TERKINI
Datuk Mah Siew Keong telah menang dalam PRK P76 mengikut kiraan tidak rasmi pada jam 7.56pm Tahniah !
Baca di sini
POSTING ASAL
1. Tak sampai 17 jam, pengundi di Teluk Intan, akan mengundi dalam pilihanraya kecil (PRK) Parlimen P76 Teluk Intan yang akan berlansung pada hari Sabtu 31 Mei 2014. PRK P76 menyaksikan pertembungan satu lawan satu di antara calon mewakili Barisan Nasional dari Parti Gerakan Datuk Mah Siem Keong (53 Tahun), anak tempatan dan Dyana Sofya binti Mohd Daud (27 Tahun), berasal dari Ipoh, yang mewakili DAP. Datuk Mah dipilih atas kapasiti beliau sebagai Presiden Parti Gerakan dan pernah menjadi ahli parlimen Teluk Intan selama dua penggal iaitu PRU 10 dan PRU 11. Tetapi beliau tewas kepada calon dari DAP dalam PRU 12 dan PRU 13. DAP pula meletakkan Dyana Sofya sebagai calon muka baru untuk membuktikan kepelbagaian kaum dan kesaksamaan gender yang diperjuangkan oleh parti itu. DAP juga berusaha untuk mengikis label parti ektremis dan rasis yang diberi oleh BN.
2. Setelah tempoh berkempen tamat tepat jam 12 malam ini, PRK Parlimen P76 disifatkan oleh pemerhati politik tanah air adalah di antara yang paling menarik di dalam sejarah PRK semenjak negara mencapai kemerdekaan. Banyak kejutan berlaku, bermula dari dari teka teki calon yang bakal berentap di situ, malah beberapa isu yang melibatkan parti pemerintah dan Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia (SPR). Berbanding dengan PRK Bukit Gelugor pada 25 Mei 2014 yang disifatkan paling aman dalam siri PRK, sebaliknya PRK P76 didakwa di antara yang 'terkotor' dengan perang risalah dan edaran 'Anson Bay' tabloid berbaur fitnah.
3. Pengumuman pencalonan Dyana Sofya oleh Setiausaha Agung DAP Kebangsaaan Lim Guan Eng yang mewakili DAP telah menimbulkan beberapa polimek dalam media arus perdana dan media sosial. Pencalonan Dyana Sofya bererti mengenepikan bekas Ketua Penerangan Pilihanraya DAP Hew Kuan Yau a.k.a 'Superman' seorang aktivis DAP yang berpengaruh dan berpotensi. Kontroversi isu ras juga berlaku apabila Dyana Sofya dipilih kerana DAP sanggup mempertarungkan seorang gadis Melayu yang dikatakan masih mentah di dalam politik perkauman yang masih menebal di dalam masyarakat Malaysia. Sekiranya Dyana Sofya menang pada PRK tersebut, beliau akan menjadi ahli parlimen termuda di Malaysia dan ke-3 berbangsa Melayu mewakili DAP selepas YB Zairil bin Khir Johari (Bukit Bendera Pulau Pinang) dan YB Dato' Mohd. Ariff Sabri b Abdul Aziz (Raub Pahang). Di pihak BN pula, terdengar desas desus betapa perlu BN meletak calon dari UMNO pada pemilihan itu.
4. Setelah berhempas pulas dan menggunakan berbagai bahan kempen, kedua-dua pihak masih belum dapat menarik nafas lega kerana dalam politk apa-apa jua keputusan boleh berlaku dan boleh berubah pada sekelip mata. Sehinga jam 3.00 tengahari Jumaat 30 Mei 2014, Datuk Mah menyifatkan peluang beliau untuk menang berada pada tahap 49 % iaitu sesudah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga Pengerusi Barisan Nasional mengumumkan jawatan Kabinet menanti Datuk Mah jika beliau menang. Maka beruntunglah penduduk Telok Intan mendapat seorang menteri yang menjadi wakil rakyat mereka.
5. Menurut satu tinjauan Pusat Kajian Pilihan Raya UCSI (IPTS tempatan), DAP akan memang dengan majoriti lebih kecil kerana kemungkinan jumlah yang keluar mengundi berkurangan. Tinjauan tersebut membuat jangkaan Dyana akan meraih 28.3 % undi Melayu dan 43 % daripada pengundi India dijangka pangkah Dyana. Sebaliknya Datuk Mah dijangka memperolehi 58.75 % undi Melayu dan 44 % undi India. Kajian beradasarkan kepada seramai 400 orang responden Melayu dan India. Menurut kajian tersebut juga, pengundi Cina menunjukkan kecenderungan mereka yang tidak banyak berubah iaitu dianggarkan seramai 75 % memilih DAP. Oleh itu, sekiranya peratus keluar mengundi 70 %, maka DAP dijangka menang dengan majoriti 3,000 undi berbanding majoriti 7,313 undi yang dimenangi oleh mendiang Seah Leong Peng (DAP) dalam PRU k-13 2008.
6. Penulis memberi thumb up kepada Dyana Sofya untuk memenangi PRK P76 meskipun dengan majoriti 1 undi atas faktor berikut :-
- DAP telah menang kerusi tersebut pada PRU 12 dan 13 dengan majoriti agak besar iaitu 7313. Seperti mana keputusan PRK Bukit Gelugor pada minggu lepas, penulis yakin sentimen pengundi khususnya dari masyarakat tionghua masih memihak kepada PR. Lagipun, Teluk Intan yang terletak di negeri Perak merupakan di antara negeri PR terkuat terutama pada PRU ke12.
- Dyana Sofya seorang terpelajar (jurusan undang-undang - kursus/profession yang glamour semenjak zaman penjajah) mempertaruhkan masa depan diri dan keluarganya bila mengumumkan menyertai parti DAP yang dilabelkan sebagai chauvinis yang memperjuangkan demokrasi untuk kaum (Cina).Baca di sini Berani mengambil risiko adalah sifat pemimpin yang bijak. Datuk Sri Anwar Ibrahim selalu mengingatkan rakyat Malaysia betapa perlu mengira faktor risiko apabila membuat sesuatu keputusan politik. Ketika DSAI dipecat dan penjarakan, beliau sering mengungkap kata-kata hikmah "sekiranya takut akan risiko, usah berbicara soal perjuangan". Kita nampak DSAI berjaya menghadapi berbagai cabaran bertali arus menentang perjuangannya.
- DAP juga mengakui sebagai satu percaturan yang berisiko dan berkemungkinan parti itu kehilangan kerusi P76 yang disandang selama dua penggal. Justeru, DAP perlu menggerakkan jenteranya lebih dari 100 % untuk memenangi hati pengundi meskipun sebahagian jentera yang bertungkus lumus memenangi calon mereka di Bukit Gelugor pada minggu lepas belum hilang penat. Parti yang bekerja kuat dan tidak memandang mudah setiap kali bertembung dengan musuh di dalam mana-mana peperangan biasanya akan memenangi perang tersebut.
Dyana mendapat perhatian dan kepercayaan veteran politik samaada dari BN dan PR. Pencalonan Dyana telah mendapat reaksi sepontan dan Datuk Seri Sharhizat Jalil, Ketua Wanita UMNO dan Tun Mahathir bin Mohamad, mantan PM. Walaupun kedua-dua tokoh veteran UMNO tersebut memperkecilkan Dyana yang dianggap sebagai calon masih mentah, namum serangan balas dari Dyana dan ibunya Yammy binti Samad berjaya mematikan isu tersebut. Manakala pemimpin PR misalnya YB Lim Kit Siang memperjudikan masa depan politiknya dengan meletakkan Dyana Sofya bekas PAnya yang bertugas di Pusat Khidmat Ahli Parlimen Gelang Patah - pasti menerima kecaman dari parti DAP sekiranya impiannya bersama Dyana terkubur di Teluk Intan. Tuan Guru Haji Hadi Awang pula amat tertarik dengan profil Dyana dari segi kemesraan dan hubungan 'bapak-anak' yang ditonjolkan, seolah-olah Tuan Guru pun ingin mencurahkan ilmu politiknya kepada gadis tersebut. Tuan Guru menyifatkan Dyana Sofya seorang yang berani. Tuan Guru juga telah mengarahkan jentera PAS supaya mempastikan setiap ahli dan penyokog yang mengundi calon DAP dalam PRU lalu tidak berubah angin ke BN.
Datuk Seri Anwar Ibrahim pula menyifatkan anak muda seperti Dyana perlu diberi peluang untuk diketengahkan dalam bidang politik. Menyokong Dyana bererti kita menambahkan suara golongan muda di dalam parlimen. Tambah Anwar lagi, sekiranya Dyana menang, beliau akan mewakili PR untuk menolak kezaliman dan membawa keadilan kepada semua. Dyana juga berperanan memecahkan tempok perkauman.
- Generasi muda terutama pengundi baru kali pertama dapat merasakan telah ada usaha dari parti politik untuk mengiktiraf peranan mereka bersama mentadbir negara. Dijangkakan peratus pengundi muda akan meningkat pada PRU ke-14 nanti. Anak-anak muda adalah pemilik PRU ke14 dan seterusnya. Konsep perjuangan Dyana amat rapat kaitannya dengan orang muda. Oleh itu, DAP dan PR khususnya mestilah menggerakkan pengundi muda Teluk Intan yang berada di perantauan agar balik mengundi pada 31 Mei kelak. Penulis beranggapan pemilihan 31 Mei 2014 lebih menguntungkan DAP kerana jatuh pada hari Sabtu dan masa cuti penggal persekolahan yang lebih panjang dan yang pentingnya poket orang muda itu agak kembung kerana wang gaji masih belum dibelanjakan. Pihak DAP turut menyediakan kemudahan pengangkutan bas subsidi untuk pengundi balik mengundi.
Dyana Sofya seorang gadis yang cun - unggapan yang tepat meskipun dinafikan oleh Datuk Seri Zahid bin Hamidi. Memiliki wajah jelita, cantik, cun dan sewaktu dengannya merupakan kelebihan Dyana. Sebenarnya beberapa tokoh politik tanah air berjaya dipentas tersebut kerana memiliki wajah yang cantik. Misalnya penampilan pertama Tun Dr. Mahathir dalam politik sebagai seorang pemuda yang handsome. Tokoh lain yang boleh dikategori handsome seusia tersebut termasuklah Datuk Seri Anwar Ibrahim, YB Azmin bin Ali, Tun Abdullah Ahmad Badawi, Datuk Seri Ali Rustam dan ramai lagi. Manakala yang cun pula termasuklah Datuk Masitah Ibrahim, Nurul Izah, Datuk Azalina Othman dan beberapa tokoh dalam Puteri UMNO seperti Datuk Suraya binti Yaacob, Haslinda Mohd. Zerain (arwah).
|
Puteri UMNO yang cun |
Lawan Dyana Sofya iaitu Datuk Mah juga mendakwa beliau seorang yang handsome setanding kecantikan Dyana Sofya. Malah, Dyana bukan sahaja dikurniakan Allah memiliki wajah yang cantik dan cun, beliau seorang bijak, fasih berbahasa Inggeris dan jika belum menguasai Bahasa Mandarin diharap Dyana dapat meluangkan masa mempelajari bahasa tersebut. Dyana Sofya juga memilik sifat sabar dan kekuatan mental ketika berhadapan dengan saat-saat yang sukar. Setelah lebih dua minggu melibatkan diri dalam PRK tersebut Dyana masih bertahan meskipun beribu fitnah dan tohmah menyerang diri dan keluarganya.
|
berbagai risalah diedar memburukkan Dyana termasuk di kawasan surau dan masjid |
7. Walaubagaimanapun, sekiranya keputusan PRK P76 memihak kepada Datuk Mah, penulis boleh membuat kesimpulan berikut :-
- DAP dan PR tidak mampu melawan politik wang dan ugut oleh BN. Baca disini
- Pemansuhan Borang 14 iaitu catatan jumlah kertas undi yang dikeluarkan dan jumlah undi yang diterima serta jumlah kertas undi yang rosak telah tidak diguna pakai dalam PRK kali ini.
|
Petugas PKR P.Pinang turut membantu agih makanan kepada rakan seperjuangan |
|
YB Dato' Hj Rashid TKM1 Pulau Pinang turut serta kempen rumah ke rumah |
|
Menara Condong Telok Intan - ikon bandar Telok Intan adalah hasil sumbangan 'pendatang' Cina kepada penduduk tempatan |
|
ayuh - semua pelusuk kita lawati |
|
saya pun suka dia |
|
jadual harian bilik gerakan PKR |
|
Bandar Telok Intan yang pesat membangun |
|
bahan kempen yang amat berkesan |
|
YB Dr. Afif - Exco Kerajaan Negeri Pulau Pinang juga lulusan UiTM |
|
Pakat nak salam dengan Dyana Sofya yang baru balik dari ziarah jenazah Almarhum Sultan Azlan Shah |
|
di mana-mana pun ada paparazi |
|
persiapan untuk malam-malam terakhir |
|
lugi lo kalau tak selfie sama Dyana |
No comments:
Post a Comment