Friday, 18 July 2014

HIKMAH DISEBALIK MEMPERINGATI TRAGEDI MH 17

Sama-sama kita sedekahkah surah al-Fatihah kepada kru dan penumpang  muslim pesawat MH 17. Semoga roh mereka dicucuri rahmat dan ditempatkan  bersama dengan roh orang yang beriman.
Al-Fatihah........



Rasulullah s.aw menyifatkan bahawa ujian yang diberikan kepada kaum manusia adalah tanda kecintaan Allah swt kepada mereka. Dan semakin besar dugaan yang diberikan oleh Allah kepada manusia, menandakan besar juga pahala yang diperolehi.

’Sesungguhnya besarnya ganjaran itu dinilai pada besarnya bala’ yang menimpa. Dan sesungguhnya Allah itu apabila mencintai sesuatu kaum, maka akan mereka itu diberi dugaan. Oleh sebab itu barangsiapa yang redha – dengan ujian yang menimpa, dia akan memperoleh keredhaan Allah dan barangsiapa yang tidak maka padanya kemurkaan Allah.“ [Riwayat al-Tirmidzi, al-Albani menyatakannya sebagai hasan dalam Sahih dan Dha’

Banyak hikmah yang boleh kita ketahui disebalik sesuatu musibah yang berlaku.

Ingat tragedi  MH 17 berlaku pada 17/7.  Ingat, pesawat MH 17 ditembak JATUH oleh ROKET. Ingat...sebanyak 17 das  ROKET ditembak oleh Syaitan dan Iblis sebanyak lima kali sehari semalam kepada kita supaya kita JATUH ke dalam lubang neraka kerana kita dengan sewenang-wenangnya mengabai 17 ROKAAT yang diwajibkan oleh Robb kepada kita (2 rokaat solat Subuh, 4 Zuhur, 4 Asar, 3 Maghrib dan 4 Isyak).



Itulah hikmah disebalik memperingati hikmah tragedi tersebut..........wallahu'alam


Saturday, 12 July 2014

SO...MAI SAMA-SAMA KITA BERINGAT


Hari ini dah masuk 15 Ramadan bagi tahun 1435H.....


Dari Abi Hurairah r.a, Rasulullah s.a.w ketika melangkah  naik ke atas mimbar, kemudian berkata “Amin”.…kemudian melangkah lagi dan berkata “Amin… dan melangkah lagi lalu berkata “Amin"

Kemudian ditanyakan (para sahabat), kepada baginda;

"Wahai Rasulullah, saat  Engkau naik ke atas mimbar, Engkau sampai mengatakan Amin…Amin ….Amin….ada apakah gerangan?"

Kemudian Rasulullah memberikan keterangan

"Jibril telah datang kepadaku dengan mengatakan. Barang siapa yang telah datang kepadanya bulan Ramadan (puasa) , kemudian dia tidak mendapatkan pengampunan (pada bulan Ramadan tahun tersebut), maka ia dimasukkan ke dalam api neraka, dan Allah jauh dari dirinya.  Maka katakanlah Amin"  
Kemudian aku meng “amin” kannya.

"Dan barang siapa yang mendapatkan (bersama) ibu bapanya  (ketika keduanya masih hidup), atau salah satu di antara kedua ibu bapanya masih hidup, sementara dia  (mampu untuk  berbuat baik untuk kedua-duanya  atau salah satu di antara keduanya), kemudian dia tak mahu berbuat baik kepada kedua-duanya, atau salah satu di antara kedua-duanya  (yang masih hidup tadi), kemudian mati, maka Allah akan memasukkannya ke dalam api neraka, dan Allah sangat jauh dari dirinya. Maka katakan “Amin”

 Kemudian aku meng  "amin”kannya.

"Dan barang siapa yang di mana namaku disebutkan (didepannya) , kemudian dia tak memberikan solawat kepadaku, maka Allah akan memasukkannya ke dalam api neraka dan Allah sangat jauh dari dirinya, maka katakanlah (wahai Muhammad s.a.w  )“Amin”,  maka aku katakan "Amin"


(H.R Ibnu Hibban didalam kitab shahihnya 3:188).






Thursday, 10 July 2014

TABUNG KEBAJIKAN & MUSIBAH YAA - KISAH ADIK IZZAHRA YANG TRAGIS


Assalamu 'alaikum wmwbrt dan Salam Sejahtera
Didoakan saudara/i masih istiqamah dalam ketaqwaan dan berusaha meningkatkan ibadat pada bulan yang mulia ini

1. Satu kisah tragis telah berlaku kepada anak  rakan kita  Saudari   Norazlinda Sariman - bekas pelajar YAA  Tahun 1994/95. Anak beliau iaitu adik Izzahra (2 tahun) kini menerima rawatan di ICU Wad pediatrik Hospital Sultan Ismail  (HSI)  Johor Baru semenjak bulan April 2014 akibat kemalangan terjatuh dan lemas di dalam Sungai Genting Pulau Tioman. Izzahra yang hampir kelemasan telah dibawa ke tanah besar dan telah menerima rawatan kecemasan  di Hospital Daerah Mersing,  tetapi dipindahkan  ke Hospital Sultan Ismail Johor Baru apabila keadaan kesihatannya semakin teruk. Setakat hari ini, Izzahra telah dimasuk ke ICU sebanyak dua kali dalam keadaan koma. Menurut Norazlinda keadaan kesihatan Izzahra semakin   merosot disebabkan terdapat kecederaan pada saraf otak. Menurut beliau  lagi,  "Izzahra kini telah  sedar tetapi tidak menunjukkan respon" Oleh sedemikian, besar kemungkinan Izzahra akan terus mendapat rawatan di hospital tersebut untuk beberapa hari sehingga keadaan kesihatan beliau benar-benar pulih.
menatap foto ini sudah cukup untuk manghayatkan hati kita



2. Norazlinda dan suaminya menjalankan pekerjaan sebagai penjual burger dan air minuman kepada pelancong dan penduduk tempatan di Pulau Tioman kadang-kadang terpaksa mengambil upah memasak untuk menyara keluarga mereka. Semenjak tragedi menimpa Izzahra, mereka terpaksa ketepikan urusan perniagaan untuk memberi perhatian, rawatan dan menemani Izzahra di hospital. Kini setelah tiga bulan pasangan suami isteri yang mempunyai enam orang anak itu  pasrah terhadap dugaan Allah swt  kepada mereka lebih-lebih lagi di bulan suci ini. Menurut Norazlinda, beliau dan suami bergilir menjaga anak mereka, dan anak bongsu berusia sembilan bulan diletakkan dibawah jagaan saudara mara.

anak bongsu Muhammad Kazim mengharapkan belaian ibu selalu...

3. Rakan di YAA yang berhajat  membantu meringankan kesulitan yang dihadapi oleh Norazlinda bolehlah melakukan solat hajat dan doakan supaya Norazlinda dan keluarga terus tabah menghadapi ujian dari Allah itu dan doakan juga Izzahra kembali pulih seperti sediakala. Mana-mana rakan yang berhajat membantu menceriakan keluarga tersebut  menyambut Aidil Fitri yang bakal tiba, bolehlah hulurkan sedikit sumbangan memandangkan bisness mereka  (jualan burger dan minunan) merosot teruk disepanjang bulan puasa. Sudilah sekiranya rakan-rakan yang dikurniakan Allah swt rezeki yang tidak putus-putus membuat amal jariah dihari yang penuh keberkatan dan dibulan yang penuh keampunan dari Allah swt dengan menyumbang kedalam akaun Bank Simpanan Nasional  Norazlinda Sariman
                                    No. Akaun  0113-41-00009971-2 

Untuk maklumat lanjut sila call atau layangkan mesej kepada rakan kita ni :  0137464279

bantulah rakan kita sebagai tanda solidariti kita selaku  bekas pelajar/guru/staff YAA


Untuk maklumat lanjut  cadangan TABUNG KEBAJIKAN & MUSIBAH YAA sila klik DI SINI

KUNJUNGAN KE BAITUL MAQDIS siri 9.0: DI ANTARA BUMI HIJAU DI PADANG ARAFAH DAN BUMI HIJAU DI ISRAEL


[BACA  SIRI 10  DI SINI]



1. Padang Arafah merupakan daerah terbuka dan luas yang terletak di sebelah timur luar kota suci Makkah. Di situlah umat Islam menunaikan rukun wukuf, salah satu rukun haji. Wukuf di Padang Arafah pada setiap 9 Zulhijjah bererti jemaah haji berhenti seketika di situ dalam suasana hangat dan panas terik. Dahulunya, Padang Arafah sinonim sebagai padang pasir tandus dan tidak ada pepohon. Sekarang ini Padang Arafah mulai dipenuhi pohon-pohonan, sehingga kelihatan menghijau dan kita dapat berteduh di bawah naungannya, mewujudkan suasana yang boleh  menyejukkan mata. Tumbuhan yang dikatakan di tanam di situ dikenali sebagai Neem (Azadirachta indica). Orang Malaysia panggil  pokok semambu. Pokok tersebut tumbuh dengan baik dataran Arafah.  Dianggarkan sejumlah 50,000 pokok neem telah ditanam untuk memberi lindungan bayangan dari matahari musim panas terik untuk berjuta-juta jemaah. Pokok neem juga ditanam  di Madinah, Taif dan beberapa bahagian lain di Arab Saudi sebagai pokok jalan dan juga untuk mengurangkan ciri-ciri gurun atau 'desertification' di bawah keadaan iklim yang berubah-ubah dan  memperbaiki keadaan alam sekitar di negara itu.

Padang Arafah pada tahun 1889 Masehi- kelihatan lanskap tandus
para jemaah haji dapat merasakan suasana cuaca panas terik yang ibarat miniatur Padang Masyar

2.  Penghijauan Padang Arafah juga ada kaitan dengan usaha penghijauan Arafah oleh mantan Presiden Indonesia Ir Sukarno. Pada tahun 1955 Sukarno telah menunaikan ibadat Haji. Semasa wuquf di Arafah ketika  suhu mencecah 45 ' C, beliau merasakan perlu dihijaukan kawasan bersaiz 5.5 x 3.5 km persegi tersebut untuk mengurangkan pengaruh suhu melampau. Setelah berbincang dengan pemerintah Saudi dan kembalinya  ke Tanah Air, Soekarno telah mengirim   pohon khas Indonesia yang tahan hidup di padang tandus, namanya pohon mindi atau imba yang boleh tumbuh dengan  ketinggian di antara 2 - 3 meter. Sukarno juga mengirimkan ahli botani  dari Indonesia untuk mengembangbiakan tanaman yang memang sesuai  tumbuh di daerah tandus itu.

Padang Arafah menghijau






3. Di sesetangah tempat, beberapa kawasan  gurun tandus seperti di Arab Saudi dan Jordan telah bertukar menjadi kebun sayur yang subur apabila teknik penggunaan air di bawah tanah iaitu 40 meter dalam tanah @ akuifer diperkenalkan seperti di Wadi Rum dekat Aqaba Jordan. Salah satu projek mega yang dikenali Rum Farm Organic yang telah diusahakan semenjak tahun 1986 menghasilkan setiap satu kebun seluas 78 hektar. Kini, tanah gurun yang gersang seluas lebih 2000 hektar bertukar menjadi kebun sayur kobis, ubi kentang dan tomato di situ.


foto google earth map  di Lembah Aqaba Jordan - tanah gurun bertukar jadi kebun

kebun-kebun sayuran yang cantik jika dilihat dari udara

semburan air dari bawah tanah secara otomatik

tanaman kentang
sayur kobis yang banyak djual di tepi-tepi jalan di Baitul Maqdis diimport dari Jordan
sebahagian dari lanskap gurun di Jordan yang berubah menjadi hijau hasil bantuan air akuifer

Kendatipun usaha menghijau bumi Arafah dan Wadi Rum di Aqaba Jordan satu usaha yang murni, tetapi pada akhir usaha tersebut akan  membawa tanda berlakunya hari kiamat. Hal tersebut berdasarkan hadis Rasulullah s.a.w

Dari Abu Hurairah ra diriwayatkan bahwa Rasulullah saw bersabda : “Kiamat tidak akan terjadi sampai harta banyak dan melimpah, hinggakan seseorang mengeluarkan zakat hartanya namun ia tak menemukan orang yang menerimanya, dan sehingga Tanah Arab kembali dipenuhi kebun-kebun dan sungai-sungai”. (Hadis riwayat Muslim No. 157)
dan
Dari Abu Hurairah ra diriwayatkan bahwa Rasulullah saw bersabda : "Tidak akan terjadinya hari kiamat  sehingga bumi arab kembali menjadi kebun-kebun dan sungai-sungai  dan sehingga pengembara dalam perjalanan di antara Iraq dan Makkah tidak merasa takut (aman dan selamat) kecuali takut tersesat jalan.

BUMI HIJAU DI NEGARA ISRAEL

1. Berbanding dengan Arafah/Wadi Rum, pihak berkuasa negara Israel juga sedang giat melakukan program bumi hijau di atas faktor keselamatan. Yahudi adalah  satu suku kaum dan juga agama. Kisah tragis mereka ada disebut dalam kitab al-Qur'an dalam surah Al-A’raf ayat 167 yang bermaksud:

“Dan (ingatlah wahai Muhammad) ketika Tuhanmu memberitahu: Bahawa sesungguhnya Ia akan menghantarkan kepada kaum Yahudi itu, (terus menerus) hingga hari kiamat, kaum-kaum yang akan menimpakan mereka dengan azab sengsara yang seburuk-buruknya (disebabkan kejahatan dan kekufuran mereka). Sesungguhnya Tuhanmu amat cepat azab seksa-Nya, dan sesungguhnya Dia juga Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani.”

2. Mereka percaya pada akhir zaman, mereka akhirnya akan tewas kepada tentera Islam. Sebagai satu strategi peperangan, mereka bukan sahaja bergantung kepada peralatan dan teknologi peperangan yang moden dan cangih, malah teknik peperangan tradisional juga digunakan iaitu menyerang sambil bersembuyi dibelakang pepohon pokok. Pokok yang dimaksudkan ialah Pokok Gharqad mempunyai perkaitan yang amat kukuh dengan orang-orang Yahudi. Walaupun mereka menolak ajaran Nabi Muhammad s.a.w namun mereka percaya sebuah hadis Nabi s.a.w yang bermaksud; 

Tidak akan terjadi kiamat hingga kaum Muslimin memerangi kaum Yahudi, lalu membunuh mereka, sehingga seorang Yahudi  bersembunyi di balik batu dan pohon, lalu batu dan pohon itu berkata: Hai Muslim! Hai hamba Allah! Ini Yahudi di belakangku, kemarilah, bunuhlah dia! Kecuali pohon Ghorqod, maka itu adalah dari pohon-pohonnya orang Yahudi. (HR. Muslim VII/188, Bukhari IV/51, Lulu ‘wal-Marjan III/308)

Hadis di atas menceritakan tentang peristiwa akhir zaman iaitu waktu hampir kiamat. Pada waktu itu tentera Yahudi dalam Peperangan Armagedon dipimpin oleh Dajjal akan berperang dengan tentera Islam. Dalam peperangan tersebut, orang Islam akan dapat membunuh dan menewaskan orang Yahudi sehinggakan apabila mereka berselindung di sebalik mana-mana batu dan pokok untuk menyelamatkan diri, maka dengan izin Allah swt pokok dan batu akan memberitahu tentera Islam tentang Yahudi yang berlindung di sebaliknya. Akan tetapi satu pohon yang tetap berdiam diri dan akan bersekongkol dengan Yahudi iaitu pohon yang bernama Gharqad.

3. “Gharqad adalah sejenis pohon berduri yang terkenal di Baitul Maqdis (Palestin).Di sanalah Dajjal dan Yahudi akan dibunuh.” – Riwayat Minhaj. Pohon Gharqad (Nitraria Retusa) merupakan tanaman sejenis semak berdaun kecil-kecil dan lebat, dengan ranting yang juga banyak. Ketika kecil pohon ini hanya berupa semak yang kecil, tetapi apabila sudah besar, tanaman ini memiliki batang dan dahan  yang cukup kukuh untuk dipanjat. Rerimbunan dedaunannya sangat lebat sehingga sesuai dijadikan  tempat bersembunyi.

4. Zionis-Israel telah melakukan penanaman pohon Gharqad sejak lama. Bahkan Yahudi seluruh dunia sangat diminta untuk mengambil bahagian secara aktif menanami pohon jenis ini di wilayah pendudukan Zionis-Israel di tanah Palestin. Sumber Website Jewish National Fund (jnf.org) dalam bahagian JNF Store (Tress for Israel Certificate) di akhir tahun 2007 telah melaporkan  wilayah Palestin yang dikuasai Israel telah ditanami tak kurang dari 220 juta batang pohon gharqad. Website tersebut  tersebut juga mengiklankan bahawa sesiapa sahaja boleh  membeli pokok gharqad dan menyumbangkannya untuk ditanami di Palestin. Satu batang pokok berharga US $18. Jika 'special offer' beli dua batang seharga US $36 akan diberi percuma satu batang. Pada hari ini, pokok tersebut boleh dilihat sama ada dalam sekelompok pokok-pokok atau dirian tunggal.

pokok gharqad yang tumbuh (ditanam) di pinggir lebuhraya Baitul Maqdis ke Bandar Hebron

kerja-kerja penanamn pokok gharqad sedang giat dilakukan sama ada di kawasan bandar atau luar bandar
pemimpin yahudi turun padang menanam pokok gharqat


berbagai insentif di diberi kepada rakyat Israel untuk menjayakan kempen penanaman pokok gharqad
juga ditanam di kawasan perumahan Yahudi yang cantik dan mewah di pinggir kota Baitul Maqdis

Nampaknya, sekali lagi Yahudi mendahului kita.....


Teruskan bacaan anda pada SIRI 9.0 DI SINI atau balik ke SIRI 7.0 DI SINI

Monday, 7 July 2014

CADANGAN PENUBUHAN TABUNG KEBAJIKAN & MUSIBAH YAA

Asalamu 'alaikum wr wbk. dan Salam Sejahtara
Selamat menunaikan ibadat puasa bagi rakan muslimin & muslimat.

PEMBENTUKAN TABUNG KEBAJIKAN & BENCANA YAA

MUQADIMAH


  • Walaupun Yayasan Anda Akademik (YAA) sudah lebih sedekad ditutup, tetapi roh kehadiranya masih dirasai dikalangan kita selaku bekas pelajar atau bekas tenaga pengajar dan kakitangan  YAA. Samaada kita pernah belajar atau pernah menjawat sebagai guru atau kakitangan dalam tempoh masa pendek atau panjang, kita sebenarnya telah membentuk satu hubungan persahabatan dan kekitaan meskipun kita tidak lagi berada di bawah bumbung YAA dan tinggal berjauhan antara satu sama lain.
  • Pada awal penubuhan YAA, pelajar telah dilatih mengumpul atau membentuk dana menerusi Organisasi Kerjasama Siswa/i atau ORKES. Di antara aktiviti ORKES ialah menjual air minuman dan kuih pada waktu rehat  di bawah tangga YAA Jalan Hamzah Kampung Baru KL. Kutipan dana ORKES disumbangkan untuk tujuan kebajikan pelajar. Berikutnya, kedapatan pelajar membentuk dana menerusi Tabung Kelas. Wang tabung tersebut pernah digunakan untuk urusan fotostat nota dan kertas soalan peperiksaan dan diedarkan secara percuma kepada ahli dalam kelas tersebut. Pada penghujung tahun, dana tersebut digunakan untuk menganjur Majlis Perpisahan atau Kenduri Kesyukuran atau Majlis Bacaan Yasin. Dikalangan guru dan staf pula, pernah diwujudkan dana berbentuk tabung 'kutu' di bawah pimpinan Cikgu Eddy Warman dan abang Othman (arwah).
KENAPA PERLU PENUBUHAN TABUNG TERSEBUT
  • Sejajar dengan kemajuan di dalam media dan akaun sosial yang berlegar kepada manusia yang membolehkan semua infomasi diperolehi dalam masa beberapa saat pada  hujung jari, tentulah ada baiknya kehadiran media sosial dan akaun sosial  itu dimanfaatkan.
  • Kini, bagi mereka yang telah bersama YAA semenjak dari penubuhannya tahun 1972 tentulah telah memasuki usia emas dan telah beranak-cucu manakala yang berada di YAA pada saat-saat berhentinya operasi pada tahun 1999 pula tentulah mempunyai keluarga dengan anak-anak mulai membesar dan menempuh alam persekolahan yang semakin mencabar.
  • Kesebokan kita dalam urusan harian menyebabkan kita lupa atau terlepas pandang  untuk menyelami nasib waris beberapa orang dalam kalangan kita (komuniti YAA) yang telah kembali ke Rahmatullah atau rakan yang telah dan sedang ditimpa musibah yang memerlukan simpati, empati dan bantuan  dari rakan komuniti lain yang lebih bernasib baik. 

Justeru, saya ingin mengemukakan cadangan penubuhan  TABUNG KEBAJIKAN & MUSIBAH YAA bagi membantu rakan-rakan yang memerlukan.  

BENTUK TABUNG
  • Memandangkan terdapat prosudure yang agak ketat bagi penubuhan sesuatu tabung  pengumpulan dana bagi tujuan kebajikan dan belum ada organisasi sah bagi  komuniti bekas pelajar, guru dan kakitangan, maka dicadangkan penubuhan beberapa orang jawatan kuasa ad hoc sebagai pemegang amanah. Setelah semua urusan berjalan lancar, maka satu jawatankuasa sah akan mengambil alih Jawatan Kuasa (JK)  ad hoc. In sha Allah, Allah  swt akan  permudahkan
  • Cadangan pemilihan JK adhoc tersebut adalah dari bekas pelajar/guru/staf, sebaik-baik mempunyai ac fb dalam mana-mana group seperti group YAA Pantai Baru, ex YAA Reunion, exYAA PB dan sebagainya. Tujuan tersebut bagi membolehkan admin (JK ad hoc) mengupdatekan info semasa tentang jumlah kutipan dan perbelanjaan. JK ad hoc bekerja secara sukarela dan lillahita'ala. Latar belakang ad hoc terbuka kepada semua ahli komuniti YAA tanpa mengambil kira latar belakang politik dan fahaman. JK ad hoc akan di bubarkan setelah JK sah dari segi undang-undang negara terbentuk.
  • JK ad hoc itu tidak akan dibebankan dengan bidang tugas yang boleh mengganggu urusan harian mereka. Oleh itu, mesyuarat JK ad hoc ini boleh dibuat melalui alam maya seperti melalui fb, aplikasi wasap, viber, skype,  email dan sebagainya. Bagaimanapun  mesyuarat atau perjumpaan di antara ahli JK ad hoc itu akan tetap diadakan, misalnya di Kuala Lumpur pada suatu tarikh yang akan dirancangkan.
  • Rengkasnya, carta aliran penubuhan tabung tersebut adalah seperti berikut:-
1. Semua bekas pelajar, guru dan staff YAA Kampong Baru, YAA Jalan Stony, YAA Jalan Pantai Baru dan YAA Kelas Malam dan staf YAA Gayapos layak jadi ahli.
2.. Cadangan ini akan dipublishkan menerusi fb dan blog saya "patah sayap terbang jua'. 
3. Rakan fb atau pembaca blog boleh memberi komen atau cadangan yang lebih bernas
4. Perlantikan JK ad hoc. Tuan-tuan dan puan diminta beri cadangan nama ahli JK ad hoc menerusi fb
5. Tuan-tuan dan puan boleh  cadangkan bilangan ahli JK ad hoc dan jawatan seperti Pengerusi, Setiausaha, Bendahari dan sebagainya. Tuan/puan juga boleh membuat cadangan sama ada untuk membuka keahlian tabung kepada rakan dari luar YAA.
6. JK ad hoc akan bermesyuarat dan membuka akaun semasa (amanah) , misalnya 3 penama bagi akaun tersebut.
7. Mula menerima sumbangan dari komuniti YAA. Sumbangan boleh dibuat pada bila-bila masa dan jumlah sumbangan tidak dihadkan.
8. Mula mengedarkan sumbangan pada jumlah RM yang ditetapkan oleh JK ad hoc
9. JK ad hoc akan memaklumkan dari masa kesemasa jumlah kutipan yang di terima dan yang telah  disumbangkan.
10. Sekiranya tidak ada-apa respon dari cadangan penubuhan  tabung ini dalam masa TIGA BULAN, maka 'gagasan' ini di'recyle bin'kan.

Oleh itu, dibulan yang baik dan berakah  ini, saya memohon perbahasan dari kalangan komuniti YAA mengenai cadangan tersebut. Ok talian di buka sekarang. mohon respon segera..... TQVM Assalamu alaikum


Sabda Nabi saw "dan pada harta-harta mereka ada hak bagi orang yang yang memerlukan...."

Allah swt akan memanjang dan menambahkan rezeki dan umur  mereka yang memanjang dan menambah tali persaudaraan.

Sila baca Kes 1 yang membuktikan rasional penubuhan tabung ini DI SINI

Saturday, 5 July 2014

KUANTAN & PAHANG DALAM MEMORI



1. Alhamdulillah, penulis lafazkan kesyukuran ke hadrat Allah swt kerana puteri kesayangan telah mendapat keputusan peperiksaan semester terakhir yang baru diumumkan menerusi website pada hari ini oleh pejabat Universiti Islam Antarabangsa (UIA) kampus  Bandar Indera Mahkota. Keputusan tersebut  bagi penulis sudah lebih dari cukup untuk membolehkan beliau melanjutkan pengajian ke peringkat sarjana di University of  Sheffield  UK kerana semua syarat universiti dan penaja telah dipenuhi. In sha Allah beliau akan berangkat ke sana pada 23 September nanti. Tahniah dan terima kasih kepada puteriku di atas kejayaan itu.Terima kasih juga kepada para pensyarah, warga kerja UIAM, pentadbir Mahalah Maimunah dan seterusnya kepada semua warga siswa UIAM di atas pertolongan dan kerjasama yang diberikan.

2. Kunjungan ke Kuantan  Pahang baru-baru ini untuk membawa anak pulang setelah tamat pengajian menyegar semula memori penulis terhadap bandar dan negeri tersebut. Sekitar tahun-tahun 1960-an sehingga 1980-an penulis merasakan Kuantan & Pahang adalah suatu destinasi yang jauh. Bagi kebanyakan penduduk di Utara Tanah Air, mereka mungkin ke Kuantan  sekiranya terdapat urusan  mustahak seperti jemputan kenduri, perkahwinan anak atau kematian saudara atau teman terdekat yang dilansungkan di situ. Ketika waktu itu, perjalanan dari Alor Setar   ke Kuantan mengambil masa berbelas, malah berpuluh  jam kerana belum ada perkhidmatan bas ekspres Alor Setar ke Kuantan. Penulis pernah dengar terdapat sebilangan orang Kedah yang telah diambil sebagai peneroka tanah FELDA di beberapa buah rancangan tanah tersebut di Pahang. Khabarnya mereka hanya  pulang  ke Kedah pada hari raya . Kesukaran mendapat pengangkutan awam menyebabkan ada yang berani menunggang motorsikal   honda EX5 (plate Pahang),  balik ke Kedah. Sekali sekala  ada juga orang kampong penulis mengikuti rombongan melancong ke Cameron Highland, iaitu sebuah daerah Negeri Pahang yang terletak dekat dengan Negeri Perak.

3. Penulis mula mengenali lebih dekat Kuantan & Pahang apabila penulis berhijrah ke Kuala Lumpur, belajar di Yayasan Anda Akademik  (YAA) pada tahun 1975. Terdapat ramai pelajar yang menyambung pelajaran di YAA berasal dari negeri Pahang terutama dari daerah Bentong, Mentakap, Jengka, Temerloh, Maran dan sebagainya. Kebanyakan mereka menyewa rumah atau bilik. Ada yang menumpang di rumah saudara mara. Selalunya apabila bila kami berkesempatan, kami berborak mengenai kampong halaman. Pernah berlaku pertengkaran kecil di antara kami berkaitan isu negeri siapa yang lebih maju. Rakan sekelas yang berasal dari Negeri Sembilan menyindir rakan dari Pahang dengan menyatakan negeri Pahang masih mundur berbanding dengan negeri beliau. Beliau memetik lirik lagu 'Joget Pahang' nyanyian P.Ramlee sebagai bukti...
                   Negeri Pahang aman sentosa
                   Kaya dengan tumbuh-tumbuhan....
Ha..! kaya dengan tumbuh-tumbuhan....? itu 'hutan'lah maknanya, itu 'mundur'lah maknanya. Kami semua ketawa mendengar hujah  provokasi yang lucu tersebut.

4. Semasa penulis berhijrah kali ke-2 ke Kuala Lumpur pada tahun 1988, mengajar di YAA Jalan Pantai Baharu, masih kedapatan ramai pelajar dan tenaga pengajar YAA berasal dari negeri Pahang.  Hampir kesemuanya tingal di Asrama YAA Kampong Kerinchi. Kali ini penulis sudah mula menjelajah negeri Pahang apabila penulis membawa keluarga melancong ke Genting Highland, Bukit Fraser atau mandi manda air terjun di Kawasan Perkelahan Lintang  Karak pada hujung minggu. Penulis juga pernah membawa sebilangan pelajar Tingkatan 6 menyertai ekspedisi menjelajah Semenanjung Malaysia. Ekspedisi menaiki van itu bermula dari Kuala Lumpur menuju ke Johor Baharu, seterusnya dari KotaTinggi- Mersing - Ke Pekan-Kuantan dan berehat dua malam di Kota Bharu. Dari Kota Bharu melalui Grik kami  ke Pulau Langkawi dan balik ke Kuala Lumpur. Peserta ekspedisi  termasuklah Saudara Farid Wajdi, Ngah Liba, Noor Azam dan empat lima pelajar lagi  yang penulis sudah lupa. Penulis juga pernah membawa pelajar YAA menyertai  program rehlah di Bukit Fraser dan menginap di Banglo Agrobank. Kadang kala penulis dan  Guru Ekonomi YAA iaitu Cikgu Mustafa Kassim pernah dijemput memberi ceramah Geografi dan Ekonomi pada Seminar Peperiksaan  STPM anjuran beberapa buah sekolah seperti SMK Sulaiman di Bentong dan SM Mahmod di Raub. Untuk sampai ke destinasi tersebut, kami melalui jalanraya  yang berliku-liku kerana LPT belum siap. Ketika memandu dalam deretan kereta memanjang menyusur jalan berbukit  Cikgu Mustafa selalu memberi laluan kepada kereta mewah untuk memotong kereta Ford beliau kerana menurut Cikgu Mustafa kereta tersebut adalah kereta kerabat raja Pahang yang juga 'raja jalan raya'. Cikgu Mustafa kerap membeli buah durian di tepi jalanraya berhampiran Lembah Bilut - Bentong setelah selesai program tersebut

 5. Berbalik kepada kisah UIAM Indera Mahkota. Apabila anak penulis dapat tawaran belajar di UIAM, penulis merasakan itu suatu destinasi yang jauh. Semua ibu bapa mengharapkan anak mereka dapat belajar di IPT yang berhampiran dengan kediaman masing-masing. Alasan - senang memantau dan boleh kerap melawat anak. Misalnya anak bongsu penulis yang dapat tawaran belajar di Kolej Matrikulasi Pulau Pinang yang cuma dua km dari rumah kami.  Tetapi disebabkan penulis sudah mempunyai rekod yang mencatatkan hampir kesemua anak-anak belajar jauh, maka lokasi Kuantan tidaklah dianggap sebagai cabaran besar. Misalnya anak penulis ada yang pernah belajar di UTM Sekudai, Uitm Kampus Samarahan dan UTeM Melaka selain UM dan Unisel.

kami isi petrol kat sini


jambatan Sungai Pahang melalui LPT


R&R Temerloh

6. Sepanjang empat tahun anak penulis berada di sana, kami telah berkunjung ke Kuantan tidak kurang enam kali. UIAM terletak  kira-kira tujuh km dari pusat bandar Kuantan atau cuma dua km dari Kuantan Sentral Terminal yang baru di buka. Seringkali kami tersasar kerana jaringan jalanraya yang agak padat di Kuantan. Sebagai bandar terbesar di Pantai Timur, Kuantan lebih besar dan hebat berbanding dengan Alor Setar atau Kangar. Seperti 'orang kampong' yang lain, kami berkelah di Pantai Teluk Chempedak - destinasi yang ideal untuk bersantai pada hujung minggu dengan pantainya yang nyaman dan redup.  Kami pernah bermalam di sebuah chalet ala Bali di Pantai Balok yang agak meyeramkan kerana hampir tidak ada penginap pada malam  itu.


Pantai Telok Chempedak yang tidak pernah berubah walaupun bah besar baru-baru ni. Lagi satu, setiap kali kami sampai mesti bendera merah naik !!!


kami selalu singgah makan di restoren ni. Laksa Pahang tidak ada kat sini




 7. UIAM kini memiliki lima kuliyyah atau fakulti dan setiap kulliyyah memiliki bangunan tersendiri kecuali Kulliyyah Kejururawatan atau Kulliyyah of Nursing (KON) yang bergabung dengan Kulliyyah of Medicine KOM). Empat lagi  Kulliyyah of Dentistry (KOD), Kulliyyah of Pharmacy (KOP), Kulliyyah of Allied Health Sciences (KAHS) dan Kulliyyah of Science (KOS).  Kulliyyah of Medicine   UIAM    merupakan titik tengah kampus kerana KOM adalah landmark. Di situlah terdapatnya semua pejabat pentadbiran, dewan peperiksaan  dan pernah menjadi Masjid Universiti (kini  surau KOM). Kemudahan lain ketika itu ialah kafe, kiost, koperasi UIAM, mesin ATM, pejabat pos mini dan sebagainya. Kini pejabat pentadbiran telah berpindah ke bangunan baru  Bangunan Canselori yang tersergam indah. Kampus UIAM kini hampir siap sepenuhnya. Penulis menjangkakan UIAM Indera Mahkota akan menjadi satu universiti yang benar-benar hebat apabila Hospital Universiti UIAM yang sedang dalam proses pembinaan siap diguna pakai pada tahun 2016 nanti. Bangunan lain yang baru siap dibina dan telah di duduki termasuklah One Stop Student Centre, Office Security Management dan Centre Facilities Sisters dan IIUM Kuantan Library.




Mahalah Maimunah - aman dan damai
Masjid Sultan Ahmad Shah UIAM Kuantan (penulis di antara jemaah yang terawal solat maghrib di situ sebaik sahaja bangunan siap di guna)

penyelesaian kepada masalah transport dalam kampus

ada lagi 3 kotak besar kat atas (khazanah 4 tahun yang nak dibawa balik...)







Beberapa info tambahan


  • Rakan fb yang berhasrat untuk melihat anak berjaya di dalam kedua-dua bidang yakni sebagai seorang doktor yang juga penghafal al-Qur'an (Tahfiz) cubalah  memasukkan  anak anda ke sekolah berasrama bantuan penuh kerajaan (seperti Sekolah Menengah Sains, Sekolah Menengah Integrasi) dan lulus SPM pangkat paling cemerlang. Kemudian, daftarkan mereka di Sekolah Tahfiz Darul Qur'an di Ampang Pecah, Kuala Kubu Baharu, Selangor. Selesai hafaz 30 juz, daftarkan pula mereka menyambung pelajaran dalam bidang perubatan, pergigian , sains dan sebagainya di UIAM  kerana UIAM dan Darul Qur'an ada MOU bagi pelajar Darul qur'an sambung belajar di UIAM.   Pengambilan Pelajar Baru Program Pensijilan Tahfiz Al-Quran Darul Quran Jakim–Uiam Sesi 2015-2016
    Darul Quran Jakim mempelawa calon-calon yang berkelayakan untuk mengikuti Program Pensijilan Tahfiz Al-Quran, JAKIM-UIAM.
    Pelajar-pelajar yang telah menamatkan pengajian sijil tahfiz al-Quran di Darul Quran Jakim dan memenuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan akan mengikuti pengajian dalam bidang profesional di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.
    SYARAT-SYARAT PERMOHONAN:
    1. Warganegara Malaysia yang belum berkahwin,
    2. Lulus Peperiksaan Percubaan SPM 2014 dengan mendapat gred A bagi mata pelajaran Matematik dan gred B bagi mata pelajaran berikut ;
    Bahasa Melayu
    Bahasa Arab
    Bahasa Inggeris
    Pendidikan Al-Quran dan Al-Sunnah / Pendidikan Syari’ah Islamiah /
    Pendidikan Islam / Tasawwur Islam
    Biologi
    Fizik
    Kimia
    Matematik Tambahan
    3. Keutamaan diberikan kepada calon yang masih belum menghafaz 30 juzuk al-Quran.
    CARA MEMOHON:
    Borang Permohonan hendaklah diisi dengan lengkap secara atas talian (on-line) di laman sesawang Darul Quran.
    http://www.darulquran.gov.my
    (Borang perlu dicetak dan dibawa semasa sesi temuduga)
    TARIKH TUTUP PERMOHONAN:
    Tarikh tutup permohonan pada hari Rabu, 15 Oktober 2014.
    • UNTUK KETERANGAN LANJUT SILA HUBUNGI:
    Unit Pengambilan Darul Quran Jakim di talian: 03-6063 5323 / 5349 / 5351.
    • MAKLUMAN:
    Pemohon boleh menyemak keputusan permohonan di laman sesawang Darul Quran pada 20 Oktober 2014 (Isnin)
    Maklumat lanjut BACA DI SINI
  • Semua pelajar perubatan, pergigian dan farmasi UIAM layak mendapat biasiswa  JPA




Thursday, 3 July 2014

KUNJUNGAN KE BAITUL MAQDIS siri 7.0 MAQAM NABI DAUD a.s DI MOUNT ZION

[ baca SIRI  8.0 DI SINI ]




HARI KE-2 : 16  Mac 2014
Kami sarapan pagi di Hotel Metropole. Bersama kami terdapat seramai lima petugas dari Stesen TV Al-Hijrah yang sedang membuat pengambaran  dokumentari AYAT RIWAYAT 4, satu siaran ekslusif untuk penonton di Malaysia di sepanjang bulan Ramadhan 1435H. 
kelihatan Sdr. Muadz Zulkifli (No 3) selaku pengacara Dokumentari Ayat Riwayat (bersama jemaah wanita rombongan kami).
1. Antara pengalaman paling berharga dan sukar dilupakan apabila berada di bumi Baitul Maqdis dan Jordan, kita boleh menjejaki lokasi dan kawasan-kawasan yang dikaitkan dengan para nabi dan rasul, keluarga dan sahabat Rasulullah s.a.w, auliya’  dan ulama. Biasanya maqam atau makam  mereka adalah bukti kewujudan mereka di situ.  Masyarakat secara umum sudah familier dengan kata makam itu adalah kubur. Sedikit pencerahan kepada pembaca, istilah  'makam' jika  yang membawa maksud perkuburan bagi para Nabi dan Rasul yang merujuk kepada  tempat perkuburan atau tempat jasad  Nabi atau Rasul  di semadikan hanya ada dua sahaja iaitu kubur Nabi Muhammad s.a.w di dalam Masjid Nabawi di Madinah dan kubur Nabi Ibrahim a.s yang terdapat dalam kawasan Masjid Khalil  Rahman, Hebron, Israel. Setiap orang Islam percaya bahawa semua nabi dan rasul telah mati kecuali empat orang iaitu Nabi Isa a.s. dan Nabi Idris a.s., di mana mereka berdua diangkat naik ke langit dalam bentuk jasad dan roh, manakala Nabi Khidir a.s dan Nabi Ilyas a.s masih hidup dan berada di bumi.  Sesetengah riwayat menyatakan  selain dari Nabi Muhammad s.a.w dan Nabi Ibrahim a.s, nabi-nabi dan rasul lain tidak diketahui di manakah jasad mereka disemadikan. Oleh itu bilamana sesuatu tempat kedapatan makam misalnya  makam Nabi Daud a.s, Nabi Shuib a.s, Nabi Musa a.s dan sebagainya, bererti tempat tersebut bukanlah kubur nabi-nabi tersebut, tetapi  bermaksud  tempat itu pernah disinggahi oleh para nabi dan sahabat,  yakni  bukanlah mereka wafat di situ.  Bagaimanapun, sekiranya ada para sarjana dan sejarahwan mengenalpasti makam itu adalah perkuburan (tomb) misalnya perkuburan Nabi Ishak a.s dan Nabi Yaakub a.s yang dikebumikan di bawah Masjid al-Khalil Rahman Hebron, maka benarlah dakwaan tersebut.  Untuk tujuan menyebarkan dakwah dan mengajak manusia yang sesat mengenal Islam serta   berada dekat pada Tuhan, seorang Nabi dan Rasul  mesti bermobiliti  (berhijrah) ke sesuatu tempat dan mendiami di situ pada suatu jangkamasa. Maka di situlah penduduk tempatan mendirikan makam atau tanda atau binaan menyatakan bahawa sesebuah kawasan tersebut pernah didiami atau disinggahi oleh para rasul, nabi dan sahabat.  Pada sesetengah tempat pula, terdapat di kalangan mereka yang menganggap binaan itu adalah kubur, lalu di puja sebagai keramat. Untuk mengelak dari perkara syrik itu berleluasa, pihak berkuasa pada hari ini mendirikan sebuah masjid atau surau di situ supaya kemuliaan makam tersebut terpelihara.

2. Makam Nabi Daud terletak di Mount Zion di Baitul Maqdis, iaitu  tempat suci bagi penganut agama Islam, Yahudi dan Kristian. Dalam kawasan itu juga terdapat dewan makan Nabi Isa a.s atau apa yang dikenali  Bilik Makan Terakahir atau The Last Supper.  Asalnya  Makam Nabi Daud   di bina di dalam masjid khusus untuk umat Islam. Tetapi selepas Perang Arab Israel 1967, kompleks bangunan tersebut dikuasai sepenuhnya oleh Yahudi.  Untuk masuk ke situ pengunjung akan melalui pintu dikenali  Babul  Nabi Daud, atau Zion Gate. Pintu itu  adalah pintu terakhir pertahanan orang Islam ketika tentera Yahudi cuba menawan Baitul Maqdis. Lubang-lubang di pintu ini ialah bekas tembakan peluru dalam Peperangan Arab - Israel Tahun 1967.


 Zion Gate - Lubang-lubang di pintu ialah bekas tembakan peluru dalam Peperangan Arab - Israel Tahun 1967

pintu masuk ke makam.

pengunjung lelaki disyaratkan memakai kippah atau topi bagi menghormati makam Nabi Daud


seorang yahudi orthodoks sedang ritual di luar makam

sedang kyusuk membaca kitab Torah (Taurat) atau Tanakh Ibrani

inilah makam Nabi Daud - dikuasai sepenuhnya oleh Yahudi. Pengunjung perempuan  ritual disebalik dinding.



Info mengenai Dewan Makan Terakhir bagi Nabi Isa a.s

replika pokok zaiton 3 cabang  (pokok zaiton adalah simbol kedamaian sejagat)  yang mewakii 3 agama semawi dengan harapan hidup bersama penuh  kedamaian di antara penganut agama Islam, Kristian dan Yahudi di hadiahkan oleh pihak  Vatican City


Mehrab yang dibina oleh Salahudin Al-Ayubi sebaik sahaja tentera Islam menawan Baitul Maqdis di dalam Dewan Last Supper
mimbar yang dibina oleh Salahudin


Seni bina dan seni hias dalam Dewan the Last Supper

Foto google The Last Supper vesi Kristian (Vesi Islam - Nabi Isa a.s yang sedang diburu oleh tentera Rome yang beragama majusi mendapat maklumat dari simunafik Johada yang berpaling tadah memberi maklumat Nabi Isa a.s sedang makan di dewan. Tentera Rom tidak mengenali Nabi Isa. Johada memberi isyarat, orang yang menjawab salam beliau  itu adalah Nabi Isa a.s. Tetapi kuasa Allah swt telah menukarkan rupa Johada kepada rupa Nabi Isa a.s dan rupa Nabi Isa menjadi rupa Johada. Tentera Rom tangkap  'Nabi Isa'  lalu salibkan di tiang. Sebaliknya Nabi Isa a.s diangkat ke langit oleh Allah swt.


Tulisan Bismillah masih terdapat di dinding dewan ini


salah satu tingkap hiasan kaca yang mempunyai 3 simbol agama semawi yang terdapat di dewan



patung 'David' yang sedang memetik sejenis kecapi tersergam di luar bangunan di Mt. Zion. Mereka percaya David mempunyai suara yang sangat merdu.


3. Daud ialah nabi dan raja Bani Israel. Semenjak masih muda telah menyertai tentera Bani Israil di bawah pimpinan Thalut melawan pasukan bangsa Palestin yang dipimpin Jalut (Goliath). Malahan Nabi Daud yang membunuh Jalut, sehingga dipuji sebagai pahlawan perang. Setelah Raja Thalut meninggal, Nabi Daud menggantikannya sebagai raja. Allah SWT mengangkat Daud sebagai nabi dan rasul-Nya. Kepadanyalah diturunkan kitab Zabur. Nabi Daud a.s adalah orang yang membangunkan kota Baitul Maqdis. Bagaimanapun, baginda terlebih dahulu wafat pada usia 100 tahun dan digantikan  dengan putera baginda Sulaiman yang turut diangkat menjadi  Nabi  dan Raja. Beliau memiliki sejumlah mukjizat, seperti suara yang merdu, kecerdasan akal, mengerti bahasa burung. Dikatakan ketika Baginda membaca kitab Taurat, semua makhluk dan burung dan berhenti bergerak dan mendengar bacaan tersebut. Kerana kandungan kitab sangat menghayatkan hati, ada di antara pendengar yang mati kerana terlalu sedih mendengar bacaan tersebut. Baginda juga dianugerah mukjizat kelebihan tangannya melentur besi.

4. Nabi Daud seorang yang sangat tekun melakukan ibadat solat dan puasa. "Puasa yang paling disukai di sisi Allah SWT adalah puasa Daud a.s dan solat yang paling di sukai Allah swt  adalah solat Nabi Daud a.s. Baginda  biasanya tidur di pertengahan malam dan bangun pada sepertiga malam terakhir dan baginda  tidur lagi pada seperenam malam terakhir. Dan baginda biasanya berpuasa sehari dan berbuka sehari.”

5 Kisah Nabi Daud Dengan Ulat
Dalam sebuah kitab Imam Al-Ghazali menceritakan pada suatu ketika tatkala Nabi Daud a.s sedang duduk dalam surau sambil membaca kitab az-Zabur, dengan tiba-tiba dia terpandang seekor ulat merah Lalu Nabi Daud a.s berkata pada dirinya, "Apa yang dikehendaki Allah dengan ulat ini?" Sebaik sahaja Nabi Daud selesai berkata begitu, maka Allah pun mengizinkan ulat merah itu berkata-kata. Lalu ulat merah itu pun mula berkata-kata kepada Nabi Daud a.s "Wahai Nabi Allah! Allah swt telah mengilhamkan kepadaku untuk membaca 'Subhanallahu walhamdulillahi wala ilaha illallahu wallahu akbar' setiap hari sebanyak 1000
kali



dan pada malamnya Allah mengilhamkan kepadaku supaya membaca 'Allahumma solli ala Muhammadin annabiyyil ummiyyi wa ala alihi wa sohbihi wa sallim' setiap malam sebanyak 1000 kali.


Setelah ulat merah itu berkata demikian, maka dia pun bertanya kepada Nabi Daud a.s. "Apakah yang dapat kamu katakan kepadaku agar aku dapat faedah darimu?" Akhirnya Nabi Daud menyedari akan kesilapannya kerana memandang remeh akan ulat tersebut, dan dia sangat takut kepada Allah swt. maka Nabi Daud a.spun bertaubat dan menyerah diri kepada Allah swt  Begitulah sikap para Nabi A.S. apabila mereka menyedari kesilapan yang telah dilakukan maka dengan segera mereka akan bertaubat dan menyerah diri kepada Allah swt.



Seterusnya kami menuju ke Hebron yang terletak 30 km selatan Baitul Maqdis untuk ziarah maqam  Nabi Ibrahim a.s. dan isteri-isterinya.

Untuk membaca siri sebelum ini, baca   SIRI 6 DI SINI