Friday, 30 May 2014

THE RISING TIDE of DYANA SOFYA




TERKINI
Datuk Mah Siew Keong telah menang dalam PRK P76 mengikut kiraan  tidak rasmi pada jam 7.56pm Tahniah !  Baca di sini

POSTING ASAL

1. Tak sampai 17 jam, pengundi di Teluk Intan, akan mengundi dalam pilihanraya kecil (PRK)  Parlimen P76 Teluk Intan yang akan berlansung pada hari Sabtu 31 Mei 2014. PRK P76 menyaksikan pertembungan satu lawan satu di antara calon mewakili Barisan Nasional dari Parti Gerakan Datuk Mah Siem Keong (53 Tahun), anak tempatan  dan Dyana Sofya binti Mohd Daud (27 Tahun), berasal dari Ipoh, yang mewakili DAP. Datuk Mah dipilih atas kapasiti beliau sebagai Presiden Parti Gerakan dan pernah menjadi ahli parlimen Teluk Intan selama dua penggal iaitu PRU 10 dan PRU 11. Tetapi beliau tewas kepada calon dari DAP dalam PRU 12 dan PRU 13. DAP pula meletakkan  Dyana Sofya sebagai calon muka baru untuk membuktikan kepelbagaian kaum dan kesaksamaan gender yang diperjuangkan oleh parti itu. DAP juga berusaha untuk mengikis label parti ektremis dan rasis yang diberi oleh BN.

2. Setelah tempoh berkempen tamat tepat jam 12 malam ini, PRK Parlimen P76 disifatkan oleh pemerhati politik tanah air adalah di antara yang paling menarik di dalam sejarah PRK semenjak negara mencapai kemerdekaan. Banyak kejutan berlaku, bermula dari  dari teka teki calon yang bakal berentap di situ, malah beberapa isu yang melibatkan parti pemerintah dan Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia (SPR). Berbanding dengan PRK Bukit Gelugor pada 25 Mei 2014 yang disifatkan paling aman dalam siri PRK, sebaliknya PRK P76 didakwa di antara yang 'terkotor' dengan perang risalah dan edaran 'Anson Bay' tabloid berbaur fitnah.

3. Pengumuman pencalonan Dyana Sofya oleh Setiausaha Agung DAP Kebangsaaan Lim Guan Eng yang mewakili DAP telah menimbulkan beberapa polimek dalam media arus perdana dan media sosial. Pencalonan Dyana Sofya bererti mengenepikan bekas Ketua Penerangan Pilihanraya DAP Hew Kuan Yau a.k.a 'Superman' seorang aktivis DAP yang berpengaruh dan berpotensi. Kontroversi  isu ras juga berlaku apabila Dyana Sofya dipilih kerana DAP sanggup mempertarungkan seorang gadis Melayu yang dikatakan masih mentah di dalam politik perkauman yang masih menebal di dalam masyarakat Malaysia. Sekiranya Dyana Sofya menang pada PRK tersebut, beliau akan menjadi ahli parlimen termuda di Malaysia dan ke-3 berbangsa Melayu mewakili DAP selepas YB Zairil  bin Khir Johari (Bukit Bendera Pulau Pinang) dan YB Dato' Mohd. Ariff Sabri b Abdul Aziz (Raub Pahang). Di pihak BN pula, terdengar desas desus betapa perlu BN meletak calon dari UMNO pada pemilihan itu.


4. Setelah berhempas pulas dan menggunakan berbagai bahan kempen, kedua-dua pihak masih belum dapat menarik nafas lega kerana dalam politk apa-apa jua keputusan boleh berlaku dan boleh berubah  pada sekelip mata. Sehinga jam 3.00 tengahari Jumaat 30 Mei 2014, Datuk Mah menyifatkan peluang beliau untuk menang berada pada tahap 49 % iaitu sesudah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga Pengerusi Barisan Nasional mengumumkan jawatan Kabinet menanti Datuk Mah jika beliau menang. Maka beruntunglah penduduk Telok Intan mendapat seorang menteri yang menjadi wakil rakyat mereka.

5. Menurut satu tinjauan Pusat Kajian Pilihan Raya UCSI (IPTS tempatan), DAP akan memang dengan majoriti lebih kecil kerana kemungkinan jumlah yang keluar mengundi berkurangan. Tinjauan tersebut membuat jangkaan Dyana akan meraih 28.3 % undi Melayu dan 43 % daripada pengundi India dijangka pangkah Dyana. Sebaliknya Datuk Mah dijangka memperolehi 58.75 % undi Melayu dan 44 % undi India. Kajian beradasarkan kepada seramai 400 orang responden Melayu dan India. Menurut kajian tersebut juga, pengundi Cina menunjukkan kecenderungan mereka yang tidak banyak berubah iaitu dianggarkan seramai 75 % memilih DAP. Oleh itu, sekiranya peratus keluar mengundi 70 %, maka DAP dijangka menang dengan majoriti 3,000 undi berbanding majoriti 7,313 undi yang dimenangi oleh mendiang Seah Leong Peng (DAP) dalam PRU k-13 2008.

6. Penulis memberi thumb up kepada Dyana Sofya untuk memenangi PRK P76 meskipun dengan majoriti 1 undi atas faktor berikut :-

  • DAP telah menang kerusi tersebut pada PRU 12 dan 13 dengan majoriti agak besar iaitu 7313. Seperti mana keputusan PRK Bukit Gelugor pada minggu lepas, penulis yakin sentimen pengundi khususnya dari masyarakat tionghua masih memihak kepada PR. Lagipun, Teluk Intan yang terletak di negeri Perak merupakan di antara negeri PR terkuat terutama pada PRU ke12.
  • Dyana Sofya seorang terpelajar (jurusan undang-undang - kursus/profession yang glamour semenjak zaman penjajah) mempertaruhkan masa depan diri dan keluarganya bila mengumumkan menyertai parti DAP yang dilabelkan sebagai chauvinis yang memperjuangkan demokrasi untuk kaum (Cina).Baca di sini Berani mengambil risiko adalah sifat pemimpin yang bijak. Datuk Sri Anwar Ibrahim selalu mengingatkan rakyat Malaysia betapa perlu mengira faktor risiko apabila membuat sesuatu keputusan politik. Ketika DSAI dipecat dan penjarakan, beliau sering mengungkap kata-kata hikmah "sekiranya takut akan risiko, usah berbicara soal perjuangan". Kita nampak DSAI berjaya menghadapi berbagai cabaran bertali arus menentang perjuangannya.
  • DAP juga mengakui sebagai satu percaturan yang berisiko dan berkemungkinan parti itu kehilangan kerusi P76 yang disandang selama dua penggal. Justeru, DAP perlu menggerakkan jenteranya lebih dari 100 % untuk memenangi hati pengundi meskipun sebahagian jentera yang bertungkus lumus memenangi calon mereka di Bukit Gelugor pada minggu lepas belum hilang penat. Parti yang bekerja kuat dan tidak memandang mudah setiap kali bertembung dengan musuh  di dalam mana-mana peperangan biasanya akan memenangi perang tersebut.
  • Dyana mendapat perhatian dan kepercayaan veteran politik samaada dari BN dan PR. Pencalonan Dyana telah mendapat reaksi sepontan dan Datuk Seri Sharhizat Jalil, Ketua Wanita UMNO dan Tun Mahathir bin Mohamad, mantan PM. Walaupun kedua-dua tokoh veteran UMNO tersebut memperkecilkan Dyana yang dianggap sebagai calon masih mentah, namum serangan balas dari Dyana dan ibunya Yammy binti Samad berjaya mematikan isu tersebut. Manakala pemimpin PR misalnya YB Lim Kit Siang memperjudikan masa depan politiknya dengan meletakkan Dyana Sofya bekas PAnya yang bertugas di Pusat Khidmat Ahli Parlimen Gelang Patah - pasti menerima kecaman dari parti DAP sekiranya impiannya bersama  Dyana terkubur di Teluk Intan. Tuan Guru Haji Hadi Awang pula amat tertarik dengan profil Dyana dari segi kemesraan dan hubungan 'bapak-anak' yang ditonjolkan, seolah-olah Tuan Guru pun ingin mencurahkan ilmu politiknya kepada gadis tersebut. Tuan Guru menyifatkan Dyana Sofya seorang yang berani. Tuan Guru juga telah mengarahkan jentera PAS supaya mempastikan setiap ahli dan penyokog yang mengundi calon DAP dalam PRU lalu tidak berubah angin ke BN.
    Datuk Seri Anwar Ibrahim pula menyifatkan anak muda seperti Dyana perlu diberi peluang untuk diketengahkan dalam bidang politik. Menyokong Dyana bererti kita menambahkan suara golongan muda di dalam parlimen. Tambah Anwar lagi, sekiranya Dyana menang, beliau akan mewakili PR untuk menolak kezaliman dan membawa keadilan kepada semua. Dyana juga berperanan memecahkan tempok perkauman.

  • Generasi muda terutama pengundi  baru kali pertama dapat merasakan telah ada usaha dari parti politik untuk mengiktiraf peranan mereka bersama mentadbir negara. Dijangkakan peratus pengundi muda akan meningkat pada PRU ke-14 nanti. Anak-anak muda adalah pemilik PRU ke14 dan seterusnya. Konsep perjuangan Dyana amat rapat kaitannya dengan orang muda. Oleh itu, DAP dan PR khususnya mestilah menggerakkan pengundi muda Teluk Intan yang berada di perantauan agar balik mengundi pada 31 Mei kelak. Penulis beranggapan pemilihan 31 Mei 2014 lebih menguntungkan DAP kerana jatuh pada hari Sabtu dan masa cuti penggal persekolahan yang lebih panjang dan yang pentingnya poket orang muda itu agak kembung kerana wang gaji masih belum dibelanjakan. Pihak DAP turut menyediakan kemudahan pengangkutan bas subsidi untuk pengundi balik mengundi.
  • Dyana Sofya seorang gadis  yang cun - unggapan yang tepat meskipun dinafikan oleh Datuk Seri Zahid bin Hamidi. Memiliki wajah jelita, cantik, cun dan sewaktu dengannya merupakan kelebihan Dyana. Sebenarnya beberapa tokoh politik tanah air berjaya dipentas tersebut kerana memiliki wajah yang cantik. Misalnya penampilan pertama Tun Dr. Mahathir dalam politik sebagai seorang pemuda yang handsome. Tokoh lain yang boleh dikategori handsome seusia tersebut  termasuklah Datuk Seri Anwar Ibrahim, YB Azmin bin Ali, Tun Abdullah Ahmad Badawi,  Datuk Seri Ali Rustam dan ramai lagi. Manakala yang cun pula termasuklah Datuk Masitah Ibrahim, Nurul Izah, Datuk Azalina Othman dan beberapa tokoh dalam Puteri UMNO seperti Datuk Suraya binti Yaacob, Haslinda Mohd. Zerain (arwah).
    Puteri UMNO yang cun
    Lawan Dyana Sofya iaitu  Datuk Mah juga mendakwa beliau seorang yang handsome setanding  kecantikan Dyana Sofya. Malah, Dyana bukan sahaja dikurniakan Allah memiliki wajah yang cantik dan cun, beliau seorang  bijak, fasih  berbahasa Inggeris dan jika belum menguasai Bahasa Mandarin diharap Dyana dapat meluangkan masa mempelajari bahasa tersebut. Dyana Sofya juga memilik sifat sabar dan kekuatan mental ketika berhadapan dengan saat-saat yang sukar. Setelah lebih dua minggu melibatkan diri dalam PRK tersebut Dyana masih bertahan meskipun beribu fitnah dan tohmah menyerang diri dan keluarganya. 
berbagai risalah diedar memburukkan Dyana termasuk di kawasan surau dan masjid

7. Walaubagaimanapun, sekiranya keputusan PRK P76 memihak kepada Datuk Mah, penulis boleh membuat kesimpulan berikut :-

  • DAP dan PR tidak mampu melawan politik wang dan ugut oleh BN. Baca disini
  • Pemansuhan Borang 14 iaitu catatan jumlah kertas undi yang dikeluarkan  dan jumlah undi yang diterima serta jumlah  kertas undi yang rosak telah tidak diguna pakai dalam PRK kali ini.




Petugas PKR P.Pinang turut membantu agih makanan kepada rakan seperjuangan

YB Dato' Hj Rashid TKM1 Pulau Pinang turut serta kempen rumah ke rumah


Menara Condong Telok Intan - ikon bandar Telok Intan adalah hasil sumbangan 'pendatang' Cina kepada penduduk tempatan

ayuh  - semua pelusuk kita lawati 

saya pun suka dia




jadual harian bilik gerakan PKR




Bandar Telok Intan yang pesat membangun

bahan kempen yang amat berkesan

YB Dr. Afif - Exco Kerajaan Negeri Pulau Pinang juga lulusan UiTM

Pakat nak salam dengan Dyana Sofya yang  baru balik dari ziarah  jenazah Almarhum Sultan Azlan  Shah 

di mana-mana pun ada paparazi

persiapan untuk malam-malam terakhir

lugi lo kalau tak selfie sama Dyana

Friday, 23 May 2014

RAHSIA DISEBALIK KENAIKAN TARIF ELEKTRIK



1. Pada 1 Januari 2014 lalu, Tenaga Nasional Berhad (TNB) menaikkan tarif elektrik sebanyak  14.8%, bersamaan 4.99 sen setiap kilowatt yang menjadikan harga tarif semasa daripada 33.54 sen sekilowat naik kepada 38.53 sen. Meskipun menurut Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air,  Datuk Seri Maximus Ongkili subsidi diberi kepada penggunaan dibawah 300kWJ sebulan, namun rata-rata pengguna mengeluh dengan kenaikan tarif  tersebut. Oleh yang sedemikian, kita dapati ramai pihak-pihak tertentu  telah mengambil kesempatan untuk memindah kenaikan harga elektrik kepada pengguna atau orang ramai,  misalnya sektor restoran dan makanan.

2. Pada awal bulan Mei 2014, sekali lagi orang ramai kecoh kerana kemungkinan TNB akan menaikkan lagi kadar tarif elektrik supaya TNB boleh menjana keuntungan yang lebih tinggi. Baru-baru ini TNB menggumumkan mencatat untung bersih yang lebih tinggi berjumlah RM  4.61 bilion bagi tahun kewangan berakhir 31/8/2013 daripada RM 4.41 bilion pada  tahun sebelumnya. Keuntungan TNB itu bukan sahaja telah menaikkan dividen sahamnya sebanyak 25 sen, malah menceriakan pemegang sahamnya  (majoriti kroni TNB/UMNO-BN). Manakala pihak Perbendaharaan Negara turut  lega kerana beban hutang Negara Malaysia yang kini mencecah  RM622.022,bilion boleh dibayai melalui cukai koperat TNB kepada kerajaan. Tak cukup dengan TNB, beberapa GLC lain seperti Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN)  telah dikerah memungut cukai pendapatan sebanyak mungkin. Misalnya pada  Tahun 2013 LHDN telah  berjaya memunggut hampir RM110 bilion. Jabatan Kastam pula pada tahun 2015 akan dikoperatkan dan boleh menjana hasil yang lebih banyak kepada negara, lebih-lebih lagi sistem percukaian baru  GST dilaksanakan pada tahun yang sama,  dapat meningkatkan tabung kewangan Negara. Begitulah cara Kerajaan Malaysia mencari wang untuk membayar hutang yang menggunung tinggi akibat dari kelemahan pengurusan dan pentadbiran kerajaan.

3. Anda, pengguna elektrik harus bersedia menghadapi kenaikan kadar tarif elektrik yang dijangka  pada tahun 2015 atau 2016. Analisis dari  Persatuan Penyelidikan Air dan Tenaga Malaysia (AWER), telah meramalkan berlaku kenaikkan tarif elektrik antara 24 % hingga 30 % dalam tempoh 18 bulan daripada sekarang. Hal tersebut disebabkan harga gas asli yang digunakan oleh penjanaan elektrik (Kuasa Eletrik Themal) akan berdasarkan harga pengguna pada tahun 2016.

4. Sebelum kewujudan TNB, penduduk di Semenanjung Malaysia mendapat bekalan elektrik dari agensi kerajaan yang dikenali sebagai Lembaga Lektrik Negara (LLN). Ketika tersebut, rakyat dapat menikmati tarif elektrik yang cukup rendah. Bagaimanapun, program pengswastaan idea Tun Dr. Mahathir Mohamad, beberapa agensi kerajaan dan badan berkanun telah di paksa untuk diswastakan, termasuklah LLN. LLN di swasta pada September 1990. Tun Dr. Mahathir percaya kepada konsep perkongsian pintar antara pihak kerajaan dan swasta. Memang pintar pun, kerajaan dan swasta untung manakala rakyat yang bengap, tiap-tiap bulan kena cari duit bayar bil elektrik. Tak bayar kena potong.

5. Pada tanggal 29/09/1992, kejadian petir dipercayai punca utama  merosakkan alat 'pelantik' yang mengawal masuk arus elektrik di sebuah Pencawang Masuk Utama (PMU). Kegagalan 'pelantik' tersebut menyebabkan kadar arus eletrik yang dijana oleh stesen-stesen kuasa elektrik telah menghantar  arus yang tinggi ke Grid Nasional. Kadar arus yang tinggi itu boleh merosakkan dan mendatangkan satu malapetaka keseluruhan sistem 'transmission dan distribution'. Pihak TNB bertindak pantas meng 'switch-off' semua stesen. Kesannya, hampir keseluruhan Semenanjung Malaysia mengalamai black-out selama lebih 48 jam. Natijahnya, TNB dan kerajaan menerima kritikan hebat dari pengguna (orang ramai) dan pihak perkilang, peniaga dan pedagangan. Perdana Menteri ketika itu Tun Dr. Mahathir telah menyalahkan TNB di atas insiden tersebut. Insiden tersebut memberi ruang untuk Tun Dr. Mahathir merangka pembentukkan IPP dan memecah monopoli TNB dalam penjanaan tenaga. Pengurus Besar TNB ketika itu Tan Sri Ani Arope membantah rancangan tersebut. Akhirnya Tan Sri Ani terpaksa di 'rehat'kan supaya plan Tun Dr. Mahathir berjaya.

6. Pada 31 Mac 1993, rasmilah TNB iaitu satu GLC tenaga terulung di Malaysia dipaksa untuk menandatangani Perjanjian Pembelian Tenaga (Power Purchase Agreement) dengan Pengeluar Tenaga Bebas (Independent Power Producer @ IPP) iaitu Yeoh Tiong Lay Corporation  Berhad (YTL). Stesen Penjana Tenaga Elektrik (Power Plant) YTL telah  didirikan di Pasir Gudang dan Paka. Termeterainya perjanjian tersebut telah membuka mata kepada syarikat gergasi  lain untuk membina stesen IPP mereka kerana keuntungan tinggi terjamin. Pelahap IPP tersebut berjaya mendapat lesen pada akhir tahun 1993. Monopoli tenaga oleh TNB telah terurai apabila tertubuh lima lagi IPP yang berperanan membekal 30.99 % bekalan elektrik kepada Grid Nasional. Mereka adalah;
  1. YTL Power Generation Sdn. Bhd. – Tan Sri Dato’ Seri Dr. Yeoh Tiong Lay (Pemain pertama yang menandatangani PPA dengan TNB)
  2. Segari Energy Ventures Sdn. Bhd – Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary
  3. Port Dickson Power Bhd – Tan Sri T. Ananda Krishnan
  4. Powertek Bhd - Tan Sri T. Ananda Krishnan
  5. Genting Sanyen Power Sdn. Bhd. – Tan Sri Lim Goh Tong
Kontrak IPP yang lumayan  diikat  selama  21 tahun dan keuntungan IPP tersebut dijamin pulangan oleh kerajaan sebanyak 20 % (minimun).

Ikutilah berita di bawah mengenai pendedahan salahlaku Tun Dr. Mahathir dalam 'permainan' disebalik penswastaan GLC TNB dan keghairahan beliau  mengeluarkan lesen penjana tenaga elektrik bebas  kepada IPP.  Pada hari ini kita sebagai pengguna  terpaksa menanggung kenaikan tarif elektrik.




KUALA LUMPUR Bekas Pengerusi Eksekutif Tenaga Nasional Bhd. (TNB), Tan Sri Ani Arope  mendedahkan perancangan ‘Black Out’ seluru h negara pada tahun 1992 yang bertujuan mewujudkan Penjana Tenaga Bebas (IPP) di negara ini.

Perkara itu dinyatakan dalam buku beliau ‘Memoir Tan Sri Ani Arope’ setebal 143 surat yang menceritakan permulaan IPP, di mana Unit Perancang Ekonomi (EPU) yang dikuasai Dr Mahathir Mohamad ketika itu memaksa TNB menyerahkan tanah di Paka, Terengganu dan Pasir Gudang, Johor kepada pihak ketiga bagi pembinaan loji janakuasa.

“TNB mempunyai rancangan untuk menghasilkan lebih banyak tenaga dengan membina loji di Pasir Gudang dan Paka. Pembiayaannya tidak ada masalah dan kredit kami adalah sangat tinggi. Kami mempunyai tanah dan bersedia untuk membina loji.

“Tetapi kami diberitahu oleh EPU bahawa ia mempunyai rancangan sendiri. Kami diberi amaran oleh EPU bahawa jika loji itu, yang mengambil masa dua bulan untuk disiapkan tidak dibina, Malaysia akan mengalami satu lagi ‘black out’,” katanya dalam temuramah oleh Starbiz baru-baru ini mengenai apa yang berlaku pada tahun 1992.

Katanya, TNB pada masa itu memiliki 250 jurutera dan adalah mustahil mengatakan kejadian black out  disebabkan perancangan lemah syarikat tanaga berkenaan.

Menurut Ani, selepas peristiwa itu, TNB menghasilkan elektrik pada 8 sen seunit (kwh) dan membekalkannya pada 17 sen seunit. Namun, IPP menghasilkan elektrik pada 23 sen seunit yang menyebabkan TNB perlu mengenakan caj dengan kadar tidak kurang daripada 30 sen seunit.

Katanya, tiada rundingan dilakukan dan perjanjian itu menyebabkan 20 juta pengguna pada tahun-tahun tersebut tiada pilihan dan terpaksa membayar kenaikan tarif elektrik.

“Selepas itu, pasukan saya kecewa. EPU hanya memberikan kami terma dan meminta kami bersetuju. Saya kata tidak mungkin,” katanya yang  terpaksa meletak jawatan sejurus selepas kejadian itu. Beliau berpendapat perjanjian itu adalah salah dari segi moral dan berat sebelah.

Berdasarkan laporan tahunan Petronas pada 2008, IPP mendapat subsidi gas berjumlah RM8.1 billion, manakala TNB pula memperoleh sebanyak RM5.7 billion.



Subsidi itu menyebabkan kontroversi kerana lebih 40% daripada lebihan kapasiti yang dijana setiap tahun adalah sia-sia kerana Malaysia tidak memiliki teknologi menyimpan bekalan.

 

“Dengan fasal ambil-atau-bayar dan dengan 40 peratus rizab berlebihan yang kita ada hari ini, seseorang hanya perlu menghasilkan setengah keupayaan seseorang dan dibayar 80 peratus daripada kapasiti yang dipersetujui. Syabas EPU – Unit merampas Ekonomi,” tambah Ani Arope dalam statusnya di Facebook.

PPA menyebabkan saham TNB jatuh menjunam daripada 20 sen pada tahun 1993 berkurangan kepada 10 sen pada tahun 1994. TNB terpaksa menaikkan tarif elektrik untuk mengekalkan keuntungan syarikat.

Syarikat pengeluar tenaga yang telah mendapat kadar keuntungan sehingga berbillion ringgit adalah Genting Sanyen Power Sdn. Bhd, Powertek Berhad, Segari Energy Ventures Sdn. Bhd SEV 2nd, YTL Power Generation Sdn. Bhd, ARL Tenaga Sdn. Bhd, TNB Janamanjung Sdn. Bhd, Teknologi Tenaga Perlis Konsortium Sdn. Bhd, Prai Power Sdn. Bhd, GB3 Sdn. Bhd dan Tanjung Bin Sdn. Bhd.



/sumber : Keadilan Daily
Ni dia tokey IPP






YTL Power di Paka Terenganu 


Genting Sanyen Power
Port Dickson Power Plant

Lagi di

Thursday, 15 May 2014

LEGASI REFORMASI ANWAR IBRAHIM - DEMDAM KESUMAT DAN FITNAH TUN DR.M PADA PENGHUJUNG USIA



MAY 15, 2014
Saya ingin memberi reaksi serangan terbaru Dr Mahathir ke atas Anwar Ibrahim seperti dilapor Bernama bertarikh 14 Mei 2014.


Saya kira Dr Mahathir melatah lagi. Kali ini beliau menyerang Anwar Ibrahim kerana dijemput menyampaikan syarahan di Universiti Al-Azhar, Jakarta Indonesia.


Bahkan penganjur yang menjemput Anwar juga diserang Dr Mahathir. Kata Dr Mahathir, Anwar tidak layak menyampaikan syarahan tentang Islam kerana moralnya rendah!




Syarahan mendapat respon hangat dari peserta


Syarahan Anwar Ibrahim menarik perhatian  warga kampus UAI



Rektor Universitas Al-Azhar Indonesia Prof Dr Ir Sardy Sar  menyampai penghargaan kepada  DSAI

Izinkan saya menceritakan kepada Dr Mahathir yang mudah lupa, lama sebelum Anwar berkawan dengan Dr Mahathir, Anwar sudah pun mengenali dan berguru dengan Dr Yusof Qardawi, Dr Ismail Faruqi, Dr Sheikh Taha Jabir Al-Awani, Pak Natsir, Pak Hamka, Sheikh Hassan Turabi, Dr Rashid Ghanousi, Sheik Mehdi Aqif dan ramai lagi.
 
Sheikh Dr Yusof Qardawi
Anwar terlibat dengan gerakan Islam sejak zaman sekolah, mahasiswa, belia dan tidak pernah bersara hingga hari ini.




Tokoh ilmuan dan gerakan Islam seantero dunia seperti Dr Yusof Qardawi, Dr Wahbah Zuhaily, Dr Abu Hamid Sulaiman, Dr Ahmad Totonji, Dr Tariq Suwaidan dan Dr Tariq Ramadan sentiasa mengunjungi Anwar setiap kali mereka berkesempatan datang ke Malaysia berbincang isu umat sejagat.

Biarlah saya mengingatkan Dr Mahathir walaupun bersungguh-sungguh beliau berusaha untuk membunuh karakter Anwar dengan fitnah liwat selama lebih 15 tahun, fitnah jijik itu tidak mampu menjauhkan tokoh ilmuan Islam daripada Anwar.

Kalau Dr Mahathir ingin tahu apa sebabnya, jawapannya cukup terang. Islam melarang dan mengharamkan seorang Muslim memfitnah saudara Muslimnya yang lain dengan fitnah zina atau liwat.

Dr Mahathirlah yang mereka fitnah liwat terhadap Anwar. Namun Dr Mahathir tidak pernah berupaya menampilkan empat saksi seperti yang Al-Quran wajibkan.

Rakan-rakan Anwar daripada kalangan tokoh Ilmuan Islam ini terus mendokong Anwar kerana kayu ukur mereka ialah Al-Quran. Keyakinan mereka ialah Anwar menjadi mangsa fitnah jahat Dr Mahathir.

Dr Mahathir sewaktu menjadi perdana menteri memperalatkan seluruh jentera pemerintah termasuk media, polis, peguam negara dan mahkamah untuk  melengkapkan fitnahnya terhadap Anwar.

Dipenjarakan tujuh tahun, bebas dan Anwar terus berjuang. Apakah Dr Mahathir berhasil “membunuh” Anwar? Tidak sama sekali!

Kalau dahulu ketika masih berkuasa Dr Mahathir boleh sahaja menyekat dan memenjarakan Anwar. Hari ini pun kerajaan Umno/BN boleh terus menyekat Anwar menyampaikan syarahan di universiti-universiti awam dan swasta di negara kita.




Kerajaan Umno/BN malah boleh mengugut mahasiswa Malaysia di luar negara agar jangan mengikuti syarahan Anwar.

Namun Dr Mahathir dan kerajaan Umno/BN tidak boleh menyekat universiti terkemuka di rantau Asean, di Eropah, di Amerika Syarikat dan di Timur Tengah daripada terus mengundang Anwar.

Anwar sering dijemput mengupas pelbagai tajuk menyentuh persoalan umat Islam dan dunia seluruhnya.

Saya pernah pergi bersama Anwar ketika beliau diundang menyampaikan syarahan di Mesir, Turki, Singapura, Indonesia dan banyak negara lain.

Siapa yang hadir mengikuti syarahan Anwar? Untuk makluman Dr Mahathir, mereka ialah menteri, tokoh pemikir dan sarjana Islam, golongan korporat, pimpinan media, professor universiti, tokoh ekonomi dan teknokrat.

Di Tunisia misalnya, Dr Rashid Ghanousi menjemput Anwar menyampaikan pandangannya kepada seluruh ahli Parlimen dan anggota jemaah menteri Tunisia.
 
Dr. Rashid Ghanousi

Di Turki, Perdana Menteri Tayyib Erdogan menjemput Anwar berucap di Istana Presiden mengupas topik Islam dan kebangkitan dunia Arab.
 
kunjungan hormat ke Pejabat PM Tayyib Erdogan
Satu ketika di Mesir seingat saya tahun 2010, Anwar dijemput menyampaikan ucap utama persidangan antarabangsa Islam dan Demokrasi.

Di Singapura, bertempat di World Trade Center, ucapan Anwar pula ditujukan kepada tokoh-tokoh media dunia.

Di Indonesia pengaruh Anwar bukan kepalang. Seorang teman saya asal Bogor pernah bergurau, katanya tokoh-tokoh Indonesia saling berselisih dan berbeza pendapat antara satu sama lain, namun mereka boleh sahaja bersatu kalau mengagumi Anwar.

Pesantren, universiti, badan-badan pemikir dan intelektual Indonesia sering mengundang Anwar menyampaikan pidatonya.

Anwar boleh berbicara karangan Shakespeare, Confucius, Mohamad Iqbal, Rabindranth Tagore, Jose Rizal atau mendeklamasi puisi Rendra.

Pada masa yang sama, Anwar giat mempelopori maqasid syariah dan membentang kertas seminar Islam dan demokrasi di serata dunia.

Tidaklah menghairankan sebaik keluar dari penjara Anwar dilantik sebagai fellow di Universiti Oxford dan menjadi profesor di Universiti New Hopkins Amerika Syarikat.

Anwar juga dilantik penasihat ekonomi Qatar dan beberapa institusi perbankan di negara Arab.

Elok juga saya mengingatkan Dr Mahathir bahawa Anwar yang cuba dibunuh karakternya oleh Dr Mahathir cuma manusia biasa.


Hormat orang kepadanya bersebab. Fitnah Dr Mahathir hanya “berhasil” di dalam kalangan Umno. Itupun bukan semua.

Ramai kenalan saya di dalam Umno yang kini menduduki jawatan utama dalam parti dan kerajaan mengakui hakikat ini.

Cuma yang tiada pada mereka ialah keberanian untuk berkata benar di hadapan pemimpin pencipta fitnah.

Bagaimana sebenarnya Dr Mahathir mahu dingati? Berkuasa selama dua puluh tiga tahun legasi yang ditinggalkannya ialah merosakkan institusi kehakiman, menekan kebebasan media, menyuburkan budaya rasuah, memunggah kekayaan negara menjadi kekayaan peribadi, memusuhi institusi raja-raja Melayu dan berkekalan memusuhi ulama?

Ketika Anwar masih terus dengan tradisi ilmu dan rapat dengan Dr Yusof Qardawi, Dr Tariq Suwaidan, Dr Wahbah Zuhaily, Dr Mahathir pula rapat dengan Ananda Krishna, Francis Yeoh dan Syed Mokhtar Bukhary.

Ketika anak-anak Anwar membesar dan membina kerjaya yang cukup sederhana, Dr Mahathir pula cemerlang membantu anak-anaknya mencipta nama tergolong kelompok mahakaya di Malaysia!

Ketika Anwar terus berjuang membela rakyat, menolak politik perkauman, mengajak rakyat mencari titik persaudaraan, menuntut kekayaan negara diagih secara adil, Dr Mahathir pula kekal dengan gaya politik lama, usang, tidak pernah puas menimbun kekayaan dan penuh dendam kesumat.

Saksikanlah pada usia lebih 80-an tahun Dr Mahathir terus menyerang Anwar tanpa henti.

Tidak pernah ada tanda-tanda beliau sedar dan insaf perbuatan fitnahnya terhadap Anwar.

Pesanan buat Dr Mahathir, sesungguhnya Allah menyayangi hambanya yang sentiasa bertaubat dan membersihkan diri.

Sebaliknya Allah juga bencikan orang yang tidak mahu bertaubat dan paling dibenciNya ialah orang tua yang tidak mahu bertaubat.

Doa saya agar Dr Mahathir tidak tergolong dalam kalangan jenis itu dan dibuka pintu hatinya.


Amin ya Rabb. – 15 Mei, 2014
Salam dari;
Sdr Saifuddin Nasution b. Ismail









BERITA SYARAHAN ANWAR DISIAR DIMEDIA RASMI UNIVERSITAS AL AZHAR JAKARTA


Universitas Al Azhar Indonesia belum lama ini kedatangan salah satu tokoh penting asal Negeri Jiran Malaysia. Tokoh penting tersebut adalah Mantan Deputi Perdana Menteri (PM) Malaysia, Dato’ Seri Anwar Ibrahim. Selain bersilahturahmi dengan para civitas akademika Universitas Al Azhar Indonesia, beliau juga menjadi pembicara tamu dalam acara Executive Lecture yang diadakan di Auditorium Arifin Panigoro Universitas Al Azhar Indonesia.

Rektor Universitas Al-Azhar Indonesia Prof Dr Ir Sardy Sar dalam pengantarnya sebelum kuliah umum disampaikan Anwar Ibrahim, memaparkan sekilas sejarah Yayasan Pesantren Islam (YPI) Al-Azhar hingga berdirinya Universitas Al-Azhar Indonesia. Beliau juga menjelaskan integrasi nilai-nilai keislaman dalam setiap bidang keilmuan yang diajarkan di kampus Universitas Al Azhar Indonesia.

Acara yang berlangsung bertepatan dengan Hari Pendidikan Nasional pada Jum’at, 2 Mei 2013 tersebut membahas topik yang sedang hangat di masyarakat mengenai “Islamic Values and The Revival of Muslim Ummah: Challenges of Higher Education in Muslim Countries”. Dato’ Seri Anwar Ibrahim, dalam ceramah ilmiahnya menegaskan bahwa seharusnya seluruh masyarakat dan akademisi dapat mendukung peran maksimal Perguruan Tinggi sebagai lokomotif perubahan sangat penting untuk mempersiapkan generasi umat Islam mendatang melalui penerapan nilai-nilai Islami secara konsestensi dalam kegiatan belajar mengajar di Kampus, seperti halnya yang telah ditanamkan dan dilakukan sebagai salah satu etika keseharian di Kampus Universitas Al Azhar Indonesia.
 
Kampus Universiti Al-Azhar Jakarta
Dalam pemaparannya, Anwar Ibrahim menjelaskan bahwa kemajuan pendidikan jangan seperti di negara barat yang hanya lebih mementingkan kecerdasan namun tanpa ruh, tanpa nilai-nilai. Pendidikan haruslah juga menanamkan ruh atau jiwa yang berupa nilai-nilai keislaman, jelas Anwar di depan mahasiswa dan pejabat rektorat kampus Universitas Al-Azhar Indonesia. Dia juga menegaskan bahwa seharusnya seluruh masyarakat dan akademisi dapat mendukung peran maksimal perguruan tinggi sebagai lokomotif perubahan.

Executive Lecture yang juga dihadiri oleh  mantan Menteri Koperasi dan UKM pada era Kabinet Reformasi Pembangunan Adi Sasono, diharapkan mampu memberikan wawasan lebih kepada mahasiswa Universitas Al Azhar Indonesia tentang peranannya dalam membangun pendidikan yang berbasis islam.

Adi Sasono - tokoh pemikir Islam dan Mantan Menteri - turut hadir

Wednesday, 14 May 2014

BOKO HARAM - TALIBAN NIGERIA YANG MENAKUTKAN


1 Setelah pemimpin tertinggi pergerakan militan Al-Qaida iaitu Osama ben Ladin terkorban di dalam satu serangan nekad tentera elit Amerika Syarikat  (Navy Seal) di kediamannya di Abbotabad, 100 km utara Islamabad, Pakistan pada tanggal 1 Mei 2011, dunia sepi dengan berita serangan terroris. Jika berlaku pun, kes tersebut disifatkan sebagai terpencil. Bagaimanapun, apabila Presiden Amerika Syarikat Barrack Obama mengumumkan pada 07 Mei 2014 lalu akan menghantar 30 tentera marinnya termasuk aset pesawat ISR (Risikan, Pengawasan dan Pemantauan) seperti  drone, bertujuan memerangi militan Boko Haram di Nigeria, maka dunia mula membuka mata, tertanya  "Apa pula yang berlaku di Nigeria ?  Bagaimana rupanya kumpulan Boko Haram ?". Presiden Obama mensifatkan pertubuhan Boko Haram adalah 'organisasi terroris regional yang paling jahat'. Rancangan Obama tersebut dialu-alukan oleh Presiden Nigeria Goodluck Jonathan.

Presiden Goodluck Jonathan 
Negara-negara Israel, Peranchis, England dan  China khabarnya telah menyatakan persetujuan menggunakan aset berupa setelit dan kecekapan inteligensi mereka  menyertai usaha pengesanan lokasi dimana para tebusan dikurung. Setakat 13 Mei pasukan marin Amerika Syarikat dikatakan berjaya mengesan lokasi persembunyian tawanan dekat kawasan hutan Sambica di Borno.


2.  Tindakan ganas kumpulan militan Boko Haram bermula apabila kumpulan bersenjata itu telah menyerbu sebuah  sekolah  di timur laut bandar Chibok negeri Borno  pada 14 Februari 2014 lalu dan menculik  223 pelajar/gadis remaja.  Mereka juga telah menculik 8 orang gadis remaja  yang belajar di desa Warabe dan disebelah timur laut Nigeria.

Foto terbaharu bertarikh 12 Mei 2014
Menurut ketua kumpulan penculik tersebut iaitu Abubakar Shekau yang muncul dalam video yang dimuat turun dalam youtube menyatakan  " Saya menculik para gadis anda. Demi Allah saya akan menjual mereka di pasar dan Allah sudah menentukan saya" . Seterusnya beliau berkata "Kami tidak akan membebaskan mereka selama kamu menahan saudara-saudara kami !". Kesemua gadis-gadis tersebut akan dijadikan tebusan bagi pembebasan anggota Boko Haram yang ditahan di penjara-penjara di Nigeria. Menurut sumber terdekat dengan kumpulan tersebut, sekiranya kerajaan Nigeria menolak permintaan mereka, kesemua gadis-gadis tersebut akan dijual sebagai 'budak' (pelacur) dengan harga hanya US$12 seorang kepada sindiket yang beroperasi di Chad dan Cameroon. Kesemua gadis tersebut telah 'diIslamkan' dan ditahan dalam empat kumpulan yang dipisah pada lokasi yang dirahsiakan. Gambar dari video menunjukkan  gadis-gadis tersebut kelihatan sihat dan berpakaian hijab/telekong labuh. Abubaker juga telah mengugut akan  memaksa gadis-gadis tersebut dikahwinkan dengan anggotanya dan dijadi hamba. Pada peringkat awalnya kerajaan Nigeria bertekad menolak permintaan kumpulan tersebut, Bagaimanapun pada 14 Mei 2014 Menteri Tugas-Tugas Khas Nigeria Tanimu Turaki telah melapor kepada Reuters dan dipetik oleh agensi Al-Arabia menyatakan kerajaan Nigeria akan berunding dengan kumpulan penculik tersebut.

Abubakar Shekau ketika menyampai mesej menerusi rakaman video. 


3. Beberapa info mengenai kumpulan radikal Boko Haram
  • Nama rasmi kelompok Boko Haram sebenarnya dalam bahasa Arab ialah Jama'atu Ahlis Sunna Lidda'awati wal Jihad. Ertinya 'Orang yang Teguh Menyebarkan ajaran Rasul dan Jihad'. Namun penduduk Bandar Maidugari di timur laut Nigeria yang berbahasa Hausa dimana teletaknya markas pertubuhan itu menamakan pertubuhan itu 'Boko Haram'. Boko Haram dalam bahasa Hausa diterjemahkan sebagai "Pendidikan Barat adalah Haram dan Dosa' Hal tersebut berkaitan dengan usaha-usaha penjajah Inggeris mubaligh kristian yang telah memaksa penduduk Muslim di situ menerima pendidikan Barat/Kristian. 
  • Modus operandi Boko Haram adalah menghalalkan keganasan dan pembunuhan penduduk beragama Kristian dan Islam yang menentang pertubuhan tersebut. Matalamat mereka ialah mendirikan undang-undang syariah di Nigeria. Sasaran mereka adalah gereja dan serangan berani mati di tempat tumpuan awam terutama penganut Kristian,  Memusnahkan insfrastruktur seperti jalan raya dan jambatan serta melemahkan pihak keselamatan Nigeria yang berpusat di Abuja Mereka juga dipercayai telah melakukan pengeboman kereta berhampiran ibu pejabat PBB pada tahun 2011 di Abuja. Serangan terbaharu di Borno yang terletak timur laut Nigeria menyaksikan berpuluh-puluh orang terkorban. Lapuran dari pihak Amnesty International menyebut bahawa Boko Haram dikatakan telah membunuh lebih 1,500 orang dari bulan Januari hingga Mac 2014.

mereka memiliki senjata moden yang dibeli hasil dari kegiatan keganasan dan penculikan

  • Pada bulan 14 April 2014, kumpulan Boko Haram lebih berani dan tidak bermaruah apabila menculik hampir 300 gadis remaja (umur diantara 16 hingga 18 tahun) di Chibuk, Borno. Kira-kira 53 orang daripada mereka telah berjaya melarikan diri ketika dibawa ke pusat tahanan. Mereka berikutnya telah memberi maklumat terperinci berkaitan penculikan tersebut kepada pihak kerajaan dan media termasuk The Associated Press. Salah seorang pelajar yang berjaya meloloskan diri ialah Amina Tsawur (17 tahun). Menurut Amina, kira-kira jam 11.00 malam ketika mereka sedang menyiapkan tugasan pelajaran, mereka terdengar tembakan. Kesemua pelajar diarah berkumpul dan kumpulan militan mengancam membunuh mereka. Sebahagian besar rakan beliau mulai menangis dan menjerit minta pertolongan. Mereka dibawa ke kawasan semak dan apabila  lori  tiba mereka diarahkan naik kelori tersebut. Lori berkonvoi sepanjang malam sehingga kepagi. Pada sebelah pagi, mereka diarah siapkan makanan. Kumpulan tersebut mengugut akan berkahwin dengan mereka dan mengatakan bahawa para guru dan kerajaan adalah orang kafir dan layak dibunuh.
  • Kesemua gadis remaja tersebut dipercayai masih berada di Nigeria. Selain penculikan pada skala besar, penculikan gadis pada skala kecil juga dilakukan. Kumpulan yang disasar ialah pekerja Barat serta pelancong asing, termasuklah petugas kesihatan yang berkhidmat dengan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO). Mereka dipercayai pernah mendapat wang tebusan sebanyak US$3 juta dari penculikan satu keluarga Perancis di utara Cameroon. 

Anak-anak gadis ini tunggu masa untuk dijual atau dijadikan hamba sekira kerajaan Nigeria tidak memenuhi tuntutan Boko Haram
  • Kumpulan Boko Haram mula bergerak aktif pada tahun 2005 di Maiduguri, Borno Nigeria Utara pada tahun 2005. Pada peringat awal penubuhan bilangan anggotanya kecil. Mereka mengamalkan cara hidup sosial bertentangan dengan adat dan budaya tempatan. Orang tempatan menggelarkan kumpulan itu sebagai Taliban Nigeria dan mereka memisahkan diri dari masyarakat lain. Ahli kumpulan itu dapat dikenali dari cara berpakaian  dan berjanggut. Mereka menganggap masyarakat luar sebagai 'kafir'. Walaupun kumpulan itu tiada kaitan dengan Taliban Afganistan, namun kumpulan itu telah berjaya menarik para remaja dan graduan universiti yang mengganggur. Kumpulan itu dipercayai ditubuh dan dipimpin oleh Mohammad Yusuf (39 tahun). Beliau dipercayai anak orang kaya,  berpendidikan tinggi, fasih berbahasa Inggeris dan mempunyai peribadi yang 'misterius'. Menurut Yayasan CLEEN, kebanyakkan belia remaja yang menyertai kumpulan militan tersebut berlatar belakang sebagai penganggur, terutama  graduan univiersti/kolej, mereka yang jahil dalam agama Islam dan berasal dari keluarga miskin. Wilayah kediaman mereka di Utara Nigeria adalah di antara wilayah termundur di negara tersebut dan kadar buta huruf yang tinggi dan kadar kematian bayi yang tinggi.

4. Tindakan kumpulan Boko Haram tersebut telah mengundang kemarahan seluruh masyarakat dunia. Di antara tokoh yang lantang mengkritik kumpulan militan tersebut ialah Perdana Menteri England David Cameron, Fist Lady Amerika Syarikat, Michelle Obama dan beberapa orang selebriti Holywood. Turut menyelar kumpulan itu  ialah  Sheikhul Universiti al-Azhar Sheikh Abdulaziz yang antara lain berkata "Mereka hanya kelompok pengacau yang sesat dan telah merosakkan Islam. Mereka mengambil jalan yang salah dan harus ditolak".