Tuesday, 19 May 2015

LONDON - SAMPAI JUA KU KE SANA (DARI LAHAR YOOI KE ALEXANDRIA-MANCHESTER) Part 17





Part 17 :  LONDON SIGHTSEEING &  TYA  -  GADIS YANG BUDIMAN

BACA  PART   18   DI  SINI


1. Hari ke-7 kami berada di UK. Dari raut wajah Dayah,  penulis merasakan puteri kami agak stresss dengan kehadiran kami di Sheffield. Stress bukan disebabkan  kami berkunjung ke tempat beliau , tetapi stresss kerana hasrat beliau memberikan  layanan yang terbaik kepada  kami tidak kesampaian. Beliau bercadang  membawa kami berkunjung ke beberapa tempat-tempat menarik di UK, tetapi jadual kuliah dan praktikal di lab yang padat menyebabkan beliau hanya dapat bersama kami pada hari Jumaat - Ahad sahaja. Sebagai ibu bapa, kami akur akan kursus  Master Bio-Medical yang beliau ikuti  adalah intensif untuk selama dua belas bulan.  Supaya tidak menghampakan kami, beliau telah menyusun intinerari yang agak padat supaya beliau berada disamping kami ketika kami bercuti di UK. Kami ke Leeds dan York pada Hari Jumaat pagi dan balik ke Roebuck Road pada hari yang sama iaitu kira-kira jam 8.00 malam. Dayah telah booking tiket bas dari Sheffield ke London dimana bas akan bertolak jam 3 am Hari Sabtu. So, kami hanya ada masa beberapa jam sahaja untuk berehat, mandi, makan dan solat, sebelum berangkat ke Kota London. Urusan pemulangan semula kereta sewa akan di buat oleh Ain dan Sha pada Hari Sabtu pagi. (thanks Ain dan Sha). Ain dan Sha telah menghantar kami ke terminal bas Sheffiled dengan menggunakan kereta sewa tersebut. Kami naik bas National Ekspres Coach yang singgah di Sheffield dalam route Manchester-London.- salah satu perkhidmatan bas yang paling meluas rangkaiannya di UK dan Eropah.  Bas agak selesa dan hampir dipenuhi penumpang. Kami mengambil kesempatan untuk tidur sepanjang perjalanan, mengumpul tenaga. Kami tiba di Station Bas Victoria yang dihubungkan juga dengan sistem pengangkutan tren dan tube di Central London, macam KL Sentral lah tu. Untuk makluman, public transport di Kota London adalah amat efisien. Jadi, kita tidak akan jumpa kesesakan lalulintas yang menggila seperti di KL. Berbagai-bagai jenis pengangkutan awam ke pelbagai destinasi di sediakan. Misalnya perkhidmatan tube menyediakan koc yang lebih panjang, kerap dan laju. Bas termasuk duble decker sangat banyak, teksi macam-macam ada termasuk teksi hitam klasik tu. Pendek kata, SPAD kena tiru sistem pengangkutan awam di London untuk mengurangkan kesesakan di KL. 

National Express Coach

Inilah Stesen Bas Victoria.

2. Pada hari pertama di Kota London kami bercadang untuk aktiiviti  London City Sightseeing sahaja. Menurut Dayah, cuaca yang kurang  baik pada hari tersebut memungkinkan pemandangan yang bakal menikmati tidak mencapai kepuasan 100 %. Beliau cadangkan pada hari ke-2 baharulah kami menyusuri Sungai Thames. Keadaan cuaca pada pagi tersebut adalah mendung dan sekali sekala hujan renyai tetapi sekejap. Suhu di bawah 10'C.  Pada pagi tersebut kami lebih gemar berjalan kaki sahaja. Destinasi pertama ialah melawat  Buckingham  Palace. Buckingham Palace merupakan kediaman rasmi Queen. Istana amat besar. Salah satu anjung atau tingkap akan menjadi perhatian pelawat apakala Queen atau anak menantu baginda ingin melambai tangan kepada rakyat pada sesuatu hari perayaan. So, istana tersebut di katakan kosong kerana Queen jarang berada di situ. Pada waktu-waktu tertentu, Guard Istana akan melakukan upacara tradisi yang disebut sebagai waktu changging guard. Apa yang menarik mengenai sistem Monarchy England ni ialah, walaupun kerajaan Britain terpaksa mengeluarkan budget/perbelanjaan  yang besar untuk mempertahankan institusi raja di Britain, tetapi penulis beranggapan wang yang dikeluarkan tu amat berbaloi dengan kedatangan berjuta-juta pelancong dari seluruh dunia ke UK semata-mata nak tengok kelibat kerabat raja, anak beranak depa dan cara hidup termasuk istana kediaman. Tak percaya tanya paparazi yang siap menunggu pergerakan Raja William dan Kate !!. 


Palace Gate
Queen Victoria Memorial Garden terdapat di hadapan istana
Buckingham Palace

ramai pelancongan tertumpu menikmati keindahan istana dan kawasan halaman

uniform guard waktu winter warna kelabu, waktu lain warna merah yang ikonik tu.

Boulevard The Mall  yang sungguh cantik melintasi St. James's Park
3. Kami seterusnya bergerak ke Trafalgar Square melalui St. James's Park, di antara beberapa taman yang popular bagi penduduk London berrekriasi selain dari Hyde Park, Kenningston Garden dan sebagainya. Kami singgah buang air di tandas taman tersebut (free).  Penulis tertarik melihat gelagat seekor burung gagak berwarna putih. Kami tiba di Trafalgar Square kira-kira 15 minit kemudian. Penulis amat teruja bila tiba di situ kerana nama Trafalgar Square ini dah lama dengar dan ada disebut dalam buku sejarah masa sekolah rendah dulu. Kami berehat sambil menikmati pemandangan dan ragam pelawat yang berkunjung ke situ.

St. James's Park
ada burung gagak warna putih ke ?


Nelson Column di Trafagar Square 
dolphin

The Lion King
4. Setelah letih berjalan, kami meneruskan lawatan London Sightseeing dengan menaiki bas Hop On Hop Off. Untuk makluman, terdapat tujuh route bas double decker  yang berbumbung separuh atau penuh, terpulang kepada tujuan penumpang nak ke destinasi mana. Untuk menikmati panorama hampir sepenuhnya Kota London, kita boleh dapatkan perkhidmatan Laluan Kuning dan Laluan Merah. Misalnya laluan merah akan melintasi Piccadilly Circus, Trafalgar Square, St. James's Palace, Hyde Park, Buckingham Palace, Westminter Abbey, Big Ben & Parliament, The London Eye, St. Paul's Catheral, London Bridge, Skyscraper The Shard, HMS Belfast, Tower Bridge, Downing Street dan sebagainya. Laluan Hitam untuk Station Connector, Laluan Hijau The Loop Line, Laluan Biru The Museum Tour dan laluan Jingga Capital Connector. Kami naik bas Laluan Merah The City Sightseeing Tour bagi pakej  24 jam bayarannya GBP26. Tambang juga merangkumi River Cruise Hop On dan Hop Off. Sebaik sahaja kita naik bas, kita diberi earphone untuk dengar narration tentang tempat yang bas tersebut  lalu dalam 6 bahasa. 

ni dia peta laluan bas hop on hop off
tingkat atas - kurang penumpang kerana keadaan cuaca masih sejuk di Kota London.

kita connect earphone dekat tanda arow merah tuu dan select no untuk bahasa narration.

House of Parliment
Westminster Abbey merupakan gereja utama Westminster yang dibina pada awal abad ke 17. Senibina Gothic mewarnai senibina House of Parliamen dan persekitaran. Disamping rumah ibadat (ada ke ?) gereja tersebut menjadi tumpuan penduduk dunia ketika berlansungnya perkahwinan anak-anak raja England,
Westminster Abbey
5. Sesuai dengan sifat bas hop on dan hop off, kami boleh turun dan naik ikut suka hati. Misalnya, alangkah bertuahnya dapat berjalan di atas Tower Bridge dan menikmati suasana tebing Sungai Thames. So, kami turun dari bas dan berjalan  menyusuri tebing Sungai Thames. Terdapat pihak berkuasa Perlancongan Negara Mexico membina pavilion sebagai salah satu usaha promosi pelancongan ke negara tersebut. Malaysia Tourism boleh kaji langkah tersebut untuk mempromosi pelancong ke Malaysia kerana kawasan tersebut tumpuan ramai pelancong asing. Seterusnya kami melintasi Sungai Thmaes melalui Westminter Bridge. Ramai pelawat berselfie. Ramai juga berkumpul melihat bagaimana permainan 'tikam bola' dalam mangkok yang dipusing-pusing dan pelawat kena bertaruh dengan meneka dimangkok mana bola tersebut berada. Along di Malaysia boleh tiru macam ni dan lakukan di sekitar Dataran Merdeka atau KLCC.

Big Ben & The House of Parliament

ha ha...

The Shard  @ Shard of Glass  salah sebuah skyscraper  di Kota London - tinggi 308.6 meter atau 95 tingkat merupakan struktur bangunan sebegini yang tertinggi di EU. 

melintasi jambatan  London Tower Bridge


ni dia  London Tower Bridge


promosi pelancongan dari Negara Mexico
City Hall dan The Shard

kenangan bersama abang polis di pintu masuk kediaman rasmi PM Britain di No. 10 Downing Street
Westminter Bridge - manusia berpusu-pusu melintasi jambatan
London Ferris Wheel @ The London Eye

London Bus - antara model generasi awal.
berpusu-pusu naik bas
Hyde Park
6. Setelah puas makan angin, kini tiba masanya kami ke rumah kawan Dayah iaitu Tya - tempat kami bermalam pada hari pertama kami di kota London. Sebenarnya Dayah telah booking sebuah hotel budget untuk penginapan kami pada malam tersebut. Malang sekali disebabkan kami belum pasti untuk ke London pada hari tersebut, beliau telah telah membatalkan tempahan tersebut. Itulah yang penulis kata beliau stress. Untuk makluman, hampir kesemua hotel telah ditempah pada malam minggu tersebut. Bagaimanapun, kami bernasib baik kerana 'kawan kepada kawan' Dayah yang menyewa rumah di London sudi mempelawa kami menginap di rumah sewaan mereka. Untuk ke situ, kami perlu menggunakan perkhidmatan tube. Setiap kami dibekalkan dengan Oyster Card iaitu milik Dayah sendiri, Sha dan Ain. Kami cuma perlu top up kad tersebut di mesin top up yang disediakan di terminal bas dan tube. Fungsi Oyster Card macam Touch N Go . Oyster Card boleh aktifkan sebagai Weekly Pass ataupun Monthly Pass yang menjimatkan. Kad oyster sangat penting bagi pengguna tube - sebagai tiket tren yang murah dan menjimatkan  masa. Tetapi awas, menggunakan tiket yang kurang nilai dari harga tambang akan dikenakan penalti oleh pihak British Rail. Berdsarkan maklumat yang diberi oleh kawan Dayah iaitu Tya, destinasi kami berikutnya ialah stesen Devon Road. Kena rujuk map yang terdapat di stesen tube. Setelah kami selesai lawatan London Sightseeing, kami terus ke stesen tube Charing Cross. Di situ kami singgah di Tesco Express membeli air mineral dan roti sebagai alas perut. Air mineral kami gunakan untuk berwuzuk. Kami solat di salah satu penjuru stesen tube tersebut. Setelah selesai solat, kami bergerak menggunakan eskalator menuju ke bawah. Apa yang mengkagumkan penulis, Dayah agak cekap membaca peta.


solat boleh dilakukan di mana-mana sahaja asalkan menepati spesifikasi ilmu fiqh.
Malang sekali, stesen yang kami sepatutnya transit tukar tren telah di tutup kerana kerja-kerja maintenence. Pada situasi begitulah  penulis melihat bagaimana Dayah tidak panik dan berusaha merujuk kepada map route pergerakan tren di tube sebagai alternatif kepada stesen yang ditutup tersebut. Hai, kalau tidak ada Dayah, nampaknya menangislah kami kerana kompleks dan sistem tube di bawah bumi London ini amat sibuk,  luas, dalam dan besar.

Dayah sedang top -up kad oyester

ni dia panduan nak rumah Tya - anda faham ???


tu dia ada macam-macam warna route
setengah route menggunakan laluan lama 

laluan baru dan moden


7.. Kami akhirnya dapat juga sampai ke stesen Devon Road. Ketika itu hujan turun dengan lebat sekali. Tya tidak dapat menunggu kami di stesen kerana mereka tidak mempunyai transport, sebaliknya menyarankan kami mendapatkan teksi ke alamat rumah merka. Sekali lagi malang bagi kami kerana hampir 20 minit kami menunggu, tidak ada teksi yang melintasi berhampiran stesen tersebut. Kami mengambil keputusan untuk bergerak ke pusat perniagaan yang terdapat berkedekatan dengan harapan terdapat teksi di situ. Kami bergerak dalam hujan. Alhamdulillah terdapat sebuah teksi yang berhenti mengambil kami. Malang lagi sekali kerana gps yang terdapat pada teksi tersbut dan aplikasi waze yang terdapat pada smartphone Dayah tidak dapat mengesan lokasi alamat tersebut. Teksi mundar mandir - meter perjalanan dan caj sewaan makin naik sudah hampir GBP 18. sedangkan lokasi rumah Tya lebih kurang satu km dari stesen tren. Akhirnya pemandu teksi naik give-up dan turunkan kami di satu kawasan kejiranan iaitu di Fair Foot Road. Bagaimanapun, pemandu teksi berbangsa Afrika itu amat bertimbang rasa. Beliau cuma minta GBP 10 sahaja kerena beliau kesihan tengok ibu bapa Dayah yang sudah keletihan. Rupa-rupanya Tya sudah siap menunggu kami dengan payung untuk ke rumah mereka. Alhamdulillah, kami selamat sampai ke rumah Tya dalam pukul lapan malam. Tya berasal dari negeri Perak, telah menyewa bersama dua orang lagi rakan. Beliau menbuat Ijazah Master Bahasa Inggeris di The Queen Mary University of London. Kami seterusnya di tunjuk kamar penginapan untuk malam tersebut. Terperanjat kami kerana Tya telah menyediakan sebuah kamar seakan-akan bilik hotel 4 star untuk kami. Kami diberi layanan amat baik. Mereka menyediakan dinner untuk kami meskipun sebahagian dari mereka ada exam pada esok hari. Dari tutur kata dan tingkah laku yang ditunjukkan oleh Tya dan housemate, ternyata mereka adalah anak gadis yang bersopan santun, berbudi bahasa, menghormati tetamu dan orang tua. Bertuahlah jejaka yang dapat menawan hati mereka. Hanya kepada Allah SWT penulis doakan agar budi baik Tya dan housemate akan diberi ganjaran oleh Allah swt jua. Amin.

suasana panik  seketika kerana gps tidak dapat mengesan lokasi rumah Tya.

tu  dia kamar Tya yang membenarkan kami bermalam - tilam empuk macam hotel 4 star. Thanks Tya

kamarnya lapang, bersih dan tersusun rapi
inilah kawasan perumahan Tya dan rakan sewa iaitu di Fair Foot road.

Selesai mandi manda, diner dan solat jamak, pada malam itu kami tidur senyenyak-nyenyaknya. Alhamdulillah. Terima kasih Allah.


Part 18 : Menyusuri Sungai Thames.


BACA PART 1 DI SINI

1 comment: