Friday 27 March 2015

DARI LAHAR YOOI KE ALEXANDRIA-MANCHESTER Part 6

Baca  PART 7 DI SINI



PART 6  : ALEXANDRIA KOTA YANG INDAH



1. Kami tidur nyenyak di rumah sewa Naemah di kota Alex (nama timang-timang Alexandria a.k.a Iskandariah). Menurut catatan, kota Alex dibuka sebelum Tahun 332 M oleh Alexander The Great. Selepas bersarapan, barang-barang makanan yang dibawa dari Lahar Yooi dibuka. Di antaranya ialah seikat daun palas, (alahai adat orang kampong Lahar Yooi bila jalan jauh, mesti bawa bekal makanan). Barang-barang lain termasuklah  beras pulut, petai, belacan, asam dan perkakas masakan laksa dan sebagainya. Ha.! kena gotong royong membalut ketupat daun palas.  Memandangkan kerja-kerja membalut ketupat ini di monopoli oleh kaum wanita,   penulis  bersama Yusairi  dan seorang cucu Kak Zah keluar turun ke bawah,  ronda-ronda sekitar kota. Alex adalah sebuah kota metropolitan yang kedua terbesar di Mesir. Laut Mediteranean adalah akses utama kota Alex sejak berzaman.  Dari segi geografi lokasi  Kota Alex berdekatan dengan kerajaan Rom. Sudah pasti kota itu menjadi medan pertembungan di antara peradapan Islam dan Romawi. So, kesan tinggalan empayar Rom masih kedapatan sehingga hari ini. Suhu lebih nyaman dan lebih sejuk dari Cairo. Susun atur bandar dan bangunan  lebih menarik. Persekitaran agak bersih berbanding Cairo. 


selepas mengayam, daun palas diisi dengan beras pulut, direbus dijadikan ketupat palas. 

di antara hipermarket berhampiran dengan kediaman kami


pintu masuk ke Istana King Farouk di Montazah

kawasan tumpuan kondo mewah, hotel dan ofis korperat yang moden

2. Kami menapak kira-kira dua kilometer menyusur pantai. Angin kencang yang sejuk dan kadangkala disertai hujan renyai-renyai menambah kesejukan yang teramat sangat. Selepas puas ronda di pinggir pantai, kami menaiki 'keretapi ayam'. Menariknya keretapi ini ialah kerana harga tiketnya amat murah. Jika beli tiket di dalam koc, harga tiket 1 genih atau 50 sen Malaysia. Tapi jika beli kat kaunter tiket di stesen, harganya cuma 0.75 genih sahaja. Mana nak dapat harga tiket macam ni di Malaysia. Kami melintasi beberapa mahattah (stesen) hingga ke stesen Sidi Gaber. Lepas tu, kami pulang semula ke As Sofirah. Perut lapar - kami makan kebab dan minum air tebu. Sebelum naik ke atas, kami solat zohor di masjid berhampiran. Pada sebelah malam, Naemah membawa kami ke sebuah pusat membeli belah iaitu ke kedai vodafone untuk membeli sim kad berintenet yang akan di pasang di ipad isteri penulis.
laut yang menjadi saksi pertembungan antara Kerajaan  Islam dan Roman

begitu teruja kerana pernah mendengar nama  Laut Mediteranean semenjak di sekolah rendah  lagi

ku jejaki pantai pasir yang halus, lalu menepuk air lautan Mediteranean. 

banyak monumen, arca  dan mural di dirikan memaparkan sejarah dan kesenian kota Alex

banyak cafe bistro ala kota Paris


perhatikan tiupan angin kencang menolak kami ke hadapan.


walaupun moden, yang tradisional tidak dipinggirkan. Kereta kuda @ kereta himar masih digunakan sebagai pengangkutan di bandar


keretapi ayam membolehkan penumpang naik turun atau tukar tren dengan hanya satu tiket sahaja

pemandangan tipikal dalam keretapi ayam. Ok apa, janji sampai ke destinasi dengan tambang murah 

salah sebuah  mahattah/stesen

sifat terpuji orang Arab Mesir ialah sering meminta pelancong snap foto mereka dengan posing yang diberi cukup menarik.


penjaja  dalam keretapi ayam yang kreatif dan agresif akan letak diatas riba kita barang-barang jualan, kemudian dia datang pungut duit  atau ambil balik barang yang kita tak minat membeli

inilah keretapi ayam yang sangat berjasa kepada gologan  marhaen di Kota Alex


HARI KE-2 DI ALEX

3. Hari Jumaat di Alex. Selepas sarapan ketupat palas cincah serunding,  kami teruskan lawatan ke Qaitbay Citadel atau Kubu Qaitbay. Di bina oleh Sultan Al-Ashraf Qaitbay. Kami menaiki tramco. Masya Allah cantik panorama macam dalam poskad. Kubu kelihatan masih kukuh dan utuh. Produksi filem Holywood sewajarnya memilih kubu ini untuk shooting filem. Penulis dan isteri sahaja yang masuk di sebabkan pihak berkuasa mengenakan bayaran  sebanyak 20 genih kepada pengunjung. Cukup mengkagumkan pemandangan pada sebelah dalam kubu. Kubu Utama yang mengadap Laut Meditranean mempunyai tiga - empat tingkat. Penulis meninjau hampir kesemua bahagian kubu. Di antara satu ruang atau tingkat dhubungkan dengan ruang laluan yang sempit dan hampir gelap. Selesai meninjau di bahagian dalam dan luar, kami seterusnya membeli beberapa soviner berupa fridge magnet bermotifkan Qaitbay Citadel.


Proton Pesona dan Gen-2, di  antara model yang kadang-kadang terlihat di Kota Alex.

ombak memukul pantai macam di persiaran Gurney di Penang. Menurut catatan, tsunami yg tercetus dari gempa bumi/letusan gunung berapi berhampiran negara Italy pada seketika dahulu penah  melanda pantai Alex  dan telah memusnahkan  sebahagian binaan zaman Roman yg terdapat di situ.

Salah satu pintu kubu yang tampak gagah - sudut sebelah sini sekarang dijadikan  Muzium Maritin. 


pada aras dua terdapat lubang ini - baca tengok - musuh akan mati melecur kena simbahan  minyak panas 

lubang ni lah 

caption pemandangan  luar kubu menerusi jendela yang klasik



bekalan air tawar utk minuman tentera dan orang awam sekiranya kubu  dikepung musuh 

terdapat alur yang bersambung terus ke laut - satu strategi perang yang cukup bijak

5.  Seusai menunaikan solat Jumaat di masjid berdekatan, kami berjalan kaki  menuju ke Kompleks Masjid dan Maqam Abu Abas Al-Mursi. Terdapat ramai pengunjung dan jemaah yang  masih berkumpul di luar kompleks setelah selesai solat Jumaat.

maqam wali Allah Syed Ahmad al Mursi terdapat dalam Masjid Abu Abbas Al-Mursi.

dari jauh kelihatan menara dan kubah yang cantik.

Senibina yang cukup menarik



6.  Kompleks Masjid Abu Abas  Al-Mursi yang terdiri dari empat buah masjid besar. Di antaranya ialah Masjid  dan maqam Imam Al-Busiri. Imam Sharifuddin Al-Busiri adalah seorang penyair yang terkenal dengan qasidah Al-Burdah Busiri. Hayatilah qasidah al-Burdah DI SINI . Diriwayatkan Imam Al-Busiri adalah seorang oku yang lumpuh dan buta. Pada suatu malam beliau bermimpi bertemu Rasulullah s.a.w dan memberitahu Rasulullah s.a.w  bahawa beliau banyak menulis syair tentang baginda. Rasulullah s.a.w menyuruh beliau membaca syair-syair tersebut. Baginda amat teruja  lalu Baginda mencium kening  Al Busiri. Setelah tersedar dari tidur,  Al-Busiri  tidak lagi buta dan lumpuh. Wallahu alam.


Maqam Abu Abas - seorang tokoh korperat tetapi alim dalam ilmu Al-quran
7. Berdekatan kawasan Kompleks Masjid Abu Abas Al-Mursi juga terdapat beberapa sebuah bangunan yang menempatkan  maqam wali-wali Allah,  iaitu kira-kira 12 maqam. Penulis pun tidak mengenali kesemua wali-wali tersebut di sebabkan tulisan khat yang sukar di eja. Lagipun pelawat tidak dibenar berada lama di dalam maqam kerana ruang yang sempit. Apa yang manarik barang peribadi atau kitab karangan wali-wali ini di letakkan di atas maqam.


peti sumbangan /derma di sediakan

di antara kitab yang di karang oleh para wali


di antara maqam wali Allah




salah seorang pak sheikh memberi kami minuman yang di katakan  air penawar



6. Kami seterusnya bergerak menuju ke maqam Nabi Daniel dan Luqman al-Hakim. Untuk ke sana kami menaiki tram. Menariknya  tram di Kota Alex masih mengguna koc lama atau klasik berbanding dengan tram di kota metropolitan lain. Apapun ciri-ciri teknologi British masih kedapatan
salah sebuah perhentian tram - sempoi sahaja

ni dia tram Kota Alex - sangat slow - jalan kaki lebih laju - tapi naik tram cukup menghiburkan. Kerajaan Pulau Pinang bercadang mengadakan perkhidmatan tram di Bandaraya Georgetown

penjual tiket dalam tram. 


salah sebuah maqam Ahli Bait Rasulullah iaitu cicit Rasulullah s.a.w iaitu anak kepada Zainal Abidin yang merupakan anak kepada Saidina Hasan a.s. Terdapat tiga orang cicit Rasulullah di maqamkan di kota Alex.
7. Menjelang waktu maghrib, kami sampai ke Masjid Nabi Danial yang menampatkan maqam Nabi Daniel a.s di basement. Untuk ke situ pengunjung akan memasuki sebuah ruang yang berkunci, seterusnya menuruni tangga pusing untuk ke bawah. Di bawah tangga itulah terletak  maqam Nabi Daniel a.s. Bersebelahanya ialah maqam Luqman Al-Hakim

Kami solat Maghrib/Isyak di masjid Nabi Daniel a.s.


tangga menuruni ke maqam Nabi Daniel a.s

in dia maqam Luqman al-Hakim yang terkenal dengan kisah pengembaran beliau bersama anaknya dengan seekor kaldai. Anda tentu tahu kisahnya kan. Buat apa pun orang akan kata!

Setelah sedekah suruh fatihah, berehat sebentar di sisi maqam

Bersambung Part 7 : Balik Ke Cairo Semula.

3 comments:

  1. bumi alex ni memang tenang sikit dari cairo...:-) semoga kembali lgi di bumi ini...perongsian yg menarik..dil pun x reti nak ulas macam ni..hehehe

    ReplyDelete
  2. Insya Allah, sudah bincang dng isteri, mungkin dtg utk kursus jangka pendek, eg. talaqi, quran etc.

    ReplyDelete
  3. Wah,rindu plk kat mesir dan teringat kenangan makan ketupat dan di tolak angin

    ReplyDelete