Tuesday, 13 May 2014

ANCAMAN BENCANA KELIBAT EL NINO MENYERANG MALAYSIA PADA OGOS 2014


TERKINI
BEKALAN AIR DI SELANGOR DAN LEMBAH KELANG CUKUP SEMASA EL-NINO -KHALID
Selangor membuat persediaan memastikan simpanan bekalan air mencukupi ketika El Nino melanda Malaysia, kata Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim. Gambar fail The Malaysian Insider.Selangor membuat persediaan memastikan simpanan bekalan air mencukupi ketika El Nino melanda Malaysia, kata Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim. Gambar fail The Malaysian Insider.Kerajaan negeri Selangor membuat persediaan bagi memastikan simpanan bekalan air mencukupi untuk rakyat negeri ini dan Lembah Klang untuk tempoh enam bulan apabila fenomena El Nino melanda Malaysia.
Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata kerajaan negeri sudah melaksanakan projek Hybrid off River Augmentation System (Horas) bagi menambah bekalan air mentah.
"Jika bulan Jun, Julai dan Ogos ini dikatakan musim El Nino, maka kita dapat menyediakan air secukupnya untuk tempoh tersebut kerana rizab air boleh menampung sehingga enam bulan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis pelepasan program kayuhan 'Shah Alam Enduride 2014' di Shah Alam, hari ini.
Jabatan Meteorologi Malaysia meramalkan negara dijangka mengalami musim kering pada Jun hingga September tahun ini.
Selain itu, Pertubuhan Meteorologi Dunia (WMO) meramalkan fenomena El Nino berkemungkinan berlaku pertengahan tahun ini dan mungkin berlanjutan antara enam hingga 18 bulan.
Sebahagian Selangor dan Lembah Klang mengalami catuan air secara berjadual dan berperingkat selama tiga bulan antara Febuari dan April ekoran kekurangan bekalan air semasa musim panas baru-baru ini. – Bernama, 18 Mei, 2014.


POSTING ASAL

1. Pada tanggal 1 Mei 2014 lalu,  Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) mengumumkan bekalan air domestik  di negeri Selangor dan Kuala Lumpur akan pulih seperti sediakala apabila program catuan air ditamatkan  mulai tarikh tersebut. Pengguna air domestik  di Selangor dan Kuala Lumpur menarik nafas lega kerana mereka telah mengalami azab akibat tidak mendapat bekalan air tetap selama dua bulan.  Tindakan catuan dan pengagihan air secara berjadual peringkat 1, 3 dan 4 telah dilaksanakan  pada 27 Februari 2014 lalu berikutan penutupan  Loji Rawatan Air (LRA) Cheras Batu 11 dan LRA Bukit Tampoi akibat paras amonia dari sumber air mentah melebihi dari paras yang dibenarkan (Bacaan kandungan amonia 6.40 PPM berbanding paras dibenarkan 1.50 PPM dikesan di LRA Cheras Batu 11). Paras air Empangan Sungai Selangor pula berada pada tahap 89.29 juta meter padu  atau 36.39 %  pada 29 Mac 2014 berbanding dengan kapasiti  sepatutnya iaitu 233.32 juta meter padu. Menurut Tan Sri Khalid Ibrahim, Menteri Besar Selangor, bekalan air di empangan tersebut cuma boleh bertahan selama  29 hari sahaja   dan boleh mewujudkan impak atau malapetaka jika catuan air tidak dilakukan. 

paras air empangan Sungai Selangor masih  berada di atas sedikit daripada paras kritikal.





Bagaimanapun, diingatkan kepada penduduk di seluruh negara, teurtama di Lembah Kelang, anda semua hanya boleh lega sebentar sahaja kerana dijangkakan bekalan air akan dicatu semula pada penghujung Bulan Julai  selama enam bulan akibat fenomena El  Nino.


masihkah kau ingat, kita berebut-rebut,  mendapat air dari lori tangki, lalu baldi pecah kita basah bersama

bersedialah penduduk Lembah Kelang dan mungkin juga di Malaysia, situasi ini akan tiba pada bulan Julai/Ogos.

2  El Nino adalah fenomena permanasan suhu permukaan laut yang berlaku dalam tempoh enam bulan berturut-turut bagi setiap dua hingga empat tahun dan berlaku di timur Lautan Pasifik. Ia boleh menyebabkan rantaian perubahan iklim berlaku di seluruh dunia. klik di sini

imej radar : suhu air laut yang lebih panas di Lautan Pasifk dan Lautan Hindi.

Pakar-pakar cuaca  dari Pejabat Kaji Cuaca United Kingdom meramalkan  akan berlaku cuaca ekstrim   pada  pertengahan tahun 2014 akibat dari fenomena El Nino. Fenonema tersebut boleh menyebabkan peningkatan suhu dan perubahan pola taburan hujan  yang akan melanda di seluruh dunia, termasuklah Asia Tenggara dan dijangka berlaku pada pertengahan tahun 2014 dengan kejadian musim panas yang melampau, kemarau  panjang selama enam bulan dan jerebu yang teruk.

akibat dari kemarau panjang
3. Stesen Meteorologi  tersebut juga mencatatkan cuaca yang lebih aktif di sebelah barat Lautan Pasifik dan di Lautan Hindi. Dampak tersebut telah menarik kelembapan di negara kita ke sana. Apabila sesuatu tempat mempunyai cuaca yang aktif bermakna akan ada tempat yang mengalami cuaca tidak aktif atau kering. Ciri-ciri tersebut juga terasa di Malaysia berikutan Malaysia berada di tengah-tengah antara kedua-dua kawasan aktif itu. Jadi, bersedialah kita akan mengalami cuaca kering. situasi yang pernah berlaku di negara kita pada tahun 2009 lalu. Kejadian yang sama juga berlaku pada tahun 1998 dimana bacaan suhu yang tinggi  iaitu 40.1 darjah celcius telah dicatat di Stesen Cuaca Chuping Perlis 


 Menurut Axel Timmermann (Professor Oceanography) dari Universiti Hawaii,  "Sistem iklim tropika bersedia untuk El Nino yang besar.  El Nino bermula apabila air panas berhampiran Indonesia merebak   ke arah timur dan naik ke permukaan di Pasifik . Air panas membawa hujan dengannya , jadi El Nino mengambil hujan dari Asia dan Australia dan tapak di atas benua Amerika" . 







4. Walaupun seluruh Semenanjung  telah mengalami hujan lebat sejak 15 Mac  tetapi terdapat tanda-tanda El-Nino yang dikaitkan dengan cuaca panas dan kering akan berlaku bermula pada Ogos dengan kemuncaknya pada hujung tahun dan akan berterusan sehingga tahun depan.  Ia biasanya berlaku dalam julat antara dua ke tujuh tahun sekali dan apabila berlaku ia akan berlarutan dalam tempoh antara enam hingga 18 bulan.

5. Sementera itu, jurucakap Persatuan Penyelidikan Air dan Tenaga Malaysia @ AWER iaitu Encik S. Piarapakaran, mengesahkan hasil penyelidikan institusi itu dan data-data yang diperolehi dari pusat-pusat Pertubuhan Meteorologi Sedunia (WMO) meramalkan keberangkalian  70 %  El Nino akan berlaku di Asia Tenggara.   Walau bagaimanapun, tahap serious dampak El Nino terhadap perubahan iklim di Malaysia belum dapat dipastikan lagi. Menurutnya lagi, jika El Nino berlaku pada bulan Julai/Ogos  nanti, ia akan menjejaskan dengan teruk keadaan bekalan air negara.  Contohnya, jika paras paras air di empangan Sungai Selangor tidak mencapai kapasiti selamat iaitu 55 % , maka krisis air yang hebat akan berlaku.  Menurutnya lagi, sekiranya data-data diperolehi dan dipadankan dengan kekuatan El Nino pada 'tahap kuat', ia boleh menyebabkan kekeringan yang teruk, iaitu melibatkan 60 % daripada pengguna di Selangor dan Kuala Lumpur akan menghadapi situasi yang lebih buruk berbanding catuan air yang mereka telah alami dalam tempoh dua bulan yang lalu.


6. Sementara itu, Jabatan Meteorologi Malaysia  (JMM) mengesahkan ada pemantauan ramalan El Nino yang dilaksanakan bersama WWO dan PBB. Menurut Ketua Pengarah JMM,  Datuk Che Gayah binti Ismail, mengesahkan laporan yang diterima oleh JMM pada 15 April 2014 ialah berlakunya permanasan suhu permukaan laut di Lautan Pasifik sepanjang bulan Januari sehingga April  dan berterusan hingga sekarang.


7. Keadaan yang 'mungkin mencemaskan' jika berlaku bukan sahaja menjejaskan bekalan air domestik, malah turut dirasai oleh sektor pertanian. Menterinya Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob telah  meminta Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) dan Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA) membuat penjadualkan semula penanaman padi dengan melakukan sebelum musim kemarau serta menambahkan bilangan import beras dari luar negara. Jurucakap MADA mengesahkan mereka sedang merangka plan kontigensi sekiranya kemarau panjang di kawasan MADA. Menurut pengerusinya, kegunaan air untuk keperluan domestik menjadi keutamaan MADA. Industri sawit negara dijangka turut terjejas kerana mutu minyak sawit yang dihasilkan merosot disebabkan kemarau panjang dan jerebu (proses fotosintesis terganggu)




Foto  terkini  Teluk Bahang Dam - paras air masih rendah dari paras biasa walaupun curahan hujan meningkat kebelakangan ini

TERKINI  (11/6/2014) BERITA  DARI EMPANGAN TASOH DI PERLIS

مَّا أَصَابَكَ مِنْ حَسَنَةٍ فَمِنَ اللّهِ وَمَا أَصَابَكَ مِن سَيِّئَةٍ فَمِن نَّفْسِكَ وَأَرْسَلْنَاكَ لِلنَّاسِ رَسُولاً وَكَفَى بِاللّهِ شَهِيدًا


[4:79] Apa saja ni′mat yang kamu peroleh adalah dari Allah, dan apa saja BENCANA yang menimpamu, maka dari (kesalahan) dirimu sendiri. Kami mengutusmu menjadi Rasul kepada segenap manusia. Dan cukuplah Allah menjadi saksi.




قُلْ مَن يُنَجِّيكُم مِّن ظُلُمَاتِ الْبَرِّ وَالْبَحْرِ تَدْعُونَهُ تَضَرُّعاً وَخُفْيَةً لَّئِنْ أَنجَانَا مِنْ هَـذِهِ لَنَكُونَنَّ مِنَ الشَّاكِرِينَ



[6:63] Katakanlah: "Siapakah yang dapat menyelamatkan kamu dari BENCANA di darat dan di laut, yang kamu berdoa kepada-Nya dengan rendah diri dengan suara yang lembut (dengan mengatakan: "Sesungguhnya jika Dia menyelamatkan kami dari (BENCANA) ini, tentulah kami menjadi orang-orang yang bersyukur"".







1 comment: