Saturday, 13 September 2014

KUNJUNGAN KE BAITULMAQDIS siri 10 ; ANTARA RITUAL AGAMA SAMAWI NASRANI & YAHUDI

PART 1 : RITUAL AGAMA SAMAWI NASRANI DI BAITULAHAM

[baca Part 2 @ SIRI 11 DI SINI]





perhatikan lokasi  pergerakan kami dari Jericho (sempadan Israel-Jordan), ke Jerusalem (Baitulmaqdis = Masjid al-Aqsa), ke Hebron (Masjid Ibrahim a.s) dan  Bethlehem (Baitulaham) 



1. Kami tiba di Baitulaham (Bethlehem)  jam 2 petang. Baitulaham adalah provinsi di bawah kekuasaan penuh masyarakat Arab Palestin semenjak  21 Desember 1995, Meskipun penduduk beragama Kristian bukanlah gologan majoriti yakni cuma satu per tiga dari jumlah penduduk di situ, namun, mereka telah diberi jawatan sebagai Datuk Bandar dan memegang jawatan sebagai ahli majlis kota tersebut. Hal tersebut ada kaitan dengan sejarah Baitulaham yang merupakan tempat suci penganut Kristian. Kami dibawa ke sebuah restoran Arab Palestin yang menyediakan ciri-ciri budaya Arab sebagai tarikan di restoren tersebut. Kami dihidangkan nasi briani dan kambing panggang sebagai menu utama.

Kota Baitulaham pada tahun 1600-an



di sinilah kami lunch - restoren ala khemah Arab badwi. Ustaz Abdullah Khairi tunjuk simbol 'peace' ertinya OK lah tu. Jemaah jangan banyak komplen - sapu sampai lincin apa yang dihidangkan.




sedapnya nasi beriani kambing



2. Gereja Kelahiran atau Church of Nativity dianggap sebagai salah satu gereja tertua di dunia dan dibangun tahun 326 M. Gereja ini dibangun tepat di atas lokasi kelahiran Nabi Isa a.s dan dianggap sebagai bangunan paling suci baik oleh umat Kristian mahu pun  Islam.  Menurut ajaran Kristian, bukti kelahiran Isa (Jesus) ditandai dengan plate 'bintang perak' yang terletak pada satu sudut di dalam gereja tersebut. Penyebaran agama Kristian di Baitulaham sedikit sebanyak bejaya meramaikan orang Arab Palestin menganut agama tersebut. Tetapi setelah penaklukan tentera Israel ke atas Jurusalem, bilangan penganut Kristian makin berkurangan kerana kurangnya peluang-peluang pekerjaan di situ. Penganut Kristian tidak mendapat apa-apa keistimewaan seperti penganut Islam di Tebing Barat.  Kini, Gereja Nativity menjadi tumpuan jemaah 'haji' Kristian seluruh dunia.



seorang Kristian sedang ritual - mesti sujud kucup dan cium atau usap bintang perak (macam umat Islam s/kuncup hajarul aswad ?)



sudut inilah terletak bintang perak tempat lahirnya Nabi Isa a.s (Jesus)  oleh Mariam.


bahagian luar gereja yang menempatkan 3 mazhab di bawah satu bumbung 



bulatan merah adalah pintu masuk




jemaah kami berdiri dihadapan pintu masuk yang kecil dan rendah (lihat anak panah). Nak masuk kena tunduk dan bongkokkan badan baru boleh 'lepas'

jemaah kami dinasihatkan masuk ke dalam gereja secara undur ke belakang atau mengiring badan. Hal tersebut mengelak ki dari tunduk membongkokkan  badan ke arah objek salib besar yang bertentangan dengan pintu masuk

perhatikan  bulatan merah  - tergantung salib besar. demi menjaga aqidah, kami dilarang tunduk ke arah salib tersebut

di sinilah ritual agama Kristian berlansung  pada setiap hari Ahad atau hari-hari kebesaran agama tersebut


bahagian hadapan tempat istiadat ritual . Pada sebelah belakang dinding tersebut terletaknya sudut kelahiran Nabi Isa a.s (Jesus). Pelawat masuk pada sebelah kanan dan keluar pada sebelah kiri
3. Walaupun kami terkilan kerana tidak dapat memasuki ke sudut tempat kelahiran Nabi Isa a.s di sebabkan ketika tersebut ramai pengunjung beragama Kristian beratur panjang panjang  yang datang berziarah dari seluruh pelusuk dunia, namun kami akur kerana kami kesuntukan masa. Banyak tempat lain yang kami belum terokai di kompleks Gereja Nativity tersebut.


pelawat bersesak-sesak pada  sebelah luar (kebanyakan mereka  dari Mazhab Greek Ortodox dan Mazhab Armenian yang masih merayakan Hari Krismas - kedua-dua puak ni guna kalender Julian yang merayakan Krismas pada 7 Januari selama 3 bulan) 

pelawat juga ramai dan beratur  panjang pada sebelah dalam untuk melihat sudut kelahiran Nabi Isa a.s

inilah lantai asal gereja yang dibina semenjak tahun 326M yang masih elegence

laluan keluar dari sudut tempat kelahiran Nabi Isa a.s

3. Sejarah pembinaan Gereja Nativity di lakukan setelah Maharaja Rom Constansine memeluk agama Kristian selepas kelahiran Jesus. Pembinaan gereja tersebut  bermula pada tahun 327M.  dan siap sepenuhnya pada tahun 337M, Setelah Baitul Maqdis bertukar tangan beberapa kali  direbut tentara-tentara Muslim,-Kristian keadaan gereja masih utuh. Semasa Baitul Maqdis di bawah pemerintahan Islam, Khalifah Umar ibn al-Khattab mengunjungi Baitulaham  dan berjanji bahawa Gereja Nativity akan dilestarikan untuk dipakai  penganut  Kristian. Pada tahun 1187, angkatan tentera Salahuddin al-Ayubi berjaya merebut Baitulaham dari tangan Tentara Salib,. Salahudin masih mengekalkan status quo gereja tersebut, yakni tidak di musnahkan dan mmbenarkan penganut agama Kristian membuat ritul keagamaan di situ. Begitulah indahnya agama Islam.

4. Gereja ini pernah terkenal dengan insiden tahun 2002, yang dikenali sebagai "The Church of Nativity Siege", ketika berlaku Intifada penduduk Palestin menentang pencerobohan dan kebiadapan Yahudi ke atas mereka di Tebing Barat. Pihak Israel meletakkan kereta kebal dan penembak tepat dikeliling gereja. Tindakan mereka mendapat kecaman Paus dan ketua agama Kristian dunia. Sepanjang 39 hari kepungan 7 orang pejuang Palestin syahid. Terdapat  beberapa pejuang Palestin beragama Islam diberi perlindungan oleh paderi-paderi Kristian dari dibunuh tentera Zionis.

zon insiden 'The Church of Nativity Siege'. Perhatikan juga  lokasi A bagi petempatan penganut Kristian  Mazhab Armenin, G bagi Mazhab Greek Orthodox dan R bagi Mazhab Roman Khatolik 


4. Kini, Gereja  Nativity  merupakan warisan dunia UNESCO pertama yang terdaftar di wilayah Palestin.  Gereja dijaga oleh 3 mazhab kristian berbeza. Mazhab Roman Katolik , Ortodok Greek dan Armenian Apostolic berkongsi dibawah satu bumbung dan menjadi istimewa kepada gereja ini. Gereja-gereja lain biasanya hanya untuk satu mazhab.





[BACA SIRI 9   DI SINI]




BERSAMBUNG PART 2 : RITUAL AGAMA YAHUDI DI BAITULMAQDIS

1 comment:

  1. Salam Cekguazhar, Tq sangat for all the posts about your visit to Baitul Maqdis. Bercita2 nak jejak ke sana kalau ader rezeki, insya Allah. Info padat - amazing kan how we actually share the same religious sites dgn umat Kristian and Yahudi.

    ReplyDelete