Wednesday 27 May 2015

JENAYAH DAN CURI KERETA - Part 2



Part 2 : Mem'berek' Kes Curi Kereta

TIDAK semudah dijangka.

1. Dalam artikel saya yang lalu “Throwing light on crime statistics”, saya menyatakan bahawa indeks jenayah mengandungi dua komponen – jenayah keganasan dan jenayah harta benda. Jenayah harta benda membabitkan 80% daripada jumlah keseluruhan jenayah di Malaysia.  Dalam artikel ini, saya akan menumpukan jumlah jenayah harta benda. Saya percaya bahawa banyak lagi perkara yang kita boleh lakukan bagi menghalang berlakunya jenayah harta benda.

2. Jenayah harta benda boleh dibahagikan kepada dua kategori utama – kecurian harta benda peribadi dan jenayah seisi rumah. Kategori pertama merujuk kepada kecurian ragut, dompet, kad kredit, tefefon dan sebagainya tanpa membabitkan kecederaan tubuh. Penjenayah mencuri harta kepunyaan anda ketika anda berada di kawasan awam. Jumlah jenayah ini kira-kira 20% daripada keseluruhan jenayah harta benda. Jenayah ini, walaupun semulajadinya kecil, mengakibatkan rasa tidak selamat berada di kawasan awam.

3. Kategori kedua (jenayah seisi rumah) merangkumi memecah masuk, vandalisme, mencuri kenderaan atau bahagian kenderaan dan kecurian harta benda seisi rumah. Ini membabitkan kira-kira 80% daripada keseluruhan jenayah harta benda di Malaysia.  Dalam kategori ini, 75% membabitkan kecurian kenderaan bermotor dan 25% pecah rumah. Sama seperti jenayah kecil di atas, jenayah pecah rumah mewujudkan kesan jangka panjang rasa tidak selamat dalam minda kita.

4. Dalam artikel ini, saya akan membincangkan secara khusus kecurian kereta iaitu membabitkan kira-kira 20% daripada kes membabitkan kenderaan bermotor. Ada dua sebab saya membincangkan kes kecurian kereta.

5. Saya ingin menunjukkan bahawa statistik jenayah kecurian kereta daripada polis boleh diguna pakai - bermakna jumlah itu memang betul dan boleh dipercayai. Jumlah kecurian kereta merosot 20% tahun lalu sejak NKRA dimulakan lima tahun lalu. Saya ingin berkongsi apa yang kami sudah lakukan dalam perjalanan transformasi itu.

6. Ada kira-kira 10.5 juta kenderaan bermotor di Malaysia dengan kira-kira 25% bawah 5 tahun, 25% antara 5 ke 10 tahun dan 50% atas 10 tahun. Ada dua jenis kes kecurian kereta utama yang cuba ditangani sejak awal tahun lalu.
  • Penyeludupan transnasional – iaitu kereta mewah baru atau popular dicuri dan dihantar ke luar negara

  • Peleraian (cannibalization) bahagian kereta – iaitu kereta dicuri dan dileraikan untuk dijadikan alat ganti kenderaan lain (kemungkinan kereta lama)
7. Kes kecurian kereta di atas selalunya bersifat jenayah terancang yang membabitkan pelbagai peringkat dan pihak. Kereta dicuri bagi tujuan jenayah iaitu untuk dijual atau menghapuskan bahagian-bahagian kereta di pasaran gelap. Satu lagi sebab di sebalik kes kecurian kereta adalah bagi alasan mengambil kesempatan seperti untuk dibawa dengan tujuan keseronokan  (‘joyride’) dan untuk digunakan sebagai pengangkutan jangka pendek - yang mana jumlahnya kecil dan tidak meliputi skop kita.

8. Seperti yang disebutkan dalam artikel pertama saya, rekod menunjukkan kehilangan satu kereta setiap 30 minit di Malaysia pada 2013, namun kita berjaya mengurangkan kadar kecurian kereta sehingga 20% pada 2014. Hari ini, kita kehilangan satu kereta setiap 45 minit. Ini pertama kalinya menunjukkan penurunan sejak kami memulakan transformasi pada akhir 2009 (Rajah 1).


9. Berdasarkan statistik semasa, kira-kira 53,000 pertubuhan-pertubuhan beroperasi dalam sektor kenderaan bermotor. Tanpa melihat kepada segmen motosikal, dianggarkan 40,300 pertubuhan-pertubuhan yang menyokong segmen motokar. Ada tiga kategori dalam sektor ini (% dalam kurungan menunjukkan % pertubuhan berkenaan):
  • Jualan kenderaan motor (10%)

  • Jualan bahagian & aksesori (30%)

  • Penyelenggaraan & baik pulih  (60%)

10 Kenyataan di atas menunjukkan bahawa kira-kira 90% pertubuhan-pertubuhan menyokong pasaran baik pulih dan aksesori. Nilai perniagaan pasaran ini adalah kira-kira 50% daripada nilai belian kereta baru setahun. Ketika kami memulakan NKRA, nilai belian baru adalah sekitar RM60B setahun.

11. Semakin banyak kereta meningkat usia, pasaran alat ganti terpakai akan meningkat. Bekalan alat ganti terpakai mungkin datang dari kereta-kereta curi yang dileraikan kepada alat ganti. Nampaknya, ini adalah perniagaan menguntungkan. Tuntutan insurans bagi alat ganti pada 2012 adalah sekitar RM5.4b. Bayaran pampasan bagi jumlah kehilangan kereta kira-kira RM762 juta pada 2013 – peningkatan 27% berbanding 2012.

12. Apabila dibandingkan antara bilangan kecurian kereta yang dilaporkan kepada polis dan syarikat insurans, kita dapat melihat jurang besar iaitu kira-kira 40%.  Jumlah kereta curi dilaporkan kepada polis masing-masing meningkat 36% dan 47% lebih tinggi berbanding jumlah dilaporkan kepada syarikat insurans pada 2012 dan 2013 (Rajah 2). Adalah tidak logik untuk mengatakan polis menurunkan statistik apabila jumlah mereka lebih tinggi daripada yang dilaporkan persatuan insurans.

Tajuk : Rekod PDRM vs Insurans


13. Sebab bagi perbezaan itu sudah pasti kerana insurans kereta pihak ketiga bagi kenderaan curi yang dilaporkan oleh mangsa kepada polis tetapi bukan  kepada syarikat insurans. Ini turut menyokong teori bahawa banyak kereta lama dicuri untuk diniagakan alat gantinya.

14. Senarai 10 kenderaan utama yang menjadi sasaran sindiket curi disiarkan dalam The Star pada 2012.  Daripada analisis kami, Proton mencatatkan jumlah tertinggi kereta dicuri, diikuti Toyota dan Perodua pada 2012, 2013 dan 2014 (Rajah 3).



15. Saya kongsikan pendekatan yang kami gunakan untuk mengurangkan kecurian kereta pada 2014.  Pertama, kami mempunyai kerjasama baik dengan kebanyakan pihak dalam perniagaan kenderaan bermotor. Seperti saya katakan, kebanyakan kecuiran kereta adalah jenayah terancang. Maka, bagi mengatasi masalah ini, polis tidak mampu melakukannya sendirian. Kami membawakan beberapa pihak bagi tiga perbincangan:
  • Perbincangan pertama – kami MENGENAL PASTI dan MENGUKUR masalah dihadapi.  Tujuan kami adalah untuk memahami sejauh besar masalah itu dan melihat aliran perniagaan kecurian kereta Malaysia

  • Perbincangan kedua – kami MENGANLISIS masalah. Di sini, kami membawa banyak pakar dari industri ini bagi mengesahkan apa yang dilihat rakan pasukan berdasarkan data
  • Perbincangan ketiga – kami MEMPERBAIKI situasi dengan membincangkan kelompongan di peringkat bawahan dan polisi. Ini masih menjadi latihan berterusan bagi kedua-dua jenis penyeludupan - transnasional dan peleraian (cannibalization) bahagian komponen.

16. Berikut adalah petikan diambil daripada Laporan Tahunan 2014 yang disiarkan baru-baru ini.

MENGIKUT MOHD YUSUF IDRIS, PENYELARAS BAGI MAJLIS PENGURANGAN KECURIAN KENDERAAN (VTREC) MALAYSIA, ORGANISASI BUKAN BERASASKAN KEUNTUNGAN YANG DITUBUHKAN OLEH INDUSTRI INSURANS

“Pada tahun ini, dengan kerjasama PEMANDU, kita menyaksikan peningkatan dan daya usaha yang lebih teratur diambil oleh semua pihak berkepentingan (termasuk PDRM, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Kastam dan industri insurans) dalam pendekatan kami untuk menangani kecurian kenderaan," kata Mohd Yusof.

"Dari Mac hingga Jun tahun ini, VTREC dan  PEMANDU menganjurkan tiga bengkel  untuk mengenal pasti kelemahan pentadbiran dalam ekosistem industri permotoran  yang mungkin mempengaruhi kecurian kereta. Setelah mengenal pasti kelemahan ini, kami menyarankan 24 inisiatif untuk jangka panjang dan pendek yang pada pendapat kami akan mengurangkan dengan ketara peluang berlakunya kecurian kereta."

17. Meskipun kejayaan yang dicatat pada 2014 memberangsangkan, Mohd Yusof menambah bahawa lebih banyak usaha akan dijalankan pada 2015 dan seterusnya. Bengkel yang diadakan pada tahun lalu mengenal pasti dua perkara penting yang memerlukan perhatian tambahan, iaitu peleraian (cannibalization)  bahagian kenderaan dan penyeludupan kenderaan curi melalui pelabuhan dan sempadan.
18. Berdasarkan kajian yang dibuat di Amerika Syarikat, satu kereta dicuri setiap 44 saat. Kita kehilangan satu kereta setiap 45 minit. Ada beberapa perkara menarik yang kita boleh fikirkan. Lebih sebahagian kecurian berlaku di kawasan letak kereta tanpa penjaga. Hampir separuh kecurian disebabkan kesilapan pemandu seperti meninggalkan kunci pada pencucuh atau membiarkan pintu tidak berkunci.

19. Berdasarkan kajian itu, pengajarannya adalah untuk  bersama mengingatkan diri sendiri supaya mengambil beberapa langkah berjaga-jaga sewajarnya seperti tidak meninggalkan kunci anda di dalam kereta, menutup semua tingkap dan pintu apabila meletak kenderaan serta jangan sesekali meninggalkan barang berharga di tempat yang mudah dilihat di dalam kereta.

20. Bak kata orang, polis tidak boleh melindungi kita sepanjang masa. Kita harus lebih peka mengenai kecurian, lebih bijak, lebih pintar dan selalu lebih berhati-hati. Jika kita menjadikannya mudah untuk seseorang itu mencuri daripada kita, mereka akan melakukannya. Marilah kita bersatu menentang jenayah dan bekerjasama menghapuskan pelbagai peringkat kecurian kereta bagi memastikan harta benda kita selamat seterusnya memberikan ketenagan fikiran untuk kita semua.


OLEH :- Datuk Dr Amin Khan - Pengarah Pengurangan Jenayah Pemandu NKRA

>MSTAR


No comments:

Post a Comment