PART 19 : LIVERPOOL - ANTARA AIR MATA HAMBA ABDI, KELUARGA MANGSA TITANIC DAN RATAPAN KEMATIAN JOHN LENON DI LIVERPOOL
BACA PART 20 DI
SINI
|
|
1. Sekembali dari 'sightseeing' selama dua hari di Kota London, pada Hari ke-8 dan ke-9 di UK kami berehat di rumah Dayah di Roebuck Road . Dengan takdir Allah dan mungkin juga 'rezeki' habuan kami, salji telah turun di sekitar Sheffield terutama di Broom Hill. Salji telah turun dengan lebat pada waktu subuh. Apabila penulis buka langsir tingkap bilik pada pagi tersebut, pemandangan bumbung rumah, jalan raya dan bumbung serta bonet kereta berwarna putih. Penulis mencapai kamera, berlari meluru ke bawah, keluar ke halaman rumah untuk merasai detik-detik bersejarah dalam hidup. Salji masih turun dengan bunyi desirnya. Salji turun macam butiran ais yang disagat oleh penjual ais kepal atau ABC. Meskipun salji turun sebentar, tetapi kami bernasib baik kerana pada keesokan harinya, salji turun lagi sekali pada sebelah pagi. Tetapi kali itu salji turun dalam bentuk gumpulan kapas kecil yang melayang-layang naik-turun di buai bayu. Secara jujur, penulis dan isteri amat teruja dengan ciptaan Allah tu.
|
salji menutupi jalan raya, kereta dan bumbung apartment. |
|
Penulis dan isteri bersama pelajar Medic dari universiti India yang sedang bercuti di Sheffield. |
|
salji turun pada besok harinya lebih berbentuk gumpulan kapas |
|
kami habiskan hari rehat dengan menikmati lunch dan dinner yang dimasak oleh Dayah dan rakan-rakan. |
2. Pada hari berikutnya, penulis merancang melawat Liverpool. Bila sebut Liverpool, ramai teruja dengan kelab bolasepak tersohor di UK iaitu Liverpool FC dan Everton FC, Bagaimanapun, penulis bukanlah football fan, so, penulis tidak masukkan Stadium Anfield sebagai tempat keutamaan untuk dilawati ketika berkunjung ke Liverpool. So, persoalan yang bermain di benak penulis, apakah yang menarik jika berkunjung ke Liverpool ? Jika nak tahu, teruskan bacaan anda....Kami suami isteri sahaja yang akan di Liverpool kerana Dayah dan Nadia ada kelas tutorial pada hari tersebut. Kami akan ke sana menaiki bas. Ketika berkunjung ke York dan Leeds dahulu penulis telah menyewa kereta dan memandu ke sana. Tetapi kali ini penulis ingin merasai pengalaman menaiki bas pula. Dayah telah booking tiket melalui internet. Kami gunakan perkhidmatan National Express Coach. Perjalanan kami melalui laluan 'bawah'. Kami menyaksikan panorama 'luar bandar' yang cukup menarik. Masa perjalanan yang agak lama kerana keadaan jalan raya yang agak sempit dan sesak terutama ketika kenderaan que menanti pertukaran warna trafic light pada persimpangan jalan. Di antara satu pekan atau bandar kecil, kedapatan bukit-bukit kecil berlereng landai yang ditumbuhi rumput dan tasik-tasik macam Lake's District tu. Sekali sekala di antara 'perkampungan' terdapat beberapa buah gereja lama dan castle kecil.
|
Dari Sheffield, bas melalui Jalanraya A628 menyajikan pemandangan luar bandar yang memukaukan |
|
jaluran salji yang sedang mencair di lereng-lereng bukit yang sudah mula ditumbuhi rumput |
|
Masya Allah - cantik, terdapat banyak tasik di situ. |
3. Kira-kira dua jam perjalanan, kami memasuki Liverpool yang terletak dalam daerah Merseyside iaitu di bahagian barat laut England, dipinggir Laut Irish. Kami tiba di Stesen Bas National Express Liverpool kira-kira jam 11.00 pagi. Dari stesen bas bagi mengatur langkah, mencari signboard petunjuk tempat-tempat menarik. Destinasi pertama kami ialah ke Albert Dock. Tu sahaja yang kami tahu. Untuk makluman, kami tidak dibekalkan dengan sebarang map atau smartfon ber waze/gps. In sha Allah, pengunjung ke Liverpool tidak akan hadapi kesulitan kerana pihak berkuasa tempatan menyediakan signboard yang banyak sebagai panduan para tourist. Albert Dock terletak kira-kira 3 km dari stesen bas. Untuk sampai ke situ kami melintasi beberapa buah bangunan yang mempunyai senibina yang menarik tetapi tetap utuh meskipun berusia beratus tahun. Bangunan tersebut berupa muzium, library, galeri lukisan dan balai senilukis , dewan opera dan konsep serta gereja. Kami masuk melawat sebentar sahaja pada setiap bangunan kerana kami kekurangan masa. Kami bergambar di sekitar Wellington's Column atau Waterloo Memorial, iaitu monument memperingati Duke of Wellington yang tegak berdiri di William Brown Street and Lime Street. Hampir kesemua bangunan lama di situ telah di wartakan sebagai salah satu National Heritage List for England. Dari situ juga,penulis sudah nampak St. John's Tower atau Radio City Tower setinggi 138 meter yang menempatkan pejabat Radio City 96.7FM, restoran berputar dan platform tinjau di puncaknya. Pelawat yang ingin menyaksikan tempat-tempat menarik di sekitar Kota Liverpool bolehlah meniaki bas hop on hop off Citysightseeing Liverpool dengan kadar bayaran GBP 10. Terdapat 14 buah perhentian yang bolehkan penumpang naik dan turun bagi satu pusingan perjalanan.
|
nampak sahaja signboard ni, bererti kami sudah masuk Kota Liverpool. |
|
ni dia Stesen Bas National Express di Norton Street Liverpool |
|
perkhidmatan Liverpool Hop on dan hop off di sediakan dengan kadar bayaran tertentu
|
|
Albert Dock & Pier Head adalah salah satu dari enam UNESCO World Herritage Sites. Manakala Liverpol One merupakan pusat berbeli belah kelas mewah yang baru diwujudkan
|
|
Walkers Art Gallery - di bina pada Tahun 1882 - menyimpan khazanah art yang terbesar di luar London |
|
Waterloo Memorial |
|
corak permukaan jalan raya dan dataran di sekitar Waterloo Memorial. |
|
World Museum dan Liverpool Central library- terdapat pelbagai koleksi bahan atau artifak mengenai sejarah dunia, termasuklah fosil-fosil haiwan purba, jenis-jenis geologi yang dipunggut dari dalam dan luar UK |
|
di antara koleksi berupa tulang burung dinasor/di Zaman Jurasic |
|
cantik - pemandangan siling Liverpool Central Library |
|
Empire Theatre atau Gedung St. George Hall - bangunan yang mempunyai akitektur neo-clasical adalah dewan seni muzik seperti opera dan dewan konset muzik yang tersohor. |
|
salah sebuah bangunan yang menggunakan senibina neo-classic |
|
St. John's Tower atau Menara Radio City
|
4. Kami seterusnya menyusuri kawasan membeli belah dan hiburan yang terkenal iaitu Liverpool One. Di situ terdapat berberapa buah gedung pakaian berjenama antarabangsa dan restoran makanan yang mewah. Kenderaan persendirian di larang memasuki kawasan tersebut.
|
menuju ke Liverpool One, perhatikan mickey mouse |
|
antara kiost yang menjual muffler bagi peminat Liverpool FC |
5. Setelah berjalan kaki secara bersantai, kami akhirnya tiba ke Albert Dock iaitu pelabuhan terkenal di UK pada Abad ke-19. Pada awalnya Albert Dock dipenuhi gudang dan dermaga-dermaga tempat kapal berlabuh memunggah barang dan hamba abdi yang akan di bawa ke Benua Amerika. Albert Dock hampir musnah di bom ketika Perang Dunia ke-2 dahulu. Kini pihak berkuasa Liverpool telah membangunakan semula Albert Dock menjadi salah satu kawasan tarikan pelancong yang paling terkenal di Liverpool. Hampir keseluruhan bangunan di situ dijadikan muzium seperti Muzium Maritim Merseyside yang turut menempatkan beberapa buah muzium seperti Muzium Slaves, Muzium Titanic, Tate, Muzium pencetus muzik pop The Beatle dan galeri senilukis dan sebagainya. Ketika penulis memasuki Muzium The Slaver atau Muzium Hamba Abdi, hati ini meruntum hiba apabila menyaksikan sejarah penghambahan yang di paparkan di situ. Orang putih sering mendakwa mereka adalah bangsa bertamadun. Tetapi, sejarah membuktikan merekalah yang menjadi pelupor aktiviti pemerdagangan manusia. Dalam Muzium Hamba Abdi itu dipamerkan bermacam barang-barang yang berkaitan dengan pengalaman mereka selaku hamba abdi. Sekadar catatan, hamba abdi yang terdiri dari remaja lelaki dan perempuan telah diculik atau dibeli atau ditangkap dari Afrika Barat dibawa oleh syarikat Inggeris ke pusat transit di Liverpool. Mereka didera dan dikurung dalam jangka masa tertentu sebelum dijual kepada tuan punya ladang kapas di selatan Amerika Syarikat Dalam tempoh masa transit mereka di'brainwash', dirantai, dipukul dan dipaksa menukar agama (Islam ke Kristian), budaya dan dihilangkan identiti. Pembaca yang pernah menonton kisah remaja Kunta Kinti dalam filem bersiri The Roots berkaitan slaves di Amerika Syarikat tentu pilu mengenangkan kisah kekejaman bangsa berkulit putih terhadap bangsa berkulit hitam. Banyak air mata mengalir di situ bila mengenangkan kekejaman tidak berperi kemanusian tersebut. Bagaimanapun, untuk menyembunyikan jenayah orang Inggeris dalam kegiatan penghambaan tersebut, pihak berkuasa muzium telah mempamirkan potrait tokoh-tokoh berkulit hitam dari Afrika bertaraf dunia yang berjaya dalam pelbagai bidang seperti sukan, muzik dan hiburan dan sebagainya termasuklah potrait. Preseiden Obama yang dikatakan berjaya dari sudut politik
Meneroka Muzium Titanic juga boleh meruntum hiba apabia kisah pelayaran dan tenggelamnya kapal Titanic yang selama ini ditonton melalui layar perak atau kaca tv boleh di lihat secara live beberapa koleksi barang yang telah dipungut dari bangkai kapal tersebut yang tenggelam kira-kira 3,784 meter di dasar Lautan Atlantik. Kapal yang didaftarkan di Liverpool berlepas ke Pelabuhan Souththampton pada 15/4/1912 dan meneruskan pelayaran ke New York. Titanic adalah kapal terbesar dan termewah pernah dicaipta manusia dan dianggap unsinkable. Titanic karam setelah berlanggar iceberg dan telah mengorbankan lebih 1500 penumpang. Sebaik sahaja berita tenggelamnya Titanic disiarkan oleh media di UK, Eropah dan Amerika syarikat, ramai penduduk Liverpool berkumpul di situ untuk mendapatkan berita terbaharu mengenai mangsa. Beribu-ribu sanak saudara menanggis mengenangkan kehilangan kaum keluarga, sahabat handai dan orang-orang tersayang. Kisah Titanic pernah difilemkan oleh Holywood dalam beberapa vesi. Banyak pengajaran dari kisah tersebut. Setengah ustaz mendakwa kisah Titanic terdapat di dalam kitab suci Al-Quran iaitu Surah Yasin ayat 41 hingga 44. Wallahualam.
- 41. Dan suatu tanda (kebesaran Allah yang besar) bagi mereka
adalah bahwa Kami angkut keturunan mereka dalam bahtera yang penuh muatan,
- 42. dan Kami ciptakan untuk mereka yang akan mereka kendarai
seperti bahtera itu.
- 43. Dan jika Kami menghendaki niscaya Kami tenggelamkan
mereka, maka tiadalah bagi mereka penolong dan tidak pula mereka diselamatkan.
- 44. Tetapi (Kami selamatkan mereka) karena rahmat yang besar
dari Kami dan untuk memberikan kesenangan hidup sampai kepada suatu ketika.
|
Pemilik Kapal Titanic beribu pejabat di Liverpool - Titanic kapal penumpang berkuasa stim yang terbesar di dunia. Ramai kru termasuk jurutera berasal dari Liverpool |
6. Pada bahagian basement bangunan muzium maritine itu yang pada asalnya adalah gudang yang berupa 'caven' iaitu tempat tempat menyimpan minuman keras atau cellar' sebelum dipunggah naik ke kapal. Kini caven diubah suai menjadi kelab hiburan bawah tanah The Caven. Di situlah terbinanya muzium kumpulan The Beatles. Kumpulan The Beatle berasal dari Liverpool. Untuk mengenang kemasyhuran kumpulan tersebut, pihak berkuasa Liverpool menjadikan sebahagian dari caven tersebut sebagai muzium. Pada muzium tersebut, koleksi barang peribadi pemuzik pop tersebut di selia dengan rapi untuk dipertontonkan kepada pelawat. Pelawat dihiburkan dengan lagu-lagu pop dendangan mereka seperti 'Hey Jude" dendangan John Lenon DENGAR
DI SINI .Bayaran berpatutan dikenakan kepada para pelawat. Kebangkitan kumpulan The Beatles yang membawa histeria kepada para remaja di hampir keseluruhan dunia. John Lenon selaku penyanyi solo kumpulan tersebut akhirnya mati ditembak oleh peminatnya sendiri Mark David Chapman pada 8/12/1980. Kematian John Lenon menggemparkan sejarah muzik dunia. Ramai peminat kumpulan tersebut di Liverpool menanggis pilu mengenangkan tragedi tersebut. Untuk mengenangkan jasa John Lenon, Lapangan Terbang Antarabangsa Liverpool dinamakan John Lenon International Airport.
|
laluan masuk ke Albert Dock |
\
|
bangunan rumah pump ni masih utuh di bina di Albert Dock |
|
kini bangunan senibina moden turut dibangunkan sekitar Albert Dock. |
|
Muzium maritne khusus mengenai sejarah pelabuhan dan perkapalan Liverpoool - koleksi pelbagai jenis kapal, senjata dan dokumen berkaitan dengan pedagangan hamba abdi dan syarikat-syarikat pelayaran Inggeris seperti Titanic. Pada Tingkat Basement terdapat Muzium The Beatles. |
|
masih kelihatan seperti asal meskipun telah diledak dengan bom yang digugurkan ketika Perang Dunia II dulu. |
|
Titanic & Liverpool - The Untold Story - wajar dilawati bagi menghayati kisah suka duka manusia menempuh kiamat' saat-saat tenggelamnya kapal tersebut. |
|
perkhidmatan kapal ke negara Timur termasuk Malaya. dan Afrika Selatan - Liverpool adalah pusat kemasukan hamba abadi dari Afrika sebelum di bawa (dijual) ke benua Amerika. |
|
Bangunan Merseyside di Albert Dock menghadap Laut Irish |
|
Albert Dock |
|
Tate Liverpool adalah sebuah muzium yang menyimpan koleksi lukisan yang terbesar di England. |
|
beberapa buah koleksi kapal layar yang masih berfungsi di dermaga Albert Dock |
|
The Wheel of Liverpool tinggi 60 meter dengan 42 buah kapsul dan berlantai kaca transperansi terletak di Queens Wharf |
|
Liverpool sinonim dengan Kumpulan The Beatles dianggotai empat orang anak muda John Lenon, Len Garry, Rod Davies dan Colin Hanton, yang 'meletup' di seluruh dunia sekitar tahun 1960-an |
|
Muzium The Beatles Story - muzium bertema the Beatles - mengimbau nostagia kepada para peminat yang mengkisahkan sejarah awal kumpulan tersebut dan watak-watak pendukong yang diputerakan di bandar Liverpool |
|
tangga menuruni ke Muzium The Beatles. Perhatikan speaker yang tergantung pada sebelah kiri dan kanan pintu masuk kedenngaran berkumandang lagu-lagu nyanyian John Lenon dan rakan. |
|
paling menarik - mereka yang berhajat sesuatu akan mengunci padlock sebagai ikatan dan ingatan kepada sesuatu peristiwa di dermaga Alber Dock, anak kunci di campakkan ke dalam laut |
|
Albert Dock |
7. Dari Muzium The Beatle, kami bergerak ke Pier Head iaitu dulunya menjadi sebuah pelabuhan penting bagi Liverpool. Kini, Pier Head seluas 2.5 hektar merupakan kawasan pemeran penting dalam sejarah modern Liverpool. Pier Head telah diwartakan sebagai salah satu kawasan Warisan UNESCO. Di situ pelawat akan melihat terusan, dermaga, whaf dan pelabuhan ketika amat sebok dengan aktiviti perkapalan. Kini, bangunan moden di dirikan bersebelahan Pier Head.
|
bangunan asal Great Western Line - keretapi menghubungkan Liverpool - Manchester |
|
basikal yang terdapat di dalam Muzium Liverpool |
|
Municipal Offices |
|
Pier Head yang diubah menjadi lanskap seni yang moden |
|
patung Kapten F.Jn Walker - menghargai jasa seorang kapten perang Battle of Atlantic 1939-1945 - di perbuat dari gangsa /besi ciptaan seniukir Anthony Gormley memandang ke arah Pantai Crosby Laut Irish. |
|
bangunan senibina moden berhampiran Pier Head. |
|
salah sebuah menara kondominium mewah yang moden dan cantik di Liverpool |
|
inilah Stesen Keretapi Liverpool di Lime Street- menghubungkan pekhidmatan tren ke bandar utama termasuk London. |
8. Kira-kira jam 6.30 petang kami ke stesen National Express - pulang ke Sheffield. Sehari sebelum berangkat pulang ke tanah air, kami sempat menikmati jamuan tengahari yang disediakan khusus untuk kami oleh anak-anak gadis di Roebuck Road. Terima kasih Sha, Izati, Ain dan Nadia. Masakan anda memang sedap. Pada sebelah petang, kami keluar shopping, membeli pakaian untuk cucu tersayang Nur Insyirah dan bakal cucu ke-2 yang dijangka menjengok bumi pada awal Jun 2015.
9. Hari ke 12 di UK, Dayah menghantar kami ke stesen keretapi Sheffiled - saat berangkat pulang amat memilukan. Kami naik tren dari Sheffield ke Manchester Piccadilly dan seterusnya ke ke Stesen Keretapi Manchester Airport. Terima kasih Nurhidayah kerana memberi layanan yang baik kepada abah dan mama. In sha Allah kami akan hadir ke majlis konvokesyen nanti.
|
lambaian terakhir di Stesen Keretapi Sheffield |
|
lambaian paling terakhir - emosi sikit dan air mata mula mengalir |
|
tempahan menerusi internet |
10. Balai Berlepas Airport Manchester, seusai urusan imigresen, kami ke kaunter Tuntutan GST. Ketika kami bershopping membeli souvenir berhampiran Malaysia Hall di London, Saudara Abbasi Madani telah mencadangkan kami menuntut semula caj 6 % GST yang dikenakan. Abbasi telah menunjuk cara-cara membuat tuntutan GST tersebut. Kami seterusnya naik pesawat Turkish Air ke Istanbul, transit selama dua jam sebelum berlepas ke Alexandria.
|
resit belian souvenir dan pakaian akan di cop VAT oleh peniaga. |
|
di dalam Balai Perlepasan Airport Manchester terdapat satu sudut Jabatan Kastam - maklumat mengenai cara tuntutan GST |
|
masukan resit pembelian dalam sampul ni dan seterusnya masukkan ke dalam peti surat yang disediakan |
|
selamat tinggal Sheffield, Manchester dan Bumi Inggeris. In sha Allah jumpa lagi pada Majlis Konvo Dayah nanti. |
BERSAMBUNG pART 20 { TRAVELODGE TERAKHIR DARI LAHAR YOOI KE ALEXANDRIA-MANCHESTER
BACA PART
18 DI SINI
No comments:
Post a Comment