawasan parkir flat


Van Unit Forensik Kebakaran Jabatan Bomba dan Penyelamat masih berada di tempat kejadian


Krew Wartawan  dan Jurukamera dari NTV7 sedang membuat liputan

Sebahagian daripada mangsa yang sedang menerima sumbangan

2. Mangsa kebakaran juga mendapat sumbangan dari YB Nurul Izah Ahli Parlimen Lembah Pantai, UMNO Lembah Pantai, Persatuan Kebajikan Pekerja Telekom Malaysia dan sebagainya bagi mengurangkan beban sosial dan psikologi yang dihadapi pasca kebakaran tersebut.

Unit 8R dan 6R selepas bencana. Kelihatan bumbung sudah tiada. Tape kuning direntang oleh pihak Unit  Forensik Kebakaran JBP. Petugas RELA ditempatkan di situ

Kesan kebakaraan dari  10R


Unit 6R

KUNJUNGAN KE FLAT PKNS 17 TINGKAT KAMPONG KERINCHI

1. Pada  20/12/2013 yang lalu, penulis sekali lagi ke Flat PKNS 17 Tkt.  Kampong Kerinci meninjau kerja-kerja baik pulih enam unit rumah di Tingkat 16 yang musnah dalam kebakaran pada    jam 4.40 petang tanggal 31 /10/2013 lalu. Didapati kerja baik pulih  sebelah luar bangunan iaitu mengganti kayu alang dan bumbung serta mengecat semula telah siap. Sisa kebakaran seperti rutuhan kayu alang, siling, bumbung asbestos dan perabot yang musnah telah dipunggah keluar. Dijangka kerja-kerja membaiki  bahagian dalam bangunan akan bermula pada masa terdekat. Dana untuk memperbaiki kerosakan fizikal  bangunan tersebut diperolehi dari pelbagai sumber berikut :-

1.1  Tabung Penyelenggaraan 1 Malaysia (TP1M) menyumbang sebanyak RM 900,000 yang telah dikeluarkan oleh Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar bertujuan membaik pulih dan menyelenggara Flat PKNS 17 Tingkat Kampong Kerinchi. (sebahahagian daripada peruntukan tesebut telah digunakan sebelum kebakaran berlaku).

Flat DBKL bersebelahan Flat PKNS 17 Tingkat di Kampong Kerinchi telah siap dibaik pulih dari dana TP1M. Perhatikan logo TP1M yang terpampang.
1.2 Sumbangan hampir RM100,000 yang disediakan oleh YB  Senator Datuk Raja Nong Chik bin Raja Zainal Abidin sebelum PRU Ke-13 lalu.

1.3 PKNS telah memberi sumbangan RM 30,000 untuk kerja-kerja perparitan

1.4 Bayaran pampasan  Insuran kebakaran yang diambil oleh Badan Pengurusan Bersama Flat PKNS 17 Tingkat

2.  Sebenarnya sebelum kebakaran yang berlaku pada   31/10/2013 tersebut, kerja-kerja baik pulih dan naik taraf sedang dilakukan. Fasa satu melibatkan kerja-kerja mengecat dan membaiki tangga besi yang dipasang pada sisi bangunan tersebut.

cat baharu
 Fasa kedua adalah menukar bumbung. Ditakdirkan berlakunya kebakaran yang memusnahkan bumbung, maka kerja-kerja menukar bumbung baharu dijalankan sebaik sahaja mendapat kelulusan dari Jabatan bomba dan Penyelamat

kekuda/alang dari besi dan bumbung metaldeck baharu siap dipasang 
bumbung baharu
FOTO KESAN KEBAKARAN YANG DIAMBIL PADA 20 /12/2013

1. Kerosakan bahagian dalam unit-unit kediaman melibatkan kerja-kerja plaster semula dinding yang tertanggal, menampal rekahan pada dinding dan lantai, memasang bingkai pintu dan tingkap, pemasangan pintu, siling, cat, pendawaian elektrik, paip air dan saluran pembentong dan aksesoris berkaitan.

2. Kesemua mangsa kebakaran yang berdaftar masih ditempatkan di PPR Pantai Dalam sebagai penempatan sementara.

Bahagian  dapur Unit 10 R yang didiami oleh En. Zamri bin Mohd. Tenang serta keluarga

Bilik Unit 10R

Api dikatakan bemuladari sini Unit 12R

Biilik Unit 12R

Runtuhan sisa alang

dinding dan lantai retak di unit 10R

Pintu masuk Unit 8R

Semua binaan dari kayu musnah dimamah api

Dinding bangunan Flat  PKNS 17 Tingkat dibina dari bata merah

 Ruang tamu Unit 16 R masih utuh
No. 8R  dah rentong.
Tinggal kenangan. Apa yang menariknya, sudah 3 kali bangunan Flat PKNS 17 Tingkat ini dicat, tetapi singboard Asrama YAA tetap terlekat di tempat asalnya

2. Sebelum beredar dari kawasan bencana, penulis sempat berbual dengan salah seorang penghuni yang sewa di Tingkat 14. Namanya Junaidi, berasal dari Sumatera Barat. Junaidi menafikan desas-desus yang mengaitkan kebakaran berpunca dari kerja-kerja memasak yang dilakukan oleh penyewa dari Indonesia yang mendiami di Unit 12R. Menurut Junaidi, hampir kesemua penyewa Indonesia berasal dari daerah Kerinchi, Sumatera Barat. Beliau mendakwa kebakaran tersebut dipercayai berpunca dari litar pintas bukan dari kecuaian penyewa.

3. Litar pintas dikatakan punca kebakaran ada kebenarannya. Hal tersebut berkaitan dengan sistem pendawaian pada unit-unit kediaman tersebut sudah melepasi tarikh usia guna. Penulis telah menguji satu distribution box (DB) @ circuit breaker yang dipasang pada unit di Tingkat 15 dan didapati  sudah tidak berfungsi.
Apapun, kita tunggulah  laporan dari Unit Forensik JBP untuk mengetahui punca sebenarnya kebakaran tersebut. 


DB  yang telah hangus
DB yang asal yang dipasang dalam unit 16R
3. Walaupun berlaku kebakaran,  hartanah Flat PKNS 17 Tingkat dipercayai tidak turun, malah akan terus melambung berikutan  pembinaan projek mega yang terdiri daripada kondominium dan ruang pejabat mewah dan berprestij. Kini kadar sewa rumah di Flat PKNS tersebut mencecah RM 1000/bulan/unit.


Kondo Bangsar South




Bangsar South dan Pantai Panorama

Menara TM dan Hotel baru 

1 comment:

  1. hi my name is jack hazut my web sit is wwwisraelimage.net you have been using my photo without my permission please contact me jackhazut@yahoo.com



    Jack Hazut
    Photos from Israel and the world


    www.israelimage.net
    www.facebook.com/jack.hazut

    ReplyDelete