pintu masuk melalui Lebuh Muntri |
1. Salah satu tempat yang pasti penulis lawati ketika berkunjung ke sesuatu negeri atau negara ialah muzium tempatan. Hampir kesemua negara di dunia mempunyai muzium dengan pelbagai identiti. Muzium yang pertama pernah dikunjungi penulis ketika zaman kanak-kanak ialah Muzium Negeri Kedah yang terletak di Lebuhraya Sultan Abdul Halim, Alor Setar, Dari situlah penulis mula didedahkan dengan berbagai-bagai maklumat berkaitan dengan sejarah negeri, pemerintahan dan kesultanan negeri. Muzium lain yang terdapat di Negeri Kedah termasuklah Muzium Arkeologi di Lembah Bujang dan Muzium Padi berhampiran Gunung Keriang, Di luar negeri Kedah penulis pernah beberapa kali melawat Muzium Negara dan hampir kesemua muzium-muzium negeri di Malaysia. Beberapa buah muzium di negara jiran seperti Indonesia dan Brunei Darul Salam turut di kunjungi, Muzium Ka'abah di Kota Mekah juga antara muzium yang menarik dan patut dikunjungi.
2. Pihak UNESCO melalui Majlis Muzium Antarabangsa @ ICOM telah memdefinasikan muzium, sebagai satu institusi bersifat tetap, tidak mencari keuntungan, dan memberi
khidmat kepada masyarakat. Muzium terbuka kepada umum dan berfungsi memperolehi,
merawat dan mempamerkan berbagai bahan atau artifak untuk tujuan pembelajaran, pendidikan
dan hiburan. Oleh itu, muzium dianggap sebagai pemegang amanah warisan
negara yang tidak ternilai. Muzium juga
berperanan sebagai sebuah institusi pendidikan tidak rasmi. Sumber dan
bahan-bahan berkaitan sejarah, sastera, sains atau alam semulajadi yang terdapat di muzium mampu memberi kefahaman dan menarik minat orang ramai untuk berkunjung.
3. Di Negeri Pulau Pinang, terdapat beberapa buah muzium yang wajar dilawati untuk mempertingkatkan pengetahuan anda berkaitan sejarah, budaya, ekonomi, politik dan sosial seperti Muzium Dan Balai Seni Lukis Negeri yang terletak di Lebuh Farquhar, Made In Penang Interative 3D Museum Pangkalan Weld Georgetown, Muzium Perang di Batu Maung, Muium Cokelat, Muzium Toy dan Patung Lilin di Telok Bahang, serta Muzium Burung Hantu di atas Bukit Bendera. Kesan sejarah negeri tersebut juga boleh di lihat pada tinggalan kota-kota lama saperti Fort Cornwallis, mansion saperti Pinang Peranakan Mansion, Khoo Kongsi, rumah kelahiran P.Ramlee, rumah-rumah ibadat, makam dan sebagainya.
MUZIUM KAMERA DI GEORGETOWN
1. Merupakan muzium yang pertama beroperasi di Asia Tenggara. Terletak di Lebuh Muntri (Menteri) dalam lokasi UNESCO World Heritage Site Georgetown. Untuk makluman anda, Lebuh Muntri, Love Lane , Lebuh Armenian dan persekitaranya kini mula dikenali oleh pelawat dari dalam dan luar negara kerana lokasi tersebut mempunyai tarikan tersendiri. Sekitar tahun 1990-an, kawasan tersebut hanyalah berupa barisan rumah kedai dua tingkat yang usang di bina sebelum Perang Dunia, di mana pada bahagian tingkat bawah adalah kedai atau restoren, manakala tingkat atas adalah kediaman. Selang beberapa lorong atau jalan kita temui rumh-rumah kongsi dan bengkel-bengkel lama Tetapi kini, hampir keseluruhan kawasan tersebut telah bertukar menjadi pusat tarikan pelancong saperti hotel-hotel budget, cafe, mini muzium dengan tarikan tersendiri. Kawasan tersebut juga bolehlah diibaratkan sebagai satu galeri seni terbuka yang terbesar di Asia kerana terdapat hampir 100 karya jalanan berupa 'mural painting' dan 'steels rods sculpture'.
2. Terbaharu, bagi penggemar kamera, anda wajib berkunjung ke musium khusus bagi kamera. Muzium yang dirasmikan pada 9
Oktober 2013 lalu berupa rumah kedai dua tingkat yang terletak di Lebuh Muntri. Peminat kamera pasti teruja sebaik sahaja anda masuk ke dalam muzium yang 'free entry' kerana terdapat lebih 300 buah kamera moden dan antik yang dikumpul dari seluruh pelusuk dunia, malah ada yang berusia hampir 200 tahun. Muzium tersebut adalah milik persendiran yang diusahakan oleh sekumpulan tujuh usahawan muda yang kreatif dan penggemar fotografi tetapi berlatar belakangkan profesyen yang pelbagai.
3. Sebaik sahaja anda melangkah masuk melalui pintu hadapan, anda akan dapat menyaksikan replika kamera vintaj besar. Di kedua-dua belah sisi dinding di ruangan itu diisi dengan deretan kamera dan poster foto berbagai jenis kamera, samaada kamera vintaj permainan, kamera vintaj professional serta aksesoris. Di bahagian tengah terdapat sebuah kedai menjual cenderahati berkaitan kemera dan aksessoris, kemeja t , key-chain dan sebagainya. Manakala sebuah cafe yang dikenali 'Double Exposure' berserta tandas yang cukup menarik terletak di bahagian belakang. Pelawat yang berhajat untuk mendalami sejarah kamera dan fotografi, bolehlah naik ke ruang atas. Tetapi, bayaran dikenakan iaitu RM20 untuk dewasa dan RM10 untuk pelajar dan warga emas. Ruang pertama yang dijumpai adalah ruang pameran sejumlah koleksi kamera.
pelbagai jenis kamera yang di lekatkan pada dinding |
2 Pada ruang atas inilah pelawat akan diimbau dengan nostagia imbasan masa sejarah kamera. Di situ terdapat 'dark room' (nostagia bilik pemprosesan filem) , 'pinhole room', obscura room (interaktif kamera obscura), pameran kamera-kamera yang digunakan semasa Perang Dunia, kamera James Bond, Daguerreotype, Box Camera, Folding Camera, Kamera Format bersaiz besar dan sederhana, 35mm, Single dan Twin Lens Reflex, Digital Camera dari abad ke-18 sehingga hingga ke hari ini dari seluruh dunia termasuk, negara Britain, Eropah, Perancis, India, Jepun, Rusia dan Thailand yang membuat garis masa evolusi kamera lengkap untuk pameran itu. Di antara kamera nostagia termasuklah Canon Canonet 28 dan body Leica yang sungguh menawan hati Bagi penggemar filem perisik British James Bond, ada satu ruang khusus yang
mempamirkan kamera pengintip iaitu kamera pertama yang diproduksi khusus untuk filem
James Bond 007. Di dalam ruangan tersebut kita juga boleh melihat kamera berfungsi sebagai senjata yang digunakan oleh tentara Jepun untuk
latihan perang.
3. Setelah penat mata memandang dan kaki berjalan, anda boleh menikmati makanan dan minuman ringan di cafe dengan harga yang berpatutan. Sebagai tanda kenangan anda boleh membeli beberapa souvenir yang berkaitan dengan dunia kamera. Anda boleh melawat Muzium Kamera dari jam 9.00 pagi sehingga 8.30 malam pada setiap hari.
4. Muzium Kamera juga pernah menganjur beberapa pameran berkaitan kamera dan fotografi. Disamping, pihak muzium menerimabahan pameran dari luar. Misalnya pada bulan Jun 2013 lalu, jurugambar National Geographic, Maggie Steber pernah mengadakan pameran fotografi 'Audacity of Beauty Captions' beliau di situ
Jangan lupa baca JOM TERJAH PENANG siri 2.0 - Muzium Interaktif 3D