Tuesday 12 May 2015

ALBUM PRK P44 BUAT PEJUANG AMIN MEN



1. Beliau telah 'terbang' beribu-ribu kilometer dari Semporna  Sabah ke Permatang Pauh atas pembiayaan sendiri semata-mata untuk mencurah khidmat bakti  setulus ikhlas kepada parti yang didukung beliau  iaitu  PKR agar menang dalam Pilihanraya Kecil P44 Permatang Pauh pada 7 Mei yang lalu. Beliau tiba di Kuala Lumpur pada tanggal 1 Mei,  terus menyertai demonstrasi  Himpunan Anti GST yang berlansung sekitar KLCC pada sebelah petang. Setelah tamat demonstrasi tersebut, beliau bergegas dapatkan bas dari Hentian Puduraya ke Butterworth. Setiba di Butterworth seawal pagi, beliau dapatkan pula teksi ke 'Rumah Sabah' di Seberang Jaya. Setelah berehat sekejap, beliau terus melapurkan diri bertugas dengan jentera pilihanraya PKR dan di tempatkan di Markas JDM 8 Jalan Tuna. Seberang Jaya. Dari situ beliau bersama petugas tempatan mengatur jentera gerak gempur PKR yang bertindak memberi info-info semasa  kepada pengundi dan menangkis fitnah dari pihak lawan. Beliau gigih berkhidmat dari pagi sehingga larut malam melakukan kerja-kerja culaan, mengedar risalah dan bahan cetak berkaitan, berkempen dari rumah ke rumah, menghubungi pengundi luar kawasan balik mengundi pada hari pengundian dan sebagai tenaga penceramah. Itulah Mohamad Amin bin Abdul Men - bekas pelajar Yayasan Anda Akademik (YAA)  Tahun 1991. Mohamad Amin di lahirkan pada tanggal 7 April 1969 di Kampong Kabogan, Semporna. Mendapat pendidikan peringkat rendah di SK Kabogan, seterusnya ke SMK Kuhara di Tawau. Beliau menyambung pelajaran ke Tingkatan Enam di  YAA Kuala Lumpur. Berikutnya beliau menjawat guru sandaran selama 10 tahun di beberapa buah sekolah di Tawau dan Semporna. Kini beliau sedang menuntut pada peringkat  Ijazah Pengajian Islam di OUM. Berkahwin dengan Nurlidah binti Abdul Bangsa dan dikurniakan lima orang anak lelaki. Beliau berminat menyertai PKR setelah gelombang Reformasi melanda seluruh negara dan beliau masih beristiqamah dengan parti tersebut. Kemuncak perjuangan beliau ialah beliau telah meletak jawatan sebagai guru kerana  dipilih bertanding sebagai calon PKR bagi DUN N53 Senallang melawan Dato Seri Nasir Tun Sakaran. Ketika ditanya kenapa berminat dengan PKR, tidak kepada parti lain, khususnya parti yang pro BN di Sabah ?, beliau menjawab, "Saya amat tertarik dengan idealisme perjuangan Datuk Seri Anwar Ibrahim menegakkan keadilan dan membela nasib rakyat". Jelas sifat kepahlawanan Bajau diwarisi oleh beliau. Berdasarkan kesungguhan dan semangat juang yang tinggi yang ditunjukkan oleh beliau, bolehlah penulis membuat satu rumusan bahawa Mohamad Amin adalah seorang pejuang masa depan - menegakkan keadilan dan membela rakyat di Sabah khasnya  dan Malaysia amnya. Kepada Mohamad Amin, penulis doakan agar niat suci beliau tercapai. Sebagai tanda persahabatan yang berkekalan, penulis 'hadiahkan album' berikut sebagai ingatan ikhlas dari penulis      


Mohamad Amin bin Abdul Men

Pidato Amin tidak kurang hebat.

turut bersama YB Rodziah dan  YB Shamsul



manifesto Mie
tetapi.... apa kata pengundi Permatang Pauh......

Datuk Heng Seai Kie - turut berkempen bagi pihak  'PR'

Semua sayap PKR @ PR memikul amanah begitu baik sekali dan berkerja dengan penuh tanggung jawab

idola Amin


GST tidak mengira usia
malang buat DSAI dinafikan hak mengundi
strategi kempen berupa banner yang berkesan

hampir setiap JDM dihiasai dengan berbagai bahan kempen

kesan yang amat mendalam

rata-rata rakyat di P44 adalah petani dan  pekerja kilang yang tertekan dengan kenaikan harga barang

PRM juga tidak ketinggalan







Tun turut 'membantu' jentera PKR



Pejabat UMNO Bahagian Permatang Pauh










Bagi Mie Peluang, Mie Akan Buktikan.... masih gagal menarik pengundi muda

PKR turun sebagai penyandang juara yang banyak pengalaman dan faham sepak terajang serta strategi pilihanraya 

inilah bangunan Yayasan Aman - di dirikan oleh DSAI ketika menjawat jawatan TPM 














PKR Kelantan

PKR Melaka



Alhamdulillah, semua jentera PAS Pmtg Pauh dan Negeri P.Pinang telah turun membantu jentera PKR

 Kalau Menteri Pertanian lancar Hari Peladang, Menteri Kesihatan lancar Hari ?














giant banner sebegini yang dipasang di bulatan Seberang Jaya telah dimusnah oleh gengster puak sana









bahan kempen paling kreatif - perlawanan bolasepak antara veteran Selangor dan veteran Pulau Pinang


Kak Wan jadi 'coach' pun boleh - serba boleh


Dyana dan Rara turut menjadi peragawati

Tahniah kepada Jentera PKR kerana dapat menyusun jadual kempen yang padat dan menarik - menepati sasaran


ha ha ha... nenek masih kuat kayuh basikal




lihat JDM  8 Jalan Tuna tempat Mohamad Amin bertugas, PKR memperolehi majoriti yang besar berbanding JDM lain dalam DUN Seberang Jaya. Tahniah Amin - kerja kuat awak dan rakan-rakan berbaloi.



HA HA HA ....BILA DAH KALAH.......................................

2. Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof menyifatkan Pilihan Raya Kecil (PRK) Permatang Pauh sebagai yang paling ganas dan terburuk dalam sejarahnya.

Aziz berkata, banyak provokasi antara penyokong parti-parti politik yang bertanding dan tindakan itu menyebabkan penyokong gagal mengawal emosi dan berlakunya perkara tidak diingini.

Tambah beliau, para penyokong di PRK Permatang Pauh terlalu obses dan agresif berbanding berbanding PRK Rompin sehingga menyebabkan ada yang tercedera dan harta benda rosak.

"Sehingga hari ini, PRK ini yang paling buruk pernah saya alami dengan keganasan penyokongnya dan banyak insiden yang berlaku," kata Aziz selepas ditemui di Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) di sini.


Semasa proses pengundian, seorang pemberita dan seorang anggota polis cedera akibat 'perang' objek yang dibaling oleh penyokong kedua-dua pihak, selain kereta SPR turut dirosakkan.


Tahniah Kak Wan. Tahniah PKR, Tahniah PR dan Tahniah Rakyat Permatang Pauh



lunch di Restoran Terapung Nelayan di Ujung Batu - Amin bersama Pengurus Restoran
3. Setelah bertungkus lumus bekerja keras bagi menambahkan jumlah undi kepada PKR,  baki masa kira-kira  21 jam sebelum pintu Pusat Pengundian di buka, baharulah Mohamad Amin berkesempatan melawat tempat-tempat menarik di Pulau Pinang....tudia tempat yang kami pilih dengan menaiki motorsikal !




Padang Kota Lama - mengimbau nostagia ketika bersama rombongan student YAA melawat Penang Kedah pada Tahun 1991 

Muzium Penang - heran tengok koc keretapi senget

solat zohor di Masjid Kapitan Kling

bergayut 

motor mampuih pulak

bus double decker

di puncak Penang Hill aka Bukit Bendera



1 comment: