1. Yayasan Anda Akademik (YAA) merupakan sebuah sekolah menengah swasta telah diasaskan oleh sekumpulan siswazah Universiti Malaya dan ahli perniagaan yang diterajui oleh Saudara Anwar bin Ibrahim pada tahun 1972. Di antara objektif utama penubuhan YAA adalah membantu anak-anak bangsa yang tidak bernasib baik dan yang tercicir di peringkat SRP/LCE, SPM/MCE dan STP/HSC dengan yuran pengajian yang minimum supaya mereka dapat meneruskan pelajaran sehingga ke peringkat universiti.
Cikgu Anwar bin Ibrahim - Pengarah YAA |
2. Selain daripada YAA terdapat beberapa buah sekolah menengah swasta yang beroperasi di segenap pelosok tanah air, di antaranya ialah sekolah-sekolah Maktab Adabi seperti Maktab Adabi Maharani Muar, Maktab Adabi Masriyah Bukit Mertajam, Maktab Adabi Pahang, Institut Harapan di Taiping dan sebagainya. Bagaimana pun perbezaan yang nyata di antara YAA dan sekolah-sekolah menengah swasta tesebut ialah YAA lebih menekan aspek pembentukan sahsiah pelajar melalui orentasi pendidikan ke arah melahirkan 'insan berakademis dan bertaqwa'. Untuk mencapai objektif tersebut, kurikulum dan kokurikulum disusun dan dipantau oleh tokoh-tokoh pendidikan Islam dari ABIM, PKPIM, IPT dan NGO berkaitan.
3. Kejayaan YAA menghantar ramai bekas pelajarnya melanjut pelajaran ke institusi pendidikan tinggi tempatan dan luar negara telah menarik minat masyarakat untuk mengkaji sistem dan model pendidikan yang diguna pakai YAA. Terdapat perbezaan yang ketara di antara pelajar-pelajar YAA dengan pelajar dari sekolah menengah swasta lain atau sekolah-sekolah bantuan penuh kerajaan dari segi batas pergaulan, disiplin dan kesopanan berpakaian @ uniform. Ketika YAA beroperasi di Jalan Hamzah Kampong Baru iaitu di sekitar tahun 1974, adalah agak janggal untuk melihat pelajar wanita muslim sekolah menengah berbaju kurung dan memakai tudung atau skaf, melainkan pelajar tersebut adalah pelajar YAA.
4. Method tarbiyah diterap melalui peraturan setiap pelajar mesti mengambil subjek Prinsip Islam. Aktiviti berpersatuan disubur menerusi penglibatan semua pelajar dalam PSYAA (Persatuan Siswa-siswi YAA), koperasi pelajar menerusi penubuhan ORKES (Organisasi Kerjasama Siswa-siswi) dan persatuan alumni yang dikenali Ex-SISYAA. Dari luar kerangka YAA, pelajar digalak melibat diri dalam organisasi pelajar di sekitar Kuala Lumpur seperti Persatuan Pelajar Islam Wilayah/Selangor (PEPIAS), LAPPIM dan sebagainya, begitu aktif menganjurkan program tarbiyah seperti tamrin kader, kursus kefahaman Islam, seminar, usrah, program qiamullail dan kupasan buku karya para ilmuan dan pejuang Islam terutamanya dari Ikhwan Muslimin, telah meningkat fikrah dan membina daya intelektual pelajar. Hasil tarbiyah dan idealisme minda membolehkan mereka mampu mengupas isu-isu semasa yang melibatkan pergerakan Islam seantero dunia.
5. Tingkah laku bekas pelajar YAA yang melanjut pelajaran di IPT mempamir mereka lebih matang dari segi sahsiah dan kepimpinan. Kebanyakan mereka dipilih untuk menerajui persatuan-persatuan mahasiswa seperti Persatuan Mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia (PMUKM), Persatuan Mahasiswa Universiti Malaya (PMUM) dan Persatuan Mahasiswa Islam UM (PMIUM). Setelah graduan, mereka diberi kepercayaan untuk mentadbir organisasi belia dan pelajar saperti Majlis Belia Malaysia (MBM), Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) dan Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM).
6. Bagaimanapun, YAA hanya beroperasi di Kuala Lumpur. Terdapat dalam kalangan tenaga pengajar YAA dan pendokong ABIM yang berminat untuk membawa dan memperkenal model pendidikan 'ala YAA' ke luar ibu kota. Di antara tahun 1976 sehingga 1978 terdapat beberapa sekolah swasta 'ala YAA' ditubuh. Misalnya Akademi Anda di Tapah (1976) dan di Ipoh Perak (1976). Institut An-Nur di Kelantan, diikuti dengan pembukaan Institut Berakan di Kuala Terangganu (1977) oleh Ustaz Abu Bakar Chik. Yayasan Masriyah di Bukit Mertajam ( 1978) oleh Ustaz Ahmad Hassan Salehuddin dan Yayasan Budi di Alor Setar (1978) oleh Ustaz Abdul Halim Arshad.
AKADEMI ANDA TAPAH (AAT)
1. Akademi Anda Tapah dan Akademi Anda Ipoh ditubuh di atas inisiatif arwah Ustaz Osman bin Abu Bakar (Datuk Hj. Osman bin Abu Bakar), salah seorang tenaga pengajar di Yayasan Anda Akademik Kampong Baru. Nama Akademi Anda dipilih kerana sinonim dengan nama Yayasan Anda Akademik. Pada tahun-tahun berikutnya, di atas sebab-sebab 'pendaftaran' , nama Akademi Anda telah ditukarkan kepada Institut Pengajian Al-Ridwan. 'Al-Ridwan' diambil dari gelaran rasmi Negeri Perak Darul Ridwan.
2. Akademi Anda Tapah (AAT) beroperasi pada tahun 1976 di sebuah banglo milik seorang usahawan Tionghua beralamat di No. 593 Jalan Bidor, Tapah yang terletak di atas lereng bukit menghadap Jalanraya Persekutuan Tapah ke Bidor, iaitu kira-kira satu km dari pekan Tapah. Banglo ini mirip YAA Kampong Baru, iaitu bangunan dua tingkat. Binaannya separuh kayu dan batu. Terdapat kira-kira 25 anak tangga batu yang menarik dan satu laluan kereta bagi membolehkan kenderaan sampai ke atas dan parkir di bahagian hadapan foyer bangunan tersebut.
Di sebalik rimbunan inilah terletaknya AAT |
Banglo dua tingkat yang diubah suai menjadi sekolah swasta yang terunggul di Pekan Tapah |
3. Kerja-kerja ubah suai bangunan dilaku sekitar penghujung tahun 1975 yang melibat pembinaan 6 buah bilik darjah, dewan, asrama guru, surau dan kantin. Bilik-bilik darjah tersebut adalah dua untuk Tingkatan 3 SRP dan LCE, satu untuk Tingkatan 4, satu untuk Tingkatan 5 dan satu untuk Tingkatan 6 Atas dan 6 Bawah. Seterusnya, ruang dapur banglo tersebut juga turut diubah suai untuk dijadi dua lagi bilik darjah. Pendaftaran pelajar baru telah dibuka pada awal tahun 1976.
4. Pada peringkat awal, Ustaz Osman telah membawa bekas pelajar YAA yang baru sahaja tamat menduduki Peperiksaan STP/HSC Tahun 1975 untuk menjadi guru. Di antaranya Saudara Azhar bin Ahmad (penulis), Ibrahim bin Hj. Yusoff, Abdul Rauf bin Abu Bakar, Salleh bin Salimin, Mustafa Kamal dan Toha. Terdapat juga beberapa orang graduan IPT yang memohon jawatan guru di YAA, tetapi telah diminta untuk melapor diri di AAT seperti Saudara Mohd. Rafik Rashidullah (Datuk), Zaini bin Hussien, Mohd. Noh bin Supaat, Shahrin bin Salleh, Zaki Che Wan, Saudara Salleh (Prof Madya Dr.) dan bekas pemimpin pelajar universiti tempatan seperti Saudara Syed Muhsin (UPM) dan Saudara Ghani bin Dahlan (UM). Dr. Mohamad Nur bin Manuti yang baru sahaja pulang dari luar negara juga telah datang berkhidmat sebagai tenaga pengajar di Akademi Anda Tapah.
Dr. Mohammad Nur Manuti |
5. Tenaga pengajar yang terdiri dari anak tempatan pula termasuklah Saudara Kassim bin Othman (Kampong Raja, Tapah), Saudari Noriah dari Bidor dan beberapa aktivis ABIM Daerah Batang Padang dan Kesatuan Pelajar Islam Perak (KPIP) turut membantu. Pengetua pertama adalah saudara Rafik Rashidullah dan jawatan Pendaftar disandang oleh saudara Shahrin bin Salleh. Bagaimanapun, kebanyakan tenaga pengajar hanya berkhidmat untuk jangkamasa pendek. Mereka akan meninggalkan AAT setelah mereka mendapat tawaran pekerjaan atau melanjut pelajaran di tempat lain.
Sebahagian dari Guru dan Pelajar Lelaki AAT |
Prof Dr. Syed Naquib, Ustaz Osman Abu Bakar dan Sdr. Mustafa (Pendaftar) bersama sebahagian pelajar perempuan |
6. Ustaz Osman juga terbabit secara lansung di dalam pembukaan Akademi Anda Ipoh Perak. Akademi Anda Ipoh (AAI) ditubuhkan pada tahun 1976 di sebuah rumah teres yang beralamat di No 8 Taman Harilela, Jalan Gopeng, Ipoh Perak. Kemudian berpindah ke premis baru yang lebih selesa di No. 9B Tingkat 2, Kinta Mansion, Medan Kidd, Ipoh, iaitu bertentangan dengan stesen Bas Besar Ipoh.
Medan Kidd Ipoh |
7. Tenaga pengajar Akademi Anda Ipoh pada peringkat awalnya adalah terdiri dari bekas pemimpin dan aktivivis Kesatuan Siswa Institut Teknologi MARA (KSITM) Shah Alam yang telah disingkir kerana menyertai gerakan 'merampas kuasa ITM' dan protes terhadap peraturan disiplin yang diperkenalkan oleh Pengarah ITM iaitu Datuk Lokman bin Musa pada Januari 1976. Protes dan demontrasi tersebut berakhir dengan kegagalan. Sebahagian dari aktivis KSITM tersebut telah disingkir (Bagaimanapun pihak ITM bersetuju membenar aktivis ini menyambung semula pengajian mereka). Beberapa orang aktivis ini telah dibawa oleh pendokong ABIM ke pejabat ABIM yang berada di bawah YAA. Di situlah mereka diperkenalkan kepada Ustaz Osman Bakar dan membawa mereka ke Ipoh untuk menjadi tenaga pengajar di Akademi Anda Ipoh. Di antara aktivis tersebut termasuklah Saudara Anuar Tahir, Jamaluddin Muhyiddin, Muhammad Munawar, Alias Annor dan lain-lain lagi.
Saudara Anuar bin Tahir |
8. Akademi Anda juga ada membuka cawangan di Telok Intan dan menggunakan premis SKOMK Telok Intan sebagai bilik darjah. Tenaga pengajarnya terdiri daripada bekas pelajar lepasan institusi pengajian tempatan.
Bangunan Asal SKOMK di Telok Intan |
9. Sebagai sekolah 'ala YAA', kegiatan kurikulum dan kokurikulum di AAT seperti yang terdapat di YAA. Setiap pelajar diwajib mengambil mata pelajaran Prinsip Islam, dan menyertai Usrah. Tatacara uniform pula mewajib pelajar wanita memakai tudung, atau skaf dan berbaju kurung. Pelajar wanita yang non-muslim dan orang asal (orang asli) dikehendaki memakai skirt labuh di bawah paras lutut.
10. Untuk mempromosi sekolah swasta yang baru ditubuh, Ustaz Osman Bakar telah membina satu rangkaian persahabatan yang erat dengan beberapa orang tokoh dan pembesar dari Negeri Perak. Di antaranya ialah YB Azharul Abidin b. Hj Abdul Rahim - ahli Parlimen Batang Padang (1976- 1984), Setiausaha Sulit DYMM Paduka Seri Sultan Perak, Pegawai Khas kepada Menteri Besar Perak Tan Sri Ghazali Jawi (1974 -1977), dan Dato Hassan Adli bin Arshad iaitu Ahli Parlimen (PAS-BN) Bagan Datuk, merangkap Menteri Kerajaan Tempatan dan Wilayah Persekutuan.
11. YB Azharul Abidin kerap melawat ke Akademi Anda Tapah. YB Batang Padang ini turut tertarik dengan bentuk kerusi 'arm-chair' ala kerusi di dalam bilik kuliah universiti yang digunakan di AAT. Beliau telah membeli satu set arm-chair untuk diletakkan di bilik anaknya sebagai kerusi/meja studi. Beliau banyak memberi derma dan sokongan moral kepada aktiviti pelajar.
contoh kerusi/meja yang diguna di dalam bilik darjah AAT pada tahun 1976 |
Dato Hassan Adli
|
12. YB Dato' Hassan Adli pernah dijemput merasmikan seminar SPM anjuran AAT dan pernah menghulur sumbangan wang ringgit untuk menjayakan kursus-kursus kesedaran Islam di AAT. Manakala YAB Menteri Besar pernah dijemput merasmi Seminar Pendidikan & Pelajaran Anjuran AAT dengan kerjasama Kesatuan Pelajar Islam Perak (KPIP). Sesuatu yang lebih mengkagum ialah kejayaan Ustaz Osman Bakar membawa Paduka Seri Sultan Perak mencemar duli untuk melaku majlis Perasmian Institut Al-Ridwan Ipoh pada tahun 1977. Majlis perasmian tersebut berlansung di dataran Medan Kid Ipoh dalam suasana meriah.
13. Ustaz Osman Bakar juga aktif di dalam persatuan penulisan. Beliau adalah pengasas dan dilantik sebagai Ketua Satu Gabungan Penulis Islam Malaysia (GAPIM ?), manakala Prof. Dr. Syed Muhammad Naquib Al-Attas sebagai penasihat badan tersebut. Keakraban hubungan Ustaz Osman dengan Prof. Dr. Syed Muhammad Naqiub membolehkan Ustaz Osman membuat satu 'road-show' ceramah agama oleh Prof. Dr. Syed Muhamad Naqiub di beberapa daerah di Negeri Perak, termasuk di Akademi Anda Tapah dan Ipoh. Tokoh Islam lain yang pernah dipanggil untuk memberi ceramah di AAT ialah Almarhum Ustaz Dr. Uthman bin Muhammadi
Foto Kenangan : Prof. Dr. Syed Muhammad Naquib bersama Guru dan AJK ABIM dan KPIP Perak |
Prof. Dr Syed Muhammad Naquib Al-Attas |
Ustaz Dr. Uthman El Muhammadi |
14. Kesan dari promosi yang begitu gigih, telah menyebab kemasukan dan pendaftaran pelajar baharu kian bertambah dari tahun ke tahun. Pada penghujung tahun 1978 bilangan pelajar menjangkau lebih 200 orang. Kesemua pelajar berulang alik kerana pihak AAT tidak menyediakan asrama untuk pelajar. Kebanyakan pelajar datang dari Daerah Batang Padang seperti Tapah, Tapah Road, Kampung Raja Jalan Pahang, Bidor, Bikam, Sungkai, Felda Trolak dan Temoh. Ada juga dari Cameron Highland. Terdapat juga pelajar dari kalangan anak orang asli dari perkampungan orang asli di Jalan Pahang. Alhamdulillah terdapat di kalangan pelajar orang asli yang telah memeluk agama Islam apabila terdedah dengan suasana dan 'atmosfera' Islam di AAT.
Prof Dr. .Syed Muhammad Naqib bergambar bersama pelajar dan guru AAT. Penulis di baris depan 3 dari kiri |
15. Seperti YAA, AAT juga menganjur Seminar Peperiksaan SRP dan SPM. Penceramah terdiri daripada guru-guru kanan sekolah berdekatan dan dari kalangan guru YAA sendiri. Seminar turut disertai oleh pelajar dari sekolah sekitar seperti SMK Buyong Adil, SMK Hamid Khan Tapah dan SMK Syeikh Abdul Ghani di Bidor. Kursus-kursus dakwah dan kefahaman agama Islam juga mendapat sambutan dan pelajar sekolah berdekatan.
Barisan belakang : Ibrahim Yusuf, Azhar bin Ahmad, Kassim Othman, ? , Syed Mohsin, ? dan Mustafa Kamal Duduk : Mohd Noh Supaat, Abdul Raof, ?, Salleh UPM, ? dan ? |
16. Di sekitar tahun 1978, menyaksi kebangkitan pertubuhan Al-Arqam begitu hebat dan menonjol berbanding dengan pertubuhan dakwah tempatan yang lain. Di atas insiatif guru-guru AAT dan dibantu oleh masyarakat setempat, satu kursus dakwah Islamiah telah dianjur di Perkampungan Al-Arqam Sungai Pencala. Seramai lebih 300 orang pelajar AAT dan pelajar dari sekolah berhampiran telah berdaftar menyertai kursus tersebut. Bagi memudah peserta sampai ke Sungai Pencala, pihak pengangjur mengguna perkhidmatan keretapi KTM. Semua pelajar dan guru pengiring naik keretapi dari Stesen KTM Tapah Road ke Stesen Keretapi Kuala Lumpur. Pihak KTM terpaksa menyedia koc extra khas untuk tujuan tersebut. Dari situ, peserta diangkut dengan Bas Sri Jaya ke Sungai Pencala. Penulis yang ketika itu berada di Kuala Lumpur menjadi petugas untuk menyedia pengangkutan dari stesen KTM KL ke Sungai Pencala.
Pertubuhan Al-Arqam |
17. Hampir kesemua tenaga pengajar adalah bujang. Mengajar dengan penuh dedikasi. Di samping mengajar, tuisyen secara percuma juga diberi kepada pelajar. Tenaga pengajar menjalani kehidupan seharian sebagai satu keluarga. Kami sama-sama menyedia juadah untuk bersarapan, makan tengahari dan makan malam. Kami sama-sama berjalan kaki ke pekan Tapah untuk mendapat makanan. Pelajar juga mempunyai sifat-sifat terpuji dan berakhlak tinggi. Kami sering diundang ke rumah pelajar untuk bertemu keluarga dan menikmati hidangan. Pada musim buah-buahan, terdapat pelajar yang bermurah hati membawa berbakul-bakul buah-buahan untuk disumbang kepada guru.
Sekali sekala kami pergi mandi di Sungai Batang Padang berhampiran Masjid Jamik Tapah.
Sungai Batang Padang - airnya sejuk yang berpunca dari Cameron Highland |
18. Seperti sekolah-sekolah swasta yang lain, AAT juga turut mengalami zaman kemerosotan setelah lebih enam tahun beroperasi. Di antara faktor-faktor pendorong termasuklah:-
18.1 Pertikaian mengenai penyata kewangan dan status pemilikan sekolah. Perkara ini berlaku kerana Ustaz Osman tidak pernah membentang penyata untung-rugi perniagaan sekolah swasta tersebut. Pepecahan Akademi Anda Ipoh katakan berpunca keengganan Ustaz Osman Bakar memberi kuasa autonomi pentadbiran sekolah kepada guru yang mengendali sekolah tersebut. Kedua-dua faktor tersebut menyebabkan Akademi Anda Ipoh telah berfarakah (berpisah) dengan Ustaz Osman. Mereka telah menubuh sebuah sekolah menengah swasta baharu yang juga beroperasi di Medan Kidd, Ipoh yang diberi nama Institut Sofar Ipoh.
Institut Sofar - Medan Kidd, Ipoh |
18.2 Kesan dari penganjuran kursus kefahaman Islam di Perkampungan Al-Arqam di Sungai Pencala telah menyebab berlaku krisis idenditi. Suasana pada masa tersebut menyaksikan hubungan yang "tidak mesra" di antara pertubuhan Al-Arqam dan ABIM. Aktivis ABIM mula menjauh diri dari Ustaz Osman. Di Ipoh, Institut Sofar yang diterajui oleh Saudara Halim b. Ismail telah berjaya menjadi institusi tersebut sebagai model sekolah ABIM.
18.3 Kesatuan Pelajar Islam Perak (KPIP) yang menjadi wadah tunggal bagi semua aktiviti pelajar-pelajar Islam di Negeri Perak telah menarik diri dari memberi kerjasama kepada Akademi Anda Tapah ekoran dari pihak pentadbiran AAT telah menubuhkan KPIP cawangan Batang Padang-Bidor-Tanjung Malim dan menjalankan aktiviti-aktiiviti tanpa pengetahuan KPIP.
Sdr. Hj. Abdul Halim bin Ismail pernah menjadi Pengetua Institut Sofar |
18.4. YAA tidak begitu senang dengan tindak tanduk Ustaz Osman Abu Bakar yang dikatakan membuat beberapa keputusan tanpa berbincang dengan pihak pengurusan YAA di Kuala Lumpur.
18.5. Masalah tenaga pengajar yang sering bertukar/berhenti. Misalnya, penulis tidak lama bertugas sebagai guru di AAT kerana telah mendapat tawaran melanjut pelajaran ke UKM. Begitu juga rakan setugas, misalnya saudara Rafik Rashidullah telah ditawar jawatan Pegawai di Jabatan Kebajikan Masyarakat (telah bersara sebagai Ketua Pengarah JKM Malaysia), Saudara Salleh Salimin menyambung pelajaran ke UM (pernah menjadi ADO Ulu Langat), Sdr. Mohd Noh Supaat menjadi guru (telah bersara sebagai Pengetua di sebuah sekolah sukan di Ipoh), Shahrin Salleh ke KDN sebagai Komanden Pusat Seranti. Manakala Syed Mohsin dan Ghani Dahlan berpindah ke Institut Sofar.
19. "Ku sangka panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengahari". Begitulah hayat sekolah-sekolah menengah swasta. AAT dan AAI telah ditutup setelah kira-kira enam tahun beroperasi. YAA ditutup pada penghujung tahun 1999. Yayasan Masriyah diambil alih oleh SMABK Al-Masriyah. Institut Sofar diambil alih oleh Maahad Al-Ummah Chemor, Yayasan Budi Alor Setar diambil alih oleh ABIM Kedah. Institut Berakan agak bernasib baik kerana pengetuanya YB Datuk Ustaz Abu Bakar Chik semasa menjadi Exco Kerajaan Negeri Terangganu telah menaiktaraf sekolah tersebut menjadi Maahad Tahfiz Wal Tarbiyah.
Sek. Men. Agama Bantuan Penuh Kerajaan Al-Masriyah |
20. Baru-baru ini penulis berkunjung semula ke 'Institut Al-Ridwan Tapah' setelah 37 tahun penulis menjejak kaki kali terakhir di sana. Inilah sebahagian foto yang menunjuk 'saki baki' sekolah yang dahulunya berjasa kepada masyarakat Tapah. Cawangannya di Ipoh pernah mendapat sentuhan Paduka Seri Sultan Perak........sedih....itulah Akademi Anda Tapah, Ipoh dan Telok Intan yang hilang 'daulat' !
Foyer Banglo - tempat pendaftaran pelajar/peserta program seminar |
Foyer Banglo dua tingkat |
perhatikan tulisan "Institut Al-Ridwan Tapah" |
Dewan Utama dan tangga naik ke bilik darjah di tingkat atas. |
Prof Dr. Syed Muhammad Naqiub Al-Attas sedang memberi ceramah Dewan Utama dekat tangga naik ke tingkat atas |
Lantai tingkat satu dah robek. Terlihat sebahagian kerusi meja hampir jatuh ke bawah |
sisa kerusi pelajar |
ruang yang diubah suai jadi kelas |
Hari baik untuk semua warga negara Indonesia dan juga semua ASIA, nama saya Ny. Nurliana Novi, tolong, saya ingin membagikan kesaksian hidup saya di sini di platform ini untuk semua warga negara Indonesia dan seluruh Asia untuk berhati-hati dengan pemberi pinjaman di internet, Allah telah sepenuhnya mendukung saya melalui ibu, Nyonya Elina yang baik
ReplyDeleteSetelah beberapa periode mencoba untuk mendapatkan pinjaman dari lembaga keuangan, dan ditolak terus-menerus, jadi saya memutuskan untuk mendaftar melalui pinjaman online tetapi saya ditipu dan saya kehilangan Rp 15.000.000 dengan pemberi pinjaman pinjaman yang berbeda.
Saya menjadi sangat putus asa dalam mendapatkan pinjaman, jadi saya berdiskusi dengan seorang teman saya yang kemudian memperkenalkan saya kepada Ny. Elina, yang adalah pemilik perusahaan pemberi pinjaman global, jadi teman saya meminta saya untuk melamar dari Ny. Elina, jadi saya mengumpulkan keberanian dan menghubungi Ny. Elina.
Saya mengajukan pinjaman sejumlah Rp500.000.000 dengan tingkat bunga 2%, sehingga pinjaman itu disetujui dengan mudah tanpa tekanan dan semua pengaturan dilakukan pada transfer kredit, karena fakta bahwa itu tidak memerlukan jaminan dan jaminan untuk pinjaman transfer Saya hanya diberitahu untuk mendapatkan sertifikat perjanjian lisensi aplikasi. Mereka akan mentransfer kredit saya dan dalam waktu kurang dari dua jam uang pinjaman telah disetorkan ke rekening bank saya.
Saya pikir itu lelucon sampai saya menerima telepon dari bank saya bahwa akun saya dikreditkan dengan jumlah Rp500.000.000. Saya sangat senang bahwa ALLAH akhirnya menjawab doa saya dengan memesan pinjaman saya dengan pinjaman asli saya, yang telah memberi saya keinginan hati saya.
Mereka juga memiliki tim ahli di sana yang akan memberi tahu Anda tentang jenis bisnis yang ingin Anda investasikan dan cara menginvestasikan uang Anda, sehingga Anda tidak akan pernah mengalami kebangkrutan lagi dalam hidup Anda.
Semoga ALLAH memberkati Bunda Elina karena membuat hidup saya mudah, jadi saya menyarankan siapa pun yang tertarik untuk mendapatkan pinjaman, silakan hubungi Mrs. Elina melalui email: elinajohnson22@gmail.com untuk pinjaman Anda
Ada perusahaan palsu lain yang menggunakan kesaksian saya secara online untuk mencapai keinginan egois mereka, saya satu-satunya dengan kesaksian yang benar ini, ketika Anda menghubungi kemudian meminta mereka untuk bukti pembayaran di sana kepada ibu ,, harap berhati-hati terhadap orang-orang ini, oke
Akhirnya saya ingin berterima kasih kepada Anda semua karena telah meluangkan waktu untuk membaca kesaksian hidup saya yang sebenarnya tentang kesuksesan saya dan saya berdoa Tuhan akan melakukan kehendak-Nya dalam hidup Anda. Satu lagi nama saya adalah mrs nurliana novi, Anda dapat menghubungi saya untuk informasi lebih lanjut via email saya: nurliananovi96@gmail.com
Negara: Indonesia
ReplyDeleteWhatsApp: +62 838-3669-4853
Alamat: Surabaya
email saya: nurbrayani750@gmail.com
nama saya Nurbrayani, saya ingin bersaksi tentang pekerjaan ALLAH yang baik dalam hidup saya, karena ekonomi yang buruk di beberapa negara. Apakah mereka mencari pinjaman di antara Anda? Jadi Anda harus sangat berhati-hati karena banyak pemberi pinjaman palsu ada di internet, tetapi mereka sangat asli dalam pemberi pinjaman palsu. Saya telah menjadi korban dari pemberi pinjaman 2 kredit yang curang, saya kehilangan banyak uang karena saya sedang mencari pinjaman dari perusahaan mereka. Saya hampir mati dalam proses karena saya ditangkap oleh orang-orang dari hutang saya sendiri, sebelum saya dibebaskan dari penjara dan teman saya menjelaskan situasi saya kemudian memperkenalkan saya kepada pemberi pinjaman pinjaman yang andal. Ny. Alicia Radu Saya mendapatkan pinjaman saya sebesar Rp350.000.000 dari Ny. Alicia Radu dengan sangat mudah dalam 24 jam yang saya lamar, jadi saya memutuskan untuk membagikan pekerjaan yang baik dari ALLAH melalui Bunda Alicia Radu dalam kehidupan keluarga saya.
Jadi, jika Anda membutuhkan pinjaman, hubungi ibu Alicia Radu melalui email: (aliciaradu260@gmail.com)
Anda juga dapat menghubungi saya melalui email saya di (nurbrayani750@gmail.com)
Nomor WhatsApp saya: +62 838-3669-4853
jika Anda memerlukan informasi tentang bagaimana saya mendapat pinjaman dari Ibu Alicia Radu