Monday, 17 February 2014

HOMESTAY PANTAI SURI DI MUARA SUNGAI KELANTAN


1.  Pada   November Tahun 2013, penulis telah dipilih oleh Unit Perancang  Ekonomi Negeri Pulau Pinang, UPEN melawat Homestay Nelayan Pantai Suri di muara Sungai Kelantan dalam Jajahan Tumpat. Rombongan diketuai oleh En Hakmal Afendi - Ketua Penolong Pegawai Daerah Pejabat Tanah dan Daerah SPU.  Turut serta ialah beberapa orang kakitangan Pejabat Daerah dan Tanah SPU dan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Komuniti  (JKKK) yang terdiri daripada  JKKK Pasir Gebu, Pinang Tunggal, Lahar Yooi dan Kampung Selamat. Untuk sampai ke Homestay Pantai Suri, pengunjung dikehendaki parkir kenderaan di Jeti Kok Majid naik bot. Pelayaran kira-kira 40 minit. Jika berlepas dari dari Jeti Kuala Besar, cuma 15 minit.

2. Kami disambut dengan perarakan bunga manggar ke dewan, oleh orang kampung yang  di ketuai  oleh Puan Nor Fadhila Hanim. Peserta seterusnya diiring ke dewan untuk upacara penyerahan keluarga angkat. Di situ peserta dihiburkan dengan pertunjukan seni silat Melayu, demontarasi pembuatan kuih kapit dan kerabu nipah. Peserta dihidangkan dengan makanan masakan tersebut  disamping bihun dan minuman teh.

Info Ringkas :-
  • Kampung Pantai Suri adalah perkampungan nelayan di muara Sungai Kelantan
  • Terdapat kira-kira  70 buah rumah dengan penduduk sejumlah 435 orang
  • Jenis pengangkutan darat di situ cuma  motorsikal dan basikal sahaja.


life jacket adalah sumbangan KPKM
panorama hutan air masin dan air tawar disepanjang pelayaran

jeti baharu Kampung Pantai Suri

penulis bersama team bunga manggar

persembahan seni silat Melayu Kelantan

cukup menghiburkan

Demontrasi membuat kerabu nipah - sedap
Kueh kapitnya dikenali sebagai 'Love Letter'

En. Hakmal Afendi, En Hasmizal dan staf Pejabat Daerah  & Tanah SPU

Majlis Penyerahan Keluarga Angkat

Penghulu Alias dan staf Pejabat Daerah & Tanah SPU bersama  Mak Angkat

persembahan dikir barat. Penulis turut mengambil bahagian - sporting la.. 

rumah operator homestay KPBM  mesti pamir  logo ni.

mana satu keluarga angkat dan anak angkat - cuba teka

sarapan pagi : nasi dagang

bon voyage on your journey 

3. Pakej yang disediakan adalah seperti berikut :-
PAKEJ KUMPULAN
(RM 250.00/pax (setiap peserta) - minimum 40 pax
3 hari 2 malam - penginapan 2 orang sebilik
  • Tambang bot dari jeti ke Pantai Suri dan balik  ke jeti
  • makan (2 x sarapan, 1 x makan tengahari, 2 x minum teh dan 2 x makan malam).
  • minuman selamat datang
  • pertunjukkan kebudayaan (dikir barat, tarian tradisional dan silat)
  • demontrasi masakan kerabu nipah dan kuih kapit
  • cenderahati dari pengendali homestay
  • PERCUMA 1 kotak makanan tengahari atau BBQ malam terakhir
  • PERCUMA caj untuk 2 orang peserta
PAKEJ SISWA
(RM 199.99/pax  - minimum 40pax)
3 hari 2 malam - penginapan 2 orang sebilik
  • Tambang bot dari jeti ke Pantai Suri dan balik ke jeti
  • makan (2 x sarapan, 1 x makan tengahari, 2 x minum teh dan 2 x makan malam).
  • minumn selamat datang
  • pertunjukkan kebudayaan (dikir barat, tarian tradisional dan silat)
  • demontrasi masakan kerabu nipah dan kuih kapit
  • cenderahati dari pengendali homestay
  • PERCUMA 1 kotak makanan tengahari atau BBQ malam terakhir
  • PERCUMA caj untuk 2 orang peserta
PAKEJ KELUARGA
(RM 199.99/pax  - minimum 40 pax
3 hari 2 malam - penginapan 2 orang sebilik
  • Tambang bot dari jeti ke Pantai Suri dan balik  ke jeti
  • makan (2 x sarapan, 1 x makan tengahari, 2 x minum teh dan 2 x makan malam).
  • minuman selamat datang
  • pertunjukkan kebudayaan (dikir barat, tarian tradisional dan silat)
  • demontrasi masakan kerabu nipah dan kuih kapit
  • demontrasi beruk panjat pokok kelapa dan petik buah kelapa
  • minum air kelapa segar
  • pertunjukan kraftangan
  • permainan tradisional eg. congkak
  • jerat ketam dan memancing ikan
  • cenderahati dari pengendali homestay
  • PERCUMA 1 kotak makanan tengahari atau BBQ malam terakhir
  • PERCUMA caj untuk 2 orang peserta
PAKEJ EKONOMI
RM99.99/pax
(minimum 6 pax)
Tambang bot dari jeti ke Pantai Suri  dan balik ke jeti
  • makan (1 x sarapan, 1 x makan tengahari).
  • minumn selamat datang
  • demontrasi beruk panjat pokok kelapa dan petik buah kelapa
  • cenderahati dari pengendali homestay
4. MANFAAT PROJEK HOMESTAY KEPADA PENGUSAHA DI PANTAI SURI KELANTAN
  • Boleh meningkatkan taraf hidup operator. Hampir kesemua operator adalah nelayan. Pengedalian homestay secara tidak sepenuh masa boleh memberikan pendapatan tambahan kepada operator. Misalnya, program Homestay Pantai Suri yang penulis hadir dan menginap di situ telah memberi pendapatan kepada seorang operator sebanyak RM 150 bagi seorang peserta atau RM 600 bagi empat peserta bagi penginapan satu malam.
  • Homestay Pantai Suri dikenali di seluruh dunia kerana promosi yang diberi oleh Tourism Malaysia dan Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia.
  • Kemudahan asas di kawasan tersebut turut dinaik taraf. Misalnya Kementerian Pembangunan Luar Bandar telah membina jeti baharu, naik taraf laluan pejalan kaki, bekalan air bersih dan bekalan elektrik.
  • Penduduk kawasan tersebut terdedah kepada permodenan. Sesetengah operator memiliki  tv LCD  berskrin lebar 43" dan melanggan ASTRO BEYOND.
  • Penduduk dapat memahami adat dan budaya pelawat, misalnya pelawat dari negera Jepun, Taiwan, Korea, Singapura dan Eropah.
  • Memajukan industri makanan dan kraftangan tempatan
  • Bantuan berupa jaket keselamatan untuk penumpang boat, pembinaan dewan serbaguna, pintu gerbang dan kostume untuk persembahan dikir barat. 
  • Memperiratkan hubungan silatur rahim sesama penduduk kerana penglibatan secara beramai-ramai bagi menjayakan program tersebut.
  • Peruntukan dari Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia sebanyak RM 5000 untuk naik taraf bilik air bagi kemudahan pelawat di rumah operator.













1 comment:

  1. Salam admin. Penulisan sangat berinfomasi. Nampak sangat menarik tempat tu. Cuma satu je.. yg biru tu bukan nasi dagang.. itu nasi kerabu :)

    ReplyDelete