1. Berita Buletin Utama TV3 sebentar tadi melaporkan fenomena embun beku berlaku di Laban Rata, Gunung Kinabalu, Sabah. Menurut berita tersebut, seorang pekerja yang bertugas di Laban Rata, Mestianna Eil Indas, melapor pembentukan embun beku yang menyeliputi lapisan tumbuh-tumbuhan pagi tadi.
|
lapisan embun beku yang menutupi tumbuh-tumbuhan di Lanar Laban |
2. Fenomena tesebut berlaku pada pagi tadi. Bacaan suhu awal pagi di Laban Rata adalah 0 darjah Celcius manakala pada sebelah malamnya bacaan suhu turun di bawah paras sifar. Petugas dan pemandu pelancong yang berada Rumah Rehat di sekitar kawasan tersebut menyedari fenomena embun beku tersebut telah berlaku tiga atau hari yang lalu. Raban Rata terletak pada ketingggian 3,372.2 meter dari aras laut.
3. The Star Online pula memetik laporan menyatakan lapisan fros yang meliputi tanah dan tumbuh-tumbuhan juga berlaku di Panar Laban. Menurut Than Yau Kong seorang pemandu pelancong tempatan menjelaskan "ia seperti kristal ais kecil di udara yang cair apabila ianya bersentuhan dengan kulit anda".
|
Lapisan fros yang wujud pagi tadi. (foto insan Mestianna Eil Indas) |
4. Pada bulan lepas, dunia dikejut dengan pembentukan salji di negara Mesir dan Vietnam. Fenomena ini di anggap sebagai satu sejarah iklim yang luar biasa.
|
Salji yang tebal turun di Kaherah pada 17 Disember 2013. Salji juga turun di Semenanjung Sinai dan Kota Alexandria di Mesir dan di Juruselam, Pelastin |
|
salji turun di Baitul Maqdis |
|
Foto Al Jazeera : Saji turun di kawasan hutan pergunungan Provinsi Loa Cai dan Ha Giang di Vietnam Utara pada 18 Disember 2013 |
Tidak ketinggalan, salji juga turun di negara jiran kita iaitu Indonesia. Pembaca berita Chems Ford News yang memuat naik di You Tube melapor tentang kejadian yang luarbiasa apabila bahagian Utara Kepulauan Indonesia dikatakan dihujani salji buat kali pertama. Bagaimanapun, berita tersebut disahkan palsu.
|
Chelms Ford News melaporkan 'berita palsu' penurunan salji di Indonesia |
5. Jabatan Meteorologi Malaysia pada Kenyataan Akhbar di bawah tajuk Keadaan Cuaca Sejuk di Malaysia yang disiar pada jam 7.30 malam bertarikh 23 Januari 2014 yang lalu mensifatkan berita salji turun di Indonesia adalah tidak benar. Menurut kenyataan tersebut "adalah mustahil untuk negara-negara iklim tropika seperti Malaysia dan Indonesia untuk mengalami salji kerana suhu udara dikedua-dua negara tersebut adalah tinggi sepanjang tahun."
|
Imej Satelite sebahagian Asia Tenggara pada hari ini |
|
Imej dari radar Jabatan Meteorologi Malaysia pada hari ini. |
6. Keadaan cuaca yang tidak menentu juga dilaporkan berlaku di negeri-negeri Pantai Timur Semenanjung. Baru-baru ini bacaan cuaca di Kampung Beris Pak Abu, Besut, Terengganu mencatat paras terendah iaitu 19 darjah celcius. Bagitu juga bacaan suhu di daerah Kuala Kerai, Kelantan turut merekodkan suhu sejuk terendah sehingga 17 darjah Celcius. Menurut jurucakap Jabatan Meteorologi Wilayah Kelantan dan Terangganu, penurunan suhu di kedua-dua daerah tersebut adalah 'satu rekod', kerana kedua-dua daerah tersebut kebiasaanya mencatat suhu minimum sekitar 23 darjah Celcius pada sebelah malam. Oleh itu, penduduk di kawasan tersebut terpaksa memakai pakaian tebal dan tidak mandi pada waktu pagi kecuali rumah yang ada shower air panas. Ramai penduduk mengadu mengalami demam dan sakit kepala.
|
Nur Husna Najian 13, adiknya Nur Husna Najihan 8 dan sepupunya Nur Sara berkelumbung kerana kesejukan di Besut (foto Metro Online) |
7. Fenomena yang sama juga berlaku di Chuping Perlis, rekod Jabatan Mateorologi mencatatkan bacaan suhu adalah 19.8 darjah Celcius pada awal bulan Januari 2014. Mereka yang pernah mengerjakan ibadat haji atau umrah di Mekah tentulah dapat mengenang kembali rasa tiupan angin sejuk yang menyapa ke muka, kini ciri-ciri tersebut terdapat di tanah air sendiri terutama pada waktu malam atau awal pagi.
8. Untuk pengetahuan anda, fenomena suhu sejuk pada waktu malam adalah berpunca dari corak tiupan angin yang lebih kuat yang bergerak dari Siberia dan Negara China yang mengalami winter menuju ke khatulistiwa. Negara China dan Siberia yang sejuk berada dalam tekanan udara tinggi, manakala kawasan doldrum khatulistiwa pula sentiada mengalami tekanan udara rendah. Oleh itu, aliran angin bergerak dari kawasan tekanan udara tinggi ke kawasan tekanan udara rendah. Cuma, pada kali ini, dipercayai pergerakan angin tersebut lebih laju dan dapat mengekalkan sebahagian suhu rendah yang dibawa dari Negeri China dan Siberia. Disamping itu, pembentukan kepulan awan adalah nipis pada waktu malam. Awan biasanya menjadi 'selimut' pada waktu malam. Selimut yang 'nipis' membolehkan kita merasa sejuk dan tidak selesa.
9. Keadaan cuaca di bahagian lain terutama di Pantai Barat Semenanjung, Angin Monsun Barat Daya yang bertiup dari Lautan Hindi dijangka sampai pada bulan Mac nanti. Untuk sementara waktu, kawasan tersebut mengalami keadaan cuaca yang agak panas. Malaysia yang terletak di kawasan doldrum khatulistiwa amat jarang sekali mempunyai keadaan langit yang tidak berawan lansung meskipun pada musim kemarau yang teruk. Oleh itu, suhu panas di kawasan Pantai Barat Semenanjung tidaklah mencapai keparas yang boleh merbahayakan nyawa dan kesihatan penduduk yang terdedah kepada pancaran cahaya matahari. Bagaimanapun pembentukan awam kumulonimbus adalah jarang terbentuk dan potensi untuk pembentukan hujan lebat adalah rendah. Sebaliknya pada waktu malam bacaan suhu di setengah-setengah kawasan adalah relatif rendah.
10. Di Kampung Lahar Yooi, Tasik Gelugor Seberang Perai, penduduk tidak menganggap keadaan cuaca yang tidak menentu ini sebagai sesuatu yang ganjil. Kebanyakkan penduduk adalah pesawah padi. Kebiasaanya bulan Januari adalah musim kemarau. Pada sesetengah sawah, kedapatan pokok padi yang sedang menguning dan sesetengahnya sedang dituai . Kedapatan tanah sawah telah dibajak kering.
|
padi menguning siap untuk dituai |
|
jentera penuai digunakan dengan meluas kerana menjimat kos tenaga buruh dan masa |
|
taliair kering |
|
sesetengah jerami dibakar |
|
burung bangau mencari sisa padi di dalam petak bendang |
|
kelihatan daun pokok getah dipinggir sawah yang telah gugur |
11. Kebanyakan tumbuhan rumput rumpai menjadi kering kerana hujan tidak turun atau turun tidak lebat semanjak bulan Disember 2013. Penternak lembu terpaksa mendapatkan bekalan rumput yang tumbuh menghijau di tebing sungai
|
Pak Lah mensabit rumput di tebing sungai yang masih hijau untuk dijadikan makanan lembunya. |
|
Pak Salleh menjala dari atas botnya di Sungai Kereh yang cetek pada musim kemarau |
|
Sekawan biri-biri mencari rumput hijau |
12. Suhu panas dan pancaran matahari yang terik menyebabkan pokok bunga kertas menghasilkan 'bunga. yang kembang mekar dan tidak gugur kerana hujan tidak turun
|
pokok bunga kertas yang ditanam di rumah penulis |
|
Pokok bunga kertas yang ditanam disekitar rumah penulis |
13. Keadaan cuaca kering tetapi berangin amat sesuai untuk aktiviti sukan dan rekriasi.
|
Rutin setiap pagi - penulis berjoging dalam bendang |
|
Masjid At-Taqwa Kampong Lahar Yooi menganjukan futsal sempena Sambutan Maulid ur Rasul |
No comments:
Post a Comment