Saturday 21 March 2015

DARI LAHAR YOOI KE ALEXANDRIA-MANCHESTER - Part 5

Baca PART 6 DI SINI


PART 5 : GIZA KE ALEX

1. Kami gagal mendapat penginapan baharu setelah keluar dari homestay sebelum itu. Tentulah tidak selesa menumpang di madrasah. Lagipun, team kami ingin berehat setelah empat hari tiba di Cairo. Hal tersebut memaksa Naemah mengubah rancangan, iaitu bertolak ke rumah kediamannya di Alexandria (Iskandariah). Untuk tujuan tersebut, semasa kami melakukan lawatan ke maqam dan masjid ahlul-bait, wali-wali, Imam As-Shafei, dua daripada empat buah beg yang berisi barang-barang untuk di bawa oleh penulis dan isteri  ke UK terpaksa ditnggalkan di Cairo  kerana kami bercadang untuk berlepas dari Airport Cairo ke Manchester. Kami memilih Rumah Pulau Pinang untuk diletakkan beg-beg tersebut. OTW balik  kami ke madrasah, kami singgah sebentar di Rumah Pulau Pinang  di Hayyu Sabik (Zon 7). Kami tiba di situ kira-kira jam 8 malam dan disambut oleh Hafiz dan rakan-rakan. Penulis agak teruja melihat hebatnya hubungan silaturahim yng ditunjuk oleh pelajar Pulau Pinang di Cairo.

Rumah Pulau Pinang - cantik, bangunan 7 tingkat (tanpa lif ! ) bertentang dengan Rumah Kuala Lumpur dan Pejabat Kedutaan Malaysia.  Rumah Kedah (baru) pun tak jauh.

Sebahagian dari anak Pulau Pinang yang bakal jadi Ustaz atau Doktor bila balik ke Malaysia nanti.

2. Setelah dua buah beg di tinggalkan, kami balik ke penginapan. Berita baik - Pak Sheikh bermurah hati menyediakan makan malam berupa nasi Arab yang akan di masak di rumahnya dan di bawa ke penginapan kami. Tunggu punya tunggu, nasi lambat sampai - semua tertidur sebab perut lapar dan letih. Akhirnya Saudara Bob dan Anis membawa periok besar nasi dan ayam. Nasi berwarna kuning dimakan dengan ayam bakar berwarna merah setelah dipanggang, di cincah dengan sos salatoh dan timun. Hanya penulis dan isteri sahaja yang menjamah, yang lainnya terus tidur...Esok pagi boleh sambung daaa...

Hari ke-4 seusai bersarapan (makan nasi Arab malam tadi punya), kami kemas barang. Aturcara kami melawat piramid di Giza dan terus bertolak ke Alexandria.  Setelah beramah mesra dengan Pak Sheikh, isteri beliau, Bob dan Anas, tramco cater bergerak ke Giza.


foto kenang-kenangan bersama keluarga Pak Sheikh dan anak-anak Somalia.

Inilah sign board Madrasah Darul Amal. Boleh kontek no. telefon sekiranya anda berminat menperdalami Bahasa Arab, Al Qur'an dan talaqi.

Pak Sheikh membaca doa untuk cucu Kak Zah


Saudara Bob berasal dari Mata Air Arau Perlis (terkini telah pulang ke Perlis menjaga ibunya yang kena stroke)

Banyak barang dan penumpang

siap siaga bergerak ke Gaza, maaf Giza  dan seterusnya ke Iskandriah

Selamat Tinngal Hayyu Asyir.
3. Perjalanan ke Giza yang terletak kira-kira 25 km dari Cairo. Ternyata, saujana mata memandang adalah kawasan perumahan yang padat, sama ada berupa flat usang atau apartment baru dan moden berkotak-kotak dan bertingkat-tingkat. Nampaknya kerajaan Mesir agak berjaya menyediakan perumahan untuk rakyat. Cairo sahaja dihuni oleh lebih 22 juta, mana mereka nak tidur kalau tiada rumah. Seperti di kota metropolitan lain, terdapat juga kawasan gheto atau slump area serta kawasan perkuburan lama yang menjadi kediaman penduduk yang sesak dan tak terkawal di pingir kota Cairo. Pihak pemerintah telah menukar lanskap gurun menjadi kawasan kediaman rakyat  melebar dari pusat bandar hingga ke Daerah Giza.  Sejumlah 11 juta penduduk Mesir  mendiami di Giza District.





4. Setelah hampir sejam, melalui lebuhraya yang lebar dan sesak dengan kenderaan, dari jauh sudah nampak puncak piramid.




tiket masuk ke piramid. mak oi, mahainya LE 80 atau RM40 seorang  dewasa


5. Awas - jangan terkena...!  Di antara maklumat menarik di Giza ini

  • Sesuai dilawati pada musim sejuk kerana suhu amat ekstrim pada musim panas
  • Setiap pelawat di kenakan bayaran
  • Setiap pelawat dan beg yang dibawa mesti melalui mesin inbasan logam
  • Terdapat lebih kurang 10 piramid dengan 3 buah besar. Yang lain kecil atau berupa sisa runtuhan atau rakyat firaun tak sempat siapkan  kerana  firaun tak bayar upah ! (melawak aje)
  • Kawasan di pagari dan diletak di bawah pihak berkuasa seperti polis dan polis pelancong
  • hanya kenderaan berpermit seperti bas persiaran dibenar masuk
  • Terdapat penjual yang memaksa pengunjung membeli barangan mereka
  • Setiap perkhidmatan seperti pertolongan oleh  pemandu pelancong, mutawif, berfoto atau pegang atau naik unta, tolong ambilkan foto dan sebagainya dikenakan bayaran yang amat mahal.
  • Jangan bawa duit note besar, he he he - Pak Arab di sini mempunyai jelingan mata yang tajam weh! 
  • Jangan dok pandai merayau-rayau seorang diri. Menurut seorang pelajar Malaysia di Cairo, terdapat beberapa kes seperti kejadian histeria atau meracau pernah berlaku kepada seorang pelajar sebaik sahaja balik ke asrama/penginapan. Tempat ni tempat jin bertandang !

6. Piramid - satu daripada Tujuh Keajaiban Dunia. Terbesar nama Kufu untuk Fir'aun Kufu



ni dia piramid khufu - paling besar




Bersama isteri di lapisan kedua Piramid Khufu - aksi ni kena bayar tau!

ha ha boleh pegang puncak piramid - aksi ni kena bayar tau !

siapa tiru siapa


Pak Arab Malaysia - aksi ni pun kena bayar tau !



Piramid Khufu atau Piramid Agong - terbesar - kubur bagi Raja Khufu. Tinggi 455 kaki. Di bina 2 juta batu blok seberat 1 tan Lihat longgokan ketul batu di kakinya dipercayai tertangal dari Piramid Khufu kerana gempa bumi pada masa lampau
yang ni Piramid Khafre 



Puncak piramidnya cantik macam ais krim pula.



Piramid Menkaure

Piramid Sakara - lebih kecil

Ni dia Spinx - dibina untuk menjaga piramid-piramid di Giza. Spinx duhulunya telah tertimbus oleh mendapan angin.  Orang Peranchis yang menjelajah (cari harta  karun la tu) telah menjumpai dan menggali hingga muncul bentuk seperti hari in.

Spinx berwajah salah seorang raja Firaun. dipercayai Napolean Bonarpate telah menembak wajah Spinx menyebabkan sebahagian batang hidungkan rosak.




yang ni kena bayar pun tak pa... sekali sekala kena romantik juga  (Caj 50 geneh sahaja - murah kan)



7. Setelah hampir 3 jam bersantai  di kawasan piramid dan spinx, kami mula bertolak ke Alexandria. Lebuhraya 8 lorong yang agak lurus.

plaza tol baru hampir siap di bina. Lebuhraya 8 lorong  sejauh lebih 200 km kena tol cuma RM 2 sahaja. Mana nak cari kat Malaysia



merentasi padang pasir


boleh memecut - tiada had laju dan tiada speed trap atau  kamera  AES

Kalau datang bulan April/Mei, boleh tengok anggur terjuntai

ladang di sini agak moden kerana menggunakan kaedah semburan air otomatik  - bekalan air dari air  aqua @bawah tanah.

kilang berhampiram Iskandariah

pemandangan tipikal - pokok rhu ditanam sebagai pemecah angin untuk halang angin terbangkan lapisan atas  tanah pertanian.

gandum tumbuh dengan subur

8. Menjelang waktu maghrib, kami memasuki kota Alexandria/Iskandariah. Moforlogi bandar dan jalan pengangkutan adalah berselari dengan pinggiran pantai Laut Mediteranean. Ternyata macet macam kota Cairo. Tetapi pemandu tramco dan teksi di sini semuanya lulusan dari Universiti Formula One - boleh tukar lorong, potong kiri dan potong kanan tanpa ada masalah !.   Tramco kami berhenti di Salman Al-Farasi Street, As-Sofirah Beach, Alexandria. Dari situ kami kena angkut beg naik ke tingkat 5 rumah sewa Naemah - naik tangga pulak tu!


Sambung Part 6 :  Bersantai di Alex sebelum balik semula ke Cairo

2 comments:

  1. salam alaik.blog yg penuh dengan pengalaman..saya dil kawan kepada aina dan affuan.orang yang mnolong pakcik di alex...saya orang yang menguruskan tremko utk pakcik makcik ke airport alex utk ke machester..dan semasa balik tu..suami sy azin yg temankan ustaz affuan pagi tu.tapi saya x berkesempatan jumpa.moga dilain hari bertemu pula.salam ukhuwah.jika ada ingin ke bumi ini lagi..boleh bertemu.kami dah dekat 6 tahun di bumi ini..:-) bumi yang penuh dengan berbagai pengalaman berharga..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah, Allah swt ketemukan dlm ruang ini. Kesempatan di sini utk saya dan isteri ingin mengucapkan jutaan terima kasih di atas pertolongan yg diberikan oleh puan dan suami serta affuan dan isteri. Hanya Allah yang dpt membalaskan budi baik puan dan rakan2 di Alex sana. Juga terima kasih kerana sudi baca blog ini. Saya minta maaf kalau ada fakta yg salah dlm siri ziarah bumi anbiya' ini - itulah kelemahan saya.

      Delete