Saturday 27 June 2015

TRAVELOG YANG BERJAYA (DARI LAHAR YOOI KE ALEXANDRIA-MANCHESTER) Part 20 - AKHIR

PART 20  :  BALIK KE CAIRO - KEHEBATAN  KUBU SALAHUDDIN AL-AYUBI


Baca Part 19 DI SINI


1. Pesawat Manchester-Istanbul-Alexandria tiba di Lapangan Terbang Borg el Arab Alexandria pada jam 3.00 am. Kami terkejut kerana Ustaz Affuan dan Ustaz Azin telah menunggu ketibaan kami bersama sebuah tramco. Kami terus di bawa ke rumah Ustaz Affuan di As-Sofirah Beach. Setelah berehat, pada sebelah petang kami meneruskan aktiviti lawatan sekitar Alexandria dengan berkunjung ke Istana King Farouk di Montazah iaitu terletak kurang satu km dari kediaman Ustaz Affuan. Untuk masuk ke kawasan istana, pengunjung di kenakan bayaran 9 Geneh seorang. Kawasan istana amat luas iaitu kira-kira 155 hektar. Di dalamnya tersergam istana King Farouk yang memiliki seni bina yang indah, ditambah pula dengan kedudukannya yang terletak di dataran tinggi menghadap ke arah lautan Mediteranean. (Sekadar info, King Farouk adalah Raja terakhir kerajaan Monarki Mesir yang berpusat di Iskandariah. Sebagai seorang raja yang lemah kerana sikap boros dan rendah akhlak, baginda telah dikudetakan oleh Jenderal Jamal Abdul Naser yang mengangkat diri beliau sebagai President Republik Rakyat Mesir yang Pertama dan telah mengishytihar pemerintahan Mesir bertukar kepada negara Republik yang berpusat di Kaherah). Kawasan lapang di Montazah amat sesuai untuk aktiviti kekeluargaan. Kami disapa oleh satu keluarga Arab dan menjemput kami bersama meraikan parti  birthday cucu mereka di situ. Alhamdullah, kami dijamu kek yang sangat sedap. Syukran.  Seterusnya kami ke pinggir pantai Laut Mediteranean untuk menyaksikan saat-saat matahari terbenam. Gelagat anak pasangan Ustaz Affuan dan Nurun Aina telah menarik ramai kanak-kanak dan remaja  Arab untuk memeluk, mendukung, berjalan bersama dan berselfie dengan Putri Affina Sofea.  Menjelang maghrib, kami balik solat jamak di kediaman Ustaz Affuan. Pada sebelah malamnya sekali lagi  Ustaz Affuan dan isteri mengajak kami menjamu mata di sekitar Pasar Al-Khalili.


Ust. Affuan, isteri Nurun Aina dan puteri kesayangan mereka Putri Affina Sofea
tiket masuk ke kawasan Istana

berjamu selera bersama dengan satu keluarga Arab 
terdapat banyak pokok kurma yang di tanam di dalam kawasan istana. Kononnya, satu pokok mewakili satu gundik yang dimiliki oleh King Farouk
ramai remaja berkunjung dengan menaiki kereta mewah  sambil memutar muzik pop Arab yang bingit

ni dia Istana King Farouk - di tutup kerana kerja-kerja baik pulih

Laut Mediteranean

budak-budak Arab ni geram tengok Putri Affina - pakat berebut dan pimpin tangan 

Mereka teruja dapat bersama Putri Affina. Budak Arab yang berjaket hitam tu menangis kerana tidak dapat memegang putri Affina 


Ramai pelawat berkunjung pada sebelah petang



Subhanallah - cantik melihat matahari mulai terbenam



satu kawasan perumahan golongan mewah bersebelahan Istana  King Farouk. Pengunjung dikenakan bayaran tol untuk memasuki kawasan tersebut.



kalau tuan/puan ke Iskandariah, jangan lupa minum air tebu yang penuh aroma, manis dan sedap.
Pasar Malam al-Khalili

terdapat berbagai-bagai jenis makanan yang dijual. Kami membeli ubi keledek yang dibakar dalam satu dapur khas - sedaaap
orang Arab amat gemar membeli pakaian yang agak seksi (dipakai disebalik jubah labuh tu)

sulaman sesuai untuk dihadiah kepada pengantin baharu. Boleh sulam nama pengantin lelaki dan perempuan dalam logo love

2. Keesokan hari, kami melawat Perpustakaan Alexandria atau Bibliotheca Alexandaria iaitu pernah menjadi salah sebuah perpustaan yang terbesar dan tertua di dunia. Sejarah penubuhan librari itu amat menarik. Librari ini di bangunkan pada Tahun 56SM. Suatu ketika pernah memiliki sejmlah 700000 koleksi buku yang disusun menurut tema, termasuk karya penulis dan penyair tersohor seperti Homer, Sophocles, Aristophanes, Archimedes dan hipppocrates. Dikatakan pernah dibakar oleh Maharaja Julius Caesar pemerintah dari Roman bertujuan sebagai satu strategi peperangan dan menghapuskan sejarah tamadun ilmu pengetahuan Islam. Sekarang, Bibliotek Alexandria di rasmi pada Tahun 2003 iaitu bangunan baharu dengan keluasan lantai melebihi 70,000 meter persegi dan memiliki lebih 8 juta naskah buku  Bayaran masuk di kenakan kepada  pelawat.  Bagaimana pun, penulis dan isteri bernasib baik kerana kepintaran Ustaz Affuan membolehkan kami dikenakan bayaran cuma 1 Geneh sahaja iaitu caj untuk pelajar. Setiap pengunjung mesti melalui pemeriksan keselamatan yang ketat apabila melalui pintu imbasan anti logam. Hiasan dalaman cukup cantik. Bangunan itu juga mempunyai sebuah pusat persidangan, perpustakaan dikhususkan untuk golongan buta dan kanak-kanak, 3 muzium, 4 galeri seni, sebuah planetarium serta sebuah makmal pemulihan manuskrip.

cantik dan hebat


sebahagian dari arca yang dipamir di luar librari

laluan ke bahagian pintu masuk utama



Kampus Universiti Alexandria yng berlokasi bersebelahan Bibliotek Iskandariyah



Bahagian dalam perpustakan





Hebat



koleksi mesin cetak buku / kitab turut di pamerkan

berbagai kemudahan di sediakan pada lantai B

buku terbaharu

3. Dari Bibliotek Alexandria, kami balik semula ke aparment Affuan untuk makan tengahari dan seterus membawa turun semua bagasi untuk di bawa ke Cairo. Kami dapatkan perkhidmatan keretapi ayam untuk ke stesen utama Alexandria dan seterusnya naik keretapi ekspress ke Cairo. Dari situ, kami sekali lagi ke Malaysia Hall untuk bermalam kerana kami bercadang melawat Kubu Salahudin sebelum ke airport Cairo, berangkat pulang ke Malaysia. Setelah urusan cek-in bilik di Malaysia Hall selesai, kami keluar mencari makan malam bersama Ustaz Affuan dan seorang pelajar Malaysia ke sebuah restoran Cina Muslim yang terdapat berdekatan Malaysia Hall. Lewat malam kami pulang dan tidur dengan senyenyak-nyenyaknya.

tren ke Cairo jam 6.11 petang

4. Setelah sarapan pagi di cafe Malaysia Hall, Ustaz Affuan datang jemput kami untuk lawatan seterusnya dan yang terakhir di bumi Mesir iaitu berkunjung ke Kubu Salahuddin Al-Ayubi. Kami dapatkan teksi ke situ. Kami ditemani oleh tiga orang pelajar Malaysia yang turut pertama kali melawat kubu itu. Kubu (qal'ah) Salahuddin dibangun oleh panglima Salahuddin Al-Ayyubi pada tahun 1183 untuk membentengi kota Cairo dari serangan-serangan luar, khususnya dimasa Perang Salib. Terletak disebelahan Bukit Muqattam. Sebahagian besar batu untuk membina kubu yang kukuh itu di bawa dari kawasan piramid Gaza. Terdapat banyak pintu masuk. Kami masuk ikut pintu Fath. Terdapat banyak kesan sejarah . Dalam kubu tersebut juga terdapat Masjid  Mohamad Ali Pasha persis Masjid Biru di Istanbul. Terdapat juga di dalam kawasan kubu tersebut bangunan yang diubahsuai menjadi Muzium Polis, Muzium Permata (koleksi perhiasan Raja Mesir) dan Muzium Angkatan Tentera Mesir. 


Hebat - Kubu Salahuddin mempunyai tembok tinggi menghalang musuh ceroboh masuk



penulis bersama Ustaz Affuan dan pelajar Malaysia di Mesir di hadapan pintu masuk Kubu Salahuddin

ni dia Masjid Mohammad Ali Pasha yang sungguh cantik di perbuat dari marmar.

ketinggian kubah 52 meter dan menara menjulang ketinggian 84 meter



MPSP boleh tiru ni.

laluan ke Muzium Polis dan Muzium ATM

Masjid Mohammad Ali Pasha yang sungguh cantik

Ruang dewan solat utama dengan  lampu candeliar yang sangat cantik 



Pintu Masuk Muzium Polis


ni dia lokup tempat tahanan penjenayah dan penentang Raja Mesir


sebahagian dari aset tentera Mesir yang dipamirkan termasuklah jet-jet pejuang, kereta kebal dan pelancar roket dan misil.


unit artileri Mesir




Setelah hampir dua jam kami meninjau seluruh kawasan  Kubu Salahudin, kami dapatkan teksi ke untuk ke Malaysia Hall memugut bagasi yang disimpan di situ, seterusnya  ke Cairo International Airport. Perjalanan ke airport  memakan masa lebih satu jam kerana pihak tentera Mesir telah membuat sekatan jalan raya mengesan dan menghalang atau menangkap pihak-pihak tertentu melolos diri meninggalkan negara tersebut. Di Balai Berlepas, kami bertemu semula dengan Naemah dan anak cucu Kak Zah. Setelah selesai semua urusan imigresen dan kastam, kami menaiki pesawat Etihad menuju ke Abu Dhabi dan seterusnya balik ke KLIA.

Rumusan

Mini travelodge kami agak berjaya, terutama ketika berada selama 11 hari di UK. Kami agak terkilan kerana tidak berpeluang melawat banyak tempat lain di Mesir kerana kesilapan perancangan oleh Naemah. Kami dimaklumkan, keluarga Naemah sangat kecewa kerana selama tiga minggu mereka berada di Cairo dan Iskandariah, hanya tempat tertentu sahaja di lawati. Disamping melihat dengan mata kepala kami sendiri beberapa objek tarikan dunia seperti piramid, spink, Sungai Nil, Masjid Biru dan Aya Sophia serta London Tower Bridge, Big Ben dan Stadium Manchester United, kami juga telah dapat menjalin persahabatan dengan beberapa rakyat Malaysia samada sebagai pelajar atau mereka yang telah menentap sekian lama di Mesir dan UK.




BACA   PART  1  ; DI SINI



Siri akan datang - pengalaman ke Guilin China - Taman Syurga Dunia 

SEJARAH PUASA DAN AMALAN PUASA RASULULLAH S.A.W



1. Syariat  amalan ibadat puasa dalam Islam adalah lanjutan  tradisi puasa seluruh agama samawi (Agama Wahyu dari langit) yang ada sebelum munculnya agama Islam. Dengan kata lain, penganut agama Yahudi, Kristian dan penganut agama Ardhi seperti agama Budha, Hindu, Congfucius dan sebagainya telah melakukan puasa mengikut ritual agama mereka. Pada peringkat awal mulanya perintah berpuasa, kaum Muslimin dan muslimat diajar berpuasa sekitar 22 jam, iaitu berbuka puasa apabila masuknya waktu maghrib. Setelah menjamah juadah berbuka puasa atau berjimak dengan isteri, mereka langsung berpuasa kembali setelah menunaikan solat Isyak. Dalam kes-kes tertentu, mereka yang keletihan dan tertidur sehingga masuk waktu Isyak, setelah terjaga, mereka tidak dibenarkan makan (berbuka dan bersahur) lagi, yakni mereka mesti meneruskan puasa. Mereka tertakluk kepada syarat-syarat wajib puasa atau pantang larang yang dikenakan kepada orang berpuasa, iaitu  mereka dilarang makan, minum dan melakukan jimak dengan isteri hingga hari berikutnya. Namun, setelah sahabat Nabi s.a.w, Umar bin Khathab r.a mengungkapkan kejadian mempergauli isterinya pada satu malam Ramadhan kepada Rasulullah s.a.w, maka Malaikat Jibrail turun membawa Wahyu dari Allah s.w.t.  seperti yang terdapat dalam surah  Al-Baqarah: 187:


“Dihalalkan bagi kamu pada malam hari bulan puasa bercampur dengan isteri-isteri kamu; mereka adalah pakaian bagimu, dan kamu pun adalah pakaian bagi mereka. Allah mengetahui bahawasanya kamu tidak dapat menahan nafsumu, karena itu Allah mengampuni kamu dan memberi maaf kepadamu. Maka sekarang campurilah mereka dan ikutilah apa yang telah ditetapkan Allah untukmu, dan makan minumlah hingga terang bagimu benang putih dari benang hitam, iaitu fajar. kemudian sempurnakanlah puasa itu sampai (datang) malam, (tetapi) janganlah kamu campuri mereka itu, sedang kamu beri'tikaf dalam masjid. Itulah larangan Allah, Maka janganlah kamu mendekatinya. Demikianlah Allah menerangkan ayat-ayat-Nya kepada manusia, supaya mereka bertakwa.”

Dengan turunnya ayat tersebut, dengan tersendirinya terbatallah segala larangan dan pantang larang yang dikenakan kepada mereka yang berpuasa. Jelas, dari ayat di atas,  Allah s.w.t menghalalkan hubungan suami-isteri pada malam sepanjang bulan Ramadhan  Al-Kareem dan ketegasan batas waktu puasa yang dimulai dari terbitnya fajar hingga terbenam matahari. 


2. Supaya kita mendapat keberkatan dari ibadat puasa, berikut adalah antara beberapa amalan yang dilakukan oleh Rasulullah s.a.w. ketika menjalankan ibadat puasa pada sepanjang Ramadhan 

  • Rasulullah s.a.w bangun bersahur.
Rasulullah s.a.w bersahur awal pagi, iaitu waktu yang sangat hampir dengan waktu solat subuh. Dari segi biologi bersahur pada waktu tersebut  memberi kesegaran untuk kita menghabiskan hari siang kita dengan berpuasa. Rasulullah s.a.w bersabda yang diriwayatkan oleh Iman Bukhari:

Dari Anas Bin Malik r.a: Rasulullah s.a.w bersabda:

"Bersahurlah kerana pada sahur itu terdapat keberkatan."


Rasulullah s.a.w juga menekankan kepada kita untuk bangun bersahur kerana ia adalah salah satu dari ciri-ciri bersahur orang Islam. Menurut satu hadis yang diriwayatkan Imam Muslim r.a;

"Perbezaan antara puasa kami dengan puasa ahlu al-Kitab adalah makan sahur"


  • Menyegerakan Berbuka Puasa
Amalan menyegerakan berpuaka puasa apabila telah tiba waktu berbuka ada diterangkan dalam hadisnya seperti yang dilaporkan oleh Imam Bukhari dan  Muslim:

عَنْ سَهْلِ بْنِ سَعْدٍ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ : " لا يَزَالُ النَّاسُ بِخَيْرٍ مَا عَجَّلُوا الْفِطْرَ "

"Manusia itu akan terus berada dalam kebaikan selagi mana dia menyegerakan berbuka puasa".

Perbuatan melambat-lambatkan berbuka puasa adalah salah satu perbuatan yang dilarang oleh Rasulullah s.a.w.  Bagi penganut Yahudi dan Nasrani, mereka sering memlewatkan waktu berbuka. Ajaran syiah juga menuntut pengamal ajaran tersebut melewatkan berbuka puasa.  Menurut Imam Abu Daud & Ibn Majah yang sanadnya berstatus hasan seperti yang dinilai oleh al-Albani r.h,

قال النبي صلى الله عليه وسلم : " لا يزال الدين ظاهراً ما عجل الناس الفطر لأن اليهود والنصارى يؤخرون "

"Agama ini akan sentiasa zahir (jelas) selagi mana umatnya menyegerakan berbuka puasa, ini kerana orang-orang Yahudi dan Kristian, mereka melewat-lewatkannya."

Dikeluarkan dari Musannaf Abdul Razzak dan Fathul Bari (kitab syarah sahih al-Bukhari) ‘Amr Bin Maimun r.h berkata:

وقال عمرو بن ميمون الأودي رحمه الله : " كان أصحاب محمد صلى الله عليه وسلم أسرع الناس إفطارا ًوأبطأهم سحوراً "

"Sahabat-sahabat Rasulullah s.a.w adalah manusia yang paling cepat (ketika) berbuka puasa dan yang paling lewat (ketika) bersahur".

وعَنْ عُمَارَةَ بْنِ عُمَيْرٍ عَنْ أَبِي عَطِيَّةَ قَالَ :
دَخَلْتُ أَنَا وَمَسْرُوقٌ عَلَى عَائِشَةَ فَقُلْنَا يَا أُمَّ الْمُؤْمِنِينَ : رَجُلانِ مِنْ أَصْحَابِ مُحَمَّدٍ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَحَدُهُمَا يُعَجِّلُ الإِفْطَارَ وَيُعَجِّلُ الصَّلاةَ ، وَالآخَرُ يُؤَخِّرُ الإِفْطَارَ وَيُؤَخِّرُ الصَّلاةَ ..
قَالَتْ : أَيُّهُمَا الَّذِي يُعَجِّلُ الإِفْطَارَ وَيُعَجِّلُ الصَّلاةَ ؟
قَالَ قُلْنَا عَبْدُ اللَّهِ يَعْنِي ابْنَ مَسْعُودٍ .
قَالَتْ كَذَلِكَ كَانَ يَصْنَعُ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ .

Dari Abi ‘Atiyyah katanya: "Aku dan Masruq telah bertemu Ummu al-Mu’minin r.anha dan kami berkata kepadanya: “Dua orang lelaki dari sahabat Muhammad s.a.w, salah seorang darinya mempercepatkan berbuka dan mempercepatkan solat, manakala seorang lagi melewatkan berbuka dan melewatkan bersolat...” Ummu al-Mu’minin berkata: “Siapakah di antara mereka berdua yang mempercepatkan berbuka dan menyegerakan bersolat?” Kami berkata: “Abullah iaitu Ibn Mas’ud.” Kata (Ummu al-Mu’minin): “Perbuatan (menyegerakan berbuka) Itulah yang telah dilakukan oleh Rasulullah s.a.w”.


  • Doa Ketika Berbuka Puasa

Rasulullah s.a.w menuntut kita bahawa berdoa apa sahaja  ketika berbuka puasa kerana ketika itu adalah waktu mustajab berdoa. Berdasarkan hadis sahih Rasulullah s.a.w bersabda seperti yang diriwayatkan Tirmidzi, Ibn Majah dan Ibn Hibban:

إبي هريرة قال : قال رسول الله صلى الله عليه وسلم :ثلاثه لاترد دعوتهم : الأمام العادل , والصائم حتى يفطر , ودعوة المظلوم...

"Tiga golongan yang tidak ditolak doa mereka: Pemimpin yang adil, Orang yang berpuasa sehingga dia berbuka, dan doa mereka yang dizalimi..."

Di antara doa yang diamalkan oleh Rasulullah s.a.w ketika waktu tersebut adalah:

ذهب الظماء وابتلت العروق وثبت الأجر إن شاء الله تعالى

Telah hilang kehausan, telah basah urat-urat dan telah ditetapkan pahala-pahala insyaAllah.


  • Berbuka Dengan Beberapa Biji Kurma

Rasulullah s.a.w adalah memulakan memakan beberapa biji kurma basah ketika berbuka puasa. Perbuatan tersebut sangat baik dan tidak menganggu sistem peghazaman tubuh kerana buah kurma kaya dengan berbagai zat mineral yang baik untuk proses penghazaman. Dengan itu, memudahkan baginda melakukan solat Maghrib.

Menurut  Anas Bin Malik, seperti yang dilaporkan oleh Ahmad, Abu Daud dan Tirmidzi :

"Rasulullah s.a.w apabila baginda berbuka puasa, baginda berbuka dengan beberapa biji kurma basah sebelum solat. Jika tiada kurma basah, baginda berbuka dgn kurma kering. Jika tiada kurma kering, baginda berbuka dengan beberapa teguk air."

kurma basah segar


  • Menjaga Lidah

Ramai yang berpuasa, tetapi tidak mendapat pahala dari amalan tersebut. Sebaliknya mereka hanya mendapat lapar dan dahaga sahaja. Antara faktor berlaku kerugian rohani tersebut adalah kerana mereka tidak menjaga lidah. Sepatutnya pada bulan puasa, kita dituntut membasahkan bibir dengan zikrullah atau bertadarus, sebaliknya kita lebih gemar mengumpat, mencaci, mengeluarkan kata-kata kesat dan lucah, mengadu domba, banyak bercakap, berbohong, menyanyi lagu-lagu yang lagha.

sahabat kita ketika kita menjauhi sunnah Nabi saw
 Rasulullah s.a.w bersabda dalam sepotong hadis yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad dan al-Tabarani:

رُبَّ صَائِمٍ حَظُّهُ مِنْ صِيَامِهِ الْجُوعُ وَالْعَطَشُ , وَرُبَّ قَائِمٍ حَظُّهُ مِنْ قِيَامِهِ السَّهَرُ

"Ramai orang puasa, tetapi balasannya hanya lapar dan dahaga (tiada pahala) dan ramai orang berjaga malam (beribadah) balasannya hanyalah mengantuk (tiada pahala)".

Rasulullah s.a.w bersabda lagi dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari:

وَإِذَا كَانَ يَوْمُ صَوْمِ أَحَدِكُمْ فَلَا يَرْفُثْ وَلَا يَصْخَبْ فَإِنْ سَابَّهُ أَحَدٌ أَوْ قَاتَلَهُ فَلْيَقُلْ إِنِّي امْرُؤٌ صَائِمٌ

"Apabila seseorang daripada kamu berada dalam hari puasa, maka janganlah ia memaki dan mengherdik orang lain. Andainya ia dicela oleh seseorang atau dimusuhi, hendaklah ia berkata "Saya berpuasa".

Kemudian Rasulullah s.a.w bersabda lagi sepertimana yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari, Abu Daud, Tirmidzi, Nasaie dan Ibn Majah:

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ لَمْ يَدَعْ قَوْلَ الزُّورِ وَالْعَمَلَ بِهِ فَلَيْسَ لِلَّهِ حَاجَةٌ فِي أَنْ يَدَعَ طَعَامَهُ وَشَرَابَهُ

Dari Abu Hurairah r.a, Rasulullah saw bersabda : "Sesiapa yang tidak menghentikan percakapan dusta dan terus melakukannya, Maka Allah s.w.t tidak mempunyai hajat pada orang tersebut untuk dia meninggalkan makan minumnya."


  • Tidur Qailulah
Supaya umat Islam sentiasa cergas ketika berpuasa di siang hari dan bersemangat melakukan amal ibadat di malamnya, Rasulullah s.a.w mengajar kita dengan tidur sebentar sebelum masuk waktu solat zohor. Perbuatan tersebut  dinamakan dengan Qailulah. 

Rasulullah s.a.w bersabda dalam sebuah hadis yang dilaporkan oleh Ibn Majah:

عَنْ ابْنِ عَبَّاسٍ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ” اسْتَعِينُوا بِطَعَامِ السَّحَرِ عَلَى صِيَامِ النَّهَارِ وَبِالْقَيْلُولَةِ عَلَى قِيَامِ اللَّيْلِ “

Dari Ibnu Abbas r.a bahawa Nabi s.a.w telah bersabda; "Carilah kekuatan melalui sahur untuk puasa keesokan hari dan melalui Qailulah (tidur sekejap sebelum Zohor) untuk mendirikan ibadah malam".

Tetapi awas. qailulah hanya tidur sekejap sahaja yakni bukan berpuasa tetapi tidur dari pagi sehingga masuk waktu maghrib tanpa mendirikan solat Zohor dan Asar, bertadarus, berzikir dan melaku amalan baik yang lain. Puasa Ramadhan adalah bulan untuk melakukan seberapa banyak amalan sunnah kerana ganjaran pahalanya sangat lumayan.


  • Memberi Makan Kepada Orang Berbuka Puasa 

Satu hadis yang diriwayatkan oleh Iman  Tirmidzi dan Ibn Majah, Rasulullah s.a.w bersabda;

"Sesiapa yang memberi makan kepada orang yang berpuasa (untuk berbuka puasa), dia akan mendapat balasan pahala yang sama seperti pahala orang yang berpuasa itu tanpa dikurangkan sedikitpun daripadanya"


waktu berbuka puasa di Masjid Nabawi

antara jaudah berbuka jemaah umrah dari Malaysia di Masjid Nabawi




Saturday 6 June 2015

DESTINASI TERAKHIR DI UK - LIVERPOOL (DARI LAHAR YOOI KE ALEXANDRIA-MANCHESTER) Part 19





PART 19 : LIVERPOOL - ANTARA AIR MATA HAMBA ABDI, KELUARGA MANGSA TITANIC DAN RATAPAN KEMATIAN JOHN LENON DI LIVERPOOL



BACA  PART  20  DI  SINI



1. Sekembali dari 'sightseeing' selama dua hari di Kota London, pada  Hari ke-8 dan ke-9 di UK kami berehat di rumah Dayah di Roebuck Road . Dengan takdir Allah dan mungkin juga 'rezeki' habuan kami, salji telah turun di sekitar Sheffield terutama di Broom Hill. Salji telah turun dengan lebat pada waktu subuh. Apabila penulis buka langsir tingkap bilik pada pagi tersebut, pemandangan bumbung rumah, jalan raya dan bumbung serta bonet kereta berwarna putih. Penulis  mencapai kamera, berlari meluru ke bawah, keluar  ke halaman rumah untuk merasai detik-detik bersejarah dalam hidup. Salji masih turun dengan bunyi desirnya. Salji turun macam butiran ais yang disagat oleh penjual ais kepal atau ABC. Meskipun salji turun sebentar, tetapi kami bernasib baik kerana pada keesokan harinya, salji turun lagi sekali pada sebelah pagi. Tetapi kali itu salji turun dalam bentuk gumpulan kapas kecil yang melayang-layang naik-turun di buai bayu. Secara jujur, penulis dan isteri amat teruja dengan ciptaan Allah tu.

salji menutupi jalan raya, kereta dan bumbung apartment.

Penulis dan isteri bersama pelajar Medic dari universiti India yang sedang bercuti di Sheffield.

salji turun pada besok harinya lebih berbentuk gumpulan kapas

kami habiskan hari rehat  dengan menikmati lunch dan dinner yang dimasak oleh  Dayah dan rakan-rakan.

2. Pada hari berikutnya, penulis merancang melawat Liverpool. Bila sebut Liverpool, ramai teruja dengan kelab bolasepak tersohor di UK iaitu Liverpool FC dan Everton FC, Bagaimanapun, penulis bukanlah football fan, so, penulis tidak masukkan Stadium Anfield sebagai tempat keutamaan untuk dilawati ketika berkunjung ke Liverpool. So, persoalan yang bermain di benak penulis, apakah yang menarik jika berkunjung ke Liverpool ? Jika nak tahu, teruskan bacaan anda....Kami suami isteri sahaja yang akan di Liverpool kerana Dayah dan Nadia ada kelas tutorial pada hari tersebut. Kami akan ke sana menaiki bas. Ketika berkunjung ke York dan Leeds dahulu penulis telah menyewa kereta dan memandu ke sana. Tetapi kali ini penulis ingin merasai pengalaman menaiki bas pula. Dayah telah booking tiket melalui internet. Kami gunakan perkhidmatan National Express Coach. Perjalanan kami melalui laluan 'bawah'. Kami menyaksikan  panorama 'luar bandar' yang cukup menarik. Masa perjalanan yang agak lama kerana keadaan jalan raya yang agak sempit dan  sesak terutama ketika kenderaan que menanti pertukaran warna trafic light pada persimpangan jalan. Di antara satu pekan atau bandar kecil, kedapatan bukit-bukit kecil berlereng landai yang ditumbuhi rumput dan tasik-tasik macam Lake's  District tu. Sekali sekala di antara 'perkampungan' terdapat beberapa buah gereja lama dan castle kecil.

Dari Sheffield, bas melalui Jalanraya A628  menyajikan pemandangan luar bandar yang memukaukan
jaluran salji yang sedang mencair di lereng-lereng bukit yang sudah mula  ditumbuhi rumput
Masya Allah - cantik, terdapat banyak tasik di situ.

3. Kira-kira dua jam perjalanan, kami memasuki Liverpool yang terletak dalam daerah Merseyside iaitu di bahagian barat laut England, dipinggir Laut Irish. Kami tiba di Stesen Bas National Express Liverpool kira-kira jam 11.00 pagi. Dari stesen bas bagi mengatur langkah, mencari signboard petunjuk tempat-tempat menarik. Destinasi pertama  kami ialah ke Albert Dock. Tu sahaja yang kami tahu. Untuk makluman, kami tidak dibekalkan dengan sebarang map atau smartfon ber waze/gps. In sha Allah, pengunjung ke Liverpool tidak akan hadapi kesulitan kerana pihak berkuasa tempatan menyediakan signboard yang banyak sebagai panduan para tourist. Albert Dock terletak kira-kira 3 km dari stesen bas. Untuk sampai ke situ kami melintasi beberapa buah bangunan yang mempunyai senibina yang menarik tetapi tetap utuh meskipun berusia beratus tahun. Bangunan tersebut berupa muzium, library, galeri  lukisan dan balai senilukis , dewan opera dan konsep serta gereja. Kami masuk melawat sebentar sahaja pada setiap bangunan kerana kami kekurangan masa. Kami bergambar di sekitar Wellington's Column atau Waterloo Memorial, iaitu monument memperingati Duke of Wellington yang tegak berdiri di  William Brown Street and Lime Street. Hampir kesemua bangunan lama di situ telah di wartakan sebagai salah satu National Heritage List for England. Dari situ juga,penulis sudah nampak St. John's Tower atau Radio City Tower setinggi 138 meter yang menempatkan pejabat Radio City 96.7FM, restoran berputar dan platform tinjau di puncaknya. Pelawat yang ingin menyaksikan tempat-tempat menarik di sekitar Kota Liverpool bolehlah meniaki bas hop on hop off Citysightseeing Liverpool dengan kadar bayaran GBP 10. Terdapat 14 buah perhentian yang bolehkan penumpang naik dan turun bagi satu pusingan perjalanan.

nampak sahaja signboard ni, bererti kami sudah masuk Kota Liverpool.
ni dia Stesen Bas National Express di Norton Street Liverpool

perkhidmatan Liverpool Hop on dan hop off di sediakan dengan kadar bayaran tertentu

Albert Dock & Pier Head adalah salah satu dari enam UNESCO World Herritage Sites. Manakala Liverpol One merupakan pusat berbeli belah kelas mewah yang baru diwujudkan

Walkers Art Gallery - di bina pada Tahun 1882 - menyimpan khazanah art yang terbesar di luar London

Waterloo Memorial

corak permukaan jalan raya dan dataran di sekitar Waterloo Memorial.

World Museum dan Liverpool Central library- terdapat pelbagai  koleksi bahan atau artifak  mengenai sejarah dunia, termasuklah fosil-fosil haiwan purba, jenis-jenis geologi yang dipunggut dari dalam dan luar UK

di antara koleksi berupa tulang burung dinasor/di Zaman Jurasic

cantik - pemandangan siling Liverpool Central Library

Empire Theatre atau Gedung St. George Hall -  bangunan yang mempunyai akitektur neo-clasical adalah  dewan seni muzik seperti opera dan dewan konset muzik yang tersohor.

salah sebuah bangunan yang menggunakan senibina neo-classic

St. John's  Tower atau Menara Radio City

4. Kami seterusnya menyusuri kawasan membeli belah dan hiburan yang terkenal iaitu Liverpool One.  Di situ terdapat berberapa buah gedung pakaian berjenama antarabangsa dan restoran makanan yang mewah. Kenderaan persendirian di larang memasuki kawasan tersebut. 

menuju ke Liverpool One, perhatikan mickey mouse 

antara kiost yang menjual muffler bagi peminat Liverpool FC  

5. Setelah berjalan kaki secara bersantai, kami akhirnya tiba ke Albert Dock iaitu pelabuhan terkenal di UK pada Abad ke-19. Pada awalnya Albert Dock dipenuhi  gudang dan dermaga-dermaga tempat kapal berlabuh memunggah barang dan hamba abdi yang akan di bawa ke Benua Amerika. Albert Dock hampir musnah di bom ketika Perang Dunia ke-2 dahulu. Kini pihak berkuasa Liverpool telah membangunakan semula  Albert Dock menjadi salah satu kawasan tarikan pelancong yang paling terkenal di Liverpool. Hampir keseluruhan bangunan di situ dijadikan muzium seperti Muzium Maritim Merseyside yang turut menempatkan beberapa buah muzium seperti Muzium Slaves, Muzium Titanic, Tate, Muzium pencetus muzik pop The Beatle dan galeri senilukis dan sebagainya. Ketika penulis memasuki Muzium The Slaver atau Muzium Hamba Abdi,  hati ini meruntum hiba apabila menyaksikan sejarah penghambahan yang di paparkan di situ.  Orang putih sering mendakwa mereka adalah bangsa bertamadun. Tetapi, sejarah membuktikan merekalah yang menjadi pelupor aktiviti pemerdagangan manusia.  Dalam Muzium Hamba Abdi itu dipamerkan bermacam barang-barang yang berkaitan dengan pengalaman mereka selaku hamba abdi. Sekadar catatan,  hamba abdi yang terdiri dari remaja lelaki dan perempuan  telah diculik atau dibeli atau ditangkap dari Afrika Barat dibawa oleh syarikat Inggeris ke pusat transit di Liverpool. Mereka didera dan dikurung dalam jangka masa tertentu sebelum dijual kepada tuan punya ladang kapas di selatan Amerika Syarikat Dalam tempoh masa transit mereka di'brainwash', dirantai, dipukul dan dipaksa menukar agama (Islam ke Kristian), budaya dan dihilangkan identiti. Pembaca yang pernah menonton  kisah remaja Kunta Kinti dalam filem bersiri The Roots berkaitan slaves di Amerika Syarikat tentu pilu mengenangkan  kisah kekejaman bangsa berkulit putih terhadap bangsa berkulit hitam. Banyak air mata mengalir di situ bila mengenangkan kekejaman tidak berperi kemanusian tersebut. Bagaimanapun, untuk menyembunyikan  jenayah orang Inggeris dalam kegiatan penghambaan tersebut, pihak berkuasa muzium telah mempamirkan potrait tokoh-tokoh berkulit hitam dari Afrika bertaraf dunia yang berjaya dalam pelbagai bidang seperti sukan, muzik dan hiburan dan sebagainya termasuklah potrait.  Preseiden Obama yang dikatakan berjaya dari sudut politik

Meneroka Muzium Titanic juga boleh meruntum hiba apabia kisah pelayaran dan tenggelamnya kapal Titanic yang selama ini ditonton melalui layar perak atau kaca tv boleh di lihat secara live beberapa koleksi barang yang telah dipungut dari bangkai kapal tersebut yang tenggelam kira-kira 3,784 meter di dasar Lautan Atlantik. Kapal yang didaftarkan di Liverpool berlepas ke Pelabuhan Souththampton pada 15/4/1912 dan meneruskan pelayaran ke New York. Titanic adalah kapal terbesar dan termewah pernah dicaipta manusia dan dianggap unsinkable. Titanic karam setelah berlanggar iceberg dan telah mengorbankan lebih 1500 penumpang. Sebaik sahaja berita tenggelamnya Titanic disiarkan oleh media di UK, Eropah dan Amerika syarikat, ramai penduduk Liverpool berkumpul di situ untuk mendapatkan berita terbaharu mengenai mangsa. Beribu-ribu sanak saudara menanggis mengenangkan kehilangan kaum keluarga, sahabat handai dan orang-orang tersayang. Kisah Titanic pernah difilemkan oleh Holywood dalam beberapa vesi. Banyak pengajaran dari kisah tersebut. Setengah ustaz mendakwa kisah Titanic terdapat di dalam kitab suci Al-Quran iaitu Surah Yasin ayat 41 hingga 44. Wallahualam. 
  • 41. Dan suatu tanda (kebesaran Allah yang besar) bagi mereka adalah bahwa Kami angkut keturunan mereka dalam bahtera yang penuh muatan,
  • 42. dan Kami ciptakan untuk mereka yang akan mereka kendarai seperti bahtera itu.
  • 43. Dan jika Kami menghendaki niscaya Kami tenggelamkan mereka, maka tiadalah bagi mereka penolong dan tidak pula mereka diselamatkan.
  • 44. Tetapi (Kami selamatkan mereka) karena rahmat yang besar dari Kami dan untuk memberikan kesenangan hidup sampai kepada suatu ketika.


Pemilik Kapal Titanic beribu pejabat di Liverpool - Titanic kapal penumpang berkuasa stim yang terbesar di dunia. Ramai kru termasuk  jurutera berasal dari Liverpool
6. Pada bahagian basement bangunan muzium maritine itu yang pada asalnya adalah gudang yang berupa 'caven' iaitu tempat tempat menyimpan minuman keras atau cellar' sebelum dipunggah naik ke kapal. Kini caven diubah suai menjadi kelab hiburan bawah tanah The Caven. Di situlah terbinanya muzium kumpulan The Beatles. Kumpulan The Beatle berasal dari Liverpool. Untuk mengenang kemasyhuran kumpulan tersebut, pihak berkuasa Liverpool menjadikan sebahagian dari caven tersebut sebagai muzium. Pada  muzium tersebut, koleksi barang peribadi pemuzik pop tersebut di selia dengan rapi untuk dipertontonkan kepada pelawat. Pelawat dihiburkan dengan lagu-lagu pop dendangan mereka seperti 'Hey Jude" dendangan  John Lenon DENGAR DI SINI .Bayaran berpatutan dikenakan kepada para pelawat. Kebangkitan kumpulan The Beatles yang membawa histeria kepada para remaja di hampir keseluruhan dunia. John Lenon selaku penyanyi solo kumpulan tersebut akhirnya mati ditembak oleh peminatnya sendiri Mark David Chapman pada 8/12/1980. Kematian John Lenon menggemparkan sejarah muzik dunia. Ramai peminat kumpulan tersebut di Liverpool menanggis pilu mengenangkan tragedi tersebut.  Untuk mengenangkan jasa John Lenon, Lapangan Terbang Antarabangsa Liverpool dinamakan John Lenon International Airport.

laluan masuk ke Albert Dock
 \
bangunan rumah pump ni masih utuh di bina di Albert Dock

kini bangunan senibina moden turut dibangunkan sekitar Albert Dock.

Muzium maritne khusus mengenai sejarah pelabuhan dan perkapalan Liverpoool - koleksi pelbagai jenis kapal, senjata dan dokumen berkaitan dengan pedagangan  hamba abdi dan syarikat-syarikat pelayaran Inggeris seperti Titanic. Pada Tingkat Basement terdapat Muzium The Beatles.

masih kelihatan seperti asal meskipun telah diledak dengan bom  yang digugurkan ketika Perang Dunia II dulu. 

Titanic & Liverpool - The Untold Story - wajar dilawati bagi menghayati kisah suka duka manusia menempuh kiamat' saat-saat tenggelamnya kapal tersebut.

perkhidmatan kapal ke negara Timur termasuk Malaya. dan Afrika Selatan - Liverpool adalah pusat kemasukan hamba abadi dari Afrika sebelum di bawa  (dijual) ke benua Amerika.

Bangunan Merseyside di Albert Dock menghadap Laut Irish

Albert Dock

Tate Liverpool adalah sebuah muzium yang menyimpan koleksi lukisan yang terbesar di England.


beberapa buah koleksi kapal layar yang masih berfungsi di dermaga Albert Dock

The Wheel of Liverpool tinggi 60 meter dengan 42 buah kapsul dan berlantai kaca transperansi terletak di Queens Wharf

Liverpool sinonim dengan Kumpulan The Beatles dianggotai empat orang anak muda John Lenon, Len Garry, Rod Davies dan Colin Hanton, yang 'meletup' di seluruh dunia sekitar tahun 1960-an

Muzium The Beatles Story - muzium bertema the Beatles - mengimbau nostagia kepada para peminat yang mengkisahkan sejarah awal kumpulan tersebut dan watak-watak pendukong yang diputerakan di bandar Liverpool
tangga menuruni ke Muzium The Beatles. Perhatikan speaker yang tergantung pada sebelah kiri dan kanan pintu masuk kedenngaran berkumandang lagu-lagu nyanyian John Lenon dan rakan. 


paling menarik - mereka yang berhajat sesuatu  akan mengunci padlock sebagai ikatan dan ingatan kepada sesuatu peristiwa di dermaga Alber Dock, anak kunci di campakkan ke dalam laut

Albert Dock
7. Dari Muzium The Beatle, kami bergerak ke Pier Head iaitu  dulunya menjadi sebuah pelabuhan penting bagi Liverpool. Kini, Pier Head seluas 2.5 hektar merupakan kawasan pemeran penting dalam sejarah modern Liverpool. Pier Head telah diwartakan sebagai salah satu kawasan Warisan UNESCO. Di situ pelawat akan melihat terusan, dermaga, whaf dan pelabuhan ketika amat sebok dengan aktiviti perkapalan. Kini, bangunan moden di dirikan bersebelahan Pier Head.
bangunan asal Great Western Line - keretapi menghubungkan Liverpool - Manchester

basikal yang terdapat di dalam Muzium Liverpool
Municipal Offices
Pier Head yang diubah menjadi lanskap seni yang moden

patung Kapten F.Jn Walker - menghargai jasa seorang kapten perang Battle of Atlantic 1939-1945 - di perbuat dari gangsa /besi ciptaan seniukir Anthony Gormley memandang ke arah Pantai Crosby Laut Irish.

bangunan senibina moden berhampiran Pier Head.

salah sebuah menara kondominium mewah yang moden dan cantik di Liverpool

inilah Stesen Keretapi  Liverpool di Lime Street- menghubungkan pekhidmatan tren ke bandar utama termasuk London.

8. Kira-kira jam 6.30 petang kami ke stesen National Express - pulang ke Sheffield. Sehari sebelum berangkat pulang ke tanah air, kami sempat menikmati jamuan tengahari yang disediakan khusus untuk kami oleh anak-anak gadis di Roebuck Road. Terima kasih Sha, Izati, Ain dan Nadia. Masakan anda memang sedap. Pada sebelah petang, kami keluar shopping, membeli pakaian untuk cucu tersayang Nur Insyirah dan bakal cucu ke-2 yang dijangka menjengok bumi pada awal Jun 2015.  

9. Hari ke 12 di UK, Dayah menghantar kami ke stesen keretapi Sheffiled - saat berangkat pulang amat memilukan. Kami naik tren dari Sheffield ke Manchester Piccadilly dan seterusnya ke ke Stesen Keretapi Manchester Airport. Terima kasih Nurhidayah kerana memberi layanan yang baik kepada abah dan mama. In sha Allah kami akan hadir ke majlis konvokesyen nanti.


lambaian terakhir di Stesen Keretapi Sheffield

lambaian paling terakhir - emosi sikit dan air mata mula mengalir 

tempahan menerusi internet
10. Balai Berlepas Airport Manchester, seusai urusan imigresen, kami ke kaunter Tuntutan GST. Ketika kami bershopping membeli souvenir berhampiran Malaysia Hall di London, Saudara Abbasi Madani telah mencadangkan kami menuntut semula caj 6 % GST yang dikenakan. Abbasi telah menunjuk cara-cara membuat tuntutan GST tersebut. Kami seterusnya naik pesawat Turkish Air ke Istanbul, transit selama dua jam sebelum berlepas ke Alexandria.


resit belian souvenir dan pakaian akan di cop VAT oleh peniaga.

di dalam Balai Perlepasan Airport Manchester terdapat satu sudut Jabatan Kastam - maklumat mengenai cara tuntutan GST 


masukan resit pembelian dalam sampul ni dan seterusnya masukkan ke dalam peti surat yang disediakan 
selamat tinggal Sheffield, Manchester dan Bumi Inggeris. In sha Allah jumpa lagi pada Majlis Konvo  Dayah nanti.


BERSAMBUNG  pART 20 {  TRAVELODGE TERAKHIR DARI LAHAR YOOI KE ALEXANDRIA-MANCHESTER


BACA PART  18  DI SINI