Thursday 10 July 2014

KUNJUNGAN KE BAITUL MAQDIS siri 9.0: DI ANTARA BUMI HIJAU DI PADANG ARAFAH DAN BUMI HIJAU DI ISRAEL


[BACA  SIRI 10  DI SINI]



1. Padang Arafah merupakan daerah terbuka dan luas yang terletak di sebelah timur luar kota suci Makkah. Di situlah umat Islam menunaikan rukun wukuf, salah satu rukun haji. Wukuf di Padang Arafah pada setiap 9 Zulhijjah bererti jemaah haji berhenti seketika di situ dalam suasana hangat dan panas terik. Dahulunya, Padang Arafah sinonim sebagai padang pasir tandus dan tidak ada pepohon. Sekarang ini Padang Arafah mulai dipenuhi pohon-pohonan, sehingga kelihatan menghijau dan kita dapat berteduh di bawah naungannya, mewujudkan suasana yang boleh  menyejukkan mata. Tumbuhan yang dikatakan di tanam di situ dikenali sebagai Neem (Azadirachta indica). Orang Malaysia panggil  pokok semambu. Pokok tersebut tumbuh dengan baik dataran Arafah.  Dianggarkan sejumlah 50,000 pokok neem telah ditanam untuk memberi lindungan bayangan dari matahari musim panas terik untuk berjuta-juta jemaah. Pokok neem juga ditanam  di Madinah, Taif dan beberapa bahagian lain di Arab Saudi sebagai pokok jalan dan juga untuk mengurangkan ciri-ciri gurun atau 'desertification' di bawah keadaan iklim yang berubah-ubah dan  memperbaiki keadaan alam sekitar di negara itu.

Padang Arafah pada tahun 1889 Masehi- kelihatan lanskap tandus
para jemaah haji dapat merasakan suasana cuaca panas terik yang ibarat miniatur Padang Masyar

2.  Penghijauan Padang Arafah juga ada kaitan dengan usaha penghijauan Arafah oleh mantan Presiden Indonesia Ir Sukarno. Pada tahun 1955 Sukarno telah menunaikan ibadat Haji. Semasa wuquf di Arafah ketika  suhu mencecah 45 ' C, beliau merasakan perlu dihijaukan kawasan bersaiz 5.5 x 3.5 km persegi tersebut untuk mengurangkan pengaruh suhu melampau. Setelah berbincang dengan pemerintah Saudi dan kembalinya  ke Tanah Air, Soekarno telah mengirim   pohon khas Indonesia yang tahan hidup di padang tandus, namanya pohon mindi atau imba yang boleh tumbuh dengan  ketinggian di antara 2 - 3 meter. Sukarno juga mengirimkan ahli botani  dari Indonesia untuk mengembangbiakan tanaman yang memang sesuai  tumbuh di daerah tandus itu.

Padang Arafah menghijau






3. Di sesetangah tempat, beberapa kawasan  gurun tandus seperti di Arab Saudi dan Jordan telah bertukar menjadi kebun sayur yang subur apabila teknik penggunaan air di bawah tanah iaitu 40 meter dalam tanah @ akuifer diperkenalkan seperti di Wadi Rum dekat Aqaba Jordan. Salah satu projek mega yang dikenali Rum Farm Organic yang telah diusahakan semenjak tahun 1986 menghasilkan setiap satu kebun seluas 78 hektar. Kini, tanah gurun yang gersang seluas lebih 2000 hektar bertukar menjadi kebun sayur kobis, ubi kentang dan tomato di situ.


foto google earth map  di Lembah Aqaba Jordan - tanah gurun bertukar jadi kebun

kebun-kebun sayuran yang cantik jika dilihat dari udara

semburan air dari bawah tanah secara otomatik

tanaman kentang
sayur kobis yang banyak djual di tepi-tepi jalan di Baitul Maqdis diimport dari Jordan
sebahagian dari lanskap gurun di Jordan yang berubah menjadi hijau hasil bantuan air akuifer

Kendatipun usaha menghijau bumi Arafah dan Wadi Rum di Aqaba Jordan satu usaha yang murni, tetapi pada akhir usaha tersebut akan  membawa tanda berlakunya hari kiamat. Hal tersebut berdasarkan hadis Rasulullah s.a.w

Dari Abu Hurairah ra diriwayatkan bahwa Rasulullah saw bersabda : “Kiamat tidak akan terjadi sampai harta banyak dan melimpah, hinggakan seseorang mengeluarkan zakat hartanya namun ia tak menemukan orang yang menerimanya, dan sehingga Tanah Arab kembali dipenuhi kebun-kebun dan sungai-sungai”. (Hadis riwayat Muslim No. 157)
dan
Dari Abu Hurairah ra diriwayatkan bahwa Rasulullah saw bersabda : "Tidak akan terjadinya hari kiamat  sehingga bumi arab kembali menjadi kebun-kebun dan sungai-sungai  dan sehingga pengembara dalam perjalanan di antara Iraq dan Makkah tidak merasa takut (aman dan selamat) kecuali takut tersesat jalan.

BUMI HIJAU DI NEGARA ISRAEL

1. Berbanding dengan Arafah/Wadi Rum, pihak berkuasa negara Israel juga sedang giat melakukan program bumi hijau di atas faktor keselamatan. Yahudi adalah  satu suku kaum dan juga agama. Kisah tragis mereka ada disebut dalam kitab al-Qur'an dalam surah Al-A’raf ayat 167 yang bermaksud:

“Dan (ingatlah wahai Muhammad) ketika Tuhanmu memberitahu: Bahawa sesungguhnya Ia akan menghantarkan kepada kaum Yahudi itu, (terus menerus) hingga hari kiamat, kaum-kaum yang akan menimpakan mereka dengan azab sengsara yang seburuk-buruknya (disebabkan kejahatan dan kekufuran mereka). Sesungguhnya Tuhanmu amat cepat azab seksa-Nya, dan sesungguhnya Dia juga Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani.”

2. Mereka percaya pada akhir zaman, mereka akhirnya akan tewas kepada tentera Islam. Sebagai satu strategi peperangan, mereka bukan sahaja bergantung kepada peralatan dan teknologi peperangan yang moden dan cangih, malah teknik peperangan tradisional juga digunakan iaitu menyerang sambil bersembuyi dibelakang pepohon pokok. Pokok yang dimaksudkan ialah Pokok Gharqad mempunyai perkaitan yang amat kukuh dengan orang-orang Yahudi. Walaupun mereka menolak ajaran Nabi Muhammad s.a.w namun mereka percaya sebuah hadis Nabi s.a.w yang bermaksud; 

Tidak akan terjadi kiamat hingga kaum Muslimin memerangi kaum Yahudi, lalu membunuh mereka, sehingga seorang Yahudi  bersembunyi di balik batu dan pohon, lalu batu dan pohon itu berkata: Hai Muslim! Hai hamba Allah! Ini Yahudi di belakangku, kemarilah, bunuhlah dia! Kecuali pohon Ghorqod, maka itu adalah dari pohon-pohonnya orang Yahudi. (HR. Muslim VII/188, Bukhari IV/51, Lulu ‘wal-Marjan III/308)

Hadis di atas menceritakan tentang peristiwa akhir zaman iaitu waktu hampir kiamat. Pada waktu itu tentera Yahudi dalam Peperangan Armagedon dipimpin oleh Dajjal akan berperang dengan tentera Islam. Dalam peperangan tersebut, orang Islam akan dapat membunuh dan menewaskan orang Yahudi sehinggakan apabila mereka berselindung di sebalik mana-mana batu dan pokok untuk menyelamatkan diri, maka dengan izin Allah swt pokok dan batu akan memberitahu tentera Islam tentang Yahudi yang berlindung di sebaliknya. Akan tetapi satu pohon yang tetap berdiam diri dan akan bersekongkol dengan Yahudi iaitu pohon yang bernama Gharqad.

3. “Gharqad adalah sejenis pohon berduri yang terkenal di Baitul Maqdis (Palestin).Di sanalah Dajjal dan Yahudi akan dibunuh.” – Riwayat Minhaj. Pohon Gharqad (Nitraria Retusa) merupakan tanaman sejenis semak berdaun kecil-kecil dan lebat, dengan ranting yang juga banyak. Ketika kecil pohon ini hanya berupa semak yang kecil, tetapi apabila sudah besar, tanaman ini memiliki batang dan dahan  yang cukup kukuh untuk dipanjat. Rerimbunan dedaunannya sangat lebat sehingga sesuai dijadikan  tempat bersembunyi.

4. Zionis-Israel telah melakukan penanaman pohon Gharqad sejak lama. Bahkan Yahudi seluruh dunia sangat diminta untuk mengambil bahagian secara aktif menanami pohon jenis ini di wilayah pendudukan Zionis-Israel di tanah Palestin. Sumber Website Jewish National Fund (jnf.org) dalam bahagian JNF Store (Tress for Israel Certificate) di akhir tahun 2007 telah melaporkan  wilayah Palestin yang dikuasai Israel telah ditanami tak kurang dari 220 juta batang pohon gharqad. Website tersebut  tersebut juga mengiklankan bahawa sesiapa sahaja boleh  membeli pokok gharqad dan menyumbangkannya untuk ditanami di Palestin. Satu batang pokok berharga US $18. Jika 'special offer' beli dua batang seharga US $36 akan diberi percuma satu batang. Pada hari ini, pokok tersebut boleh dilihat sama ada dalam sekelompok pokok-pokok atau dirian tunggal.

pokok gharqad yang tumbuh (ditanam) di pinggir lebuhraya Baitul Maqdis ke Bandar Hebron

kerja-kerja penanamn pokok gharqad sedang giat dilakukan sama ada di kawasan bandar atau luar bandar
pemimpin yahudi turun padang menanam pokok gharqat


berbagai insentif di diberi kepada rakyat Israel untuk menjayakan kempen penanaman pokok gharqad
juga ditanam di kawasan perumahan Yahudi yang cantik dan mewah di pinggir kota Baitul Maqdis

Nampaknya, sekali lagi Yahudi mendahului kita.....


Teruskan bacaan anda pada SIRI 9.0 DI SINI atau balik ke SIRI 7.0 DI SINI

2 comments:

  1. salam uncle,

    teruskan bercerita tentang lawatan uncle ke baitulmaqdis. seronok saya baca, nak ke sana masih belum ada rezeki. ada sambungan lagi tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam. Terima kasih kerana sudi membaca. Saya minta maaf kerana agak lewat respon kerana tidak update. Selalunya pembaca respon dalam facebook saya. Ya, ada lagi 5 siri, iaitu kisah 'teman Allah' (Makam Nabi Ibrahim a.s di Hebron), Bandar suci Nazareth, Terperangkap di Masjid Al Aqsa, Kisah di Bukit Zaitun, dan Kunjungan ke gua Ashabul Kahfi serta Kisah Laut Mati di sempadan Israel-Jordan.

      Delete