Sunday 29 March 2015

KISAH TRAGIS QARUN DI FAYYOUM (DARI LAHAR YOOI KE ALEXANDRIA-MANCHESTER) Part 8



PART 8 : QARUN DAN FAYYOUM


Baca Part 9  DI SINI




saya pernah mengajar geo fizikal di bawah tajuk 'barkhan'. Kini saya berada di atas barkhan. Terima kasih Allah


1. Kami bersarapan di cafe Malaysia Hall, Abbasiah, Cairo. Rancangan pada pagi tu ialah melawat Daerah Fayyoum.   Dari  Abbasiah, kami dapatkan teksi ke Ramses. Dari situ  kami menyewa sebuah tremco. Turut bersama ialah dua orang pelajar Malaysia yang sedang bercuti  yang bertindak sebagai tourist guide. Meski pun jarak Fayyoum Cairo lebih kurang 105 km,  tetapi perjalanan mengambil masa hampir dua jam disebabkan kesesakan lalu lintas dan keadaan jalan raya yang semakin sempit. Pemndu pula asyik bertanya arah jalan kerana tidak ada GPS di situ. Selepas melalui kawasan topografi gurun, kami mula masuk ke kawasan pertanian dan ternakan yang terkenal di negara Mesir. Kawasan pertanian merangkumi kira-kira 300,000 hektar.  Di antara tanaman yang tumbuh subur di situ ialah gandum, mangga,  kurma, anggur, sayur-sayuran, limau, zaitun,  bunga matahari dan bijirin lainnya. Hal tersebut disebabkan adanya sistem pengairan yang maju di mana air dari Sungai Nil dialirkan menerusi terusan yang digerakkan oleh kincir air dan pam. Kebanyakannya tanaman itu berbuah pada musim panas.



agak menarik melihat menara  telekomunikasi mudah alih yang dipasang di atas sebuah badan trak terletak di kawasan gurun.


pokok tamar  - dijangka berbuah pada musim panas 

2. Perjalanan kami berikutnya melalui pinggir Tasik Qarun. Tasik air masin ini sangat luas. Terdapat aktiviti perikanan di situ. Agak menarik kerana ikan yang ditangkap di Tasik Qarun adalah jenis spesis yang tidak terdapat pada mana-mana tasik atau laut di Mesir. Tasik Qarun membawa kisah seorang hamba Allah yang miskin, kebetulan sepupu kepada Nabi Musa a.s. Kemiskinan menyebabkan Qarun sering berdoa supaya beliau menjadi kaya. Allah swt telah memaqbulkan doa beliau dan menjadikan Qarun seorang bilionair pada zaman tersebut. Malang sekali, setelah memiliki harta yang melimpah ruah tersebut menjadi Qarun seorang yang tamak dan sombong dengan  Allah swt dan Rasul. Qarun juga enggan membayar zakat. Kemurkaan Allah swt menyebabkan Qarun, istana dan kesemua hartanya di tenggelamkan oleh Allah. Kini, kisah tragis tersebut dapat dilihat dari terbentuknya tasik di tengah padang pasir.


Tasik Qarun, airnya berwarna hitam dan berbau,  berkeluasan kira-kira 55,000 hektar


Saujana mata memandang - kelihatan jerubu mungkin kerana proses pemelowapan di permukaan tasik disebabkan panas pancaran cahaya matahari. Udara berbau hanyir - kerana bersifat citair garam. 





salah sebuah resort yang didirikan dipinggir pantai Tasik Qarun


ladang yang subur


pokok zaitun



pokok anggur 


gandum


3. Kira-kira 30 minit perjalanan dari tempat kami berhenti bergambar di pinggir Tasik Qarun, kami tiba ke pintu masuk kawasan Istana Qarun. (dipercayai Qarun memeliki beberapa buah istana). Kerja-kerja membaik pulih dan menaik taraf sedang giat dilakukan. Disamping itu, Istana Qarun juga sedang di gazetkan oleh UNESCO sebagai salah satu warisan dunia. Kekangan masa menyebabkan kami tidak bercadang melawat pada bahagian dalam istana. Untuk masuk ke dalam istana, pelawat dikenakan bayaran 15 geneh.

pintu masuk ke kawasan Istana Qarun


Ni dia Istana Qarun mempunyai 8 tingkat, iaitu 3 tingkat dibawah/ditimbus tanah, 3 tingkat dipermukaan dan 2 tingkat di bahagian atas yang telah musnah di bom oleh tentera Israel. Istana mempunyai 336 bilik









pemandangan tipikal di kawasan luar bandar di Negara Mesir
 4. Dari Istana Qarun, tremco menuju ke Wadi ar Rayyan untuk melihat keindahan air terjun di Syalalat. Perjalanan melalui landskap gurun yang sangat cantik. Untuk masuk ke kawasan tersebut, pelancong dikenakan bayaran 15 geneh. Terdapat sekumpulan polis pelancong Mesir bertugas di situ. Mereka memaklumkan bahawa kawasan tersebut akan ditutup kepada pelancong pada jam 5 petang. 
Jalan baharu siap di bina menuju ke Wadi  ar Rayyan


Subhana Allah, puin-puin pasir membentuk topografi mendapan pasir yang sangat cantik

5. Di Wadi ar Rayyan hanya terdapat sebuah masjid kecil, kedai jual minuman, pondok rehat dan satu tandas awam. Apa yang menarik di situ ialah terdapat sebatang sungai kecil yang membentuk air terjun dan berakhir di sebuah tasik. Air terjunnya mewujudkan suasana tenang, nyaman dan air yang sejuk lagi jernih. 

dah sampai dah Wadi Rayyan di Syalalat

Masjid di perbuat dari debu pasir yang dicampur bahan pelekat sebagai plaster kepada ketul batu bata


Masya  Allah - ada air terjun di gurun. Air terjun yang terbesar dan tertinggi di Negara Mesir



Perhatikan hakisan  berbentuk V atau menegak/vertical membentuk kanyon berlapis-lapis


surface run-off menghasilkan hakisan menegak membentuk jurang atau kanyon


anak sungai menuruni air terjun berakhir di Tasik Rayyan



agak menarik bila mana burung-burung terbang menjunan ke permukaan tasik untuk menyambar  ikan.



salah satu mendapan pasir membentuk barkhan. Barkhan berbentuk bulan sabit. Bhgn hadap angin  cerunnya landai dan cembung, manakala bahagian belakang cerunnya curam dan cekung akibat  dari pusaran angin. Barkhan akan berudah kedudukan dan akhirnya bertukar bentuk menjadi bukit pasir selari @ seif.


6. Kami tiba di Bandar Fayyoum pada waktu maghrib - terlewat dari jadual asal kerana pemandu tremco asyik sesat jalan. Tujuan ke situ adalah untuk melihat kincir air dipercayai di bina oleh Nabi Yusuf a.s. Kincir air tidak beroperasi ketika itu. Kami tidak dapat menghampiri kerana kincir tersebut kerana telah dipagar. Nabi Yusuf a.s. ketika menjawat sebagai menteri kepada Firaun telah membina lebih 100 kincir air bagi mengatasi masalah kemarau yang akan melanda negara-negara Utara Afrika dan Timur Tengah selama tujuh tahun berturut-turut.  Terbukti, kemarau yang melanda selama tujuh tahun tidak menjejaskan penduduk di Mesir dan mereka terselamat dari bencana kebuluran dengan adanya  kincir air tesebut..

kincir air. yang terdapat di Bandar Kincir Nabi Yusuf a.s yang masih beroperasi di Bandar Fayyoum



Ni dia Canal Nabi Yusuf - air dari taliair ini ditimba oleh kincir air Nabi Yusuf a.s mengairi kawasan pertanian sekitar lembah Fayyoum.


7. Kami seterusnya kembali semula ke Dewan Malaysia  di Abbasiah Cairo untuk bermalam. Keesokan pagi, kami bergerak ke Alexandria menaiki keretapi. Perjalanan lebih kurang 3 jam. Kami sampai di station utama, sambung perjalanan menaiki keretapi ayam menuju ke Assofiroh Beach

stesen keretapi Ramses di Cairo. Perhatikan dua buah beg besar berat hampir 60 kg.



PART 9 : ISTANBUL - ALL MY DREAMS COME TRUE



BACA  PART 9 DI SINI








No comments:

Post a Comment