Selamat menunaikan ibadat puasa bagi rakan muslimin & muslimat.
PEMBENTUKAN TABUNG KEBAJIKAN & BENCANA YAA
MUQADIMAH
- Walaupun Yayasan Anda Akademik (YAA) sudah lebih sedekad ditutup, tetapi roh kehadiranya masih dirasai dikalangan kita selaku bekas pelajar atau bekas tenaga pengajar dan kakitangan YAA. Samaada kita pernah belajar atau pernah menjawat sebagai guru atau kakitangan dalam tempoh masa pendek atau panjang, kita sebenarnya telah membentuk satu hubungan persahabatan dan kekitaan meskipun kita tidak lagi berada di bawah bumbung YAA dan tinggal berjauhan antara satu sama lain.
- Pada awal penubuhan YAA, pelajar telah dilatih mengumpul atau membentuk dana menerusi Organisasi Kerjasama Siswa/i atau ORKES. Di antara aktiviti ORKES ialah menjual air minuman dan kuih pada waktu rehat di bawah tangga YAA Jalan Hamzah Kampung Baru KL. Kutipan dana ORKES disumbangkan untuk tujuan kebajikan pelajar. Berikutnya, kedapatan pelajar membentuk dana menerusi Tabung Kelas. Wang tabung tersebut pernah digunakan untuk urusan fotostat nota dan kertas soalan peperiksaan dan diedarkan secara percuma kepada ahli dalam kelas tersebut. Pada penghujung tahun, dana tersebut digunakan untuk menganjur Majlis Perpisahan atau Kenduri Kesyukuran atau Majlis Bacaan Yasin. Dikalangan guru dan staf pula, pernah diwujudkan dana berbentuk tabung 'kutu' di bawah pimpinan Cikgu Eddy Warman dan abang Othman (arwah).
KENAPA PERLU PENUBUHAN TABUNG TERSEBUT
- Sejajar dengan kemajuan di dalam media dan akaun sosial yang berlegar kepada manusia yang membolehkan semua infomasi diperolehi dalam masa beberapa saat pada hujung jari, tentulah ada baiknya kehadiran media sosial dan akaun sosial itu dimanfaatkan.
- Kini, bagi mereka yang telah bersama YAA semenjak dari penubuhannya tahun 1972 tentulah telah memasuki usia emas dan telah beranak-cucu manakala yang berada di YAA pada saat-saat berhentinya operasi pada tahun 1999 pula tentulah mempunyai keluarga dengan anak-anak mulai membesar dan menempuh alam persekolahan yang semakin mencabar.
- Kesebokan kita dalam urusan harian menyebabkan kita lupa atau terlepas pandang untuk menyelami nasib waris beberapa orang dalam kalangan kita (komuniti YAA) yang telah kembali ke Rahmatullah atau rakan yang telah dan sedang ditimpa musibah yang memerlukan simpati, empati dan bantuan dari rakan komuniti lain yang lebih bernasib baik.
Justeru, saya ingin mengemukakan cadangan penubuhan TABUNG KEBAJIKAN & MUSIBAH YAA bagi membantu rakan-rakan yang memerlukan.
- Memandangkan terdapat prosudure yang agak ketat bagi penubuhan sesuatu tabung pengumpulan dana bagi tujuan kebajikan dan belum ada organisasi sah bagi komuniti bekas pelajar, guru dan kakitangan, maka dicadangkan penubuhan beberapa orang jawatan kuasa ad hoc sebagai pemegang amanah. Setelah semua urusan berjalan lancar, maka satu jawatankuasa sah akan mengambil alih Jawatan Kuasa (JK) ad hoc. In sha Allah, Allah swt akan permudahkan
- Cadangan pemilihan JK adhoc tersebut adalah dari bekas pelajar/guru/staf, sebaik-baik mempunyai ac fb dalam mana-mana group seperti group YAA Pantai Baru, ex YAA Reunion, exYAA PB dan sebagainya. Tujuan tersebut bagi membolehkan admin (JK ad hoc) mengupdatekan info semasa tentang jumlah kutipan dan perbelanjaan. JK ad hoc bekerja secara sukarela dan lillahita'ala. Latar belakang ad hoc terbuka kepada semua ahli komuniti YAA tanpa mengambil kira latar belakang politik dan fahaman. JK ad hoc akan di bubarkan setelah JK sah dari segi undang-undang negara terbentuk.
- JK ad hoc itu tidak akan dibebankan dengan bidang tugas yang boleh mengganggu urusan harian mereka. Oleh itu, mesyuarat JK ad hoc ini boleh dibuat melalui alam maya seperti melalui fb, aplikasi wasap, viber, skype, email dan sebagainya. Bagaimanapun mesyuarat atau perjumpaan di antara ahli JK ad hoc itu akan tetap diadakan, misalnya di Kuala Lumpur pada suatu tarikh yang akan dirancangkan.
- Rengkasnya, carta aliran penubuhan tabung tersebut adalah seperti berikut:-
1. Semua bekas pelajar, guru dan staff YAA Kampong Baru, YAA Jalan Stony, YAA Jalan Pantai Baru dan YAA Kelas Malam dan staf YAA Gayapos layak jadi ahli.
2.. Cadangan ini akan dipublishkan menerusi fb dan blog saya "patah sayap terbang jua'.
3. Rakan fb atau pembaca blog boleh memberi komen atau cadangan yang lebih bernas
4. Perlantikan JK ad hoc. Tuan-tuan dan puan diminta beri cadangan nama ahli JK ad hoc menerusi fb
5. Tuan-tuan dan puan boleh cadangkan bilangan ahli JK ad hoc dan jawatan seperti Pengerusi, Setiausaha, Bendahari dan sebagainya. Tuan/puan juga boleh membuat cadangan sama ada untuk membuka keahlian tabung kepada rakan dari luar YAA.
6. JK ad hoc akan bermesyuarat dan membuka akaun semasa (amanah) , misalnya 3 penama bagi akaun tersebut.
7. Mula menerima sumbangan dari komuniti YAA. Sumbangan boleh dibuat pada bila-bila masa dan jumlah sumbangan tidak dihadkan.
8. Mula mengedarkan sumbangan pada jumlah RM yang ditetapkan oleh JK ad hoc
9. JK ad hoc akan memaklumkan dari masa kesemasa jumlah kutipan yang di terima dan yang telah disumbangkan.
10. Sekiranya tidak ada-apa respon dari cadangan penubuhan tabung ini dalam masa TIGA BULAN, maka 'gagasan' ini di'recyle bin'kan.
Oleh itu, dibulan yang baik dan berakah ini, saya memohon perbahasan dari kalangan komuniti YAA mengenai cadangan tersebut. Ok talian di buka sekarang. mohon respon segera..... TQVM Assalamu alaikum
Sabda Nabi saw "dan pada harta-harta mereka ada hak bagi orang yang yang memerlukan...."
Allah swt akan memanjang dan menambahkan rezeki dan umur mereka yang memanjang dan menambah tali persaudaraan.
Sila baca Kes 1 yang membuktikan rasional penubuhan tabung ini DI SINI
No comments:
Post a Comment