Thursday 10 July 2014

TABUNG KEBAJIKAN & MUSIBAH YAA - KISAH ADIK IZZAHRA YANG TRAGIS


Assalamu 'alaikum wmwbrt dan Salam Sejahtera
Didoakan saudara/i masih istiqamah dalam ketaqwaan dan berusaha meningkatkan ibadat pada bulan yang mulia ini

1. Satu kisah tragis telah berlaku kepada anak  rakan kita  Saudari   Norazlinda Sariman - bekas pelajar YAA  Tahun 1994/95. Anak beliau iaitu adik Izzahra (2 tahun) kini menerima rawatan di ICU Wad pediatrik Hospital Sultan Ismail  (HSI)  Johor Baru semenjak bulan April 2014 akibat kemalangan terjatuh dan lemas di dalam Sungai Genting Pulau Tioman. Izzahra yang hampir kelemasan telah dibawa ke tanah besar dan telah menerima rawatan kecemasan  di Hospital Daerah Mersing,  tetapi dipindahkan  ke Hospital Sultan Ismail Johor Baru apabila keadaan kesihatannya semakin teruk. Setakat hari ini, Izzahra telah dimasuk ke ICU sebanyak dua kali dalam keadaan koma. Menurut Norazlinda keadaan kesihatan Izzahra semakin   merosot disebabkan terdapat kecederaan pada saraf otak. Menurut beliau  lagi,  "Izzahra kini telah  sedar tetapi tidak menunjukkan respon" Oleh sedemikian, besar kemungkinan Izzahra akan terus mendapat rawatan di hospital tersebut untuk beberapa hari sehingga keadaan kesihatan beliau benar-benar pulih.
menatap foto ini sudah cukup untuk manghayatkan hati kita



2. Norazlinda dan suaminya menjalankan pekerjaan sebagai penjual burger dan air minuman kepada pelancong dan penduduk tempatan di Pulau Tioman kadang-kadang terpaksa mengambil upah memasak untuk menyara keluarga mereka. Semenjak tragedi menimpa Izzahra, mereka terpaksa ketepikan urusan perniagaan untuk memberi perhatian, rawatan dan menemani Izzahra di hospital. Kini setelah tiga bulan pasangan suami isteri yang mempunyai enam orang anak itu  pasrah terhadap dugaan Allah swt  kepada mereka lebih-lebih lagi di bulan suci ini. Menurut Norazlinda, beliau dan suami bergilir menjaga anak mereka, dan anak bongsu berusia sembilan bulan diletakkan dibawah jagaan saudara mara.

anak bongsu Muhammad Kazim mengharapkan belaian ibu selalu...

3. Rakan di YAA yang berhajat  membantu meringankan kesulitan yang dihadapi oleh Norazlinda bolehlah melakukan solat hajat dan doakan supaya Norazlinda dan keluarga terus tabah menghadapi ujian dari Allah itu dan doakan juga Izzahra kembali pulih seperti sediakala. Mana-mana rakan yang berhajat membantu menceriakan keluarga tersebut  menyambut Aidil Fitri yang bakal tiba, bolehlah hulurkan sedikit sumbangan memandangkan bisness mereka  (jualan burger dan minunan) merosot teruk disepanjang bulan puasa. Sudilah sekiranya rakan-rakan yang dikurniakan Allah swt rezeki yang tidak putus-putus membuat amal jariah dihari yang penuh keberkatan dan dibulan yang penuh keampunan dari Allah swt dengan menyumbang kedalam akaun Bank Simpanan Nasional  Norazlinda Sariman
                                    No. Akaun  0113-41-00009971-2 

Untuk maklumat lanjut sila call atau layangkan mesej kepada rakan kita ni :  0137464279

bantulah rakan kita sebagai tanda solidariti kita selaku  bekas pelajar/guru/staff YAA


Untuk maklumat lanjut  cadangan TABUNG KEBAJIKAN & MUSIBAH YAA sila klik DI SINI

No comments:

Post a Comment