Wednesday 18 March 2015

DARI LAHAR YOOI KE ALEXANDRIA - MANCHESTER - Part 2



Baca PART 3 DI SINI



PART 2 : PAK ARAB NAIK MINYAK DAN MOHAMAD YUSAIRI DITANGKAP KERENA SELFIE DIHADAPAN MASJID RABI'UL ADAWIAH.

1. Kami tiba dipenginapan @ homestay di Bawabah Thalata Daerah Hayyu Assyir Zone 10 Kota Cairo jam 5.00 pagi. Naemah maklumkan masih ada 20 minit sebelum masuk solat Subuh.  Homestay kami adalah sebuah aparment 6 tingkat dimana kesemua kami ditempatkan di tingkat 2. Seperti di Malaysia, apartment di Cairo mempunyai dua bilik tidur, bilik air, dapur dan ruang tamu. Homestay dilengkapi dengan kemudahan asas, termasuklah bilik air yang ada water heater, dapur masak dan  perabut ala budaya Arab. Setelah solat subuh (air untuk wuzuk sejuk macam ais), kesemua peserta yang keletihan meneruskan tidur secara bersesak-sesak. Penulis adalah lelaki dewasa tunggal dalam group dikehendaki tidur diruang tamu. Selimut tebal (negara kita dipanggil kapet) disediakan. Kira-kira jam 7.00 pagi, penulis bangun dari tidur dan mula atur langkah - ronda (joginglah tu) sekitar kawasan kediaman. Penulis merayau kira-kira 2 km melihat riuh pikuk kenderaan yang lalu lalang di situ. Terdapat beberapa rumah apartmen kediaman pelajar Malaysia di situ yang di dirikan oleh kerajaan negeri. Salah seorang pelajar Malaysia yang menetap di situ iaitu saudara Bob, memaklumkan  daerah Hayyu Asyier ini seketika dahulu dikenali sebagai salah satu 'daerah hitam' disebabkan kadar jenayah agak tinggi. Disitulah terdapat perumahan rakyat Somalia beragama Islam berstatus pelarian UNHCR yang dibawa oleh kerajaan Mesir dari Somalia akibat dari pergolakan dan penghapusan ethnik Islam di Negara Utara Benua Afrika tersebut.  Hanya beberapa jam menginjak kaki di situ terdetik hati berbisik "when I firstly came to Egypt, my impression about Egyptian people, culture was not good. Sampah sarap tidak diurus, bangunan rumah kelihatan usang, kenderaan bukan sahaja kemek dan berdebu, malah hingar bingar dengan bunyi hon, anjing berkeliaran, majlis bandaraya tidak agresif membaiki sistem peparitan, jalan/lorong susur perumahan yang berlopak, seni tanaman yang tidak menarik dengnan rumput tidak terbela ibarat hidup segan mati tak mahu. Penulis yang gemar bunga agak terkilan kerana belum jumpa bunga untuk difoto atau diselfie.  Bukankah Mesir merupakan hub intelektual yang telah melahirkan beribu cendikiawan dan ulamak Islam? Dalam hal ini, penulis setuju dengan pandangan Datuk Mufti Kerajaan Perlis Sahibul Samahah Datuk Dr Mohamad Asri mengenai Negara Mesir. Baca DI SINI. Tetapi nyata my first impression penulis tidak tepat kerana pepatah Melayu berkata lain padang, lain belalang - ciri-ciri penduduk, budaya dan lanskap  tersebutlah memberi kelainan dimensi  kepada warga asing yang berkunjung ke Mesir.

terdapat berpuluh buah blok apartment sebegini di sekitar Hayyu Assier


dataran jual beli kereta terpakai menjadi tempat remaja bermain bola sepak

Mesir musim buah limau yang dibawa dari Lembah Fayyum

salah satu daripada berpuluh jenis roti yang menjadi sarapan orang Arab Mesir

2. Penulis kembali ke homestay untuk sambung tidur. Beberapa minit kemudian penulis terdengar bunyi loceng pintu berdering-dering - ada orang datang. Setelah pintu rumah di buka, seorang lelaki Arab dewasa memarah-marah kami. Naemah dan rakannya yang fasif berbahasa Arab cuba menenangkan Arab tersebut. Punca kemarahan ialah kerana :- pertama - kehadiran kami yang ramai telah mengganggu ketenteramannya ketika kami sampai pukul 5.00 pagi tersebut. Kedua - air dari bilik air rumah kami menitis jatuh ke bilik air rumahnya di tingkat satu. Menurut Naemah, sepatutnya Arab tersebut komplen kepada tuan rumah mengenai lantai bocor tersebut. Lagipun, kami adalah tetamu. Orang Arab terkenal sebagai kaum yang memuliakan tetamu, bukan marah dan herdik kami. Akhirnya Arab itu pun beredar. Semua penghuni sudah bangun dan menikmati sarapan berupa roti cincah sardin. Kira-kira jam 10 pagi, seorang demi seorang pelajar yang waris mereka kirim bungkusan datang tuntut barangan tersebut. Malang sekali, dua kotak bungkusan telah tercicir di airport Cairo. Nampaknya kami terpaksa ke airport semula untuk mendapatkan barang tersebut.




sarapan pagi ala arab


pelajar Malaysia di Cairo mula datang ambil barang yang dikirim oleh waris mereka.


3. Kira-kira jam 4.00 pm. seramai kira-kira enam orang kami keluar ke airport. Kami gunakan pengangkutan bas dan tramco  (van). Teksi amat mahal dan mudah kena sembelih. So, naiklah tramco.  Kalau tuan/puan pernah naik bas mini di KL sekitar tahun 1990an, itulah ciri-ciri tramco di Cairo. Tramco amat popular, tapi menggerikan. divernya mungkin penggemar Formula 1. Setelah dua - tiga kali tukar bas/tramco, kami terpaksa tunggu agak lama untuk mendapatkan bas atau tramco ke airport pula. Salah satu persimpangan tempat tunggu tramco/bas terdapat sebuah masjid yang sederhana besar. Masjid tersebut dikenali sebagai Masjid Rabi'ul Adawiah. Salah seorang anak Kak Zah bernama Yusairi (20 tahun) telah merakam foto selfie di situ. Tidak semena-mena satu kumpulan polis Mesir (tidak beruniform yang bertugas di dalam kawasan masjid), meluru, menangkap dan mengheret Yusairi, bawa ke dalam kawasan Masjid dan di soal siasat. Penulis cemas seketika. Rupanya orang ramai di dalam kawasan msjid tersebut adalah anggota polis yang berkawal di situ. Persoalannya, apa kesalahan Yusairi ? Rupanya pihak tentera telah mewartakan kawasan Masjid Rabiul Adawiah adalah zon larangan. Masjid Rabiul Adawiah, Masjid al-Fath dan beberapa masjid lain merupakan tempat pertempuran hebat di antara pihak tentera dan penyokong Ikhwan Muslimin. Masjid Rabiul Adwiah telah  terkenal dengan 'ikon rabia' simbol kebangkitan rakyat menentang regim  Jenderal Abdel Fattah As-Sisi. Masjid inilah menyaksikan sekurangnya 2600 orang rakyat Mesir syahid  apabila pihak tentera melepaskan tembakan dan seterusnya membakar masjid tersebut untuk menghilangkan jejak jenayah mereka pada 14 Ogos 2013. Yusairi dibebaskan setelah pihak polis yakin beliau adalah seorang pelancong dan semua foto selfie hanfon yang kedapatan masjid tersebut di deletekan.

beginilah keadaan sebelah luar masjid yang telah dibakar oleh tentera Mesir (foto google)

sebelah dalam masjid yang musnah teruk akibat rempuhan tentera Mesir
5. Akhirnya kami  dapat sebuah tramco ke airport. Kami tiba jam 8.00 malam. Malang sekali pejabat yang mengurus 'Lost And Found' di airport telah tutup (operasi office hour). Kena mai besok siang pula....

Part 3 : Tarian ala gelek di atas bot persiaran di Sungai Nil



















No comments:

Post a Comment