Wednesday, 19 February 2014

LEGASI REFORMASI ANWAR IBRAHIM - SIRI 1.0








  • Nurazmina Ahmad likes this.
  • Muhammad Syafiq Abdul Latiff jika diberi kelapangan saya memohon jasa pak lang dapat kongsikan pengalaman selama mengenali mastermind P.R . Manusia hebat yg pemikiran beliau sentiasa diperlukan sejak berzaman. Adakah aura beliau adalah anugerah tuhan atau boleh diperolehi. Semoga dapat dijadikan ilmu dan panduan yg berharga kepada saya.

Itulah permintaan dari anak buah penulis, seorang usahawan muda penyokong tegar PR  yang begitu peka dengan perjuangan insan yang bernama Anwar bin Ibrahim.

1. Adalah amat sukar untuk menulis isu-isu berkaitan dengan perjuangan  Datuk Seri Anwar bin Ibrahim (DSAI) kerana perjuangan tokoh itu semenjak  dilahirkan (10 Ogos 1947) sehinggalah kesaat ini amat berliku, penuh dengan ranjau dan duka, pahit manis dan diluar kerangka permahaman dan pemikiran manusia biasa macam kita. Hanya mereka yang benar-benar 'kompeten' layak dan boleh menulis kisah perjuangan DSAI. Kalau rajin 'search' kat 'lebai google', pembaca akan menemui banyak artikel dari blog, portal berita on-line, sesawang rasmi PKR dan youtube berkaitan DSAI. Untuk permakluman anda juga, foto dan imej DSAI adalah yang paling banyak boleh ditemui dalam' google image' berbanding dengan foto dan imej tokoh lain di Malaysia.

2. Penulis mula  mengenali DSAI ketika mendengar  kaset  pidato DSAI yang  berpidato  dalam satu perhimpunan mahasiswa IPTA di hadapan Federal House KL  berkaitan dengan isu-isu semasa negara sekitar Tahun 1974. Pada tahun 1975, penulis dapat bersua muka pertama kali dengan DSAI dalam satu   Majlis Sambutan Hari Raya anjuran Surau  Kem Tahanan Perlindungan Kemunting, Taiping (KEMTA) ketika DSAI dan rakan-rakannya Ibrahim Ali, Dr Syed Husin Ali, Adi Sastria, Kamaruzaman Yaacob dan beberapa aktivis mahasiswa ditahan di bawah ISA ekoran dari Demontrasi Baling (3 Disember 1974). Orangnya bertubuh kecil, kurus, tetapi hensem. Senyumannya juga manis.

3. Pada penghujung tahun 1975, penulis telah disahkan mengidap demam denggi dan mendapat rawatan di Hospital  Daerah Taiping. Sepucuk surat yang telah diseludup keluar dari KEMTA khas ditujukan kepada penulis sebagai  tanda simpati dari DSAI  yang berbunyi:-
"tiada mana-mana  muslim yang benar-benar muslim  melainkan dia  telah diuji terlebih dahulu oleh Allah swt".
4.Semenjak dari situlah DSAI menjadi idola kepada penulis.  Tetapi pada  30 Mac 1982, DSAI membuat pengumuman yang mengejutkan iaitu menyertai UMNO.  Berita tersebut mengemparkan seluruh pelusuk tanah air. Penulis amat bersedih mendengar berita tersebut kerana idola penulis  tidak menyertai parti Pas sebagaimana yang diharapkan sebahagian besar penyokong parti tersebut.  Mulai saat tersebut, penulis mula merenggangkan diri dari mengikuti perkembangan politik DSAI. Pada Pilihanraya Umum Tahun 1986, penulis pernah  membantu Ustaz Mazani bin Abdullah calon Pas yang bertanding di DUN Penanti dalam Parlimen Permatang Pauh. 

5. DSAI kembali menjadi idola penulis apabila beliau dipecat jawatan sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan pada 2 September 1998 dan keesokkan hari, 3 September Majlis Tertinggi UMNO pula memecatnya sebagai ahli UMNO.  Berikutnya DSAI telah ditangkap, dipukul, dihina, diaib, difitnah dan dituduh serta sabitkan dengan kesalahan rasuah yang tidak melibat satu sen pun wang negara. Semenjak dari tarikh tersebut, dunia menyaksikan tsunami politik di Malaysia, krisis perlembagaan, gerhananya institusi raja, terluluhnya institusi kehakiman, terhakisnya integriti SPRM dan SPR, tergelincirnya institusi perkhidmatan awam dan polis, berkecainya integrasi di antara kaum  tergelongsornya hala tuju media, kebanjiran pati dan merundumnya  ekonomi negara.  


6. Pada 27 Januari 2014  DSAI telah  mencetus satu momentum baharu dalam politik nasional. Momentum pada kali terakhir adalah siri 'Himpunan Rakyat Blackout 505" yang dianjurkan selepas PRU Ke-13 tahun lepas. Pada tarikh tersebut  PKR telah mengumum kerusi DUN Selangor N25 Kajang telah dikosongkan dan memungkin  DSAI akan menjadi calon PKR dalam PRK tersebut. Ibu Pejabat PKR juga membayang untuk menobatkan DSAI sebagai Menteri Besar Selangor mengganti Tan Sri Khalid bin Ibrahim iaitu satu strategi PR untuk mengekang asakan dari BN  menawan kembali Negeri Selangor dari tangan PR dan memajukan Negeri Selangor supaya menjadi negeri model,  membuktikan kemampuan  Kerajaan PR mentadbir  Putrajaya dalam PRU ke 14 nanti.

 Berita tersebut telah menggemparkan penyokong Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat.  Tetapi penulis tidak merasakan berita tersebut sebagai sesuatu yang menggemparkan kerana penulis sudah memahami legasi perjuangan DSAI. Mastermind PR yang bernama Anwar bin Ibrahim adalah "Anugerah Allah Kepada Rakyat  Malaysia".

7. Ikutilah siri seterusnya dimana penulis cuba mengulas 'DSAI - THE GIFTED PERSON' untuk dikongsi bersama dengan  anakanda Muhammad Syafiq dan rakan-rakan fb.

Teruskan bacaan anda pada  SIRI  2  DI SINI





1 comment:

  1. eliau tidak memilih utk bersama PAS bukan kerana PAS.Tetapi pada masa itu PAS dikuatkan dgn ahli dan pemimpin PAS yg tidak dapat mengejar kepantasan beliau dlm mengatur strategi dan agak jumud utk menerima ideologi perjuangan beliau yg agak 'erdogan'.Hanya segelintir.Spt kata seorg ahli falsafah Russia,'Agama adalah candu kpd rakyat'

    Sebaliknya Beliau memilih UMNO bukan kerana UMNO.Tetapi kerana Presidenya pada masa itu adalah yg lebih hebat dari beliau.Walaupun majoriti ahli dan pemimpin UMNO masih lembap,lemau dan Tiada daya ketahanan yg tinggi tetapi masih terbuka dan tebal muka dlm menerima ideologi beliau.

    Dalam kitab kearah menjadi usahawan berjaya, salah satu perinsipnya adalah harus bersama dan bergaul dgn org yg lebih berjaya.

    Apapun Hikmah disebalik yg berlaku boleh diibaratkan 'bagai sirih pulang ke ganggang'.kepulangan dengan penuh ilmu di dada.Seperti kisah yg bergelar 'Pedang Allah' dizaman Rasul.

    Pasti lebih hebat dan mampu merobohkan tembok putrajaya jika kepulangan beliau sekarang di sambut oleh seorang pemimpin hebat,mujahid sepanjang zaman Allahyarham Fadzil Noor.

    Maaf,sepatutnya xlayak utk saya berpendapat.
    Sesungguhnya saya budak baru belajar untuk berjinak jinak dlm penulisan harus mencuba juga.
    Jika salah harap dapat betulkan.

    ReplyDelete