Saturday 16 May 2015

LEEDS DAN YORK (DARI LAHAR YOOI KE ALEXANDRIA-MANCHESTER) Part 16








DRIVING TO LEEDS  &   YORK


BACA  PART  17   DI SINI




1. Hari ke-3 di Sheffield - penulis, isteri dan Dayah  merancang melawat  Bandaraya Leeds dan York. Dengar khabar bandaraya  itu terutamanya York sangat cantik. Kami mengajak Nadia turut serta kerana Nadia pernah ke sana dan tentu beliau lebih mengenali tempat-tempat menarik yang patut dikunjungi. Untuk tujuan tersebut, Dayah cadangkan kami menyewa  sebuah kereta. Ciri-ciri kereta yang di pilih tentulah paling ekonomik dengan harga sewaan murah serta menjimatkan petrol. Kami memilih syarikat Enterprise Rent-a-Car. Website syarikat tersebut boleh baca DI SINI Kelebihan syarikat tersebut bukan sahaja kita  boleh book online, malah boleh minta tolong  ambilkan kita kat rumah. Syarikat tersebut  juga antara company yg termurah provide kereta sewa.  Apa yang menarik, kadar sewaan kereta bergantung kepada umur penyewa. Misalnya penyewa yang berumur 30 tahun dan ke atas dikenakan kadar sewaan paling murah, manakala umur 25 tahun ke bawah, paling mahal, Jadi, nama penulis di daftarkan sebagai penyewa. Satu lagi, penulis tidak memiliki lesen memandu international dan Lesen Memandu Malaysia Baharu seperti mykad yang dwibahasa tu, tetapi penulis masih boleh menyewa kereta apabila menunjukkan pasport antarabangsa Malaysia. Kami memilih kereta Vauxhall Astra 1.6 Auto. Kadar sewaan GBP23 sehari termasuk insuran 3rd party. Deposit GBP200, bayaran secara kad debit atau kad kredit. (Kad Kredit Bank Rakyat tidak boleh di guna di UK.) Setelah check semua body dan bumper kereta kalau-kalau terdapat kesan kemek atau calar, kami pandu ke stesen petrol berdekatan. Menariknya di UK, pemandu isi petrol dulu, kemudian bayar di kaunter. Kami isi GBP20. Petrol dijual dalam unit gallon. Posisi stering Vauxhall Astra ni sama seperti pemanduan di Malaysia, tetapi meter kelajuan dalam unit batu sejam dan petrol dalam gallon. Kelajuan normal memandu kurang 50 bsj yang bersamaan 110 kmj.  Kami menggunakan Lebuhraya M1 ke Leeds. Lebuhrayanya mempunyai tiga lorong, tetapi awas,  pada setengah laluan terdapat amaran kamera perangkap kelajuan beroperasi.  Kiri - kanan lebuhraya mempamirkan pemandangan yang indah, sama seperti yang kami lihat semasa menaiki keretapi tempoh hari. Kawasan Peaks District sangat cantik dan tentu lebih cantik jika kami lalui daerah tersebut pada musim bunga.


inilah Vauxhall Astra - kami hanya menyewa setelah  berpuas hati setelah tidak ada kesan  kemek atau kesan calar.



tu dia pengalaman bersejarah  - bergaya!!!  Mana boleh pandu kereta di UK kalau berkunjung ke negara tersebut menggunakan khidmat pakej agensi pelancongan.



lebuhraya tanpa tol, tidak bersesak-sesak tetapi bersih




2. Memandu kereta di UK mestilah berhemah dan patuhilah  segala peraturan lalulintas. Denda atau penalti yang agak tinggi di kena kepada pemandu yang melanggar peraturan tersebut, termasuk kesalahan parkir dan tidak membayar tiket parkir kenderaan. Lebih kurang 50 minit memandu keluar dari Sheffield,  kami mulai masuk laluan ke  Leeds. Sekadar makluman, susun atur dan perabut  yang dipasang di lebuhraya dan jalan raya di UK hampir sama dengan yang terdapat di Malaysia - senangkan memandu di sana !!. Ternyata  Leeds  adalah di antara  bandar terbesar di UK. Bagi sesetengah pelawat, Leeds dikatakan destinasi membeli-belah terbaik di UK. Selain dari itu, di Leeds lah bermulanya perniagaan Marks & Spencer (M & S) yang terkenal mempunyai gedung-gedung seantaro dunia yang diasaskan oleh Michael Marks pada Tahun 1884 dan dikembangkan oleh Tom Spencer sedekad kemudian.


 gerai Marks & Spencer yang asal yang terletak  dalam Kompleks  Leeds City Market.


3. Kami bercadang  berjalan kaki sahaja ke tempat-tempat tertentu kerana Leeds City Council menyediakan kemudahan parkir kereta bertingkat yang terdapat di beberapa lokasi. Penulis difahamkan terdapat sesetengah perkhidmatan bas percuma untuk orang ramai yang berurusan di sekitar bandaraya Leeds. Kami bernasib baik kerana Nadia bertindak sebagai 'gps' kami, telah menjimatkan masa pergerakan kami. Leeds juga terkenal sebagai salah sebuah hub pendidikan tinggi di UK kerana mempunyai beberapa buah universiti. Di antaranya  The Univeristy of Leeds, Leeds Beckett Univ. Leeds Metropolitan Univ. Leeds Trinity Univ dan sebagainya.  Destinasi pertama kami ialah meninjau kampus Leeds University - salah sebuah universiti yang tersohor di UK. Terdapat ramai pelajar Malaysia di situ.





pemandangan dari tempat parkir tingkat  14



kami parkir untuk tiga jam dengan bayaran sebanyak GBP3.

merentasi kampus Leeds Beckett University
menara warna merah karat tu ialah Broadcasting Palace -  pernah terpilih sebagai di antara menara pejabat yang menarik di dunia,  menempatkan berbagai ruang pejabat dan sebahagian dari kampus Leeds Metropolitan University


inilah bangunan utama yg menjadi ikonik bagi Universiti Leeds





Universiti Leeds



laluan sebelah dalam yang cantik, tersusun  dan bersih



4. Setelah beredar meninggalkan kampus Universiti Leeds, kami bershopping window di beberapa arked dan pusat membeli belah. Di antara yang menarik perhatian penulis ialah gerai menjual pokok-pokok bunga dan buah-buahan segar.




old Majectyk - asalnya pawagam, kini menjadi night club

dalam Leeds Corn Exchange - sebuah shopping arcade (170 lots) dan ofis (59 lot) yang terkenal di Leeds

Leeds City Market terdapat berbagai jenis perniagaan - menjadi tarikan pelawat ke Leeds.

Mohseen - pekerja berasal dari  Bangladesh melayan kami dengan penuh hormat apabila kami memaklumkan kami dari Malaysia 
5. Setelah hampir tiga jam di Leeds, kami meneruskan perjalanan menuju ke utara iaitu ke York. Kami keluar dari Highway M1, memasuki jalan ke York yang menyusuri lereng-lereng  bukit landai. Terdapat kegiatan pertanian dan  ternakan seperti bebiri di jalankan di situ. Kira-kira 30 minit, kami mula sampai ke York. York juga boleh dihubungi dengan jalan darat lain seperti keretapi iaitu dua jam ke utara London. Memasuki bandaraya  York ibarat anda memasuki gerbang sejarah 1900 tahun lampau. Bandaraya York kini berusia hampir 2,000 tahun. Catatan sejarah York menyaksikan orang-orang Rom telah membina bandar tersebut  pada Tahun 71SM dan diikuti oleh puak  Viking yang menawan bandar tersebut  dalam Tahun 866 SM. Mereka telah menukar nama York kepada Jorvik. Bandar raya itu terletak pada pertemuan Sungai Ouse dengan Sungai Foss yang terkenal dengan kesan-kesan  sejarahnya, telah memainkan peranan penting pemerintahan terdahulu. 

cantik - kawanan bebiri sedang meragut.

pokok anggur belum berputik kerana belum masuk   musim bunga



simpang tiga menuju ke York (perhatikan perabut jalan macam di Malaysia)
6. Kami memakir kereta di tempat parkir awam di medan parkir kereta di tebing Sungai Ouse. Terdaat pokok-pokok berbaris lurus di tanam pada tebing sungai itu. Seperti di Leeds, Nadia mengetuai pergerakan kami memasuki pusat bandar York. Pemandangan pertama yang memukau kami apakala melihat ketakjuban sebuah tower  atau menara yang di dirikan di atas sebuah anak bukit. Itulah Clifford Tower. Pelbagai kesan sejarah boleh di lihat pada menara tersebut. Pelawat boleh naik ke atas menerusi tangga batu yang agak tinggi. Meskipun penat juga untuk sampai ke puncak tetapi berbaloi, kerana dapat menyaksikan panorama yang sungguh cantik. Pelawat dikenakan bayaran tertentu sekiranya berhasrat memasuki bahagian dalam tower dan menaiki tingkat-tingkat atas tower tersebut.

barisan pokok di tebing sungai yang pasti lebih cantik pada musim bunga kelak.

Nadia menjadi tourist guide kami - thanks Nadia



Sungai Ouse dari Jambatan  York

Bangunan era Victorian berupa gudang yang seketika dahulu  mengurus perkapalan Sungai Ouse dan Foss

perhatikan bot-bot angkut penumpang yang berhajat menikmati pemandangan river cruise


Clifford Tower
tu dia anak tangga kurang sikit dari tangga Batu Caves

Pengunjung yang ingin mendapatkan maklumat lanjut mengenai kesan-kesan  sejarah di York terutama berkaitan sistem pemerintahan  raja dan castle boleh dapat menerusi bahan dan catatan yang di pamir dalam York Castle Museum.

7. Di samping Area Castle, terdapat banyak tempat yang boleh dilawati - bergantung kepada minat dan masa yang anda boleh luangkan. Kita boleh menyaksikan kehidupan masyarakat Viking dalam museum mereka di sekitar Jorvit dan Viking Centre, membeli belah di Stonegate, berkunjung ke Grand Opera House, Quilt Museum, York's Sweet Story, York Minster atau yang paling menarik ialah memasuki kawasan The Shambles. Di antara pusat berbelanja sekeluarga yang terkenal termasuklah  Stonegate berupa deretan kedai di atas  jalan lama yang menarik, penuh. Misalnya di Mulberry Hall terdapatkedai  jualan barang-barang tembikar dan kristal China, barang-barang kemas, kedaiTeddy Bear kedai buku dan pusat jualan cokelat. Peminat Harry Potter tentu dapat mengenali premis perniagaan sebegini yang sering di tontonkan dalam filem-filem box office tersebut






pelbagai soviner boleh dibeli dengan harga agak berpatutan, terutama di Swinegate

7. The Shambles terkenal dengan kedai-kedai yang terletak pada jalan atau lorong yang sempit. Apa yang menarik, tingkat atas kedai-kedai tersebut hampir bercantum antara satu sama lain. Pada kira-kira 300 tahun yang lalu di penghujung jalan tersebut kedapatan rumah-rumah penyembelihan ternakan di hadapan kedai, manakala binatang ternakan di kurung di bahagian belakang. Dikatakan darah dari penyembelihan tersebut akan mengalir melalui longkang yang di bina di bahu jalan sehingga membawa kepada serangan wabak penyakit kolera pada tahun-tahun tersebut.

 The Shambles, perhatikan tingkat atas kedai yang hampir bercantum dengan  tingkat atas kedai bertentangan.

Pelbagai perniagaan yang terdapat pada premis perniagaan yang masih kekal keasliannya - paling ramai dikunjunggi pelancong 
seketika dahulu pusat di jalan tersebut adalah pusat  jualan dan penyembelihan ternakan.

Petugas yang memakai pakaian puak Viking di pintu masuk muzium Viking

kedai menjual buku, majalan dan soviner berkaitan dengan puak Viking di York






pasar terbuka.

8. Kami bergerak menuju ke York Minster - salah satu bangunan lama yang tercantik di UK dari segi seni bina arkitekturnya.  York Minster Gothic Cathedral in York - Sstuated in the heart of the city, York Minster is the largest Gothic Cathedral in northern Europe. As is the way with many christian buildings, it was built in the shape of a cross, and faces East, towards Jerusalem. The name "Minster" is derived from the Latin Monastarium, which means "Place of Learning".

York Minster adalah catedral


Inilah statue Constanstine The Great (274-337 SM)  proclaimed Empayar Roman di York  Tahun 306SM 
Inilah Roman Column terpacak teguh di hadapan Great Hall 

9. Dalam perjalanan pulang ke tempat parkir kereta, kami singgah di beberapa kawasan yang terdapat beberapa tinggalan bangunan lama istana dan tembok.



seni bina bangunan Zaman Victorian masih utuh 

sisa-sisa  castle



tupai yang lapar kerana tiada daun atau buah yang boleh di makan - menjadi jinak kepada pengunjung yang menghulurkan makanan


tangga menuruni tembok 


sebahagian York City Wall
York City Wall atau Tembok  KotaYork sepanjang 3.1 km masih berdiri gagah





Bangunan yang didirikan  pada Zaman  Victorian berlatar belakang York Minster




cantik pada waktu malam apabila disinari lampu




SAMBUNG SIRI 17 - KE KOTA LONDON


 BACA SIRI-SIRI YANG LALU : PART 1  DI SINI



















No comments:

Post a Comment