AZIZAH part 3
[baca AZIZAH part 2 DI SINI ]
1. Azizah tidak pernah terbayang untuk menjadi isteri kepada seorang ahli politik. Walaupun secara fitrahnya Azizah bukan dilahirkan dari keluarga politik malah sebagai gadis remaja yang tidak mengenali dunia politik, namun, ternyata Azizah seorang isteri yang hebat kerana cepat menyesuaikan diri dalam dunia politik suami. Politik dan ahli politik dipandang oleh banyak golongan sebagai perkara
kotor, najis bahkan menjijikkan. Hingga kini tidak banyak orang yang mahu berkecimpung
di dunia politik. Tetapi tidak bagi Azizah. Beliau yakin Anwar sememangnya dilahirkan sebagai seorang politik. Dari pertemuan pertama mereka di kantin HBKL dulu, Azizah sudah menilai Anwar setelah mendengar bait-bait kata yang dilafazkan beliau serta celupan dan curahan pemikiran beliau dalam aktivitisme, kemasyarakatan dan perjuangan berbanding usia Anwar ketika itu masih muda. Azizah yakin kuasa politik ditangan 'orang yang baik-baik' dan beridealisme boleh membentuk masyarakat dan negara yang baik dan berwawasan
Sebagai isteri yang 'family oriented' Azizah membesarkan anak-anak mereka dalam suasana yang harmoni, berakhlak dan bersopan santun. Anak-anak yang belum mengerti apa itu liwat, apa itu DNA apa itu unsur-unsur seks SX18 yang dipaparkan dalam media arus perdana dan apakah kaitkan semua itu dengan ayah mereka ? Bagaimana Azizah tabah dan cekal menghadapi ujian-ujian tersebut ? :-
- Lihat bagaimana Azizah mengharungi lautan manusia dalam demonstrasi jalanan terbesar dalam sejarah Malaysia. Jeritan Reformasi bergema di seluruh pelusuk tanah air dari Perlis hingga ke Sabah. Azizah bersama pimpinan GERAK diserang dengan gas pemedih mata dan pancutan air berasid apabila polis cuba menggagalkan himpunan tersebut. Demontrasi Lebuh raya Kesas pada 5 November 2000 menyaksikan Azizah yang turut serta di atas kerusi roda nyaris mendapat kecederaan apabila FRU melepaskan tembakan gas pemedih mata bertubi-tubi ke arah beliau. Dalam beberapa demonstrasi ,Azizah yang sangat tabah, berucap dengan suara lembut dan penuh semangat, menerangkan misi perjuangannya pada masa depan bersama Pakatan Pembangkang sama ada Anwar masih di luar atau sebaliknya
penampilan pertama Azizah pada kalayak ramai - Lihat bagaimana rumah mereka di Bukit Damansara dikepung oleh anggota Unit Tindakan Khas, memecah masuk kediaman mereka dan menangkap Anwar sambil mengacu-acu sub-machine gun ke arah Anwar dan Azizah di hadapan sanak saudara, anak-anak yang masih kecil dan penyokong yang ramai. Anak-anak mereka mengalami trauma yang berpanjangan kesan dari insiden tersebut.
- Lihat bagaimana Azizah menyaksikan di hadapan mata sendiri suami beliau di bawa ala mafia dengan kepala ditutup dengan karung. Seterusnya di Bukit Aman di mana Anwar telah dibelasah oleh KPN hampir mati ?
- Lihat bagaimana suami beliau dituduh membuat hubungan seks dengan isteri rakan mereka Azmin sehingga melahirkan seorang anak ? Anwar juga dituduh ada hubungan seks dengan ramai gadis seperti yang di dakwa oleh rakan beliau Datuk Nallakarupan ? Anwar dituduh lakukan melakukan seks sonsang dengan berapa orang lelaki yang sangat rapat dengan keluarga mereka iaitu Azizan, Sukma Darmawan, Dr. Munawar Anees dan Mior Abdul Razak. Tetapi tuduhan tersebut ternyata fitnah, sebaliknya Anwar.disabitkan kesalahan menyalahguna kuasa dan dihukum penjara selama enam tahun. Baca DI SINI
- Lihat bagaimana Azizah dimalukan dengan episod usung tilam yang ada kesan tompokan air mani Anwar pada sepanjang kes Liwat 1 dibicara di mahkamah
- Lihat bagaimana Azizah menguruskan anak-anak yang masih kecil dari segi makan minum, persekolahan dan emosi. Dalam masa yang sama, hampir setiap hari Azizah perlu hadir ke mahkmah untuk bertemu dan memberi sokogan moral kepada suami. Anwar yang turut cedera bahagian tulang belakang akibat dibelasah oleh KPN terpaksa mendapat rawatan di HBKL. Azizah tidak penat dan jemu menziarahi Anwar pada waktu-waktu tertentu bersama anak-anak. Perbicaraan Anwar mengambil masa yang agak panjang. Situasi tersebut sudah pasti memberi tekanan kepada Azizah. Azizah juga terpaksa memikirkan bagaimana untuk mencari wang membiayai barisan peguam yang berpengalaman.
- Lihat bagaimana Azizah telah seterusnya diberi kepercayaan mengetuai PKN. Dari PKN bertukar ke PKR bila bergabung dengan PSRM pimpinan Dr. Syed Husin Ali. Gabungan tersebut membentuk satu parti multi-racial yang betul-betul mewakili komposisi kaum di Malaysia. Keanggotaan PKR terbuka kepada pelbagai latar belakang masyarakat berbilang kaum, agama, idealisme dan fahaman politik. Di sana ada tokoh akademik seperti Dr. Chandra Muzaffar, tokoh politik seperti Marina Yusuf, kesatuan sekerja MTUC, kerabat di raja, bangsawan, negarawan, sasterawan negara, pegawai kanan kerajaan, peguam, tokoh korporat, cikgu, ustaz, mahasiswa, malah buruh, penjaja, 'kolek bas', posmen, petani, nelayan, penoreh, pesawah, bekas ahli PAS bekas ahli Parti Sosialis, ahli ABIM, ahli al-Arqam, aktivis NGO, apek jual sayur, mamak jual roti canai, kaum Iban, Dayak, Kadazan-dusun dan berbagai ragam. Bagaimana Azizah boleh mengurus PKR yang ahlinya berlatar belakang pelbagai kerenah, bermacam idealisme, banyak kepala dan qabilah dengan sumber kewangan yang terbatas? Azizah seterusnya mengetuai Barisan Alternatif iaitu gabungan parti politik PAS, DAP dan PRM bertujuan mengurangkan majoriti BN bagi menghadapi PRU 1999 setelah Anwar dipenjarakan.
Kak Wan pad Majlis Pelancaran Penubuhan PKN |
- Lihat bagaimana Azizah dicalonkan bertanding kerusi Parlimen Permatang Pauh menghadapi Dato' Seri Ibrahim bin Saad, seorang sahabat Anwar, penampilan pertama Azizah dalam PRU. Seterusnya menewaskan Ustaz Firdaus al Hafiz pada PRU 2004 dan PRU 2008 Seterusnya Azizah diangkat sebagai Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia satu detik sejarah negara di mana seorang wanita diberi kepercayaan menduduki jawatan tersebut.
- Lihat bagaimana Azizah memendam rasa kerana detik-detik meraikan perkawinan puteri sulung mereka Nurul Izah tanpa Anwar di sisi keluarga Sebagai ketua rumah tangga, Azizah sedaya upaya menjadikan majlis perkahwinan Nurul Izzah sempurna dan meriah. Azizah menjadikan majlis tersebut seolah-olah kehadiran suami bersama anak-anak. Beliau tidak menampakkan perasaan gusar, sama seperti ketika ada di sisi suami sewaktu jatuh dan bangunnya. Meniup semangat sewaktu suaminya gundah, menemani suami mengharungi kehidupan. Itulah cinta sejati Azizah demi perjuangan suami.
3. Setelah Anwar tamat menjalani hukuman penjara, Azizah masih tidak direhatkan. Lebih parah apabila Anwar disabitkan pula dengan pertuduhan kes Liwat 2 dan cabaran video seks China doll.
4.Kini Azizah yang sememangnya telah teruji dan bersedia untuk menggalas tugas baru sebagai Menteri Besar Selangor. Memang Azizah layak mengambil alih jawatan tersebut walaupun beliau dikatakan boneka dan bayangan suami, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Ketabahan, kesabaran dan kecekalan dan sifat amanah Dr Wan Azizah keluarganya menghadapi ujian getir selama 16 tahun ketika Anwar ditahan, dipukul, dihina dan disumbat ke dalam Penjara Sungai Buluh menjadikan wanita solehah ini wanita luar biasa kerana telah berjaya berdepan dengan ujian berat seumpama ini. Sememangnya Azizah dan anak-anaknya adalah keluarga perjuangan, bukan keluarga biasa yang hanya memikirkan keselesaan malah kekayaan keluarga semata-mata. Sejak zaman reformasi 16 tahun lalu, beliau telah menjadi simbol ketabahan golongan wanita Malaysia. "Saya melompat dalam dunia politik tanpa persediaan langsung sebenarnya. Tetapi setelah beberapa lama dalam politik, insya-ALLAH saya sudah bersedia". Ternyata Azizah sangat hebat. Azizah telah di 'tested'!
4.Kini Azizah yang sememangnya telah teruji dan bersedia untuk menggalas tugas baru sebagai Menteri Besar Selangor. Memang Azizah layak mengambil alih jawatan tersebut walaupun beliau dikatakan boneka dan bayangan suami, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Ketabahan, kesabaran dan kecekalan dan sifat amanah Dr Wan Azizah keluarganya menghadapi ujian getir selama 16 tahun ketika Anwar ditahan, dipukul, dihina dan disumbat ke dalam Penjara Sungai Buluh menjadikan wanita solehah ini wanita luar biasa kerana telah berjaya berdepan dengan ujian berat seumpama ini. Sememangnya Azizah dan anak-anaknya adalah keluarga perjuangan, bukan keluarga biasa yang hanya memikirkan keselesaan malah kekayaan keluarga semata-mata. Sejak zaman reformasi 16 tahun lalu, beliau telah menjadi simbol ketabahan golongan wanita Malaysia. "Saya melompat dalam dunia politik tanpa persediaan langsung sebenarnya. Tetapi setelah beberapa lama dalam politik, insya-ALLAH saya sudah bersedia". Ternyata Azizah sangat hebat. Azizah telah di 'tested'!
5. Dalam satu program ceramah di Dataran Galeri Pejuang, Cherok Tok Kun, kelihatan Anwar mengesat air mata apabila dipersembahkan satu video klip nyayian kumpulan Kopratasa
Permata Buat Isteri - Kopratasa
Telah kusiapkan
Satu daerah paling sunyi
Dalam hati ini untuk kau isi
Sebagai isteri
Untuk kau penuhi dengan kemuliaan
Seorang wanita
Untuk kau beri erti dengan kelembutan
Untuk kau hargai dengan kasih sayang
Ku ingin kau jadi wanita mulia
Yang tahu harga budi dan hati
Seorang lelaki bernama suami
Kerana engkau isteri...
Ku ingin kau mengerti
Bahawa hidup ini tak semudah yang kita janjikan
Yang kita janjikan
Kerana kau isteriku
Youtube Koprasa - Permata Untuk Isteri
Jentayu Yang Luka ~Usman Awang
(Untuk Wan Azizah)
Tiba-tiba dia bangkit
Dengan kelembutan yang tetap sopan
Berdiri di barisan paling hadapan
Sebagai pahlawan keadilan
Lama dulu wajahnya tersembunyi
Di belakang pemimpin berani sang suami
Mengintip dengan mata kecilnya
Segala tingkah dan senyuman pura-pura
Si pengampu yang bermuka dua
Si penyembah yang berjiwa hamba
Si pengemis segenggam laba
Dia adalah jentayu yang luka
Terbang mengepak menyonsong gumpalan awan
Mencakar menjeritkan kebebasan dan keadilan
Mencabar dunia yang semakin kejam.
~Usman Awang
~ditujukan puisi ini kepada Wan Azizah.
No comments:
Post a Comment