MAY 15, 2014
Saya ingin memberi reaksi serangan terbaru Dr Mahathir ke
atas Anwar Ibrahim seperti dilapor Bernama bertarikh 14 Mei 2014.
Saya kira Dr Mahathir melatah lagi. Kali ini beliau
menyerang Anwar Ibrahim kerana dijemput menyampaikan syarahan di Universiti
Al-Azhar, Jakarta Indonesia.
Bahkan penganjur yang menjemput Anwar juga diserang Dr
Mahathir. Kata Dr Mahathir, Anwar tidak layak menyampaikan syarahan tentang
Islam kerana moralnya rendah!
Syarahan mendapat respon hangat dari peserta |
Syarahan Anwar Ibrahim menarik perhatian warga kampus UAI |
Rektor Universitas Al-Azhar Indonesia Prof Dr Ir Sardy Sar menyampai penghargaan kepada DSAI |
Izinkan saya menceritakan kepada Dr Mahathir yang mudah
lupa, lama sebelum Anwar berkawan dengan Dr Mahathir, Anwar sudah pun mengenali
dan berguru dengan Dr Yusof Qardawi, Dr Ismail Faruqi, Dr Sheikh Taha Jabir
Al-Awani, Pak Natsir, Pak Hamka, Sheikh Hassan Turabi, Dr Rashid Ghanousi,
Sheik Mehdi Aqif dan ramai lagi.
Anwar terlibat dengan gerakan Islam sejak zaman sekolah,
mahasiswa, belia dan tidak pernah bersara hingga hari ini.
Tokoh ilmuan dan gerakan Islam seantero dunia seperti Dr
Yusof Qardawi, Dr Wahbah Zuhaily, Dr Abu Hamid Sulaiman, Dr Ahmad Totonji, Dr
Tariq Suwaidan dan Dr Tariq Ramadan sentiasa mengunjungi Anwar setiap kali
mereka berkesempatan datang ke Malaysia berbincang isu umat sejagat.
Biarlah saya mengingatkan Dr Mahathir walaupun
bersungguh-sungguh beliau berusaha untuk membunuh karakter Anwar dengan fitnah
liwat selama lebih 15 tahun, fitnah jijik itu tidak mampu menjauhkan tokoh
ilmuan Islam daripada Anwar.
Kalau Dr Mahathir ingin tahu apa sebabnya, jawapannya cukup
terang. Islam melarang dan mengharamkan seorang Muslim memfitnah saudara
Muslimnya yang lain dengan fitnah zina atau liwat.
Dr Mahathirlah yang mereka fitnah liwat terhadap Anwar.
Namun Dr Mahathir tidak pernah berupaya menampilkan empat saksi seperti yang
Al-Quran wajibkan.
Rakan-rakan Anwar daripada kalangan tokoh Ilmuan Islam ini
terus mendokong Anwar kerana kayu ukur mereka ialah Al-Quran. Keyakinan mereka
ialah Anwar menjadi mangsa fitnah jahat Dr Mahathir.
Dr Mahathir sewaktu menjadi perdana menteri memperalatkan
seluruh jentera pemerintah termasuk media, polis, peguam negara dan mahkamah
untuk melengkapkan fitnahnya terhadap
Anwar.
Dipenjarakan tujuh tahun, bebas dan Anwar terus berjuang.
Apakah Dr Mahathir berhasil “membunuh” Anwar? Tidak sama sekali!
Kalau dahulu ketika masih berkuasa Dr Mahathir boleh sahaja
menyekat dan memenjarakan Anwar. Hari ini pun kerajaan Umno/BN boleh terus
menyekat Anwar menyampaikan syarahan di universiti-universiti awam dan swasta
di negara kita.
Kerajaan Umno/BN malah boleh mengugut mahasiswa Malaysia di
luar negara agar jangan mengikuti syarahan Anwar.
Namun Dr Mahathir dan kerajaan Umno/BN tidak boleh menyekat
universiti terkemuka di rantau Asean, di Eropah, di Amerika Syarikat dan di
Timur Tengah daripada terus mengundang Anwar.
Anwar sering dijemput mengupas pelbagai tajuk menyentuh
persoalan umat Islam dan dunia seluruhnya.
Saya pernah pergi bersama Anwar ketika beliau diundang
menyampaikan syarahan di Mesir, Turki, Singapura, Indonesia dan banyak negara
lain.
Siapa yang hadir mengikuti syarahan Anwar? Untuk makluman Dr
Mahathir, mereka ialah menteri, tokoh pemikir dan sarjana Islam, golongan korporat,
pimpinan media, professor universiti, tokoh ekonomi dan teknokrat.
Di Tunisia misalnya, Dr Rashid Ghanousi menjemput Anwar
menyampaikan pandangannya kepada seluruh ahli Parlimen dan anggota jemaah
menteri Tunisia.
Di Turki, Perdana Menteri Tayyib Erdogan menjemput Anwar
berucap di Istana Presiden mengupas topik Islam dan kebangkitan dunia Arab.
Satu ketika di Mesir seingat saya tahun 2010, Anwar dijemput
menyampaikan ucap utama persidangan antarabangsa Islam dan Demokrasi.
Di Singapura, bertempat di World Trade Center, ucapan Anwar
pula ditujukan kepada tokoh-tokoh media dunia.
Di Indonesia pengaruh Anwar bukan kepalang. Seorang teman
saya asal Bogor pernah bergurau, katanya tokoh-tokoh Indonesia saling
berselisih dan berbeza pendapat antara satu sama lain, namun mereka boleh
sahaja bersatu kalau mengagumi Anwar.
Pesantren, universiti, badan-badan pemikir dan intelektual
Indonesia sering mengundang Anwar menyampaikan pidatonya.
Anwar boleh berbicara karangan Shakespeare, Confucius,
Mohamad Iqbal, Rabindranth Tagore, Jose Rizal atau mendeklamasi puisi Rendra.
Pada masa yang sama, Anwar giat mempelopori maqasid syariah
dan membentang kertas seminar Islam dan demokrasi di serata dunia.
Tidaklah menghairankan sebaik keluar dari penjara Anwar
dilantik sebagai fellow di Universiti Oxford dan menjadi profesor di Universiti
New Hopkins Amerika Syarikat.
Anwar juga dilantik penasihat ekonomi Qatar dan beberapa
institusi perbankan di negara Arab.
Elok juga saya mengingatkan Dr Mahathir bahawa Anwar yang
cuba dibunuh karakternya oleh Dr Mahathir cuma manusia biasa.
Hormat orang kepadanya bersebab. Fitnah Dr Mahathir hanya
“berhasil” di dalam kalangan Umno. Itupun bukan semua.
Ramai kenalan saya di dalam Umno yang kini menduduki jawatan
utama dalam parti dan kerajaan mengakui hakikat ini.
Cuma yang tiada pada mereka ialah keberanian untuk berkata
benar di hadapan pemimpin pencipta fitnah.
Bagaimana sebenarnya Dr Mahathir mahu dingati? Berkuasa
selama dua puluh tiga tahun legasi yang ditinggalkannya ialah merosakkan
institusi kehakiman, menekan kebebasan media, menyuburkan budaya rasuah,
memunggah kekayaan negara menjadi kekayaan peribadi, memusuhi institusi
raja-raja Melayu dan berkekalan memusuhi ulama?
Ketika Anwar masih terus dengan tradisi ilmu dan rapat
dengan Dr Yusof Qardawi, Dr Tariq Suwaidan, Dr Wahbah Zuhaily, Dr Mahathir pula
rapat dengan Ananda Krishna, Francis Yeoh dan Syed Mokhtar Bukhary.
Ketika anak-anak Anwar membesar dan membina kerjaya yang
cukup sederhana, Dr Mahathir pula cemerlang membantu anak-anaknya mencipta nama
tergolong kelompok mahakaya di Malaysia!
Ketika Anwar terus berjuang membela rakyat, menolak politik
perkauman, mengajak rakyat mencari titik persaudaraan, menuntut kekayaan negara
diagih secara adil, Dr Mahathir pula kekal dengan gaya politik lama, usang,
tidak pernah puas menimbun kekayaan dan penuh dendam kesumat.
Saksikanlah pada usia lebih 80-an tahun Dr Mahathir terus
menyerang Anwar tanpa henti.
Tidak pernah ada tanda-tanda beliau sedar dan insaf
perbuatan fitnahnya terhadap Anwar.
Pesanan buat Dr Mahathir, sesungguhnya Allah menyayangi
hambanya yang sentiasa bertaubat dan membersihkan diri.
Sebaliknya Allah juga bencikan orang yang tidak mahu bertaubat
dan paling dibenciNya ialah orang tua yang tidak mahu bertaubat.
Doa saya agar Dr Mahathir tidak tergolong dalam kalangan
jenis itu dan dibuka pintu hatinya.
Amin ya Rabb. – 15 Mei, 2014
Salam dari;
Sdr Saifuddin Nasution b. Ismail |
BERITA SYARAHAN ANWAR DISIAR DIMEDIA RASMI UNIVERSITAS AL AZHAR JAKARTA
Universitas Al Azhar Indonesia belum lama ini kedatangan
salah satu tokoh penting asal Negeri Jiran Malaysia. Tokoh penting tersebut
adalah Mantan Deputi Perdana Menteri (PM) Malaysia, Dato’ Seri Anwar Ibrahim.
Selain bersilahturahmi dengan para civitas akademika Universitas Al Azhar
Indonesia, beliau juga menjadi pembicara tamu dalam acara Executive Lecture
yang diadakan di Auditorium Arifin Panigoro Universitas Al Azhar Indonesia.
Rektor Universitas Al-Azhar Indonesia Prof Dr Ir Sardy Sar
dalam pengantarnya sebelum kuliah umum disampaikan Anwar Ibrahim, memaparkan
sekilas sejarah Yayasan Pesantren Islam (YPI) Al-Azhar hingga berdirinya
Universitas Al-Azhar Indonesia. Beliau juga menjelaskan integrasi nilai-nilai
keislaman dalam setiap bidang keilmuan yang diajarkan di kampus Universitas Al
Azhar Indonesia.
Acara yang berlangsung bertepatan dengan Hari Pendidikan
Nasional pada Jum’at, 2 Mei 2013 tersebut membahas topik yang sedang hangat di
masyarakat mengenai “Islamic Values and The Revival of Muslim Ummah: Challenges
of Higher Education in Muslim Countries”. Dato’ Seri Anwar Ibrahim, dalam
ceramah ilmiahnya menegaskan bahwa seharusnya seluruh masyarakat dan akademisi
dapat mendukung peran maksimal Perguruan Tinggi sebagai lokomotif perubahan
sangat penting untuk mempersiapkan generasi umat Islam mendatang melalui
penerapan nilai-nilai Islami secara konsestensi dalam kegiatan belajar mengajar
di Kampus, seperti halnya yang telah ditanamkan dan dilakukan sebagai salah
satu etika keseharian di Kampus Universitas Al Azhar Indonesia.
Dalam pemaparannya, Anwar Ibrahim menjelaskan bahwa kemajuan
pendidikan jangan seperti di negara barat yang hanya lebih mementingkan
kecerdasan namun tanpa ruh, tanpa nilai-nilai. Pendidikan haruslah juga
menanamkan ruh atau jiwa yang berupa nilai-nilai keislaman, jelas Anwar di
depan mahasiswa dan pejabat rektorat kampus Universitas Al-Azhar Indonesia. Dia
juga menegaskan bahwa seharusnya seluruh masyarakat dan akademisi dapat mendukung
peran maksimal perguruan tinggi sebagai lokomotif perubahan.
Executive Lecture yang juga dihadiri oleh mantan Menteri Koperasi dan UKM pada era
Kabinet Reformasi Pembangunan Adi Sasono, diharapkan mampu memberikan wawasan
lebih kepada mahasiswa Universitas Al Azhar Indonesia tentang peranannya dalam
membangun pendidikan yang berbasis islam.
Adi Sasono - tokoh pemikir Islam dan Mantan Menteri - turut hadir |
No comments:
Post a Comment